You are on page 1of 17

Teater Dalam Pendidikan 1.

0 Pengenalan Teater Dalam Pendidikan

Teater dalam pendidikan adalah satu cabang seni dalam persembahan yang menggabungkan seni lakonan dengan pelbagai yang lain seperti seni muzik. Menurut Robert Cohen (1981) dalam bukunya Theatre, teater bermaksud “satu bentuk kerja artistik yang melibatkan pelakon meniru watak ataupun perwatakan di dalam sebuah bentuk persembahan secara langsung yang bukan difilemkan berdasarkan kepada sebuah skrip” yang dikarang.

Teater dalam pendidikan juga dapat melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul sebelum, semasa dan selepas sesebuah pementasan teater. Melalui aktiviti teater, murid-murid dapat dibimbing untuk berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti teater ini akan menjadikan pengajaran danpembelajaran di dalam kelas lebih bermakna dan menyeronokkan. Pengajaran teater dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan impak yang besar dalam diri murid. Keyakinan diri, keberanian dan semangat dapat dipupuk dalam diri murid dengan melakukan pelbagai jenis teater.

Teater adalah sebuah pementasan lengkap yang boleh ditonton oleh umum. Pengajaran teater dalam pendidikan merupakan satu aktiviti yang berpusatkan murid dan pengajaran ini mampu menjadi medium untuk mencapai perpaduan kaum. Selain itu, pengajaran teater dalam pendidikan dapat menggalakkan murid untuk memahami dan menjiwai permasalahan dalam khalayak masyarakat dengan menjiwai watak atau skrip. Ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid dan mampu meningkatkan potensi dalam diri mereka. Tambahan pula, penguasaan daripada aspek bahasa dapat dipertingkatkan secara tidak langsung. Kemahiran-kemahiran bahasa dapat dikuasai dengan baik, antaranya adalah kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Teater dalam pendidikan juga dapat PPG Jun 2011/Sem.5 Muka Surat 1

Teater Dalam Pendidikan melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul sebelum, semasa dan selepas sesebuah pementasan teater.

Seni drama atau teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar mengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas drama yang meniru dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama kreatif, murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar belajar dengan lebih bermakna dan menyeronokkan. Drama merentas kurikulum, kerana ianya boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, aktiviti drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca. Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut.

Melalui aktiviti teater, murid-murid dapat dibimbing untuk berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara (body language) dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti teater ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih bermakna dan menyeronokkan.

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 2

Teater Dalam Pendidikan Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain dalam sesebuah skrip melalui pendekatan atau kaedah yang sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti teater pembaca atau pementasan teater. Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang mendokumentasikan kisah sejarah yang dipelajari atau membinanya sendiri bersama pelajar dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau simulasi.

2.0

Konsep Teater Dalam Pendidikan

Konsep Teater dalam Pendidikan atau Drama Pendidikan sering kali disalahertikan oleh umum. Apabila menyebut Drama Pendidikan bermakna melatih kanak-kanak atau pelajar dengan pelbagai teknik drama seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi drama. Manakala Teater dalam Pendidikan (Theatre in Education) kita sebenarnya membicarakan tentang seni atau aktiviti drama yang diintergrasikan ke dalam pendidikan. Dalam hal ini, pendidikan bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih penting ialah proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar yang terlibat. Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek.

Oleh itu amat bertepatanlah, teater menjadi medium unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini. Melalui penglibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini bertepatan pula dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti teater juga merupakan aktiviti yang berpusatkan murid, kerana proses penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka secara aktif. Kanak-kanak atau remaja yang memainkan peranan PPG Jun 2011/Sem.5 Muka Surat 3

Teater Dalam Pendidikan dalam aktiviti drama akan menerokai pelbagai aspek penting dalam perkembangan diri mereka.

Teater atau drama merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar mengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas teater atau drama yang meniru dan mencerminkan kehidupan induvidu serta Melalui aktiviti drama kreatif, murid-murid dapat dibimbing

masyarakatnya.

berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar belajar dengan lebih bermakna dan menyeronokkan. Drama merentas kurikulum, kerana ianya boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, aktiviti drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca.Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut.

Kesimpulannya Teater dalam Pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti teater boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu pelajar mempunyai masalah emosi dan fizikal. Drama dan teater juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. PPG Jun 2011/Sem.5 Muka Surat 4

Teater Dalam Pendidikan

3.0

Jenis - jenis Teater Pengajaran teater dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

menghasilkan impak yang besar dalam diri murid. Keyakinan diri, keberanian dan semangat dapat dipupuk dalam diri murid dengan melakukan pelbagai jenis teater. Antara aktiviti yang dapat di jalankan dalam kelas ialah:

Aktiviti berbentuk pementasan karya tari

Aktiviti berbentuk pementasan karya muzik atau lain-lain yang seumpama dengannya Touring atau persembahan bergerak

Aktiviti yang berkaitan dengan pementasan seperti penulisan skrip

Perlaksanaan teater dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mampu meningkatkan daya kognitif dan kinestatik murid. Murid juga secara tidak langsung dapat memperbaiki hubungan sosial antara murid lain. Terdapat pelbagai jenis teater, antaranya seperti yang ditunjukkan dalam muka surat berikut ini :

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 5

Teater Dalam Pendidikan

Teater Individu

Jenis Teater

Teater Bebas

Teater Berkumpulan

4.0

Aktiviti Teater Dalam Pendidikan

Aktiviti - aktiviti teater banyak memberikan kelebihan di dalam sesebuah pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana murid-murid akan berinteraksi secara spontan dalam kalangan mereka serta menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Di antara aktiviti-aktviti teater yang dapat dilakukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran adalah :

4.1 Main Peranan

Murid melakonankan watak yang diberikan oleh guru mengikut kreativiti mereka. Aktivit ini dapat memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan mengikut situasi watak. Main peranan terbahagi kepada enam, antaranya ialah demontrasi, latihan, cerminan, kepekaan dan memperihal.

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 6

Teater Dalam Pendidikan 4.2 Improvisasi

Suatu aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan dan menggalakkan imaginasi murid. Dengan melakukan aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat meningkatkan daya imaginasi dan mencerna idea. Selain itu juga, murid dapat menigkatkan keyakinan diri dengan melakonkan watak secara sponton dan dapt mencungkil bakat mereka. Aktiviti improvisasi dapat dibahagikan kepada enam iaitu improvasi berdasarkan objek, watak, bunyi, kesan bunyi, watak dan situasi atau idea.

4.3

Teater Simulasi

Murid meniru gaya watak yang diberikan kepada mereka dengan menggunakan kreativiti mereka. Simulasi terbahagi kepada dua, iaitu pemusatan kepada masalah dan pemusatan kepada penerbitan.

4.4

Teater Bercerita

Aktiviti luahan perasaan dan imaginasi murid-murid berdasarkan kehidupan mereka.

4.5

Teater Membaca

Murid dikehendaki membaca skrip yang disediakan mengikut nada dan intonasi yang betul.

4.6

Permainan Kata

Aktiviti ini dapat membantu murid untuk mencipta sajak secara spontan. Muridmurid akan bermain dengan kata yang diberikan oleh guru. 5.0 Kesimpulan : Muka Surat 7

PPG Jun 2011/Sem.5

Teater Dalam Pendidikan

Peranan teater dalam pendidikan bukan sekadar melatih kefasihan bertutur, kecekapan berkomunikasi, berfikir dan berketrampilan, malahan melalui aktiviti berteater, murid boleh mempertingkatkan potensi diri dalam banyak aspek. Ini termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya. Teater merupakan seni persembahan yang menggabungkan seni lakon dengan plbagai seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni pertukangan, seni bina, seni berbahasa dan seni yang lain.

Oleh

itu

amat

bertepatanlah,

teater

menjadi

medium

unggul

untuk

menyampaikan pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini. Melalui penglibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini bertepatan pula dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti teater juga merupakan aktiviti yang berpusatkan murid, kerana proses penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka secara aktif. Kanak-kanak atau remaja yang memainkan peranan dalam aktiviti drama akan menerokai pelbagai aspek penting dalam perkembangan diri mereka.

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 8

Teater Dalam Pendidikan 6.0 Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Bahasa Melayu

mengaplikasikan aktiviti-aktiviti teater :

Hari : Isnin Tahun : 2 Iman

Tarikh : 16 April 20113 Bil Pelajar : 32 orang

Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Unit 4: Badan Sihat Minda Cergas Tajuk : Makanan untuk kesihatan Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat : i. ii. Menamakan makanan untuk kesihatan. Mengelaskan makanan berkhasiat mengikut kategori

masing-masing. Sistem Bahasa : Kata Nama Kaedah pembelajaran : Pembelajaran konstektual dan Pembelajaran konstruktivisme Alat Bantu Mengajar : Buku teks, pen maker, MS power point, papan putih, my CD Nilai : Menjaga kesihatan diri KBKK : Menghubung kait Pengetahuan sedia ada : Muird-murid menyatakan bahawa makanan penting untuk tumbesaran.

Langkah / masa Set Induksi

Aktiviti Pembelajaran dan pengajaran

Catatan

1. Guru menayangkan lagu „makanan berkhasiat‟ dengan MS Power Point.

Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh kelas menggunakan lagu. BBM : MS Power Point

( 5 minit ) 2. Guru meminta murid memakai topeng sayuran, buahan dan haiwan seperti ayam dan ikan. Mereka menonjolkan diri apabila watak mereka disebut berdasarkan lirikan lagu „London Bridge is falling down‟. (Teater Main Peranan)

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 9

Teater Dalam Pendidikan Lagu Makanan Berkhasiat Makan sayur dan ikan, Buah-buahan dan telur, Makan makanan berkhasiat, baik untuk kesihatan.

3. Guru bertanya kepada murid. a. Adakah lagu ini sedap? b. Adakah makanan kegemaran kamu terdapat dalam watak topeng yang dipakai oleh kawan kamu? 4. Guru memberitahu kelas bahawa tajuk yang disampaikan pada hari ini ialah ‟Makanan Untuk Kesihatan‟.

Langkah 1 1. Guru meminta murid-murid merujuk buku (5 minit) teks pada muka surat 30. 2. Guru meminta murid meneliti gambar dan menamakan makanan yang terdapat dalam gambar. 3. Guru meminta murid berlagak secara spontan sebagai sayuran, buahan atau haiwan ternakan dengan mengungkapkan kata-kata kempen kebaikan memakan dirinya (Teater Simulasi)

Strategi: Kontekstual dan konstruktivisme. BBM: Buku teks

Langkah 2 1. Guru memberitahu murid bahawa makanan (5minit) boleh dikelaskan mengikut kategori masingmasing. 2. Guru memberi nama kategori makanan, PPG Jun 2011/Sem.5

Strategi: Kontekstual dan konstruktivisme. BBM: Buku teks Muka Surat 10

Teater Dalam Pendidikan iaitu protein, karbohidrat, vitamin dan zat galian serta contoh-contohnya. 3. Guru menerangkan fungsi kategori makanan kepada murid. 4. Guru meminta murid memberi contohcontoh yang lain berdasarkan kategori makanan masing-masing. Langkah 3 1. Guru membahagikan murid-murid kepada 5 (10minit) kumpulan 2. Guru mengedarkan kad imbasan nama makanan kepada murid. 3. Setiap kumpulan akan menerima kad imbasan nama makanan yang berlainan. 4. Guru menulis nama kategori makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin dan zat galian di atas papan putih. 5. Guru mengarahkan murid membaca dan mengelaskan makanan mengikut kategori makanan berdasarkan kad imbasan. (Teater Membaca) Strategi/ Teknik: Perbincangan kumpulan BBM : Kad imbasan, papan putih, pen marker

Penutup 1. Guru menafsir kefahaman murid dengan (5minit) menjalankan sesi soal-jawab. a. Apakah itu makanan berkhasiat? b. Makanan boleh dibahagikan kepada berapa kategori? c. Apakah kategori itu? d. Mengapakah kita perlu makan makanan seimbang? 2. Guru membuat kesimpulan.

Strategi: Penyoalan BBM: Lembaran kerja

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 11

Teater Dalam Pendidikan 7.0 Analisis Rancangan Pengajaran Harian :

Setelah selesai menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya mendapati objektif pengajaran yang dihasratkan keseluruhannya memuaskan, seramai 24 daripada 32 orang murid dapat menguasai pengetahuan serta kemahiran yang diajar iaitu menamakan makanan berkhasiat dan mengelaskan makanan berkhasiat mengikut kategori. Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang perlu diperbaiki dalam p&p tersebut untuk penambahbaikan bagi sesi pengajaran seterusnya.

7.1

Kekuatan :

Pada fasa 1 proses p&p, aktiviti main peranan yang saya gunakan dalam set induksi agak menarik dan berjaya memikat hati murid. Saya berjaya menjalin pengetahuan sedia ada murid dalam main peranan. Saya menggunakan lirik lagu “ London Bridge Is Falling Down ” yang murid telah belajar pada waktu Pendidikan Muzik. Set induksi saya juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan. Oleh itu, penglibatan murid adalah aktif. Set induksi yang sesuai dan menarik memudahkan saya menghubungkaitkan tajuk pelajaran yang diajar dengan jayanya.Tambahan pula, bahan bantu mengajar yang dipaparkan iaitu seni kata lagu “London Bridge Is Falling Down” sungguh memikat hati murid. Kad seni kata lagu yang berwarna-warni dan penuh dengan ilustrasi memang memberangsangkan murid dan seterusnya membarakan niat belajar mereka.

Penghasilan bahan bantu belajar dalm aktiviti teater bercerita amat fleksibel, murah dan mudah disediakan. Apa yang penting ialah kriteria pemilihan bahan ini amat bersesuaian dan dapat menarik minat murid serta membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Kekuatan pemilihan bahan ini ialah memudahkan murid menggunakan bahan yang disediakan dalam aktiviti pelajaran dan memudahkan

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 12

Teater Dalam Pendidikan pemahaman murid. Murid berminat dengan aktiviti lakonan dan main peranan watak melalui penggunaan topeng haiwan.

Pada fasa 2 pula, guru berjaya menyampaikan isi kandungan pelajaran iaitu menamakan makanan yang baik untuk kesihatan dengan berpandukan gambar yang terdapat dalam buku teks. Didapati murid-murid aktif memberi respon kepada guru.Ini kerana gambar makanan yang ditelitikan oleh mereka merupakan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Murid mudah menyebutkan nama makanan seperti telur, ikan, ayam, nanas, tauhu dan sebagainya.

Aktiviti yang dijalankan pada fasa 3 ialah mengenai makanan seimbang iaitu kategori makanan dan fungsi masing-masing. Penerangan saya menggunakan teknik Teater Pembaca jelas dan menarik . Saya dapat memberikan contoh-contoh makanan seperti epal, ikan, susu,nasi, sawi yang berkaitan dengan pengalaman murid. Dengan bimbingan saya, didapati murid-murid juga dapat memberi contoh-contoh makanan mengikut kategori makanan dengan betul dan lancar.

Pada fasa 4 pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kumpulan telah dijalankan dengan jayanya. Murid-murid dapat mengelaskan makanan berkhasiat mengikut kategori masing-masing. Saya berjaya bertindak sebagai fasilitator. Semasa aktiviti dijalankan, murid telah menunjukkan semangat kerjasama dan tolong-

menolong. Masa yang diperuntukkan untuk sesi ini mencukupi dan murid sempat membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Tulisan yang ditulis di atas kad imbasan jelas dan cukup besar. Aktiviti ini sungguh menyeronokkan murid kerana sesi ini merupakan aktiviti yang berpusatkan murid .

Pada fasa terakhir iaitu sesi penutup, kaedah yang saya gunakan ialah sesi soal jawab untuk mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang makanan yang berkhasiat. Murid dapat membalas soalan yang dikemukakan.Ini menandakan saya berjaya menyampaikan isi pelajaran kepada murid seperti mana yang dihasratkan.

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 13

Teater Dalam Pendidikan 7.2 Kelemahan

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Dalam pelaksanaan rancangan pengajaran saya ini, saya tidak menggunakan kemahiran ICT. Saya banyak menggunakan buku teks semasa sesi penerangan. Di samping itu, dalam pemerhatian saya semasa aktiviti kumpulan, terdapat beberapa orang murid yang agak pasif kurang berminat untuk menyertai aktiviti yang dilangsungkan. Ini mungkin disebabkan tahap kebolehan mereka rendah. Mereka bimbang akan jawapan yang disumbangkan tidak tepat dan justeru itu diejek oleh rakan .

7.3

Cara-cara Mengatasi

Untuk menambahbaikan pengajaran dan pembelajaran saya, saya perlu memberi peneguhan positif seperti kata-kata pujian kepada murid yang pasif untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti dan menyakinkan mereka semasa memberi jawapan atau respon. Jika mereka memberi jawapan yang kurang tepat, saya perlu memperbetulkan jawapan mereka dengan segera dan seterusnya membimbing mereka memberikan jawapan yang sesuai dan tepat. Ini dapat menambahkan keyakinan mereka. Di samping itu, dalam sesi penerangan, saya patut menggunakan Ms Power Point untuk menerangkan contoh kategori makanan dan fungsinya. Ini kerana paparan Ms Power Point yang berupa animasi adalah lebih menarik berbanding dengan gambar rajah yang statik dalam buku teks. Lebih-lebih lagi paparan yang ditayangkan juga berwarna dan bukan hitam putih atau warna yang pudar. Dengan bantuan teknologi ICT ini, pasti murid lebih cenderung untuk belajar dan minat belajar mereka dapat dikekalkan sehingga sesi akhir pengajaran dan pembelajaran.

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 14

Teater Dalam Pendidikan 8.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya ini memuaskan kerana langkah-langkah pengajaran yang dijalankan dapat

menumpukan perhatian murid terhadap pelajaran yang disampaikan dan seterusnya menimbulkan minat belajar mereka. Selepas pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran,hasil pembelajaran yang dihasratkan telah dicapai.

Sebagaimana yang kita sedar setiap individu mempunyai perbezaan dari segi minat, kecerdasan dan bakat. Dalam pengajaran penulisan, bakat, minat, latihan, dan sikap yang tidak mudah putus asa merupakan adunan yang baik bagi menghasilkan sesuatu karya yang berkesan. Di samping kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik dorongan dan tunjuk ajar dari guru merupakan satu bonus yang sangat berharga kepada pelajar-pelajar. Selain itu, penggabungjalinan unsur-unsur

yang dapat menggalakkan aktiviti perkongsian ilmu dalam menghasilkn tugasan secara berkumpulan akan meningkatkan keyakinan diri para pelajar.

Pengetahuan dan pemahaman seseorang guru terhadap kehendak sesuatu kemahiran bahasa yang ingin diajarkan sangatlah penting. Selain dari itu, kecekapan pelaksanaan sesuatu RPH tersebut memainkan peranan yang penting. Hal ini, akan menjamin tercapainya objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang pada hari tersebut.

Pengalaman seseorang juga, mungkin memainkan peranan penting untuk membina RPH yang menarik dan berkesan. Ibarat kata kata pepatah; Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi. Semoga guru-guru dapat memahami setiap kemahiran bahasa yang mereka ajarkan dan membina dan dapat melaksanakan RPH yang dirancang dengan baik demi melahirkan anak didik yang terampil berbahasa.

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 15

Teater Dalam Pendidikan 9.0 Refleksi

Dalam proses P&P ini pula, saya percaya kepada strategi pemusatan guru, pemusatan pelajar dan pemusatan bahan adalah dianggap seimbang kerana setiap satu daripadanya memainkan peranan yang seimbang dalam membantu tercapainya objektif pelajaran. Selain itu juga, kaedah elektik yang digunakan sepanjang

pengajaran dan pembelajaran berlangsung juga akan mempertingkatkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.

Tugasan PSE 3103 Teater Dalam Pendidikan memerlukan saya dan ahli kumpulan BMI menyediakan satu RPH mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan aktiviti-aktiviti teater yang sesuai. Pemilihan teknik dalam setiap langkah dirancang bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pemilihan bahan bantu belajar juga dibina menepati aktiviti PdP.

Saya dapat menghayati pelbagai teknik teater dengan lebih berkesan dan akan berusaha untuk memberi persembahan yang lebih baik dalam teknik pengajaran kepada murid-murid saya di sekolah. Saya mendapat semangat baru untuk lebih proaktif lagi dalam membimbing anak didik saya setiap hari di sekolah. Tugasan ini memberi banyak pendedahan yang berguna dan banyak ilmu baru yang dapat saya kutip sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya dapat membina bahan yang dapat merangsang pemikiran murid dan mencipta pelbagai watak sama ada dalam bentuk binaan topeng mahupun lakaran grafik.

Sepanjang menyiapkan kerja kursus projek bagi PSE 3103, saya memperoleh pelbagai maklumat, pengetahuan, panduan dan bimbingan yang berguna untuk membantu saya meningkatkan dan memantapkan proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Saya berasa lega dan bersyukur dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mengikut masa yang ditetapkan. Semua ilmu dan maklumat yang didapati dapat saya aplikasikan di dalam bilik darjah bagi membina

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 16

Teater Dalam Pendidikan satu, teknik yang berkesan dan menarik minat murid-murid pemulihan untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Akhirnya

setinggi-tinggi

penghargaan

terima

kasih

kepada

Pensyarah

Pembimbing iaitu Puan Kamaliah bt Siraj yang sangat dedikasi mengajar saya berkaitan kursus PSE 3103 ini. Semoga puan akan terus sukses.

PPG Jun 2011/Sem.5

Muka Surat 17