* Ada lagi sembahyang yang digabungkan antara sembahyang jamak dan qasar.

Iaitu menghimpunkan sembahyang zohor + Asar dan Maghrib + Isyak dengan diqasarkan sembahyang yang 4 rakaat. Niatnya: i. Sembahyang pada jamak qasar zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Zohor dipanggil Jamak Taqdim): - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. ii. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Maghrib dipanggil Jamak Taqdim): * Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja.. Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. - Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. iii. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Asar dipanggil Jamak ta'khir ): - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala. - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala. ii. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Isyak dipanggil Jamak ta'khir ): * Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja.. Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala. - Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

JAMAK QASAR

PRAKTIK jamak taqdim - Zohor+Asar
Dalam perjalanan............. 1. Berwuduk 2. Berdiri mengadap kiblat. 3. Memulakan sembahyang zohor dulu dengan takbiratul ihram serta niat: "Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala." 4. Sembahyang zohor 2 rakaat.... 5. Salam dan selesai. 6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja), 7. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat: "Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala." 8. Sembahyang Asar 2 rakaat... 9. Beri salam.... Selesai

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful