You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN

Adakah anda tahu apa yang dikatakan tentang anatomi dan fisiologi? Disini kita akan lihat terlebih dahulu pengertian bagi anatomi. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Yunani ana bermaksud asingkan dan tome bermaksud memotong. Oleh itu, anatomi adalah suatu kajian terhadap struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Malahan ia juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa bahagian seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Manakala anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.

Walaubagaimanapun, semester dan juga tugasan kali ini, kami hanya mengkaji dan mempelajari anatomi kasar. Bagi fisiologi pula bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan berkait rapat dengan fisiologi anatomi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Oleh itu,teori-teori anatomi dan fisiologi ini dapat diaplikasikan dan diamalikan dalam sukan dan permainan. Bagi menjawab soalan tugasan ini, saya telah memilih sukan olahraga iaitu lontar peluru. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Oleh yang demikian , analisis yang seterusnya akan diterangkan di dalam pelaksanaan tugasan ini.

2.0 APLIKASI TEORI DAN AMALI ANATOMI DAN FISIOLOGI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Seperti yang telah kita sedia maklum, jelas sekali teori anatomi dan fisiologi saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Oleh itu, teori anatomi dan fisiologi tersebut dapat diguna pakai dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan sekolah terutama sekolah rendah tidak menitikberatkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Di dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah terdapat beberapa elemen anatomi dan fisiologi walaupun tidak secara terperinci seperti sekolah menengah.

Justeru, walaupun murid tahap 1 diajar tentang perkara-perkara yang dianggap remeh dan mudah, namun ia adalah permulaan dan pendidikan awal bagi murid murid tersebut untuk mengetahui bagaimana membina kondisi otot, koordinasi dan elemen-elemen anatomi dan fisiologi yang lain. Aplikasi yang dimaksudkan adalah seperti menjelaskan tentang sistem tubuh manusia yang digunakan dalam pergerakan sukan dan permainan seperti tulang, otot dan sendi. Contohnya, sewaktu tangan dibengkokkan, berlaku fleksi pada siku kemudian otot triseps akan menguncup berlaku di manakala otot biseps iaitu dan akan tangan

mengendur. dibengkokkan

Malahan ke

hyperextension atas kepala

belakang

extension.

Pergerakan ini dapat dilihat dalam sukan badminton iaitu kemahiran pukulan atas. Selain itu, makanan yang seimbang dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh badan amat diperlukan bagi memenuhi keperluan dalam membina otot dan tulang serta sistem tubuh manusia yang lain. Pendedahan mengenai ini perlu dilaksanakan dengan jelas oleh guru subjek dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana, ia bukan sahaja membantu murid ataupun atlit bersukan secara konsisten malah membantu dalam pemilihan makanan agar stamina tubuh badan dapat dijaga disamping kesihatan yang terjamin.

3.0

ANALISIS KOMPONEN ANATOMI DAN FISIOLOGI DALAM

PERGERAKAN ATAU KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN 3.1 OTOT OTOT UTAMA

OTOT : Manusia dicipta untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Tanpa otot, tulang tidak dapat bergerak dengan sendirinya. OTOT RANGKA : Otot rangka dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur. Otot ini membaluti sistem rangka manusia. Malahan, ia mengandungi serat otot yang memanjang dan selari antara satu sama lain.

Otot rangka

Otot aksial

Otot apendikular

terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum.

Contoh frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti radius, ulna, femur, humerus, patella.

Contoh scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius .

OTOT RANGKA UTAMA

Rajah 1 : pandangan hadapan dan pandangan belakang

a) Otot otot yang telibat dalam pergerakan

serratus anterior

sternocleidomastoid

latissimus dorsi

trapezius

gluteals

Biceps femoris

3.2 TULANG - TULANG YANG TELIBAT DALAM PERGERAKAN Rangka tubuh badan ialah rangkaian tulang yang memberi ketegapan dan rupa susuk badan .Ianya berfungsi untuk melindungi organ organ , membolehkan badan berdiri tegak, tempat bergantung ( attachment ) otot-otot dan urat-urat badan dan menghasilkan sel-sel darah. Tambahan yang paling utama fungsinya adalah membantu dalam pergerakan tubuh badan manusia. Selain itu, sistem tulang boleh dipecahkan kepada 4 komponen, iaitu:o o o

Kepala - tengkorak Toreks - dada, tulang belakang Tulang atas - tulang klavikel, skapula, radius, ulna dan metakarpus

Tulang bawah - pelvis, femur, patela, tibia, Fibula dan metatarsus

Oleh itu, dalam pergerakan mengilas badan lontar peluru hanya beberapa jenis tulang yang terlibat. Antaranya adalah seperti berikut :

skapula

ulna

radius

femur fibula tibia

pelvis patella

vertebra tarsals phalanges

3.3 SENDI SENDI YANG TERLIBAT DALAM PERGERAKAN Sendi adalah merupakan titik pertemuan antara tulang dengan tulang atau rawan dengan tulang. Pergerakan sendi ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon. Gambarajah berikut adalah merupakan antara sendi sendi yang terlibat dalam analisis pergerakan permainan. Sendi atau artikulasi merupakan hubungan antara tulang.Hubungan antara dua atau lebih tulang yang memungkinkan pergerakan pula disebut persendian

Sendi kondil

Sendi lesung

Sendi engsel

Sendi paksi

3.4 AKSI PERGERAKAN - Fasa Lontar Peluru :

Fasa lakuan sedia

Fasa lungsuran

Fasa pulihan

Fasa lontaran

Berdasarkan gambar rajah di atas, saya telah memilih pergerakan dalam fasa lontaran bagi melaksanakan analisis pergerakan.. Pada peringkat yang pertama, berdiri di bahagian hadapan

bulatan.Bahu kiri menghadap arah lontaran. Peluru pula diletakkan hampir pada leher dan dibawah telinga. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar. Pada fasa pertama ini juga terdapat lunsuran yang membawa berat badan pada kaki kiri ( dominan ) manakala kaki kanan digerakkan ke bahagian tengah bulatan dengan menyilang kaki kiri. Fasa seterusnya iaitu lontaran di mana kaki kanan direndahkan sedikit. Kilaskan pinggang dan peluru ditolak dengan tangan kanan ke hadapan menyilang badan.Secara serentak, tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan

kedua belah kaki.Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Sewaktu fasa pulihan pula, kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang.

3.5 ANALISIS PERGERAKAN


biseps triseps

deltoid
hamstring

Pectoralis major

Serratus anterior

gastrocnemius

Latissimus dorsi Ini adalah merupakan fasa lontaran di mana fleksi sedikit kaki kiri.

Pada pergerakan ini, otot otot kuadriseps menguncup secara esentrik dan semasa meluruskan lutut sebelah kanan, otot-otot kuadriseps pula

menguncup secara konsentrik. Seterusnya, sewaktu plantar flexion sedikit tumit kaki kanan dan berat badan peserta dipindahkan ke kaki belakang, berlaku penguncupan isometric pada otot agonis iaitu otot hamstring dan otot yang berantagonis adalah otot kuadriseps. Kemudian, kilaskan pinggang dan peluru ditolak dengan tangan kanan ke hadapan menyilang badan. Sendi paksi membolehkan tulang vertebra melakukan rotation ke arah kanan dan tangan kiri menyilang ke kanan.

Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan otot deltoid mengecut apabila bahu bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian otot latissimus dorsi dan

trapezius akan meregang di mana ia bertindak sebagai otot agonis sewaktu pergerakan ini dilakukan. Manakala, otot antagonis adalah otot pectoralis major. Pergerakan ini diikuti dengan bahagian pelvis kanan bergerak ke

hadapan dan ke atas telah memberi kesan terhadap psoas minor turut meregang.

Secara serentak, berlaku abduksi pada tangan kiri dan kedua belah kaki.Tangan kanan mengikut arah lontaran, di mana abduksi berlaku yang menyebabkan siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Abduksi siku tangan ini menyebabkan otot biseps agonis menguncup dan otot berantagonis triseps mengendur lalu mengakibatkan ulna ditarik ke atas. Fleksi tangan dapat dilakukan disebabkan adanya sendi engsel.

3.6 SATAH PERGERAKAN

Longitudinal axis

anteroposterior axis

Mediolateral axis

Frontal plane

Satah sagital : Sternocleidomastoid Deltoid biceps serratus anterior latissimus dorsi,

Satah frontal : trapezius triseps gastrocnemius

Berdasarkan analisis pergerakan yang telah saya laksanakan, saya telah menggunakan dua satah iaitu satah sagital dan satah frontal bagi mengenalpasti oto-otot yang terlibat sepanjang pergerakan yang telah dipilih. Walaubagaimanapun, berdasarkan satah sagital saya telah melihat dari sudut kanan badan manakala satah frontal pula melihat dari sudut posterior. Oleh itu saya dapat mengenalpasti dengan lebih jelas otot utama yang terlibat.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru

You might also like