You are on page 1of 7

PENILAIAN PEMERHATIAN SEBAGAI PENILAIAN ALTERNATIF TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PELAJAR Kumpulan kami telah menemu bual seorang

guru pelatih yang sedang menjalani praktikum fasa tiga dari institut kami, iaitu Leong Chean Hoi. Kami telah mengemaskan hasil temu bual untuk menghasilkan artikel ini berdasarkan pandangannya terhadap beberapa aspek pendidikan khas. Beliau mengajar kelas pendidikan khas dengan adanya bilangan muridnya enam orang sahaja. Antaranya ialah murid autism, hiperaktif (ADHD Attention Decifit Disorder), terencat akal, sindrom down dan palsi serebrum. Seperti yang telah disenaraikan tadi, murid autism didefinisikan sebagai gangguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial dan sentuhan. Selain itu, murid hiperaktif (ADHD) juga merupakan murid yang serring dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain. Murd terencat akal merupakan murid yang terhalang atau tercacat perkembangan mentalnya, menyebabkan pembelajaran atau pengubahsuaian sosialnya terjejas. (Malaysian Council dlm. Chua & Koh, 1992, ms.116). Cara terbaik untuk menilai murid-murid berkeperluan khas ialah adalah melalui penilaian yang berbentuk alternatif. Penilaian ini berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Terdapat tiga jenis umum penilaian alternatif yang boleh digunakan oleh guru, iaitu portfolio, persembahan atau amali dan pemerhatian. Daripada ketiga-tiga penilaian alternatif ini, kumpulan kami telah memilih pemerhatian sebagai penilaian alternatif yang paling sesuai untuk menilai murid berkeperluan khas. Cikgu Leong telah menggunakan penilaian pemerhatian ini dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) beliau. Terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan dalam penilaian alternatif pemerhatian ini. Satu daripadanya adalah mengenal pasti ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang afektif dan psikomotor. Aspek ini lebih menekan dalam mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani di mana pengajaran yang memerlukan pergerakan psikomotor. Dari segi murid

berkeperluan khas, guru biasanya akan menilai murid palsi serebrum melalui aspek ini. Hal ini disebabkan murid tersebut mempunyai masalah koordinasi badan. Penilaian terhadap murid berkeperluan khas terutamanya murid palsi serebrum bagi memastikan mereka mampu menguasai kemahiran asas dalam kehidupan seharian. Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan dengan Cikgu Leong, beliau telah mengisahkan cara beliau memerhati dan merekod perkembangan psikomotor murid berkeperluan khas. Selain itu, beliau juga telah menjelaskan caranya untuk menjalankan penilaian permerhatian terhadap muridmurid berkeperluan khas di dalam kelasnya. Katanya, semasa memberi pengajaran tentang sesuatu kemahiran asas, guru perlu membuat penilaian terus terhadap murid-murid tersebut seketika pengajaran tamat. Hal ini demikian adalah untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran yang telah diajar. Jika terdapat murid yang tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tadi, maka guru perlulah mengajar semula kemahiran tersebut sehingga setiap murid dapat menguasai sepenuhnya. Sebagai contoh, guru telah mengajar murid-murid tentang cara membutangkan baju. Guru haruslah menilai sama ada murid-murid yang diajar dapat menguasai kemahiran membutangkan baju tersebut dengan cara pemerhatian. Jika terdapat murid dapat membutangkan baju dengan cara yang betul, maka pengajaran dianggap berjaya. Sebaliknya, jika terdapat murid yang langsung tidak dapat melakukannya, maka guru perlu mengorbankan masa dan tenaga lagi untuk mengajar semula kemahiran membutangkan baju sehingga semua murid berkeperluan khas dapat menguasai sepenuhnya. Semasa penilaian dijalankan, guru perlu mencatat setiap aspek penilaian secara sistematik. Hal ini adalah untuk memastikan data yang dicatat itu disusun secara teratur dan kemas serta mudah ditafsirkan. Maklumat yang kemas dan sistematik akan memudahkan guru untuk mencari dan mentafsir data penilaian tersebut ketika perlu. Kumpulan kami juga telah mengambil sampel skor daripada guru pelatih yang kami jalankan temu bual. Berikut merupakan skor yang digunakan oleh guru pelatih untuk kelas pendidikan khasnya.

Jadual 1.0: Skor yang digunakan oleh guru pelatih yang ditemu bual.

Selain itu, kami juga dapat rubrik pemarkahan yang digunakan oleh Cikgu Leong . Berikut merupakan sampel rubrik pemarkahan yang digunakan oleh Cikgu Leong semasa mengajar kelasnya. Jadual 2.0: Rubrik permarkahan yang digunakan oleh Cikgu Leong.

Aspek seterusnya ialah penilaian pemerhatian dari segi kemahiran sosial. Kemahiran sosal di sini merujuk kepada kemahiran berinteraksi dan

berkomunikasi dengan orang lain. Kemahiran ini amat penting untuk dikuasai oleh murid berkepeluan khas kerana komunikasi memainkan peranan yang cukup penting dalam pergaulan seharian. Jika murid tidak dapat berkomunikasi secara lancar, maka dia akan menghadapi pelbagai cabaran dan likuan. Bagi memastikan kemahiran komunikasi dapat dikuasai oleh para murid pendidikan khas, guru perlu memerhati kemahiran berkomunikasi muridnya dan seterusnya membuat penilaian dari semasa ke semasa. Contohnya, murid pendidikan khas pada mulanya tersebut hanya berdiam diri sahaja apabila ditanya. Dengan ini, guru haruslah banyak menggalakkan murid tersebut untuk memberi pandangan sendiri dan tidak malu untuk bercakap. Setelah beberapa ketika, murid tersebut sudah mula bercakap apabila ditanya walaupun hanya dalam bentuk perkataan sahaja. Bagi menggalakkannya untuk mengekalkan usaha ini, guru boleh memberi peneguhan positif seperti gula-gula, coklat, alat-alat tulis dan sebagainya. Di sini, dapat dilihatkan bahawa murid tersebut ada peningkatan dari segi kemahiran komunikasinya. Penilaian altenatif permerhatian dari kemahiran komunikasi biasanya dilakukan kepada murid autism di mana mereka mempunyai masalah interaksi, komunikasi dan tingkah laku. Guru perlu memerhati dan memahami sikap murid tersebut. Hal ini adalah untuk menyediakan program pendidikan dan persekitaran yang sesuai untuknya. Dari sini, guru perlu memerhati perkembangannya dan membuat penilaian terhadap perkembangan tersebut.

Apa Lu mahu sy tulis sini?

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, guru pelatih tersebut telah membuat penilaian terhadap perkembangan kemahiran sosial. Katanya lagi, beliau telah sentiasa mencatat perubahan pelajar dari semasa ke semasa. Catatan ini adalah untuk kegunaannya untuk mengajar tahap yang lebih tinggi dan sukar. Tambahan beliau lagi telah mempelbagaikan aktiviti dan permainan berkumpulan untuk memperlihatkan kemahiran sosial mereka. Dia memperolehi banyak faedah kerana mendapati pelajar dapat bergaul walaupun kadang-kala tidak tahu apa yang mereka berkomunikasi. Walaubagaimana pun, beliau juga mendapati kemahiran soial pelajar istimewa ini bergantung kepada emosi mereka. Jika mereka gembira, maka mereka dapat bergaul dengan baik, jika emosi mereka kurang baik, mereka akan lebih kurang bekerjasama dan mungkin akan menangis. Beliau juga berkata bahawa dalam proses menyemai kemahiran ke dalam murid dan menilai tahap kemhiran sosial mereka, guru harus sabar dan peramah serta memahami keistimewaan mereka yang memerlukan perhatian dan penjagaan kita.

Berdasarkan temu bual kami, dapat diketahui kebanyakkan muridnya tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar. Tambahan beliau lagi, bukan mudah untuk mengajar sesuatu kemahiran. Kesabaran yang tinggi perlu ada untuk mengajar murid berkepeluan khas ini. Ada kalanya mengajar sesuatu kemahiran memakan masa beberapa hari malahan ada yang sehingga berminggu. Jika seorang guru pendidikan khas ini bukan seorang penyabar sudah tentu dia akan berputus asa mengajar murid tersebut. Tambahan lagi, semasa pembelajaran dan pengajaran perlu menglibatkan semua murid dalam aktiviti yang dijalankan. Apabila terdapat murid yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar, guru perlu memberikan galakan kepada murid tersebut. Ini penting sebagai dorongan kepada murid tersebut untuk terus mencuba dan belajar. Jika kerap kali murid tersebut gagal melakukan kemahiran yang diajar, secara langsungnya motivasi pelajar tersebut juga akan

berkurangan. Oleh itu, guru haus memberikan motivasi dan galakan yang positif kemda murid-muridnya. Apabila murid tersebut dapat menguasai kemahiran yang diajar, guru perlu memberi ganjaran seperti hadiah kepada murid tersebut. Ini sebagai satu dorongan untuk murid tersebut untuk terus berusaha lagi. Menurut B.F Skinner dengan model tingkah modifikasi tingkah laku, ganjaran seperti hadiah, pujian dan sebagainya ini ialah satu peneguhan yang positif kepada murid. Peneguhan ini bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Tambahan lagi, menurut tingkah lagu individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang diterima. Oleh itu, dalam kelas berkeperluan khas, guru perlu banyak memberi peneguhan positif yang membina motivasi dalam diri muridnya sendiri. Berdasarkan temu bual, beliau sering memberikan peneguhan yang positf kepada muridnya supaya mereka dapat belajar dengan hati yang gembira dan beliau dapat mencapai objektif pengajaran dengan berjaya. Tetapi beliau berkata bahawa jika murid-muridnya mempunyai tingkah laku distruktif, maka beliau akan mencuba untuk menyelesaiakan masalah tersebut dengan rasional seperti mengurangkan dan mengurus tingkah laku negatif pelajar tersebut. Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku distruptif, distruktif, pengasingan

diri, pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah negatif merupakan keadaan di mana murid mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan berbagai cara melalui tindakan-tindakan ataupun perlakuan-perlakuan yang mengganggu rakan dan guru ataupun merosakkan peralatan yang terdapat di Antara perlakuan negatif dalam yang mengganggu proses kelas. pengajaran dan

pembelajaran ialah membuat bising, mengganggu rakan, bergaduh, melawan cakap guru, vandalisme, kerap menangis, berbohong, mencuri, mengejek dan tidak menunjukkan minat dan perhatian dalam pelajaran. Ada juga tingkah laku murid yang kurang disedari oleh guru tetapi sebenarnya boleh mejejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal. Tingkah laku ini adalah yang seperti sering mengasingkan diri, selalu sedih, terlalu pemalu, sering ketakutan dan fantasi. Sebernarnya, penilaian permerhatian ini adalah amat penting bagi guru pendidikan khas. Ini bagi menyediakan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai kepada muridnya. Dengan ini, murid akan mendaat peluang untuk belajar kemahrian yang boleh digunkan untuk menghadapi masalah dalam dunia yang sebenar. Kelebihan penilaian ini adalah guru dapat mengesan penguasaan kemahiran pelajar dalam aktiviti bilik darjah dengan sekali gus melalui penilaian yang diberikan sepeti jadual 1. Penilaian ini juga mudah dilaksanakan oleh guru. Penguasaan kemahiran pelajar akan direkodkan dari masa kesemasa dan terus dinilai. Dengan penilaian ini juga guru dapat memfokuskan kepada pelajar tertentu yang memerlukan pemerhatian yang lebih terhadap kemahiran yang dipelajarinya. Di samping itu, dengan motivasi, sokongan dan galakan guru, murid tersebut dapat memupuk nilai murni seperti tidak mudah putus asa, sabar dan rajin secara tidak langsung dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, penilaian pemerhatian ini susah untuk menjamin kesasihan daptanya kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan, pengetahuan serta

pengalaman sebernar penilai.

Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh, penilaian pemerhatian terhadap penguasaan kemahiran pelajar dalam bilik darjah merupakan salah satu strategi penilaian alternatif yang berkesan untuk digunakan di dalam sebuah bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan atau kecerdasan. Ini kerana ini adalah salah satu cara yang aling mudah dan efektif untuk menilai murid yang berkeperluan khas tersebut.

RUJUKAN Autisme
Judarwanto, D. W. (n.d.). Pencegahan Autis Pada Anak. Phycology , 1-11. 5.3 Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov. (2006). Does Television Cause Autism? Psycology , 1-44. 5.4 Vacca, J. S. (2007). Autistic Children Can Be Taught To Read. Psychology , 54-61 Terencat akal Chua, T. T., & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: DBP.

You might also like