You are on page 1of 3

Soalan : Bincangkan maksud prasejarah dan bincangkan ciri-ciri

kehidupan manusia Zaman Prasejaran Awal.

Pada umumnya prasejarah ditakrif sebagai sejarah silam manusia sebelum
wujudnya rekod-rekod bertulis. Istilah prasejarah mula digunakan oleh Daniel Wilson
pada tahun 1851m di dalam bukunya yang bertajuk The Archeology and Prehitoric
Annals of Scotland. Tempoh prasejarah bermula dari kemunculan manusia dimuka
bumi sehingga permulaan tradisi silam iaitu tempoh sejarah yang tidak melebihi 7000
tahun yang lalu. Selain itu, prasejarah juga diiktiraf sebagai sebahagian daripada masa
silammanusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebslum sejarah.
Berhubung dengan itu, tempoh prasejarah bermula dan berakhir pada jangka masa yang
berlainan antara satu benua dengan benua yang lain.

Zaman prasejarah awal merujuk kepada dua zaman iaitu Zaman Paleolitik dan
Zaman Mesolitik . Zaman Paleolitik dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Paleolitik
Awal dan Paleolitik Akhir. Zaman Paleolitik Awal menyaksikan kemunculan spisies
manusia yang keempat yang dikenali sebagai Homo Neanderthalensis yang ditemui
dilembah Neander yang terletak di barat laut Jerman pada tahun 1856m. Dalam
perkembagan pula, gambaran yang jelas mengenai zaman ini tidak dapat diketahui.
Menurut ahli kaji purba, Pithecanthropus dan generasinya mempunyai keupayaan
bertutur. Ini membolehkan mereka berinteraksi dengan kumpulan ataupun rakan serta
menurunkan ilmu yang dipelajari dari satu generasi ke generasi yang lain. Manusia
zaman ini pada zaman ini juga mempunyai kemahiran membuat pelbagai jenis alatan
batu yang digunakan sebagai senjata ataupun barang-barang perhiasan. Alat batu yang
digunakan adalah lebih kasar dari segi pembuatannya. Mereka juga tidak tahu
menternek binatang dan bercucuk tanam tetapi kegiatan ekonomi mereka bergantung
dkepada aktiviti memburu binatang, menangkap ikan, dan mengumpul hasil hutan
seperti buah-buahan. Dalam bidang kerohanian pula, amalan ritual diperaktikkan
senmasa upacara pengebumian berdasarkan penemuan barang-barang pengebumian
yang menunjukkan bahawa wujud kepercayaan kehidupan selepas mati.
Pada peringkat zamn Paleotik Akhir, spisies manusia yang mendiami dunia ini
adalah manusia Cro-Magnon. Tulang manusia ini telah ditemui di Gua Cro-Magnon yang
terletak di Dordogne, Perancis. Kebudayaan Zaman Paleolitik Akhir adalah lebih superior
berbanding Zaman Paleolitik Awal. Alat-alat batu yang digunakan terdiri dari banyak
jenis dan mutu yang baik. Di antara alat yang paling komplikated adalah jarum yang
diperbuat daripada tulang,kail ikan, tempuling, lembing dan anak panah. Terdapat juga
barang perhiasan seperti subang dan rantai yang diperbuat dari gigi binatang dan
cengkerang. Manusia Cro-Magnon hidup secara berkelompok kecil dan mempunyai
stuktur sosial yang teratur. Mereka juga memburu dalam kumpulan dan hasil buruan
dikongsi bersama serta menikmati hasil buruan beramai-ramai dalam pesta atau perayaan.
Terdapat kemajuan dalam keseniaan. Hasil dari perkembangan dan kemajuan ini, lahir
golongan artis yang profesional dan tukang-tukang kraf yang mahir. Golongan tersebut
menjalani latihan yang berterusan bagi memperoleh kemahiran yang tertentu. Manusia
pada zaman ini mempunyai kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Mereka
memberikan penghormatan kepada si mati dengan melukis dan mewarnakan mayat,
meletakkan tangan diatas dada dan menyertakan barang berharga didalam kubur. Zaman
ini juga menyaksikan perkembangan dalam bidang intelektual. Manusia pada zaman ini
juga mempunyai kemahiran dalam mengira. Rekod-rekod matematik yang pertama dalam
sejarah manusia mincul pada zaman ini, contahnya rantai yang diperbuat daripada gigi
rusa disusun secara horizontal dengan alat-alat yang tajam merupakan rekod-rekod
mengenai jumlah binatang yang dibunuh semasa pemburuan. Kesenian dalam zaman ini
meliputi semuacabang material seperti lukisan dan ukiran. Dalam konteks ini, yang pling
menakjubkan adalah kemahiran merekadalam melukis pergerakan sesuatu objek.
Zaman Mesolitik pula merupakan zaman peralihan antara Zaman Paleolitik dan
Zaman mesolitik. Zamann batu pertengahan tidak mendapat perhatian para pengkaji.
Manusia pada zaman ini tinggal didalam gua, kawasan pesisiran pantai dan sungai. Alat-
alat yang diperbuat daripada tulang dan tanduk serta gading. Mereka menyara kehidupan
dengan memburu, menangkap ikandan memungut hasil hutan. Selain itu, masyarakat
mesolitik juga menanam tanaman makanan untuk digunakan sebagai sumber makanan.
Sementara itu, dari aspek kerohanian pula, mereka mempunyai kepercayaan tersendiri
umpamanya mereka menanam mayat bersama-sama dengan barang pengebumian. Ia
dilakukaan sebagai persiapan selepas mati.

Secara kesimpulannya, disetiap zaman tersebut mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri dan menunjukkan kemahiran serta kepakaran manusia yang tersendiri.
Kemodenan pemikiran berlaku dari setiap zaman serta nilai peradaban dan kebudayaan
menunjukkan kehidupan manusia yang terawal didunia ini.