You are on page 1of 15

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Tugasan kerja kursus bagi Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A untuk tugasan berkumpulan, manakala untuk Bahagian B adalah tugasan Individu. Untuk itu, tugasan ini hanya mengandungi tugasan bagi Bahagian B iaitu secara Individu. Di dalam tugasan ini mengandungi tugasan yang berkaitan dengan penghasilan satu huraian dan penjelasan tentang Stilistik dan sejauh manakah ia mampu memantapkan Bahasa Melayu. Berdasarkan tugasan ini, didapati stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu mengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. Aspek komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian bahasa memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya dan latar belakang sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah nada atau intonasi suara seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya, darjatnya, mewakili sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargon dan sebagainya, berstatus tinggi atau berpelajaran tinggi.

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

2.0 STILISTIK Stilistik adalah berkaitan dengan gaya (style). Dalam bahasa Melayu, kata stylistics menjadi stilistik. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang biasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya tertentu antara satu sama lain.

2.1 Definisi Stilistik Stilistik berasal daripada Bahasa Inggeris, iaitu style yang bererti gaya dan daripada bahasa serapan, linguistic yang bererti tatabahasa. Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. Mengikut Kamus Zaba, stilistik ialah suatu kajian mengenai teknik penggunaan gaya bahasa yang mantap serta secara berkesan di dalam sesuatu penulisan. Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mengatakan stilistik ialah kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan. Ianya berkaitan dengan stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa.

Menurut Keris Mas, stilistik ialah kajian stail yang mengkaji segala kemungkinan gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai sesebuah teks kesusasteraan. Segala hubungan yang menimbulkan kelainan gaya bahasa, baik gaya individu mahupun implikasi lain, yang melibatkan lahirnya hasil sastera yang diperhatikan dan diberi saluran kajian khusus. Selain itu, kesusasteraan yang mempunyai sifat dan hakikat perkembangan dan perubahan yang sejajar dengan perkembangan fikiran dan realiti hidup manusia dan masyarakat, ikut dipertimbangkan, dikaji dan dihubungkan dengan kajian gaya .(Keris Mas: 8).
PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C 2

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Manakala dari sudut sastera, stalistik ialah kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa yang melibatkan cabang linguistik gunaan atau terapan. Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa Stilistik ialah bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Malah, pertukaran daripada gaya pemakaian bahasa kepada satu gaya pemakaian yang lain tanpa memikirkanya secara sedar, asal sahaja kita dapat membiasakan diri dengan sesuatu gaya tersebut.

2.2 Ciri-ciri Stilistik Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan. Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Stilistik di dalam kajian bahasa secara umumnya boleh dibahagikan kepada lima bahagian. Ianya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian yang utama iaitu:

(a) gaya bahasa perbandingan adalah seperti imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan simile. (b) Gaya bahasa pertentangan pula adalah seperti hiperbola, inversi dan paradoks. (c) gaya pertentangan merangkumi aliterasi, anafora, asonansi, epifora, rima dan sinkof. (d) Gaya penyirnaan yang hanya terdapat satu ciri sahaja iaitu sinkof.

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Kesemua gaya ini mempunyai takrifan dan ciri-ciri yang membezakan di antaranya. Di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, gaya bahasa ini diajar mengikut tahaptahap tertentu. Misalnya, gaya bahasa perbandingan simile diajar kepada pelajarpelajar tingkatan satu.

Seterusnya, sebagai contoh gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan ialah bentuk bahasa yang mengalami unsur pengguguran bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayatnya. Antara unsur-unsurnya ialah sinkof, afesis, akronim, apokop, elipsis dan aferisis. Aferisis atau aferesis ialah salah satu gaya bahasa penyirnaan, iaitu pengguguran bunyi atau kata pada awal ujaran atau huruf awal atau suku kata awal bagi sesuatu perkataan. Pengguguran ini adalah bagi memudahkan penutur menyebutnya. Contoh perkataan yang sering digugurkan ialah perkataan hulu menjadi ulu dan kamu menjadi mu sahaja.

Gaya bahasa lain ialah gaya bahasa pertentangan, mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna. Gaya yang sering digunakan di dalam gaya bahasa ini hanya tiga sahaja iaitu hiperbola, paradoks dan inversi atau anastof. Manakala, gaya bahasa yang lain pula adalah seperti antifrasis,antiklimaks,apofasis, hipalase, hiperbaton, inuendo, ironi, katabasis, klimaks, litotes, oksimoron, preterisio, sarkasme, satira, sinis, silepsi dan zeugma.

Ciri stilistik yang seterusnya terdapat di dalam gaya bahasa pengulangan atau repetisi bermaksud gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan di dalam sebuah konteks yang sesuai. Terdapat lima ciri yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaitu aliterasi, anafora, asonansi dan epifora.

Kesimpulannya, bidang stilistik terkandung di dalam ciri-ciri linguistik yang berbeza yang berlaku dalam kelompok sosial. Stilistik mempunyai gaya bahasa yang tersendiri bagi mengklasifikasikan sesuatu ayat, klausa, perkataan dan rangkaprangkap di dalam teks komsas. Sungguhpun takrifannya hampir sama, namun ianya dibezakan dengan ciri-ciri yang tersendiri.
PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C 4

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

2.3 Prinsip Stilistik

Terdapat tujuh prinsip Stilistik iaitu: menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.

Pertama

Kedua

pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.

Ketiga

penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.

Keempat

melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi,pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.

Kelima

pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.

Keenam

pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.

Ketujuh

pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya.

Rajah 2.2: Prinsip stilistik


PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C 5

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

3.0 KEBERKESANAN STILISTIK DALAM MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU Penggunaan stilistik di dalam Bahasa Melayu amat mempengaruhi keberkesanan di dalam memantapkan lagi sesuatu bahasa. Salah satu daripadanya ialah

pendedahan kepada kepelbagaian gaya bahasa. Gaya ialah manipulasi penggunaan bahasa seperti yang ingin dinyatakan penulisannya, sehingga menimbulkan kesan tertentu kepada pembacanya. Gaya bahasa ialah ragam bahasa yang digunakan di dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema serta persoalan dan sebagainya di dalam karya yang dihasilkan. Gaya dapat dikelompokkan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa pengulangan, gaya bahasa penyirnaan, gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa pertautan dan gaya bahasa pertentangan (Nik Hassan Basri, 2007: 145).

Oleh yang demikian, secara tidak langsung, menerusi karya sastera, aspek gaya bahasa ini begitu penting bagi menjadikan sesuatu karya lebih menarik dengan penggunaan gaya yang pelbagai. Contoh gaya bahasa pengulangan adalah seperti aliterasi, anafora, asonansi, epifora dan banyak lagi. Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang mengandungi unsur-unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting. Seterusnya, bagi memantapkan lagi bahasa Melayu, gaya bahasa perbandingan yang iaitu bentuk bahasa perbandingan yang indah juga mampu untuk menambah lagi kesan tertentu dengan cara membandingkan dalam sesuatu ayat. Contohnya metafora,

personifikasi dan simile.

Berdasarkan penggunaan stalistik atau gaya bahasa juga, Bahasa Melayu juga akan lebih mantap apabila seseorang pengarang karya dapat

menggunakannya dengan baik dan tidak perlu bergantung kepada aspek tatabahasa sahaja. Malah, penggunaan StIlistik juga boleh dijadikan panduan dalam membentuk atau menghasilkan sesuatu karya yang lebih kreatif dan dapat memberi kesan yang mendalam kepada pembaca. Selain itu, gaya bahasa atau stalistik dari segi bahasa juga banyak digunakan di dalam sesebuah karya;khususnya novel, cerpen dan prosa Melayu klasik. Antara variasi bahasa termasuklah seperti bahasa lisan, bahasa pasar, bahasa surat dan lain-lain.
PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C 6

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Di samping itu, gaya di dalam bahasa ini

juga dapat dilihat menerusi

simpulan bahasa dan ungkapan, peribahasa, bidalan dan perumpamaan, bahasa kiasan, ragaman bahasa dan karangan berangkap. Oleh yang demikian, Gaya tersebut jelas menggambarkan kepelbagaian penggunaan bahasa di dalam sesebuah karya adalah bergantung kepada stilistik. Salah satu contoh adalah seperti peribahasa berangkap dua baris seperti berikut yang menunjukkan kreatifnya sesuatu bahasa itu digunakan untuk menegur masyarakat:

Biar bersimpah peluh di muka, Jangan tersingkap kain basahan,

Bongkok kail penyangkut insang, Bongkok fail penyangkut hutang, Dipetik daripada Puisi Melayu Tradisional, 2006:61

Menurut Farid M. Onn (1982: 84), Proust pernah menyatakan bahawa gaya adalah hak penulis. Gaya bukan sekadar teknik penulisan atau sekadar satu cara untuk memperkatakan sesuatu, tetapi lebih kepada satu pilihan epsitemik yang memperlihatkan mod pengalaman dan visi. Pousin (1647), menegaskan bahawa gaya digunakan oleh seniman di dalam mengungkapkan impresinya sesuai dengan tema, sikap dan suasana yang ingin disampaikan (Aminuddin, 1995:31). Maka tidak boleh disangkal lagi bahawa keberkesanan stalistik amat bergantung kepada teknik penulisan dan cara penegasan penggunaannya yang mampu memantapkan Bahasa Melayu itu sendiri.

Seterusnya, keberkesanan stilistik di dalam memantapkan Bahasa Melayu juga amat bergantung kepada cara mengetengahkan unsur keindahan. Menerusi stilistik, kita dapat menilai keindahan di dalam sastera. Menurut Aminuddin mengatakan bahawa stilistik merupakan gaya yang dapat menampilkan nilai keindahan melalui cara menyusun dan menggambarkan sesuatu secara tepat dan mendalam (1995: 31). Manakala, Menurut Hashim Awang (1982: 20), menilai

secara kasar ialah kegiatan mencari atau menentukan nilai.


PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C 7

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Nilai yang dimaksudkan

ialah

objek atau pengalaman

yang dapat

memberikan kepuasan terhadap minat, penghayatan atau kemahuan seseorang. Nilai dikatakan dapat dilihat daripada yang bersifat instrumental atau peralatan dan tanggapan yang bersifat segera atau dalaman. Oleh yang demikian, penggunaan stilistik di dalam Bahasa melayu ini secara tidak langsung dapat memartabatkan keindahan nilai bahasa itu sendiri seterusnya penggunaan bahasa ini dapat menjadi lebih mantap.

Selain itu, melalui stilistik kita juga dapat membezakan penggunaan ayat antara penggunaan tatabahasa dengan betul dengan penggunaan gaya bahasa. Tatabahasa atau nahu, merupakan peraturan bagi menggunakan golongan atau komponen kata bahasa Melayu dengan betul, yang meliputi kata nama, kata kerja, kata sifat, adverba (kata keterangan), kata ganti nama, kata hadapan, kata hubung, kata seru, kata bantu, kata nafi, kata darjat (perbandingan) dan praktikel.

Seterusnya, stilistik juga lebih kepada kevariasian atau kepelbagaian gaya. Kevarasian gaya ialah hal-hal yang ada hubungan dengan kelainan pemilihan kata (diksi), kelainan penyusunan ayat iaitu susunan biasa subjek, predikat kepada susunan inverse predikat, subjek, dan adanya unsur estetik atau unsur keindahan. Oleh itu, menurut Nik Hassan Basri (2007: 373), segala yang halal oleh tatabahasa juga adalah halal di sisi stilistik. Tetapi semua yang halal di sisi stilistik, belum tentu diterima sebagai gramatis oleh tatabahasa. Maksudnya, penggunaan stalistik tidak semestinya diterima pakai sebagai penggunaan ayat gramatis dalam tatabahasa. Contohnya, ayat berikut jelas menunjukkan adanya manipulasi bahasa.

(i) Pelajar itu kena tangkap oleh pensyarah . (Gaya lurus/biasa) (ii) Kena tangkap oleh pensyarah pelajar itu. (Gaya inversi) Dipetik daripada Stilistik Komsas, 2005: 3

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Kesimpulannya, stilistik merupakan gaya atau stail yang memang tidak dapat dipisahkan dengan sesuatu karya yang mempunyai hubungan rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Malah, jelaslah bahawa penggunaan stalistik mampu membantu memantapkan Bahasa Melayu berdasarkan kepentingan dan fungsi

yang tersendiri di dalam bahasa, khususnya sastera. Antaranya termasuklah mewujudkan unsur estetik di dalam sesebuah karya serta dapat mempelbagaikan gaya bahasa dan lain-lain seperti yang telah dinyatakan.

Walau bagaimanapun, stilistik masih dipertikaikan dari segi penggunaan gaya yang kadangkala dikatakan melanggar hukum tatabahasa. Oleh itu, keberkesanan stilistik di dalam bahasa harus dilihat daripada kesan penggunaannya dan kelemahan penggunaannya di dalam bahasa. Kesemuanya dapat dinilai

berdasarkan pandangan pengkaji bahasa dan penilai sesuatu karya itu sendiri.

Namun demikian yang pastinya, stilistik bukan hanya terbatas kepada persoalan bahasa di dalam karya sastera, malah stilistik juga boleh dilihat di luar hubungan sastera. Tuntasnya, walaupun terdapat kelemahan dalam penggunaan stalistik, namun saya yakin bahawa penggunaan stalistik dalam Bahasa melayu ini mampu melonjakkan serta memantapkan lagi Bahasa Melayu untuk berada lebih jauh lagi dengan sentiasa mempelbagaikan penggunaan gaya bahasa yang begitu estetik dan indah ini sama ada dalam penulisan mahupun lisan.

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

4.0 REFLEKSI FUNGSI STILISTIK DALAM MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU

Sepanjang menjalankan Kerja Kursus projek bagi Pengantar linguistik Bahasa Melayu ini, syukur Alhamdulillah banyak input-input dan pengalaman baru yang saya perolehi. Secara tidak langsung, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut banyak memberikan impak yang besar bagi saya untuk memahami dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan tajuk yang berfokus kepada Stalistik. Malah, saya juga lebih mendalami tentang fungsi stilistik dalam memantapkan Bahasa melayu berbanding sebelum ini. Berdasarkan tugasan ini, saya dapati Stilistik ini amat berkait rapat dengan unsur-unsur bahasa. Oleh sebab itu, kebanyakan perbincangan tentang Stilistik selalunya mengenai hubungan antara bahasa dan linguistik. Malah, sebelum timbul ilmu stilistik, ilmu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis hasil penulisan, Namun, sehingga kini Stilistik masih sering dikaitkan dengan gaya iaitu dalam bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai. Walau bagaimanapun, saya dapati Stilistik masih dianggap sebagai satu disiplin ilmiah yang masih baru. Selain itu, berdasarkan tugasan ini juga secara tidak langsung saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi fungsi stilistik dalam memantapkan lagi Bahasa Melayu pada masa kini yang semakin kurang digunakan dengan gaya bahasa yang betul. Saya dapati, kegunaan utama stilistik ini adalah berkait rapat bidang penulisan serta pemakaiannya dalam konteks tidak rasmi. Selalunya, di dalam percakapan biasa, manusia selalu menggunakan pelbagai gaya walaupun ayat yang dituturkan mempunyai maksud yang sama, contohnya, Dia itu orang bijak pandai dan Dia itu pujangga besar. Kedua-dua ayat tersebut adalah sama maknanya tetapi lain dari segi pengucapannya. Kelainan seperti itu sering berlaku di dalam bidang penulisan, selain kata-katayang diucapkan oleh manusia seharian. Kelainan pemilihan kata untuk menyatakan satu makna yang sama akhirnya menjadi salah satu unsur lahirnya gaya, yang pada dasarnya bermula dengan percubaan mengucapkan sesuatu berlainan caranya daripada pengucapan biasa. Maka, berlakulah

bermacam-macamkelainan daripada pengucapan biasa.


PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C 10

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Seterusnya, saya juga dapati fungsi Stalistik ini juga digunakan apabila seseorang berhujah, bercakap, berkomunikasi atau berbual apa yang ingin dilihat dan tahu bukan sahaja isi tetapi bagaimana caranya dilafazkan. Sesuatu situasi atau lokasi juga memainkan peranan penting kerana ia boleh menentukan maksud sesuatu ujaran. Tentu sekali, sebagai seorang pendengar ingin tahu isi kandungan mesej yang hendak disampaikan, apa cara disampaikan, bagaimana disampaikan dan respons yang patut diberi terhadapnya. Maka, stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana ujaran berlaku atau disampaikan. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau katakata yang dilafazkan kerana melalui proses sosialisasilah, seseorang itu berupaya membuat interpretasi isi kandungan ujaran. Sebagai contoh, seseorang itu dapat menentukan dan mengenal pasti asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka, selain dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu disampaikan. Selain itu, Stilistik juga digunakan di dalam pergaulan santai yang alamiah dalam bahasa sehari-hari. Unsur Stilistik yang selalu terlibat contohnya kesantaian, mudah, ketegangan emosi yang terlihat pada kelancaran dan hambatan di dalam pembicaraan dan cenderung kepada ayat pendek yang tidak mementingkan ketetapan dan kenahuannya. Pengunaan di dalam perhubungan dengan keadaan bahasanya yang berbeza mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial juga mengaitkan unsur Stilistik yang berlainan daripada bentuk standard, baik dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu. Fungsi Stilistik juga turut digunakan dalam melaksanakan hubungan rasmi antara pegawai pemerintah dan rakyat iaitu menggunakan unsur stilistik konstruksi ayat pernyataan yang rumit dan tidak menggunakan kata yang berhubungan dengan perasaan kerana bersifat pemerintah. Malah Stilistik juga boleh digunaka dalam karangan ilmiah, komentar dan kuliah. Penggunaan unsur stilistik kata-kata yang neutral daripada nilai sastera tanpa warna emosi, istilah yang monosemi, serta jarang ditemui penggunaan ungkapan seperti pepatah, jalinan yang padu antara ayat-ayatnya juga berfungsi sebagai penyampaian kebenaran ilmu dan hukumannya dengan pembuktian logik dan objektif.
PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C 11

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Berdasarkan tugasan ini, saya dapati jelaslah bahawa Stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks masing-masing. Konteks ini memainkan peranan penting di dalam semua aspek perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu mengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur.

Aspek komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian bahasa memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya dan latar belakang sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah nada atau intonasi suara seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya, darjatnya, mewakili sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargon dan sebagainya, berstatus tinggi atau berpelajaran tinggi. Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan dan kebaikan yang positif terhadap diri saya. Ia juga telah membuka pemikiran saya terhadap bidang ilmu linguistic ini. Saya berharap ilmu ini dapat diaplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion perguruan kelak. Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada En.

Muhamad Rudzi bin Darus iaitu pensyarah Pengantar Linguistik Bahasa Melayu saya diatas segala tunjuk ajar yang diberikan serta tidak lupa kepada rakan-rakan saya. InsyaAllah, saya dan rakan-rakan akan menggunakan ilmu yang ada ini dengan sebaik-baiknya.

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

12

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

5.0 RUMUSAN Kesimpulannya, berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa Stilistik merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan gaya, sama ada di dalam bidang penulisan ataupun sebaliknya. Sebagai ilmu yang masih baru, di dalam tradisi ilmiah Bahasa Melayu, stilistik sudah mula bergerak sebagai ilmu, baru muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik. Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang, tidak kira ianya berbentuk ilmiah ataupun tidak, secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara penghasilan sesebuah makna. Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu, maka penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu disampaikan. Maka, dalam bidang bahasa akan dapat menggariskan gaya tertentu seseorang apabila berkomunikasi dengan orang lain, tidak kira secara formal mahupun tidak formal.

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

13

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Arbak Othman . 1986 . Permulaan Ilmu Linguistik. Subang Jaya. Penerbitan Sarjana Sdn.Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Stilistik Komsas. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

APA Format - 6 Edition

th

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

14

BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

LAMPIRAN

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

15