You are on page 1of 16

No. Kod: MTE 3109 Bahagian A ( 20 markah ) Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1.

Menurut McIntosh (1992) kanak-kanak yang memiliki number sense dapat memahami nombor dan menggunakannya dengan berkesan dalam kehidupan seharian . Yang manakah menunjukkan bahawa kanak-kanak memiliki number sense? I. II. III. IV. (A) (B) (C) (D) Umur saya dua tahun. Saya suka melukis. Saya ada seorang abang. Bunga itu ada lima kelopak.

I dan III sahaja II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

2.

Masalah bercerita merupakan satu cara yang baik untuk membantu kanakkanak memahami makna operasi tambah. Yang manakah antara masalah bercerita berikut menghuraikan makna operasi tambah sebagai tokokan (increment). (A) (B) Suhu air dalam sebuah bekas ialah 24oC. Setelah dipanaskan, suhu air telah naik sebanyak 18oC. Apakah suhu air selepas dipanaskan? Suhu air panas dalam sebuah bekas ialah 24oC. Setelah disejukkan, suhu air telah turun kepada 18oC. Berapa banyakkah suhu air yang turun? Suhu air dalam bekas A ialah 24oC. Suhu air dalam sebuah bekas B pula ialah 18oC. Berapakah beza suhu air dalam kedua-dua bekas? Suhu air dalam sebuah bekas ialah 18oC . Apabila dipanaskan, suhu air telah naik kepada 24 oC. Berapakah kenaikan suhu air tersebut?

(C) (D)

No. Kod: MTE 3109 3. Operasi bahagi boleh dihuraikan dengan pelbagai makna yang berbeza. Cikgu Tan telah menggunakan masalah bercerita berikut untuk membantu murid-murid Tahun 1 beliau memahami makna operasi bahagi. Ali ada 8 biji oren. Dia berikan 2 biji oren kepada setiap orang adiknya sehingga habis semua oren itu. Berapa orang adik Ali yang telah mendapat oren? Apakah makna operasi bahagi yang digambarkan oleh masalah bercerita ini? (A) (B) (C) (D) Operasi bahagi sebagai tatasusunan (array). Operasi bahagi sebagai pembahagian ukuran. Operasi bahagi sebagai pembahagian berpetakan. Operasi bahagi sebagai penolakan berulang.

4.

Kalkulator boleh memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik dalam kalangan murid-murid sekolah rendah sekiranya digunakan dengan baik. Yang manakah antara berikut merupakan cara yang paling baik untuk menggunakan kalkulator dalam pengajaran matematik sekolah rendah? I. II. Menggunakan kalkulator sebagai alat bantuan mengajar yang berteknologi canggih. Menggunakan kalkulator sebagai alat membantu murid-murid lemah mendapatkan jawapan yang betul kepada soalan pengiraan. Menggunakan kalkulator sebagai alat untuk membantu proses penyelesaian masalah matematik. Menggunakan kalkulator sebagai alat mengira untuk menyelesaikan soalan matematik yang panjangdi dalam kelas.

III. IV. (A) (B) (C) (D)

I dan III sahaja II, III dan IV sahaja II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja

No. Kod: MTE 3109

5.

Sharil cuba mendapatkan jawapan untuk (49 + 35) secara kiraan mental. Yang manakah berikut menunjukkan strategi kiraan mental secara membundar dan memampas (Rounding and compensating)? (A) (B) (C) (D) Saya tambah 4 dengan 3 iaitu 7. Jadi saya anggarkan jawapannya mesti lebih dari 70. Saya tukarkan 49 ke 50 dan 35 ke 40. Jadi jawapannya hampir kepada 90. Saya fikirkan 50 tambah 35 ialah 85, kemudian 85 tolak 1 ialah 84. Jadi 49 tambah 35 ialah 84. Saya tukarkan 49 ke 50 dan 35 ke 30. Jadi jawapannya hampir kepada 80.

6.

Apabila diminta menulis angka untuk nombor lima puluh enam, Asang telah menulis angka berikut:

506
Apakah punca yang mungkin menyebabkan kesilapan Asang ini? (A) (B) (C) (D) Asang masih lemah memahami bahasa Malaysia yang digunakan oleh gurunya. Asang masih kurang mahir menulis angka untuk mewakili nombor yang lebih daripada dua puluh. Asang tidak faham peranan sifar sebagai pemegang nilai tempat dalam sIstem penulisan angka Hindu Arab. Asang masih lemah dalam kemahiran psikomotor untuk memegang pen dengan cara yang betul semasa menulis angka.

No. Kod: MTE 3109 7. Pecahan setara boleh dicari dengan pelbagai rumus. Yang manakah di antara rumus-rumus berikut adalah benar untuk mencari pecahan setara bagi 4 pecahan ? 12 I. Menambah pengangka dan penyebut dengan nombor yang 4 4m sama, iaitu 12 12 m Menolak pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama, 4 4m iaitu 12 12 m Mendarab pengangka dan penyebut dengan nombor yang 4 4 m sama, iaitu 12 12 m Membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang 4 4m sama, iaitu 12 12 m

II.

III.

IV.

(A) (B) (C) (D)

I sahaja III sahaja I dan II sahaja III dan IV sahaja

No. Kod: MTE 3109 8. Penggunaan terminologi dan model yang sesuai adalah sangat penting bagi Sebelum mempelajari konsep perpuluhan, murid perlu menguasai perkaitan perpuluhan dengan pecahan dan nilai tempat. Yang manakah antara faktor-faktor berikut perlu dilakukan mengikut urutan bagi memperkenalkan notation persepuluh? I. II. III. IV. (A) (B) (C) (D) Membuat perkaitan 10 persepuluh adalah 1 Memperkenalkan 0.3 adalah simbol baru bagi Membahagikan 1 unit kepada 10 bahagian yang sama besar Membuat perkaitan antara model, nama (oral name), dan pecahan

I, IV, III, II III, I, IV, II III, IV, I, II IV, III, I, II

9.

Penggunaan terminologi dan model yang sesuai adalah sangat penting bagi memastikan murid menguasai nombor perpuluhan. Antara model berikut, yang manakah paling sesuai digunakan bagi memperkenalkan nombor perpuluhan? (A) (B) (C) (D) Carta poket (Pocket chart) Garis nombor (Number line) Pembaris meter (Metre Rule) Set Blok asas-sepuluh (Base-10 block set)

No. Kod: MTE 3109 10.

1 + 2 2
(a)

4 7 1
Rajah 1

0 . 1 + 2 3
(b)

4 0 . 7 4 . 7

0 2

Rajah 4(a) menunjukkan jawapan murid menggunakan bentuk lazim bagi operasi tambah. Walau bagaimanapun, apabila menggunakan bentuk bagi operasi tambah yang melibatkan nombor perpuluhan, hasil pengiraan murid berkenaan adalah salah seperti dalam Rajah 4(b). Cikgu Saleha ingin memperbaiki kesilapan murid berkenaan. Antara langkahlangkah berikut, yang manakah paling sesuai digunakan? (A) (B) (C) (D) Menggunakan dua set garis nombor. Memberikan peraturan baru menggantikan bentuk lazim. Tidak membenarkan pelajar menyusun dalam bentuk lazim. Menggunakan model untuk menunjukkan unit yang sama disusun bersama.

No. Kod: MTE 3109 11. Yang manakah di antara pernyataaan berikut merupakan kemahirankemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar sekolah rendah dalam tajuk peratus? I. II. III. IV. (A) (B) (C) (D) I, III, IV I, II, IV I, II, III Semua di atas. Mewakilkan peratus sebagai pecahan perseratus dan sebaliknya. Menukar pecahan, perpuluhan dan nisbah kepada peratus dan sebaliknya. Mengira peratus daripada kuantiti yang diberi. Menyelesaikan masalah yang melibatkan peratus dalam kehidupan seharian.

12.

Dalam penyelesaian masalah melibatkan peratus, pelajar diberi salah satu tugasan seperti berikut: o Mencari peratus (percentage) o Mencari kadar (rate) o Mencari nilai asas (base) Pilih masalah bercerita berikut, yang menunjukkan situasi mencari kadar? (A) Harga sebuah beg tangan berjenama ialah RM 2, 500. Semasa promosi, Anita diberi diskaun 40 %. Berapakah jumlah wang yang dapat dijimatkan? Anita mendapat potongan sebanyak RM 500 untuk sebuah beg tangan berjenama yang berharga RM 2,5 00. Berapa banyak diskaun yang dia dapat? Anita mendapat diskaun 30% sebanyak RM 750 apabila membeli sebuah beg tangan berjenama. Berapakah harganya sebelum diskaun? Anita mendapati harga beg tangan berjenama yang dia idamkan telah meningkat sebanyak 10 % daripada harganya sebelum itu iaitu RM 2,500. Berapakah harga barunya?

(B)

(C)

(D)

No. Kod: MTE 3109 13. Cikgu Aini telah menulis empat nombor berikut di atas papan tulis dan menyuruh pelajar menyusun nombor-nombor ini dalam susunan yang terkecil kepada yang terbesar.

0.16, 1.3, 0.096, 2.9


Seorang murid telah menulis jawapan seperti berikut:

0.16, 0.096, 1.3, 2.9


Antara pernyataan berikut, yang manakah bukan faktor yang menyebabkan kesilapan tersebut? (A) (B) (C) (D) Murid tidak faham tentang nilai digit apabila membandingkan dua nombor perpuluhan. Murid tersebut tahu 2.9 lebih besar daripada 1.3 berdasarkan pengetahuan tentang nombor bulat. Murid tersebut tidak mendapat kefahaman yang jelas tentang sistem nilai tempat bagi nombor perpuluhan (decimal place value). Murid membaca sifar perpuluhan enam belas dan sifar perpuluhan sembilan puluh enam dan membuat kesimpulan 96 lebih besar daripada 16.

No. Kod: MTE 3109 14. Dalam satu aktiviti memahami konsep peratus, Cikgu Intan meminta pelajarnya melorekkan 50 petak dalam petak 100. Kemudian beliau mengaitkan lorekan itu dengan 50% daripada 100 petak. Seterusnya, beliau meminta pelajar melorekkan 30 petak dalam petak 100. Respon dari pelajar iaha 30% daripada 100 petak. Langkah berikutnya, Cikgu Intan telah menyediakan satu carta petak 80 seperti dalam berikut. Apabila disuruh melorekkan 50% daripada carta tersebut, respon murid adalah seperti dalam Rajah (b).

(a) Rajah 2

(b)

Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan faktor utama yang menyebabkan kesilapan pelajar berkenaan? (A) (B) (C) (D) Pelajar selalu mengaitkan peratus dengan 100 objek. Pelajar tidak dapat mengaitkan 50% dengan setengah. Pelajar dapat kaitkan lorekan petak dengan makna 50%. Pelajar tidak dapat kaitkan perkataan antara pecahan, perpuluhan dan peratusan.

No. Kod: MTE 3109

Angka Giliran:______________________ Bahagian B

Jawab semua soalan. 1. (a) Di peringkat awal mengenal nombor, guru disarankan untuk mengguna aktiviti yang melibatkan bahan konkrit. (i) Beri dua kebaikan kaedah ini. ___________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ [ 2 markah ] (ii) Dengan menggunakan gambarajah, beri satu contoh bahan konkrit dalam tajuk mengenal nombor dan terangkan kaedah penggunaannya.

[ 3 markah ]

10

No. Kod: MTE 3109 2.

Angka Giliran:______________________

(a) Penggunaan teknologi dalam bilik darjah dapat menarik minat murid terhadap matematik. Kalkulator merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang murah dan mudah diperolehi. (i) Beri dua sebab mengapa guru kurang menggunakan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

[ 2 markah ]

(ii)

Terangkan satu contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kalkulator.

________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

[ 3 markah ]

11

No. Kod: MTE 3109 (b)

Angka Giliran:______________________

Pengangaran memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran pengiraan di kalangan kanak-kanak. (i) Jelaskan satu sebab mengapa kemahiran menganggar hasil sesuatu pengiraan perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ [ 2 markah ] (ii) Pelbagai cara boleh digunakan untuk menganggar hasil sesuatu pengiraan. Jelaskan cara yang akan anda gunakan untuk menganggar hasil pengiraan yang terdapat dalam Rajah 7. 389 + 216 158 Rajah 7 ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ [ 3 markah ]

12

No. Kod: MTE 3109 3. (a)

Angka Giliran:______________________

Pecahan tak wajar adalah berkait rapat dengan nombor bercampur. Oleh itu, pecahan tak wajar boleh ditukar kepada nombor bercampur dan sebaliknya. (i) Nyatakan maksud pecahan tak wajar. ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ [ 1 markah ]

(ii)

Lukiskan satu gambarajah yang boleh membantu murid-murid 11 3 2 . sekolah rendah memahami penukaran 4 4 [1 markah ]

(iii)

Cikgu Wan menggunakan cara pengiraan berikut (lihat Rajah 8) 8 untuk menjelaskan penukaran kepada nombor bercampur. 3

8 83 3 2 baki 2 2 2 3

Rajah 8 Jelaskan satu cara pengiraan yang lain untuk menukar kepada nombor bercampur.

8 3

[ 2 markah ]

13

No. Kod: MTE 3109 (b)

Angka Giliran:______________________

Encik Ahmad telah menggunakan bahan bantu mengajar untuk menunjukkan kemahiran menambah dua nombor bercampur ( lihat Rajah 9) kepada muridnya.

1 2

+1

3 = 4

Rajah 9

(i)

Dengan bantuan gambarajah, terangkan langkah-langkah yang mungkin Encik Ahmad gunakan untuk mengajar kemahiran tersebut.

[ 3 markah ]

14

No. Kod: MTE 3109 4.

Angka Giliran:______________________

Pembelajaran mengenai peratus boleh berlaku dalam keadaan sebenar dan melalui aktiviti praktikal. Pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan ini membuat pelajar lebih memahami dan menghargai kepentingan matematik dalam kehidupan. (a) Pilih salah satu aktiviti dan tuliskan satu masalah bercerita ___________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ [ 2 markah ] (b) Dengan menggunakan rajah dan contoh yang sesuai, terangkan bagaimana anda menjelaskan konsep peratusan yang lebih besar daripada 100%.

[ 5 markah ]

15

No. Kod: MTE 3109

Angka Giliran:______________________ Bahagian C ( 40 markah )

Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini 1. a) Cikgu Sarah ingin menjelaskan perhubungan di antara penambahan dan penolakan ke atas nombor bulat kepada murid-murid Tahun Satu. Berpandukan contoh-contoh soalan penambahan dan penolakan yang sesuai, jelaskan maksud penolakan ialah operasi songsang kepada penambahan. Seterusnya, huraikan satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan bahan-bahan manipulatif yang boleh Cikgu Sarah gunakan untuk mencapai hasil pembelajaran beliau. [ 10 markah ] (b) Murid-murid sekolah rendah sering menghadapi kesukaran semasa mempelajari fakta asas pendaraban. Justeru itu, membimbing mereka menguasai fakta asas pendaraban merupakan satu tugas yang mencabar bagi kebanyakan guru Matematik. Jelaskan satu punca kesukaran pembelajaran fakta asas pendaraban dalam kalangan murid sekolah rendah. Seterusnya, huraikan satu aktiviti bermain yang boleh guru gunakan untuk membimbing muridmurid menguasai fakta asas pendaraban. [ 10 markah ]

2.

Murid yang memahami makna nombor pecahan dan nombor perpuluhan tidak semestinya dapat membuat pengiraan bagi operasi tambah nombor perpuluhan walaupun algorithma operasi tambah perpuluhan menyerupai algorithma bagi operasi tambah nombor bulat. Dengan menggunakan resos dan gambarajah yang sesuai, terangkan langkah-langkah yang akan anda gunakan untuk membantu pelajar membina strategi dan algorithma bagi menambah nombor perpuluhan. [ 10 markah ]

16