You are on page 1of 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 7 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN ( RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1) T2A1 JANUARI

2014

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAL PUSAT PEMBELAJARAN NAMA PENSYARAH

: SHAMADI BIN SHAHROM : 780112026353001 : 780112-02-6353 : 019-2817879 : madi9797@ oum.edu.my : PETALING JAYA : DR. ABDUL WAHAB BIN ABDUL GHANI

PENGHARGAAN

Saya

ingin

berterima

kasih

kepada

semua

yang

terlibat

terutamanya

ahli

keluarga saya yang sama-sama mengorbankan usaha dan tenaga untuk menjayakan. tugasan pada kali ini.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada pensyarah iaitu Abdul Wahab Bin Abdul Ghani yang banyak memberi tunjuk

Dr. ajar, semangat,

dorongan dan motivasi kepada saya demi menyiapkan tugasan ini.

Selain daripada itu, jutaan penghargaan kepada rakan-rakan sekuliah memberi tunjuk ajar, kerjasama, semangat dan dorongan menyiapkan tugasan ini.

kerana sudi

sebelum dan semasa saya ingin

Dengan dorongan, tunjuk ajar dan maklumat yang diberikan alhamdulillah, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan juga walaupun terdapat kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.

Sekian, terima kasih.

1 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001

HBEF2803

RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1

TAJUK CERAMAH : PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI.

PENCERAMAH

: DR. MOHD NASARUDDIN BASAR BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU.

Pembangunan Profesionalisme sebenarnya adalah cara bagaimana diri kita sendiri untuk menginisiatifkan Profesionalisme Keguruan itu sendiri. Berdasarkan kajian-kajian terkini, kesan atau impak keberkesanan program-program pembangunan adalah berasaskan inisiatif kendiri iaitu atas kerelaan diri sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Dalam pembentangan itu, Dr. Mohd Nasaruddin lebih memfokuskan Bagaimana Kecemerlangan Kerjaya Seorang Guru berdasarkan Inisiatif Kendiri . Penceramah juga mengupas empat aspek penting dalam Pembangunan Profesionalisme Keguruan iaitu:(a) Pembangunan Profesionalisme itu sendiri, (b) Pembangunan Profesionalisme Kendiri, (c) Kebertanggungjawaban Guru dan (d) Laluan Kerja Guru.

Kehendak terkini dalam Pembangunan Profesionalisme Keguruan mengehendaki seseorang guru berganjak daripada berfikiran vertikal kepada horizontal sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Maksudnya, sebagai seorang guru kita perlu mengubah cara pemikiran untuk mengusai pelbagai ilmu atau multi disiplin supaya kehidupan kompetensi guru pada masa kini dan pada masa hadapan akan lebih berkesan dan mantap.

2 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001

HBEF2803

Dalam

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

anjakan

ke

empat,

iaitu

Mentransformasikan Profesion Keguruan untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Walaupun profesion keguruan adalah profesion yang sangat mulia dan hebat, namun negara kita masih ingin terus membangunkan, melonjakkan dan mentransformasikan lagi profesion ini. Berdasarkan Dialog Nasional yang melebihi tiga ribu ( 3000 ) dialog serta melebihi seratus ( 100 ) pusingan perbincangan meja bulat dari semua pihak termasuklah dari rakyat biasa, kumpulan pertengahan, profesor-profesor dan juga penasihat pakar dari luar negara supaya profesion keguruan lebih berkualiti dan terjamin pada masa hadapan. Maknanya masih terdapat ruang untuk membangun dan menambahbaikkan kompetensi kita sebagai seorang guru di samping membangunkan kemenjadian anak murid kita kerana merekalah yang akan membentuk negara pada masa hadapan. Menurut Profesor Lee Su Kong iaitu profesor dari Singapura yang bertindak sebagai perunding kepada majikan-majikan yang ingin mengambil pekerja mengkategorikan pelajar lepasan universiti kepada tiga kategori :(a) Mereka yang boleh berkomunikasi dengan berkesan. Berkomunikasi dengan berkesan akan memberikan keyakinan kepada pelanggan mereka kelak. Mereka ini dipilih berdasarkan kemahiran berkomunikasi lebih dari satu bahasa kerana pelanggan pada hari ini tidak terhadap kepada satu kelompok atau bangsa sahaja.

(b) Mereka yang boleh berkoloborasi dengan semua pihak. Berkoloborasi maknanya mereka boleh kerjasama atau usaha sama mengenai hubungan atau saling bantu-membantu antara dua atau lebih pihak dalam bidang tertentu bukan sekadar hubungan mesra tetapi sebagai jaringan yang boleh memberi keuntungan kepada majikan.

(c) Mereka yang mahir dalam satu bidang yang mereka ceburi sahaja. Mereka yang mahir dalam satu bidang ini hanya menjadi pilihan yang ketiga dan terakhir sekali untuk diambil sebagai pekerja. Itu pun mereka di kalangan lepasan universiti yang lulus purata mata terkumpul antara 2.75 sehingga 3.32 sahaja. 3 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001
HBEF2803

Selain itu, sebagai seorang guru kita perlulah meningkatkan profesionalisme untuk mendapatkan kualiti-kualiti yang baharu. Kualiti sentiasa bergerak ke hadapan dan sentiasa berubah dari satu standard kepada satu standard yang lain. Apabila guru menguasai pelbagai kualiti, maka pelajar yang dihasilkan bukan hanya sekadar lulus peperiksaan semata-mata. Pelajar yang dihasilkan melalui pelbagai kualiti mampu untuk mengaplikasikan, mensintesiskan dan menilai atau menghasilkan benda baharu. Seseorang guru mesti mencari kualiti bukan hanya mengharapkan kualiti yang ditetapkan sahaja terutama kualiti diri sendiri. Hal ini adalah disebabkan anak didik kita adalah pewaris kita pada masa hadapan yang akan menentukan dan mencorak serta mewarnai kehidupan pada masa hadapan.

Konsep Profesionalisme adalah merujuk kepada perubahan atau perkembangan yang bukannya perubahan fizikal tetapi kompetensi diri, pemikiran dan arah tuju yang berubah. Para guru mesti proaktif ke hadapan dan bukan hanya menunggu arahan daripada sekolah, jabatan pendidikan atau kementerian untuk mengembangkan kompetensi diri. Guru perlu bersedia dan perlukan inovasi untuk melahirkan murid yang berupaya bersaing di peringkat global. Terdapat enam ciri utama untuk melahirkan murid-murid tersebut :(a) Pengetahuan (b) Kemahiran berfikir (c) Kemahiran memimpin (d) Kemahiran Dwibahasa (e) Etika dan Kerohanian (f) Identiti nasional Ciri-ciri murid tersebut sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Jika dikaji dengan lebih mendalam, sebenarnya banyak faktor untuk membangunkan pendidikan tetapi faktor yang paling utama adalah guru. Sekiranya guru tidak berubah, sistem pendidikan tidak akan berubah. Kualiti sistem pendidikan tidak akan melebihi kualiti guru. Berdasarkan kajian seluruh dunia iaitu jika guru tidak berubah, semua dasar pembangunan tidak akan tercapai atau berjaya. Faktor guru tersangat penting sebagai contohnya, jika murid yang berusia 8 11 tahun diajar oleh guru yang berprestasi tinggi maka potensi murid dapat

ditingkatkan sebanyak 90 peratus potensi yang murid ada. Pesanan guru sangat penting untuk 4 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001
HBEF2803

kejayaan negara. Guru adalah segala-galanya. Tiada seorang doktor, peguam yang hebat, arkitek dan sebagainya tanpa guru. Pembangunan profesionalisme keguruan bukan hanya sekadar kursus dan seminar sahaja, malah banyak lagi laluan atau cabang-cabang yang boleh kita gunakan untuk pembangunan profesionalisme kita. Antaranya ialah :(a) Pembacaan buku, (b) Dialog prestasi dengan rakan sekerja (c) Kajian tindakan yang dibuat dan (d) banyak lagi. sosial media juga boleh digunakan sebagai ruang untuk pembangunan profesionalisme keguruan.

Selain itu, terdapat beberapa contoh kompetensi yang tidak boleh lari daripada seseorang guru ialah :(a) Pengajaran dan pembelajaran (b) Nilai profesional (c) Aktiviti luar bilik darjah (d) Sumbangan profesional Dengan itu, untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan pada masa yang sama kita dapat memajukan kendiri serta bersama meningkatkan kemajuan murid-murid kita.

Oleh itu, sebagai guru kita hendaklah sentiasa meningkatkan kompetensi diri serta kualiti diri seiring dengan perubahan dan kehendak dunia pada hari ini demi kejayaan diri kita dan anak murid kita untuk masa hadapan. Sesungguhnya perjalanan yang akan diharungi dan ditempuhi oleh anak murid kita untuk memimpin generasi akan datang amat sejauh lagi.

Sekian, terima kasih. ( 1000 patah perkataan ) 5 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001
HBEF2803

You might also like