You are on page 1of 26

1.

0

PENGENALAN

1.1

APA ITU GIMNASTIK? Gimnastik adalah salah satu perkara yang paling asas dan menarik untuk semua aktiviti fizikal yang dijalankan. Kemahiran asas gimnastik mengembangkan sifat-sifat kemahiran yang sesuai untuk menjadi batu loncatan kepada sukan-sukan dan aktiviti-aktiviti lain. Aktiviti sukan dapat meningkatkan kekuatan otot, ketahanan, kuasa, fleksibiliti, koordinasi, ketangkasan dan keseimbangan. Dengan adanya aktiviti aerobik dalam gimnastik, program ini dapat menyumbang ke arah perkembangan fizikal yang seimbang. Melalui kaedah yang betul, kanak-kanak yang mengikuti program gimnastik menunjukkan kemajuan dalam beberapa aspek, iaitu : a) Koordinasi Melalui pembelajaran kemahiran asas gimnastik, kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran tubuh badan, keseimbangan dan pergerakan berkoordinasi. b) Keyakinan Latihan gimnastik adalah berasaskan pembelajaran untuk

meningkatkan kemahiran. Seorang pelatih itu bermula dari pergerakan mudah kepada pergerakan yang lebih sukar. Dengan itu barulah dia dapat mencapai matlamat yang diinginkan lantas dengan sendirinya membina keyakinan terhadap kemampuan dirinya. c) Orientasi matlamat Sifat gimnastik yang progresif dapat mendidik kanak-kanak tentang tujuan dan nilai dalam menetapkan matlamat yang ingin dicapai, ini merupakan pengajaran yang berharga bagi setiap peringkat umur d) Disiplin dan organisasi Jika seseorang pelatih itu maju, dia dapat mempelajari bahawasanya untuk mencapai kemajuan, sesuatu perkara itu perlu dilakukan dengan

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

1

cara tersendiri setiap kali jika ingin berhasil. Hal ini memerlukan disiplin dan organisasi. Ganjaran yang diperoleh kerana menerapkan sikapsikap positif ini adalah – keseronokan yang sebenar. Kanak-kanak awal-awal lagi dapat belajar bahawa disiplin yang diamalkan, boleh membawa kepada kejayaan. e) Kreativiti Gimnastik membolehkan kanak-kanak mengekspresikan diri mereka mengikut cara individu yang unik. Kanak-kanak berterusan tercabar untuk mencuba kemahiran baru, untuk mengetahui sejauh mana mereka boleh berjaya melalui kerja keras dan pemikiran yang kreatif . 1.2 APA TUJUAN SUKAN INI? Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani khususnya gimnastik bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani khususnya gimnastik berkebolehan untuk;-

a) Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan; b) Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor; c) Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan; d) Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan; e) Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala; f) Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; g) Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat; h) Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa

melakukan aktiviti fizikal; dan i) Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

2

guru boleh menggabungkan pengalaman yang sedia ada dengan aktiviti yang terdapat dalam modul ini untuk menjadi pengajaran gimnastik lebih berkesan seterusnya memupuk minat dan keyakinan murid untuk menjalankan aktiviti gimnastik. Sebagai guru atau jurulatih. Sebarang amaran bahaya perlu diberitahu atau diperkenalkan kepada murid-murid sebelum sesi latihan dimulakan. Semua peralatan harus diperiksa sebelum digunakan dalam sesi latihan. c) Pengalaman menyeronokkan Memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada murid-murid. Dengan modul ini guru boleh mengajar dengan lebih teratur. MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 3 . a) Bimbingan dalam sukan Apabila kita menjadi jurulatih. Berilah keseronokan kepada latihan disamping anda memberi latihan kepada muridmurid. kita juga bertindak sebagai pendidik.3 ASPEK-ASPEK PENTING YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN OLEH GURU. Kita bukan sahaja bertanggungjawab melatih murid-murid tentang asas-asas kemahiran sesuatu sukan malahan kita juga perlu menerapkan nilai-nilai sosial dan etika dalam sukan secara umum.0 MODUL PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 2. Ini Untuk memastikan keselamatan dan meminimumkan risiko ketika melatih kemahiran yang lebih sukar. Di samping itu juga. sistematik. Sebagai contoh. 2.1 MATLAMAT PENGHASILAN MODUL Modul ini adalah satu panduan keadah pengajaran gimnastik untuk guru kepada murid-murid. Dalam masa yang sama mereka mengembangkan fizikal mereka dengan sendirinya. Kanak-kanak mengambil bahagian dalam sukan atas banyak faktor tetapi faktor utama yang memberi daya motivasi adalah keseronokan yang boleh diperoleh ketika bersukan. kita harus merancang sesi pembelajaran. modul ini boleh dijadi rujukan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani untuk mereka satu pengajaran yang lebih berkesan. b) Keselamatan Untuk memastikan keselamatan.1. berkesan dan yakin untuk menjalankan aktiviti gimnastik kepada murid-murid yang diajar. kita bertanggungjawab untuk memberi bimbingan dalam sukan untuk memastikan keselamatan murid-murid yang menyertai aktiviti dan memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka.

3.0 KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 4 .

AKTIVITI 1 IMBANGAN MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 5 .

Condong badan kehadapan dan bengkokkan tangan. Letak tapak tangan di atas lantai di bawah paras bahu.NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN FASA : FAIZ DAN MUIZ : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : IMBANGAN :AKTIVITI &BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/PENGELOLAAN/GAMBAR ILLUTRASI PERMULAAN ± 5 minit Aktiviti memanaskan badan :  Permainan kereta sorong 1. Imbang badan selama 4 saat. Rehatkan kedua-dua lutut (bahagian dalam) di atas siku. PERKEMBANGAN AKTIVITI ± 15 minit 3. Bawa tangan kehadapan sambil sebelah kaki di angkat keatas. Angkat kaki menggunakan bantuan tangan. Imbangan ‘V’ Duduk melunjur di atas lantai. Muka memandang kehadapan. 2. Tangan kiri diluruskan kehadapan dalam posisi badan mengiring. Imbangan Dekam Duduk mencangkung Selitkan tangan di antara dua paha. MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 6 . Lepas sokongan tangan dan depa kan tangan. 4. Angkat badan menggunakan tangan kanan. Tangan memegang paha. KEMUNCAK ± 5 minit Persembahan/pertandingan mini penutup Pertandingan mengimbang skala hadapan antara individu / kumpulan. Tangan diluruskan di belakang badan. PENUTUP ± 5 minit Penyejukkan badan dan kelonggaran / refleksi aktiviti oleh guru. Angkat kedua-dua tangan ke atas. Imbang badan selama 4 saat. Imbangan Sisi Posisi badan dalam keadaan sokong depan. Imbangan Skala Depan Berdiri dalam keadaan tegak.

AKTIVITI 2 GULING SISI MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 7 .

Duduk melutut. tangan menyentuh lantai dan berguling secara perlahan-lahan dari kanan ke kiri dan kembali semula ke posisi asal. 1 kumpulan 4 murid. iii. Aktiviti 1 : Peringkat bayi i. Semua murid harus mempunyai kemahiran yang berbeza. iii. Ulang semula aktiviti sehingga lancar dan kemas. Penyejukan badan i. iii. Ulang lakuan dari kiri ke kanan. Duduk secara santai di atas lantai sambil membuat pergerakan kelonggaran. Berdiri separuh cangkung.NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN FASA : NAIM DAN KHAIRUL : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : GULING SISI : KON BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN/ GAMBAR/ ILUTRASI Permulaan (5 minit) Pemanasan badan (Warming Up) Permainan “Random Run and Balance” i. iii. Kemuncak Penutup MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 8 . kedua-dua tangan diatas lutut. Ulang semula aktiviti sehingga kemas dan lancar. Perkembangan (15 minit) Aktiviti 3 : Peringkat Remaja i. iii. ii. Permainan siapa sampai dulu i. ii. Berdiri dengan kaki seluas bahu. rapatkan badan ke lutut. semua murid dikehendaki berhenti bergerak dan melakukan mana-mana imbangan yang telah dipelajari secara berpasangan. Melutut dengan kedua-dua tangan didepakan. ii. ii. ii. tangan di atas lutut. Bina 4 kumpulan. Setiap murid dalam kumpulan akan melakukan salah satu kemahiran guling sisi. Ulang semula dari kiri ke kanan. ii. Ulang semula dari kiri ke kanan. Guru akan mengimbas kembali kemahiran yang telah dipelajari pada hari tersebut. lutut bengkok. Gerakkan badan dari sisi kanan ke arah kiri secara perlahan-lahan dan kembali semula ke posisi asal. Aktiviti 4 : Peringkat Dewasa i. Murid bergerak secara berlari perlahan-lahan di dalam kawasan yang ditetapkan. Gerakan dimulakan dengan melonjak sedikit. Mulakan gerakan daripada sisi kanan ke kiri secara perlahan-lahan dan kembali semula ke posisi asal. Apabila guru meniup wisel. Setiap murid akan berada di kon yang telah ditetapkan untuk melaksanakan kemahiran masingmasing untuk memenangi permainan. Ulang semula dari kiri ke kanan. Ulang semula aktiviti sehingga kemas dan lancar. Mula gerakan dengan meletak tangan di lantai terlebih dahulu dari kanan ke kiri kemudian kembali semula ke posisi asal. Ulang semula aktiviti sehingga kemas dan lancar. ii. Aktiviti 2 : Peringkat Kanak-kanak i.

AKTIVITI 3 GULING HADAPAN MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 9 .

Tangan seluas bahu Turun guling depan sambil rapatkan dagu ke dada Bulatkan badan 3. Guling depan atas tilam rata Lakuan sempurna Daya tolakan dilakukan Bahu menyentuh lantai Guling ke depan Berdiri semula KEMUNCAK ± 5 minit Persembahan/pertandingan mini penutup Pertandingan antara in dividu / kumpulan PENUTUP ± 5 minit Cooling down -aktiviti kelonggaran otot MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 10 . Guling dari spring board Mata pandang tapak Daya tolakan dilakukan Bahu menyentuh lantai Guling ke hadapan Berdiri semula 4. Aktiviti ‘buai kelapa’ Dari posisi duduk-dakap ‘tuck’ Gerak ke depan dan ke belakang hingga 3 kali Ulang lagi 3 kali PERKEMBANGAN AKTIVITI ± 15 minit 2. PETI LOMBOL DAN PAPAN ANJAL AKTIVITI & BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/PENGELOLAAN/GAMBAR ILLUTRASI PERMULAAN ± 5 minit Aktiviti memanaskan badan Musang & ayam 1.NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN FASA : AZEATUL DAN NAJIHAH : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : GULING HADAPAN : TILAM. Guling dari atas bangku/peti lombol Dari kedudukan melutut atas bangku Letak kedua tangan atas tilam.

AKTIVITI 4 GULING BELAKANG MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 11 .

PERKEMBANGAN AKTIVITI ± 15 MINIT AKTIVITI 3 : GULING BELAKANG DAN KAKI SENTUH LANTAI  Duduk dakap. Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4 kali. Pelajar Stesen 1 Stesen 2 AKTIVITI 1 : BUAIAN  Dakapkan lutut ke badan. Mendarat dengan bebola kaki.  Kaki rapat dan lurus.  Gerakkan badan ke belakang.  Mendarat dengan bebola kaki.  Angkat kaki dan punggung ke atas melepasi kepala.  Tangan pelaku disisi kepala dengan tapak tangan menghala kearah tilam.  Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4 kali. KEMUNCAK ±5 MINIT AKTIVITI : PERTANDINGAN MINI INDIVIDU  Murid akan melakukan guling belakang  Murid yang terbaik lakuannya dianggap pemenang AKTIVITI : COOLING DOWN  Melakukan aktiviti cooling down.NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN FASA : UZAIR DAN FARAH : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : GULING BELAKANG : TILAM DAN PAPAN ANJAL AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR GAMBAR ILLUSTRASI PERMULAAN ± 5 MINIT AKTIVITI : LARI DAN IMBANG  Murid lari kearah stesen. Gerakkan badan ke belakang. AKTIVITI 4: GULING BELAKANG      Duduk dekam. PENUTUP ±5 MINIT MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 12 .  Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4 kali.  Soal jawab. AKTIVITI 2 : GULING BELAKANG DAN TANGAN SENTUH LANTAI  Duduk dakap.  Murid akan membuat imbangan di setiap stesen.  Gerakkan badan ke belakang.  Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4 kali.  Buaikan badan ke depan dan belakang. Luruskan kaki dan berdiri.

AKTIVITI 5 RODA KERETA MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 13 .

perlu diikuti AKTIVITI TAMBAHAN dengan tangan kiri -Tangan kanan penyokong di pinggang pelaku dan diikuti tangan kiri untuk membantu pada bahagian kaki -Khusus untuk murid yang sukar menguasai kemahiran Roda kereta menggunakan peti lombol Bulatan besar Bulatan kecil Kangaroo Katak KEMUNCAK : @ ± 5 minit PENUTUP ± 5 minit MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 14 .Tangan diletakkan di bahagian bulatan garisan . PETI LOMBOL.Rakan memegang pinggang pelaku untuk memberi bantuan Persembahan/pertandingan mini i)Pertandingan antara individu / kumpulan .Kaki dan badan mengikut lajak lakuan ke sisi membentuk PERKEMBAN GAN AKTIVITI separa bulatan ii) Lakuan roda kereta di atas bangku atau peti lombol -Berdiri di atas kaki kanan dan tangan kanan berada si atas peti lombol @ ± 15 minit -Tangan kiri di atas peti lombol dan kaki kiri diangkat ke sisi badan iii) Lakuan roda kereta di atas papan anjal .Mengambil kira dari segi kekemasan Cooling down -Aktiviti kelonggaran badan Lakuan roda kereta di atas lantai dengan sokongan rakan -Jika pelaku mula dengan langkah kiri.NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN FASA : ADELINE DAN MIRA : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : RODA KERETA : BANGKU PANJANG. maka ahli kumpulan kangaroo akan melompat (hop) untuk mengejar katak -Guru akan menukar arahan dengan menyebut katak dan katak akan mengambil alih peranan i) Lakuan roda kereta menggunakan bulatan kecil dan besar .Melakukan roda kereta menuruni papan anjal . PAPAN ANJAL NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/ENGELOLAAN/GAMBAR ILUSTRASI i) Warming-up / Stretching ii) Aktiviti Kangaroo Dan Katak -Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan PERMULAAN ± 5 minit kangaroo dan katak -Apabila guru menyebut kangaroo.

AKTIVITI 6 DIRIAN TANGAN \ MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 15 .

Aktiviti : Sejuk badan Regangan otot. Membuat penilaian terhadap setiap lakuan murid Murid yang dapat melakukan dirian tangan yang paling lama dikira pemenang. Gerakkan kaki naik ke atas perlahanlahan sehingga badan rapat ke dinding Luruskan kaki Aktiviti 2 : Lejang kuda Berdiri tegak Gerakkan sebelah kaki kehadapan Turunkan kedua-dua belah tangan ke lantai Tendang kaki belakang (lurus) ke atas Diikuti kaki yang berikutnya PERKEMBAN GAN Aktiviti @ ± 15 minit Aktiviti 3 : Dirian tangan Berdiri tegak dengan kedua tangan ke atas Gerakkan sebelah kaki kehadapan dan kedua tapak tangan menyentuh lantai Tendang sebelah kaki (lurus) ke atas diikuti kaki yang berikutnya Luruskan kaki beberapa saat KEMUNCAK : @ ± 5 minit Aktiviti : Pertandingan Minta semua murid untuk melakukan dirian tangan. Refleksi murid PENUTUP ± 5 minit MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 16 .dua belah kaki ke belakang Kembali ke posisi asal Aktiviti 1 : Dirian tangan Menghadap Dinding Berdiri tegak dengan badan bersentuhan dinding Letak kedua tangan di atas lantai.NAMA PEMBENTANG : AZZUWA DAN AMIN CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT TAJUK KEMAHIRAN : DIRIAN TANGAN ALATAN : TILAM KECIL FASA NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/PENGELOLAAN/GAMBAR ILUSTRASI PERMULAAN ± 5 minit Aktiviti : Pemanasan badan Lompat Katak Kedudukan dalam keadaan mencangkung Lompat ke hadapan dan letakkan tapak tangan di lantai Menolak kedua.

AKTIVITI 7 HAMBUR TANGAN MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 17 .

Badan mesti sentiasa. Kunci semua bahagian sendi. AKTIVITI 2 Hambur Tangan atas bangku panjang atau peti lombol ( tinggi 1/2 meter ): dengan bantuan 2 peyokong – mendarat atas tilam. AKTIVITI 4 KEMUNCAK ± 5 minit Pertandingan mini individu / kumpulan: Hambur Tangan atas tilam rata mengikut individu / kumpulan ULAT BULU PENUTUP ± 5 minit Murid mengambil ruang sendiri dan melakukan aktiviti pengenduran.Bangku adalah zon selamat bagi Sang Arnab. MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 18 . Mata pandang di titik tengah antara kedua tapak tangan.NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN FASA : NAZRUL DAN JALWAA : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : HAMBUR TANGAN : TILAM. Aspek Teknikal Pelaku : Letak kedua belah tangan ke atas lantai. PETI LOMBOL DAN BANGKU PANJANG AKTIVITI & BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN / GAMBAR ILLUSTRASI SANG BUAYA DAN SANG ARNAB PERMULAAN ± 5 minit Sang Arnab perlu melompat dan mengelak daripada di tangkap oleh Sang Buaya untuk pulang ke rumahnya.dan mendarat atas tilam. rapat dan luruskan kedua-dua belah kaki dan tangan. PERKEMBANGAN AKTIVITI ± 15 minit AKTIVITI 3 Hambur Tangan melepasi tilam bergulung – sehingga penyokong tidak diperlukan. AKTIVITI 1 Dirian Tangan atas bangku panjang atau peti lombol ( tinggi 1 meter) : dengan bantuan 2 penyokong . Hayun satu kaki lurus kuat ke atas dan diikuti sebelah kaki. Murid akan bergilir-gilir menjadi Sang Arnab dan Sang Buaya.

AKTIVITI 8 PAPAN ANJAL MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 19 .

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN FASA : FARID DAN FIRDAUS : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : PENGGUNAAN PAPAN ANJAL BERVARIASI : TILAM GIMNASTIK . gaya di udara dan pendaratan pelajar yang terbaik PENUTUP ± 5 minit Aktiviti menyejukkan badan i) Aktiviti kelonggaran MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 20 . Pertandingan mini KEMUNCAK : @ ± 5 minit i) Pertandingan antara individu / kumpulan Menilai kekemasan lompatan. PAPAN ANJAL NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN / GAMBAR ILUSTRASI Memanaskan badan/regangan i) Aktiviti ketinting dan lompat kanggaru PERMULAAN ± 5 minit Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan X dan Y. lompat di atas papan anjal Lurus dan kangkang kaki ke hadapan sambil tangan didepa menyentuh kaki. Y melakukan lompat kanggaru. lompat di atas papan anjal Badan lurus dan putar 360’ Bengkokkan kaki dan depakan tangan ketika mendarat. X melakukan ketinting. Bengkokkan kaki dan depakan tangan ketika mendarat. @ ± 15 minit - Bengkokkan kaki dan depakan tangan ketika mendarat. 2 kumpulan akan bertukar peranan apabila guru memberi arahan. i) Aktiviti papan anjal (lompat dan tuck) Berlari. lompat di atas papan anjal Rapatkan lutut ke dada menggunakan kedua tangan(tuck). ii) Aktiviti papan anjal (lompat dan putar) Berlari. PERKEMBANGAN Aktiviti ii) Aktiviti papan anjal (lompat dan kangkang) Berlari.

AKTIVITI 9 LOMBOL KANGKANG MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 21 .

Aktiviti : Pertandingan KEMUNCAK : @ ± 5 minit Membuat penilaian terhadap setiap lakuan murid. Murid yang dapat melakukan pergerakan ini dengan baik akan jadi pemenang. PAPAN LONJAK. MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 22 .NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN FASA : MOTHY DAN FAIS : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : LOMBOL KANGKANG : TILAM BESAR. Mendarat dengan kaki kangkang. Minta setiap murid ulang aktiviti. Ulang aktiviti sebanyak tiga kali. Sesi soal dan jawab. PENUTUP ± 5 minit Aktiviti : Sejuk badan Regangan singkat. Mendarat atas tilam dengan menggunakan kaki. Lompat mendarat di atas tilam. Kaki kangkang kehadapan. Menyentuh peti lombol dan terus melalui peti lombol. Aktiviti 2 : Lompat menggunakan papan anjal melalui peti lombol dengan kaki kangkang Lari dan lompat menggunakan papan anjal. PETI LOMBOL NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN / Gambar Ilustrasi Aktiviti : Pemanasan badan PERMULAAN ± 5 minit Lakukan larian bebas. Mendarat di atas peti lombol dengan kaki kangkang. Aktiviti 1 : Lompat kucing Lompat seperti kucing kucing. Lompat ke atas dan buka kaki. PERKEMBANGAN Aktiviti @ ± 15 minit Aktiviti 3 : Lompat menggunakan papan anjal terus melalui peti lombol dengan kaki kangkang Lari dan lompat menggunakan papan anjal.

AKTIVITI 10 PALANG SELARI MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 23 .

Berayun ke belakang. Berayun ke belakang dengan badan diluruskan. PERKEMBANGAN AKTIVITI ± 15 MINIT AKTIVITI 2 : ‘SWING BACKWARD AND DISMOUNT’       Lompat dan menyokong badan dengan keduadua belah tangan. AKTIVITI : ‘MOVE MOVE’ KEMUNCAK ±5 MINIT   Melakukan tolakan dan bergerak ke hadapan secara berkumpulan. tangan kanan diangkat dan mendarat dengan dengan tangan kiri memegang palang). Kumpulan yang dapat melakukannya tanpa terjatuh dikira pemenang. Melakukan pendaratan (tangan kiri memegang palang di hadapan tangan kanan. PENUTUP ±5 MINIT AKTIVITI : ‘COOLING DOWN’   Melakukan aktiviti regangan. MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 24 . Angkat dan rapatkan kaki. Berayun ke hadapan. Kepala dinaikkan sedikit dan pandang 1m ke hadapan. Menjalankan proses soal jawab. Bergerak ke hadapan dengan menggunakan tangan sehingga ke hujung palang. Berayun ke belakang dan badan diluruskan.NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN FASA   : TUAN FARIZ : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : PALANG SELARI : TILAM DAN PALANG SELARI AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR GAMBAR ILLUSTRASI AKTIVITI : ‘STRONGER HANDS’ PERMULAAN ± 5 MINIT Mengimbangkan diri di atas palang selari. tangan kanan diangkat dan mendarat dengan tangan kiri memegang palang). Berayun ke hadapan untuk duduk dengan kaki terbuka. ke hadapan dan berayun ke belakang semula. Melakukan pendaratan (tangan kiri di palang tangan kanan untuk sokongan belakang. Lihat ke arah kaki. AKTIVITI 1 : ‘SWING FORWARD AND DISMOUNT’         Lompat dan menyokong badan dengan keduadua belah tangan. Berayun ke hadapan dengan badan diluruskan. ke belakang dan ke hadapan. Berayun ke hadapan untuk duduk dengan kaki terbuka dan dirapatkan apabila berayun ke belakang.

Di samping itu juga. modul ini boleh dijadi rujukan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani untuk mereka satu pengajaran yang lebih berkesan. MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 25 . Diharapankan dengan modul ini guru boleh mengajar dengan lebih teratur. sistematik.RUMUSAN Modul ini dihasilkan sebagai satu panduan kepada mana-mana guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani terutama sekali dalam aktiviti gimnastik. guru boleh menggabungkan pengalaman yang sedia ada dengan aktiviti yang terdapat dalam modul ini untuk menjadi pengajaran gimnastik lebih berkesan seterusnya memupuk minat dan keyakinan murid untuk menjalankan aktiviti gimnastik. Sebagai contoh. berkesan dan yakin untuk menjalankan aktiviti gimnastik kepada murid-murid yang diajar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Kementerian Pendidikan Malaysia. (1984). (1997). Kuala Lumpur.RUJUKAN Chong Siew Han. Taman Koperasi Polis Fasa 1. MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 26 . Gimnastik artistik : Buku Panduan Guru. Aussie Gym Fun : A Resource For School and Clubs. Flo Enterprise SDN. BHD. Gene Schembri. Taman Koperasi Polis Fasa 1. Australian Gymnastic Federation Incorporated. Introduction to Gymnastics. Gimnastik Irama : Buku Panduan guru. Kuala Lumpur.