You are on page 1of 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 3503
PEN DIDIKAN INKLUSIF SEPTEMBER 2013 T1A4

DAYANG NORINATA BINTI NAMA : AWANG ALI NO. MATRIK NO. KP : 731001135302001 : 731001135302 dygnorinata@oum.edu.com E-MAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN

: PPW SARAWAK

Isi Kandungan

Halaman

Refleksi

1-4

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

731001135302001

AKTIVITI 4 : Refleksi

Penulisan refleksi merupakan

rekod yang didokumenkan berasaskan pengalaman

yang telah dijalanikan oleh guru sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi dijalankan. Sebagai seorang guru di SK Paya Mebi, penulisan refleksi amatlah penting untuk mengesan dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar beserta instrumen saringan yang telah disediakan oleh guru. Selepas menganalisa perkara-perkara tersebut, guru perlulah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Setiap maklumat yang direkod boleh digunakan kembali untuk membuat penaksiran, analisis, dan penambahbaikan berdasarkan cara berfikir dan konteks yang dialami oleh guru. Melalui penulisan refleksi ini, guru dapat merenung kembali kandungan subjek dan pengalaman peribadi sebagai satu cara untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Segala kekurangan yang dikenalpasti,membolehkan guru memperbaiki kelemahan tersebut.

Kekuatan yang dapat diperhatikan sepanjang kajian ini dijalankan ialah saya dapat mempelajari pelbagai jenis kategori individu berkeperluan khas dengan lebih teliti. Saya juga mempelajari ada pelbagai cara untuk mengenalpasti individu berkeperluan khas.Dengan itu saya dapat mencari aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang bertepatan dengan keperluan setiap individu khas tersebut. Kajian ini juga memberi pengetahuan kepada para guru mengenai keperluan fizikal dan infrastruktur khas seperti peralatan dan bahan yang diperlukan bagi murid-murid ini. Pengetahuan ini amat penting bagi saya kerana sejujurnya sebelum ini saya belum pernah didedahkan dengan perkara ini secara formal. Ini adalah tambahan daripada pengetahuan yang telah diterapkan di kelas biasa. Ianya amat diperlukan semasa menghadapi murid-murid berkeperluan khas.

Selepas membuat kajian tersebut, saya membangunkan satu set instrument penilaian beserta carta alir proses saringan yang saya rasa sesuai bagi mengenalpasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Dengan itu saya telah menetapkan kriteria penilaian berdasarkan kajian dokumen dalam aktiviti 1.Bagi mendapatkan instrumen yang saya rasa dapat menepati dan sesuai dengan murid ini, saya telah mencari dan membuat rujukan dari pelbagai ujian seperti yang pernah
1

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

731001135302001

digunapakai dalam ujian linus dan ujian dari kelas pendidikan khas. Daripada bahan yang telah saya kumpul , saya memilih dan membina instrument ini dengan mengambilkira pelmasalahan dan kekangan daripada pelbagai sudut. Penilaian dibuat dari pelbagai aspek termasuklah secara bertulis, lisan, temubual, dan pemerhatian oleh guru.

Dalam instrument yang saya bangunkan ini , saya bahagikan kepada domain-domain iaitu sebanyak lima bahagian. Bahagian I Domain Kognitif Bahagian II - Domain Bahasa Dan Komunikasi Bahagian III - Domain Sosioemosi Bahagian IV - Domain Pengurusan Tingkahlaku Bahagian V - Domain Motor Halus Saya memilih kelas Tahun 3 bagi melaksanakan penilaian ini. Kelas ini mempunyai seramai 32 orang murid. Untuk ini,saya mengambil masa selama satu minggu untuk menghabiskan kesemua lima domain. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru disekolah ini yang turut terlibat sebagai pelaksana yang amat baik dalam melaksanakan penilaian ini. Bahagian I merupakan penilaian berkaitan domain Kognitif. Domain kognitif mengandungi tiga komponen penilaian iaitu i. ii. iii. Pengamatan pranombor Nombor

Dalam komponen pengamatan, murid harus memadankan objek yang sama dari segi rupa, saiz dan juga bentuk. Murid juga diuji untuk menyambung garisan putus-putus.Daripada 32 orang murid, 31 orang murid dapat menguasai domain ini.

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Bahagian II pula dibahagikan mengikut kemahiran: i. ii. iii. Kemahiran (Mendengar dan Bertutur) Kemahiran (Bacaan) Kemahiran (Tulisan )

731001135302001

Dalam bahagian ini , didapati hanya seorang murid yang tidak melepasi tahap pemguasaan manakala yang lain menguasaai dengan cemerlang.

Bahagian III ialah Domain Sosialemosi. Domain ini dibahagikan kepada tiga bahagian: A. B. C. Soaljawab dengan murid Perlakuan sosioemosi positif i. Perlakuan sosioemosi ringan ii. Perlakuan sosioemosi negatif teruk Dalam bahagian ini, penilaian dibuat melalui pemerhatian dan soaljawab.

Bahagian IV merupakan Domain Pengurusan Tingkahlaku.

i. ii.

Perlakuan agresif Perlakuan negatif

Dalam Domain ini markah diberi melalui pemerhatian oleh para guru. Semua murid melepasi domain ini.

Bahagian V: Domain Motor Halus a. Manipulasi b. Aktiviti Multi-Sensori c. Aktiviti Keseimbangan Dan Stabiliti

Ini merupakan aktiviti fizikal dan saya telah mendapat kerjasama daripada guru Pendidikan Jasmani untuk menilai semua murid. Dalam domain ini didapati seorang murid yang masih tidak dapat menguasai. Ini kerana murid ini terlalu pasif dan tidak mahu untuk mengikut semua aktiviti tersebut.

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

731001135302001

Daripada 32 orang murid hanya seorang murid yang tidak menguasai secara keseluruhan, iaitu adik Alexander. Dia merupakan seorang murid yang pasif, tidak suka bergaul dan sering berkhayal. Dalam pengamatan saya, adik Alexander ini sering mengelamun dan seperti berada didalam dunianya yang tersendiri. Adik Alexander ini pernah dirujuk kepada doktor pakar dan menurut pakar tersebut, adik ini dalam keadaan Sleeping Brain.

Selepas semua markah diperolehi , saya membuat saringan seeperti yang telah dirancangkan pada Catra Alir Proses Saringan. Daripada 32 orang murid, 31 kembali kelas biasa dan murid yang tidak menguasai akan menjalani saringan 2 menggunakan instrumen saringan Domain untuk mengenalpasti permasalahan spesifik berdasarkan domain perkembangan.

Program ini menyedarkan saya untuk melaksanakan sesuatu ujian, perancangan yang teliti dan menyediakan kertas soalan yang baik amat dititikberatkan agar dapat menghasilkan soalan yang berkualiti.Cadangan yang disarankan oleh rakan guru juga perlu diambilkira. Kerjasama daripada rakan guru adalah amat penting kerana dengan adanya kerjasama ini memudahkan perjalanan ujian ini dan berlangsung dengan jayanya.. Ujian ini mengajar saya erti kesabaran dan jangan cepat berputus asa kerana untuk menilai semua murid kesabaran amat diperlukan . Guru tidak seharusnya berputus asa untuk mengajar dan menilai murid kerana sebagai guru yang berdedikasi, guru juga adalah pegawai, pelaksana, dan rakan kepada murid di sekolah.

Setelah melalui pelbagai proses untuk menjayakan program latihan ini, ternyata ia telah berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun terdapat kekangan masa. Ini kerana ianya harus dijalankan secepat mungkin setelah sekolah bermula.. .Apa yang pasti kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong sekaligus menjayakan ujian ini amat dihargai. Bak kata pepatah melayuhati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.Mana-mana kekurangan yang terdapat dalam ujian ini harap dapat diperbaiki pada masa hadapan. Semoga ujian seperti ini akan dapat diteruskan dan terus mendapat sokongan daripada pihak sekolah . Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Mana mungkin kail panjang sejengkal dapat meneroka laut dalam. Bantulah saya sebagai guru menyambung tali pengail ilmu dalam bidang kurikulum khasnya menyambung tali pengail ilmu supaya anak harapan ini boleh diharap pada masa hadapan.