1.

O PENDAHULUAN Esei ini akan membincangkan mengenai kesan luluhawa dan pergerakan jisim terhadap pandang darat (PD) fizikal di Malaysia. Tetapi sebelum itu, kita perlu memahami apa sebenarnya yang di maksudkan sebagai Luluhawa dan pergerakan jisim.

1.1 LULUHAWA Luluhawa ialah proses tindakan kimia di udara dan dalam air hujan, oleh tumbuhan dean oleh bakteria serta perubahan mekanik akibat pertukaran suhu. Luluhawa menukar batuan yang terdedah kepada cuaca menjadi reput dan kemudiannya menjadi tanah-tanah peroi (H.D.Tjia, 1987: 22) . Proses luluhawa terbahagi kepada tiga golongan iaitu luluhawa fizikal, luluhawa kimia dan luluhawa biokimia. Faktor-faktor utama yang mempengaruhi proses luluhawa ialah iklim, biotik, geomorfologi, faktor tapak, geologi dan kronologi (M.F.Thomas, 1991: 5). Proses luluhawa merupakan proses yang sinonim di Malaysia. Hal ini kerana luluhawa paling sesuai berlaku di kawasan tropika lembap, dimana gondolan permukaan tidak begitu pesat (M.F.Thomas, 1991: 51).

1.2 PERGERAKAN JISIM Pergerakan Jisim atau runtuhan puin-puin longgar akibat tarikan graviti.

Pergerakan jisim juga merupakan pergerakan bahan-bahan regolit, tanih dan batu menuruni cerun yang berlaku hasil daripada tarikan graviti( Jamaluddin Jahi, 1989: 142).. Gerakan jisim merupakan proses yang melibatkan pergerakan bahan terurai akibat daripada proses luluhawa daripada kawasan tinggi ke kawasan rendah. Kadar pergerakan jisim bergantung kepada kecerunan cerun, beratnya bahan dan kelembapan. Jenis gerakan

1

jisim iaitu kesotan tanih, fenomena bumi beku, tanah runtuh, ataman seperti yang telah dikenalpasti oleh Hutchinson (1968) berdasarkan mekanisme, morfologi, bahan dan kadar pergerakannya ( Jamaluddin Jahi, 1989: 14O). Kesemua perkara ini menyumbang kepada pembentukan landskap muka bumi termasuk di Malaysia. Antara kesan pergerakan jisim terhadap PD di Malaysia ialah terbentuk kawasan rendah, menghapuskan cerun, menghapuskan tanih, tumbuhan dan menolong proses luluhawa. 2.O KESAN LULUHAWA TERHADAP PANDANG DARAT (PD) FIZIKAL DI MALAYSIA 2.1 MERATAKAN KAWASAN TINGGI Luluhawa fizikal berlaku apabila batuan yang terletak di bawah permukaan bumi mengalami tekanan yang tinggi akibat adanya beban di atasnya. Apabila beban ini mula terhakis, tekanan yang ditanggung kawasan tinggi mula berkurangan dan menyebabkan batuan ini pecah mengikut satah kekar yang ada, atau satah yang selari dengan permukaan. Hal ini akan menghakis permukaan batuan dikawasan tinggi seperti dikawasan gunung serta bukit dan meninggalkan landskap kawasan yang semakin rata. Landskap fizikal ini mudah didapati dikawasan Malaysia contohnya, seperti yang berlaku di Gunung Kinabalu, banjaran titiwangsa dan sebagainya. Kawasan-kawasan tanah yang mula merata ini akhirnya membentuk struktur tanah yang amat sesuai untuk pertanian.

2.2 MEMUSNAHKAN BANGUNAN Luluhawa yang berlaku terutama luluhawa biotik yang melibatkan akar pokok dan cuaca lembap panas memberikan PD fizikal yang biasa di Malaysia. Kerosakan batuan akibat akar kayu dan cuaca ini mudah ditemui disekeliling kita. Akar-akar yang menjalar

2

didalam tanah boleh masuk kecelah rekahan atau retakan batu

dan hujung akar

melemahkan struktur batuan dengan mengeluarkan asid organik. PD ini mudah ditemui di seluruh Negara. Contohnya, gambar 1 adalah diambil di Lembah Bujang, Kedah dan gambar 2 diambil berhampiran DKC di USM. Cuaca lembap panas pula mempengaruhi PD fizikal terutama bangunan-bangunan yang mula mengalami kerosakan akibat air hujan dan cuaca panas.

Gambar 3:Lembah bujang, Kedah

Gambar 4:Sebelah Dewan Kuliah C Universiti Sains Malaysia.

2.3 PEMBENTUKAN TANAH DAN PD PERTANIAN Hasil luluhawa terpenting ialah membolehkan tanaman subur. Luluhawa menghurai dan memecahkan batuan. Hasil penguraian, batuan akan menjadi tanih yang terdiri daripada pelbagai jenis. Tanih ini dapat menampung tanaman tertentu. Tanah laterit diistilahkan sebagai bahan yang amat terluluhawa yang kaya dengan oksida besi, aluminium sekunder atau kedua-duanya sekali (M.F.Thomas, 1991: 44). Tindak balas besi dalam sistem luluhawa adalah penting dalam membentuk laterit. Tanih merupakan puing batuan yang terluluhawa dan tidak terpejal serta bercampur dengan sekurangnya sedikit bahan organic. Campuran ini membezakan tanih daripada sebarang bahan lain yang tidak konsolidat seperti pasir pantai. Tanpa bahan organic dan kesan luluhawa bahan-bahan ini bukanlah tanih. Selain itu keadaan luluhawa membentuk Warna tanih

3

samaada merah, hitam, kelabu, coklat atau kuning (J.Gilluly et al, 1989: 7-19). .Di Malaysia, tanih laterit terbentuk akibat luluhawa membolehkan getah, kelapa sawit, koko dan pelbagai tanaman lain ditanam. Proses luluhawa yang berlaku menjadikan tanah di Malaysia sesuai untuk aktiviti-aktiviti pertanian sehingga Maka, Malaysia tersenarai sebagai Negara pengeluar utama tanaman pertanian ini didunia dan sektor pertanian juga mernyumbang peratusan yang tinggi dalam ekonomi negara. Luluhawa juga memecahkan batuan kepada butir-butir kecil ia sehingga memudahkan penggondolan dan menghakisnya. Proses ini merendahkan muka bumi dan manusia menjalankan aktiviti pertanian.

Gambar : kawasan Potensi Kelapa Sawit Sumber: www.deptan.go.id

2.4 PEMBENTUKAN PD KAWASAN PERLOMBONGAN Suhu serta kerpasan yang tinggi menyebabkan zon luluhawa yang tebal. Meskipun pengeluaran biologi juga tinggi, namun hujan yang lebat dapat

menghanyutkan kebanyakan sebatian yang larut dan demikian lapisan humus agak nipis saja. Antara mineral yang menghablur semula ialah gibbsite iaitu sebatian alumina dengan molekul air. Gibbsit tidak larut dan merupakan mineral utama dalam bijih aluminium yang disebut bauksit (H.D.Tjia, 1987: 33). PD bauksit ini dapat ditemui di Malaysia contohnya di Johor Tenggara.

4

2.5 PEMBENTUKAN GUA BATU KAPUR Luluhawa kimia turut membentuk gua, seperti lurah kering, tebing curam, gua, stalagmite, dan sungai bawah tanah yang unik (H.D.Tjia, 1987: 31) terutama kawasan batu kapur. Contohnya, di Malaysia terdapat banyak PD ini seperti di Batu Chaves Kuala Lumpur, Gua Niah di Sarawak, Lembah Kinta Perak, Bukit Kelawar Terengganu dan sebagainya.Banyak binaan batu-batan di Malysia tersembunyi oleh satu tutupan yang tebal daripada bahan yang mengalami luluhawa. Batu-batan ini hanya dapat dilihat dengan nyata pada dasar sungai, di bukit dan kawasan perlombongan. Ia boleh terbahagi kepada Batu kapur dan batu Syal berkapur. Batu kapur yang bersambung, berbentuk besar, tahan dan berwarna kelabu serta mempunyai sedikit sisipan batu syal. Bahagianbahagian yang berhubung dengan batu granit jalar-dalam banjaran menjadi batu marmar. Contoh jelmaan yang separuh menjadi telah tahan luluhawa dan tegak seperti bukit tebing mengulangi balik cirri-ciri PD seperti di Langkawi, Kinta, Perlis dan Kelantan (E.H.G.Dobby, 1982: 85). Hal ini membuktikan Luluhawa membentuk PD fizikal ini di setiap negeri di Malaysia.

Gambar: Gua batu kapur di KM35 Sapulut Kalabakan Sumber:WWW. Flickr.com

5

2.6 CERUN SEMAKIN CURAM Selain itu, cerun bukit granit juga merupakan pemandangan yang terbentuk. Penekanan terhadap pengikisan dan tindakan proses terhadap permukaan batu gondolan menjadi kurang penting dikawasan yang lebih lembap. Cerun di Malaysia nampaknya di mantel oleh profil luluhawa dangkal dari cerun ke puncak. Puncak gunung Pulai di Johor (710 misalnya, diliputi oleh dua atau tiga batu teras yang kecil, dan cerun curam yang menghala ke puncak memperlihatkan ciri-ciri yang sama. Disekitar kaki cerun muncul beberapa permukaan batu-batan yang tidak begitu besar , dan tor sekali lagi terdapat dicerun berhutan. Cerun ini mungkin memperlihatkan sudut curam yang melebihi 35º) (M.F.Thomas, 1991: 245).

2.7 HAKISAN SUNGAI Di Malaysia, peranan luluhawa footpoint biasanya dianggap tidak begitu penting, oleh kerana air dalam tanah terus berkekalan dibawah regolit disepanjang cerun bukit keseluruhannya bagi hampir sepanjang tahun. Bagaimanapun, takat yang mendadak di antara cerun bukit dengan dataran di sekelilingnya lazimnya merupakan satu cirri yang tidak mengalami hakisan sungai yang pesat. Misalnya di Johor (M.F.Thomas, 1991 : 247). 2.8 TEBUKAN Luluhawa kimia terbukti amat berkesan di kawasan tropika termasuk Malaysia sehingga membentuk lapisan terurai atau juga dikenali sebagai regolit. Kawasan

6

Malaysia mempunyai lapisan terurai yang tebal iaitu ketebalannya mencapai 30-90m (E.H.G.Dobby, 1982: 81). Ini merupakan lapisan yang sangat tebal sekiranya kita mengambil kira bahawa batuan yang telah mengalami luluhawa di kawasan ini ialah batuan yang sangat keras seperti granit. Dalamnya lapisan ini dapat diperhatikan apabila didedahkan, contohnya apabila sebuah lereng bukit ditebuk untuk pembinaan lebuh raya. Individu yang biasa menggunakan lebuh raya Kuala Lumpur- Karak, tebukan-tebukan seperti ini memang merupakan pemandangan yang tidak putus-putus ditemui sepajang lebuhraya tersebut. Jelas kelihatan disini lapisan bahan terurai yang merupakan batuan yang telah mengalami luluhawa kimia. 3.O KESAN PERGERAKAN JISIM TERHADAP PANDANG DARAT (PD) FIZIKAL DI MALAYSIA Jenis-jenis pergerakan jisim yang biasa didapati ialah kesotan tanah, Aliran tanah dan lumpur, tanah runtuh, robohan dan ataman. Pergerakan jisim bertindak dengan dua cara iaitu aliran dan gelucuran.

3.1 MENYENGETKAN TIANG TELEFON DAN POKOK Rayapan merupakan gerakan menurun yang paling meluas. Di kebanyakan kawasan yang berumput dan lereng bukit juga bergerak satu milliliter setahun. Pada lereng kersang yang terdiri daripada bahan berbutiran halus, kadarnya mungkin lebih 1OO kali ganda. (J.Gilluly et al, 1989, hlm.27). rayapan merupakan fenomena lazim di seluruh kawasan didunia tewrmasuk Malaysia. Rayapan paling aktif dilapisan

permukaan tanah dan mula berkurang dilapisan dalam. Oleh kerana rayapan hampir berlaku di merata tempat, kesan dan jumlah pengukiran muka bumi dan mengurangkan

7

ketinggiannya adalah sangat besar , sungguhpun kadar rayapan berubah dengan banyak mengikut iklim dan kecerunan.(J.Gilluly et al, 1989, hlm.29). Kesotan tanah berlaku secara perlahan yang termasuklah kesotan batu, kesotan talus dan gelangsar tanah. Bukti-bukti menunjukkan berlakunya pergerakan menuruni bukit secara perlahan ini dapat disaksikan apabila batang-batang pokok membengkok, tiang-tiang pagar dan telegraf menjadi condong, tembok-tembok retak atau pecah serta terdapat penimbunan tanah pada bahagian yang menghadap cerun atas bagi temboktembok batu ( Jamaluddin Jahi, 1989:140 ). Hal ini menyebabkan keadaan cerun berubah. Situasi seperi ini amat mudah didapati di Malaysia terutama dikawasa bukit dan tarahan. Tindakan hujan seperti pelican, fros, haba, pijakan binatang, kerja-kerja menggala dan penjalaran akar pokok semuanya boleh membawa kepada beberapa bentuk kesotan.

Gambar 6: Tanah runtuh di Putrajaya
Sumber:http://www.utusan.com.my/pix/2007/0323/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02_big.jpg&imgrefurl

Gambar 7: Laluan FT185 Jalan Lojing-Pos Blau-Kg. Kuala Betis Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp.

8

3.2 TANAH RUNTUH Proses pergerakan jisim boleh berlaku secara tiba-tiba atau mengambil tempoh Tanah Runtuh merupakan satu fenomena yang berlaku akibat pergerakan jisim. Batu batan yang sudah hancur atau terlampau diluluhawa hingga apabila hujan turun secara lebat ia menjadi jisim-jisim yang melekit, mungkin dengan tiba-tiba pecah dan melurut ke bawah dengan keadaan laju (Lobeck A.K., 1981: 120). Sebarang struktur geologis atau keadaan batu-batan yang menjadi cukup lembap, oleh air dalam tanah untuk melicinkan jisim-jisim itu dan mengurangkan geseran dalam peringkat kecenderungan minimum mewujudkan tanah runtuh. Situasi ini membentuk PDF baru yang lebih rata dan menghapuskan cerun contohnya, Runtuhan Hingland Tower di Ulu Kelang pada Disember 1993. Tragedi ini merupakan satu contoh terbaik dalam mengambarkan salah satu kesan pergerakan jisim. Runtuhan ini telah mengubah PD kawasan ini secara tibatiba akibat aliran cepat yang berlaku dikawasan terbabit. Pemandangan kawasan ini telah berubah menghapuskan kawasan cerun, tumbuhan dan bangunan. Gelengsar tanah adalah istilah yang diberikan kepada pergerakan batu-batan dan tanih-tanih yang telah dimasuki oleh air (Lobeck. A.K, 1981: 245). Aliran ini terjadi secara jelas di puncak-puncak gunung dikawasan-kawasan lembap.

3.3 MENGHAPUSKAN CERUN Aliran cepat yang berlaku merupakan salah satu jenis pergerakan jisim. Terdapat empat jenis aliran cepat yang utama ialah gelongsoran tanah, aliran lumpur dan jatuhan batuan. Gelongsoran tanah merupakan kejadian yang terjadi akibat hujan, aktiviti

manusia dan pengaruh cerun yang curam ( Jamaluddin Jahi, 1989:143 ). Aliran lumpur

9

berlaku lebih cepat akibat ketiadaan litupan tumbuh-tumbuhan. Akibat kesan proses aliran cepat. Maka, terbentuklah PDF di Malaysia yang memperlihatkan sesebuah cerun terhapus menjadi rendah dan wujud longgokan puing di kaki bukit yang dikenal sebagai kon talus. Situasi ini turut mendatangkan bahaya kepada penduduk awam seperti jalanjalan perhubungan terputus, merosakkan harta benda, dan rumah-rumah tertimbus.

3.4 ROBOHAN Robohan akibat pergerakan jisim turut membentuk PDF di Malaysia. Robohan merupakan gelinciran tanah di mana bongkah-bongkah batu hampar yang besar pecah dari tebing tinggi lalu menggelangsar ke bawah, kemudian condong di sepanjang rataan gelangsar lalu membentuk satu lengkuk permukaan yang seolah-olah telah dipotong. Robohan biasanya mudah didapati sepanjang tebing laut diseluruh Malaysia, tebingtebing sungai, jalan-jalan potong bagi kawasan lebuhraya dan keretapi yang menembusi sebuah gunung. Contohnya, lebuhraya grik . Kesannya sama buruk seperti tanah runtuh.

KESIMPULAN Jelaslah disini bahawa luluhawa dan proses pergerakan jisim memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk muka bumi dan pandang darat Fizikal di Malaysia. Kesan daripada proses ini mudah didapati dimana sahaja di seluruh Malaysia. Kedua-dua proses ini sebenarnya saling berkait dalam membentuk dan menjalankan proses masingmasing.

10

BIBLIOGRAFI Dobby, E.H.G. 1982. Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gilluly J.,et al,. 1989. Prinsip-prinsip geologi jilib 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamaluddin Jali. 1989. Pengantar Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lobeck A.K,. 1981. Geomorfologi: Pengenalan Kepada Kajian Pandangan Darat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Thomas, M.F,. 1991. Morfologi Tropika. Kuala lumpur,: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tjia.H.D,. 1987. Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.utusan.com.my/pix/2007/0323/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02_big .jpg&imgrefur http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp
www.deptan.go.id

www. Flickr.com

11

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful