You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS PEKAN TUARAN PETI SURAT 240, 89208 TUARAN.

TEL/FAKS: 088 - 787201 _________

Ruj. Kami : XBA4385.KOKUM:800/01/06(02) Tarikh : 23 Januari 2014

MINIT MESTUARAT KOKURIKULUM SEKOLAH KALI PERTAMA TAHUN 2014 Tarikh Hari Tempat Masa : 21 JANUARI 2014 : Selasa : Bilik Mesyuarat SKPK Pekan Tuaran : 2.00 petang

Kehadiran : 1. En. Abdul Jalil Abd. Samad 2. Pn Luciana Eugency @ Chia Chew Lan 3. En Zaini Jainudin 4. En Taufik Abdullah 5. Pn Lourine Kudandang 6. En Muhamad Aliff B. Kamarudin 7. En Frankie Anthony 8. En Mohamad Khairul Asyraf 9. Pn Normi bt Mohd Said 10. Pn Lim Chin Ying 11. En Azman Abd Sani 12. Pn Jusmeh Basrin 13. Pn Nurzainidah Zainal 14. En Muhd Nezam B. Ismail 15. Pn Siti Salina Bt Musa 16. Pn Erna Mastina bt Miserah 17. Pn Suzanah Bt Hashim 18. Cik Siti Noraisyah Azmi 19. Cik Shenna Elyvne @ Holly Murang 20. Cik Sapereni Anak Silo 21. Pn Edith Indek Tidak Hadir : 1. En Wong On Fook 2. En Shafiq Hafriz

1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru-guru dalam mesyuarat ini. Pengerusi berharap agar semua guru-guru dapat memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjalankan aktiviti kokurikulum sekolah sepanjang tahun 2014. Tindakan : Makluman 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa sebarang aktiviti yang melibatkan surat rasmi dan sebagainya hendaklah melalui Ketua Jabatan iaitu Guru Besar. Tindakan : Setiausaha KOKUM

2. Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Pengerusi meminta pengesahan minit kokurikulum bertarikh 21 Januari 2014 Pencadang : En Frankie Anthony Penyokong : En Azman Abd Sani mesyuarat bagi mesyuarat

Tindakan : Makluman 3. Perkara-perkara Berbangkit 3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pasukan Golball mendapat tempat ke-3 dalam Karnival Sukan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Johor pada bulan November tahun 2013. Tindakan : Makluman

4. Carta Organisasi dan jawatankuasa kerja KOKUM 2014 4.1 GPK Koku membentangkan agihan tugasan bagi setiap guru berdasarkan Carta Organisasi Kokurikulum Tahun 2014 dan menganl pasti sebarang masalah berkaitan perlantikan AJK Uniy Kokurikulum Tahun 2014. (Rujuk Lampiran 1) Tindakan : Semua Guru

5. Perancangan Tahunan 5.1 GPK Koku mengingatkan guru-guru tidak melakukan kesalahan dalam penyediaan Perancangan Tahunan khususnya dalam mengubah tarikh perlaksaan aktiviti tahunan bagi setiap aktiviti pengakap/sukan & permainan/seni & kebudayaan/1M1S pada masa akan datang. Tindakan : Setiausaha Kelab/Persatuan/Unit Beruniform

5.2 GPK Koku memaklumkan nama guru-guru bagi tugas sebagai setiausaha untuk aktiviti iaitu: - 1M1S : Cik Sapereni Anak Silo - Sukan & Permainan : Cik Sheena Elyvne@Holly Murang - Seni & Kebudayaan : Pn Erna Mastina bt miserah - Pengakap : Pn Siti Salina Musa Tindakan: Makluman 6. Jadual Perlaksanaan Aktiviti 6.1 Jadual aktiviti kelab/persatuan/pengakap adalah seperti yang telah ditetapkan dan telah dibentangkan kepada semua guru. Tindakan : Semua Guru 6.2 GPK Koku membentangkan tarikh-tarikh acara/aktivti kokurikulum mengikut takwim 2014 dalam peringkat kebangsaan. (Lampiran 2) Tindakan : Semua Guru dan Jurulatih Pasukan 6.3 GPK Koku mengharapkan semua guru merneruskan komitmen dalam mengikuti jadual yang ditetapkan bermula tarikh 11 Januari 2013 selepas cuti Tahun Baru Cina dengan baik tanpa sebarang masalah. Tindakan : Semua Guru

7. Sukan Tahunan Sekolah 7.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tarikh Sukan Tahunan Sekolah adalah dijangka mengikut takwim sekolah iaitu 24 Jun 2014 pada hari Selasa. Tindakan: Makluman 7.2 GPK Koku mencadangkan tiga buah tempat untuk acara Sukan Tahunan Sekolah diadakan di Stadium Penampang, padang SMK Titamonjuntin, atau Kompleks Belia dan Sukan Pasir Puteh Putatan. Mesyuarat akan dating akan diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan Sukan Tahunan Sekolah. Tindakan : Setiausaha Kokurikulum

8. Perkhemahan Pengakap 8.1 Penyelas Pengakap mencadangkan bahawa perkhemahan pengakap perlu diadakan 2 kali setahun iaitu pada peringkat sekolah dan peringkat negeri/kebangsaan (luar kawasan sekolah). Tindakan: GPK Kokurikulum

8.2 Penyelaras Pengakap memaklumkan bahawa tarikh untuk perkhemahan pengakap peringkat sekolah dijangka akan diadakan pada bulan April di Padang SK Pendidikan Khas Putatan selama 2 hari 1 malam yang melibatkan semua murid, guru dan staf sekolah. Tindakan: Setiausaha Kokurikulum 8.3 Mseyuarat akan diadakan pada masa akan datang setelah kertas kerja perkhemahan pengakap disiapkan dan mendapat pengesahan Guru Besar. Tindakan: Semua Guru 8.4 GPK Koku memaklumkan bahawa Perkhemahan Pengakap Peringkat Negeri akan diadakan pada 25 hingga 28 July 2014. Tindakan: Makluman 9. Fail Kelab dan Persatuan 9.1 GPK Koku mengingatkan bahawa sistem fail di sekolah baru bermula dengan kod sekolah iaitu XBA4385.KOKUM bukan lagi SKPKPT Tindakan: Setiausaha Kelab&Persatuan 9.2 Setiap kelab dan persatuan hendaklah membuat laporan aktiviti yang telah disediakan dan dimasukkan ke dalam fail induk masing-masing. Setiap salinan hendaklah dibuat 2 salinan. Tindakan: Penyelaras Kelab&Persatuan 9.3 GPK Koku mengingatkan supaya penyelaras kelab&persatuan untuk mengemas kini sistem fail masing-masing sebelum 11 Februari 2014.. Tindakan:Penyelaras Kelab&Persatuan 10. Hal-hal Lain 10.1 GPK Koku memaklumkan Mala Gala Pendidikan Khas iaitu Malam Kebudayaan akan diadakan pada 8 Mac 2013 di KDCA Penampang. Penganjur meminta persembahan murid iaitu nyanyian solo dari Ammar yang akan dilatih oleh Puan Edith Indek. Berikut adalah senarai nama guru pengiring, murid dan wakil PIBG yang hadir. - Guru Pengiring : En. Shafiq Hafriz - Murid : Syeriefazrizan dan Muhammad Iman Izzuddin - PIBG : Jamaludin bin Hj Imam Kassim Tindakan: Pn Edith Indek 10.2 Guru perlu mendaftar ke PPD Penampang untuk Majlis Guru Pendidikan Khas Negeri Sabah bago mengikuti sebarang aktiviti yang melibatkan guru pendidikan khas Sabah. Tindakan: Guru Data Sekolah

Meja Pingpong tertinggal di sekolah lama kerana murid perlu menggunakan meja tersebut untuk aktiviti PJ dan sebagainya. Ketaua Warden mencadangkan disediakan bilik khas untuk murid bermain yang diletakkan di blok asrama Lelaki dan Perempuan. Tindakan: GPK Koku

10.3 Mesyuarat mencadangkan sekolah menyediakan peruntukan untuk kasut sukan murid yang sesuai untuk aktiviti PJ dan kokurikulum di sekolah. Mesyuarat juga mencadangkan diadakan 3 helai baju khas dan 1 set baju dan seluar untuk murid melaksanakan aktiviti kokurikulum. Peruntukan untuk baju khas tersebut adalah sebanyak RM40 untuk sehelai baju. Tindakan: pihak pentadbiran sekolah 10.4 Penyelaras 1M1S mencadangkan penglibatan murid dalam aktivivti 1M1S adalah mengikut umur murid iaitu dari 9 tahun hingga 12 tahun memandangkan umur murid tidak mengikut kelas yang ditentukan oleh pihak HEM sekolah. Hal ini akan dirujuk kepada BPK Khas dari semasa ke semasa. Tindakan: Setiausaha Kokurikulum 11. Penutup 11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar semua perancangan yang telah dibuat dapat djalankan dengan jayanya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. (Siti Noraisyah Binti Azmi) Setiausaha Kokurikulum SKPK Putatan. Disahkan oleh,

.. (En Zaini Jainudin) GPK Kokurikulum SKPK Putatan.

.. (EN WONG ON FOOK) Guru Besar SKPK Putatan

You might also like