You are on page 1of 5

Penyataan Masalah

1. Adakah tanah sawah tidak memberi kesan kepada cerucuk apabila ditanam. 2. Berapakah pengambilan masa untuk penambakan tanah sawah bagi pembinaan asas. 3. Adakah tanah sawah boleh menampung struktur bangunan selepas 5 tahun.

Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah : 1. Mengenalpasti ciri-ciri asa kejuruteraan tanah sawah. 2. Mengenalpasti kandungan air pada tanah sawah. 3. Mengenalpasti jenis tanah dari ujikaji tanah.

Skop Kajian

Bagi objektif kajian, beberapa skop kajian telah dikenalpasti. Untuk pensampelan tanah sawah, terubahsuai, tanah sawah dari beberapa lokasi di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Sungai Petani, Kedah. Pengambilan sampel tanah adalah melalui kaedah pensampelan terganggu. Pengkajian akan dilakukan terhadap ciri-ciri fizikal dan kejuruteraannya. Kajian dilakukan di makamal Geoteknik Politeknik Kota Bharu.

Metodologi Kajian

1. Pengujian tanah di makmal  Penyelidikan tanah hanya dapat dijalankan setelah mendapat kelulusan daripada pihak Politeknik Kota Bharu.

2. Kaedah temubual  Melakukan sesi temubual dengan pihak-pihak yang berkaitan. Kaedah temubual akan dilakukan setelah mendapat persetujuan daripada pihak yang berkaitan.

3. Kaedah pemerhatian  Melakukam pemerhatian di lokasi kajian untuk mendapatkan sampei tanah.

4. Kaedah pembacaan  Melakukan pembacaan melalui internet dan buku untuk mencari maklumat tentang kajian yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja kajian.

Pengenalan

Tanah mendapat permintaan yang tinggi untuk pembangunan Malaysia, seperti projek perumahan, perindustrian, pelabuhan dan lain-lain lagi. Tanah menjadi asas kepada semua aktiviti pembinaan. Selain itu, tanah juga digunakan untuk penambakan kawasan rendah. Sampel tanah yang diambil akan diuji di makmal sebelum memulakan kerja tanah, seperti pemotongan dan pemadatan. Sebelum melakukan ujian pemadatan di tapak, ujikaji pemadakan dilakukan untuk sampel tanah tapak pembinaan. Ujikaji ini dilakukan untuk mendapatkan kandungan lembapan yang optimum dan ketumpatan kering maksimum. Ciri-ciri mtanah menjadi kepentingan utama bagi menentukan nilai kandungan lembapan optimum dan ketumpatan kering maksimum. Ciri-ciri tanah yang penting adalah ketumpatan tanah, kekuatan ricih, ketahanlasakan, kebolehmampatan, dan kebolehtelapan. Sebelum pembinaan struktur bangunan atau jalanraya di atas tanah, pemadatan tanah dilakukan supaya struktur bangunan tersebut tidak runtuh. Ciri-ciri tanah adalah factor utama yang akan mempengaruhi pemadatan tanah. Selain itu jentera pemadat, ketebalan lapisan yang dipadat, masa yang diambil untuk pemadatan, dan kos menjadi factor dalam pemadatan tanah. Pemadatan yang baik menghasilkan struktur bangunan dan jalanraya yang baik dan berguna. Jika pemadatan kurang baik kemungkinan besar boleh mengakibatkan enapan pada pada struktur di atas tanah tersebut. Walaupun tanah yang diuji di makmal dapat menguraikan ciri-ciri tanah tetepi di tapak, tanah tersebut mungkin berbeza daripada yang di makmal. Biasanya tanah di tapak pembinaan mempunyai kebolehpadatan yang tinggi kerana tanah lebih longgar berbanding tanah yang uji di makmal.

Tanah sawah adalah tanah yang digunakan untuk bertanam padi sawah, baik terus-menerus sepanjang tahun maupun bergiliran dengan tanaman palawija. Istilah tanah sawah bukan merupakan istilah taksonomi, tetapi merupakan istilah umum seperti halnya tanah hutan, tanah perkebunan, tanah pertanian dan sebagainya. Segala macam jenis tanah dapat disawahkan asalkan air cukup tersedia. Kecuali itu padi sawah juga ditemukan pada berbagai macam iklim yang jauh lebih beragam dibandingkan dengan jenis tanaman lain. Karana itu tidak menghairankan sifat tanah bila sawah sangat beragam sesuai dengan sifat tanah asalnya. Tanah sawah dapat berasal dari tanah kering yang diairi kemudian disawahkan, atau dari tanah rawa-rawa yang “dikeringkan” dengan membuat saluran-saluran drainase. Sawah yang airnya berasal dar i air irigasi disebut sawah irigasi, sedang yang menerima langsung dari air hujan disebut sawah tadah hujan. Di daerah pasang surut ditemu kan sawah pasang surut, sedangkan yang dikembangkan di daerah rawa-rawa lebak disebut sawah lebak.