TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

BAB 7: KABEL UTAMA

7.1

Pengenalan Kabel telefon secara amnya terdiri daripada dua jenis iaitu kabel bawah tanah

dan atas tiang atau lebih dikenali ‘underground’ (U/G) dan ‘overhead’(O/H). Bagi kabel bawah tanah dikenali sebagai kabel utama. Biasanya kabel utama menghubungkan daripada unit MDF ke kabinet. Bagi kabel bawah tanah tedapat saiz-saiz untuk mengenal pasti kapasiti kemuatan bagi setiap kabel. Antara saiz kabel bawah tanah yang digunakan 200, 400, 600,800, 1000, 1200 sehinggalah 2400 pasang (pair). Sekiranya saiz 1200 ‘pair’ yang digumakan ini bermakna kabel tersebut mampu membawa talian telefon pelanggan sebanyak 1200 talian. 7.2 Exchange Side ( E-Side ) Bahagian E-Side merupakan rangkaian talian yang menghubungkan antara MDF dengan kabinet. Saiz kabel pada bahagian ini adalah lebih besar daripada kabel pada bahagian D-Side dan ia terletak di dalam tanah.

43

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Salah satu penghujung kabel ini terletak pada line side di MDF, manakala satu lagi penghujung kabel ini terletak pada bahagian E-Side di dalam kabinet. Oleh kerana jarak antara ibusawat adalah berjauhan dengan kabinet, maka kabel terpaksa disambung. Oleh itu, penyambungan kabel dibuat di dalam lorang ( mainhole ). 7.3 Pemasangan Rangkaian Kabel Utama (Duct Route And Jointing Chamber) Kabel utama terletak di sepanjang sesalur ( duct ) dan penyambungan kabel dijalankan di dalam ruang bawah tanah ( chambers ). Bilangan laluan di dalam duct route bergantung kepada keperluan kapasiti, samada hanya satu laluan ( single way ) atau laluan pelbagai ( multiway ). Bagi laluan pelbagai, format sesalur adalah seperti 2, 3, 4, 6, 8, 12, 16, 20, 24, 30, 36, dan 48 laluan.

Primary Cable Plan View Gambarajah 6.3.1 Typical Cable Chamber Layout 7.4 Langkah-langkah Keselamatan Berkerja Di Jalan Raya Langkah-langkah keselamatan ketika menjalankan kerja-kerja di jalanraya ketika membina lorang dan sesalur dan menyambungkan kabel di dalam lorang. Pasang papan-papan tanda seperti berikut : a. b. c. d. e. Kerja-kerja di hadapan Jalan selorongdi hadapan Lorong kiri/kanan ditutup Kurangkan laju AWAS

44

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Di kedua-dua belah jalan di arah trafik mendatang, letakkan di kedudukan yang sesuai jauh dari tempat perkerjaan untuk memberi masa yang cukup bagi trafik memperlahankan kelajuan. Letakkan penghadang mengelilingi mulut lorang dan susun beberapa biji kon untuk memandu perjalanan trafik. Sediakan dua pengawal bendera untuk mengawal perjalanan trafik melalui tempat pekerjaan. Letakkan beberapa buah lampu amaran di tempat strategik ketika menjalankan kerja pada waktu malam. Sebelum lorang dibuka pada jarak 76-100mm, pengesan gas diletakkan / dimasukkan untuk menguji gas. Terdapat 3 jenis gas yang perlu dihindarkan iaitu : a. b. c. Gas mudah meletup – Gas petrol, butane/propane dan methane. Gas yang menyesakkan pernafasan – kabon monoksida dan hidrogen sulfida Gas beracun – karbon dioksida

Manakala cara menguji gas-gas tersebut adalah seperti berikut : a. b. c. Buka sedikit penutup lorang lebih kurang 76mm-100mm dan uji kehadiran gas. Jika tidak terdapat kehadiran gas, buka penutup lorang sepenuhnya dan uji kehadiran gas di bawah bumbung lorang. Jika tidak terdapat gas juga, uji di bahagian tengah lorang. Lantai dan mulut sealur atau duct. Langkah-langkah keselamatan yang disebutkan di atas adalah merupakan perkara utama dan amat penting yang perlu dilakukan sebelum kerja-kerja penyambugan kabel utama dibuat di dalam lorang. Selain daripada itu, langkahlangkah keselamatan lain juga perlu dipatuhi bagi melancarkan kerja-kerja penyambungan seterusnya. Antaranya adalah seperti berikut : a. b. Letakkan papan penghalang di sekeliling lorang. Letakkan papan tanda amaran di kedudukan yang sesuai jauhnya dari loranguntuk memberi amaran awal kepada-kepada kenderaan yang datang.

45

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

c. d.

Gunakan kon-kon keselamatan untuk memberi panduan lencongan. Bersihkan kekotoran di sekeliling dan di kedudukan penutu lorang untuk menentukan penutup lorang dapat diletakkan kembali di kedudukannya dan tidak berjongkat-jongkit atau tinggi sebelah yang membahayakan kenderaan yang akan lalu di atasnya.

e. f. g. h. i. j. k. l. m. n.

Gunakan kunci penutup lorang yang betul. Gunakan orang yang secukupnya untuk mengangkat penutup lorang dan lain-lain barang yang berat. Untuk memasuki lorang, buka penutup sepenuhnya dan diletakkannya jauh dari mulut lorang. Selalu gunakan kasut but Willington untuk membuat kerja di dalam lorang. Jangan memijak kabel semasa masuk dan keluar dari lorang. Letakkan kenderaan kegunaan seperti lori dan trailer di tempat yang tidak menggangu perjalanan kenderaan awam. Jangan meletak peralatan di tempat yang menggangu atau membahayakan orang ramai. Sendalkan atau choke dengan selamat tayar-tayar trailer kabel atau trak winch sebelum menjalankan kerja-kerja penarikan kabel. Bersihkan sebarang kekotoran di dalam lorang dan juga di atas jalanraya. Berhati-hati dengan bahaya racun plumbum. Basuh tngan sehingga bersih selepas memegang kabel yang bersalut plumbum.

7.5

Pemasangan Dan Penyambungan Kabel Utama Oleh kerana jarak antara MDF dengan kabinet adalah terlalu jauh, maka

kabel utama yang menghubungkannya perlu di sambung. Sambungan kabel itu pula dilakukan di dalam lorng yang terdapat di sepanjang laluan sesalur. Jarak antara lorang ke lorang yang lain adalah lebih kurang 100 meter ke 150 meter bergantung kepada keadaan laluan sesalur.

46

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Sebelum penyambungan kabel dilakukan, kabel utama perlu ditarik di sepanjang sesalur yang telah disediakan. Sesalur adalah sejenis paip yang diperbuat daripada PVC dan menghubungkan antara lorang. Bilangan laluan di dalam laluan sesalur bergantung kepada keperluan kapasiti, samada hanya satu laluan (single way) atau laluan pelbagai (multiway). Bagi laluan pelbagai, format sesalur adalah seperti 2, 3, 4, 6, 8, 9, 12, 16, 20, 24, 30, 36, dan 48 laluan. Semua sesalur itu dicantumkan menggunakan konkrit atau simen supaya tidak bergerak dan mengelakkan ia pecah. Bagi laluan sesalur yang menyeberangi jalanraya, sesalur yang digunakan adalah diperbuat daripada paip GI yang tahan dengan gegaran dan beban yang berat. Semasa penarikan kabel utama ke dalam sesalur, peralatanperalatan yang digunakan adalah seperti berikut : a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q. r. s. t. Roding Tool Winding Reel Cylindrical Brush Rubber Duct Cleaning Discs Tube Shovel Mandrel Wood Cutting Mandrel Hand Splice Compression Splice Socket Termination Swaged Termination Ball Bearing Swivel Eye Bolt Epoxy Bond ‘D’ Shackle Keystone link Epoxy Resin Bonded Hauling Eye Type No.1 Epoxy Resin Bonded Hauling Eye Type No.2 Cable Grip Single Eye Cable Grip Double Eye Split Cable Grip

47

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

u. v.

Lead cable End Dressed Down Spike, Wiping Metal, Transverse

Setelah kabel utama ditarik dan semua langkah-langkah keselamatan dipatuhi, barulah kerja-kerja penyambungan kabel boleh dilakukan. Penyambungan kabel utama hendaklah dilakukan di dalam lorang. Kabel utama yang terdiri daripada saiz-saiz yang besar disambung satu persatu dan untuk memudahkannya, ia disambung mengikut kod warna yang tedapat pada kabel tersebut. Cara penyambungan yang sering dilakukan adalah menggunakan 3M module yang terdiri daripada 25 pasangan kabel setiap module. Selepas penyambungan kabel dibuat, ujian hujung ke hujung (end-to-end test) ke atas kabel tersebut perlu dilakukan untuk memastikan ketepatan sambungan. Ujian yang juga dikenali sebagai continuity test ini adalah antara MDF dengan kabinet. Setelah kabel utama itu selesai di sambungkan, ia perlu dibungkuskan dan di tutup untuk mengelakkan sambungan tersebut dimasuki air. Penutup yang biasa digunakan adalah jenis PSI Universal Clousure ataupun PSI Mechanical Closure yang dapat menghalang air memasuki sambungan kabel utama. Sambungan kabel yang telah tertutup diletakkan dan diikat di atas palang besi di dalam lorang. Ini untuk mengelakkan sambungan kabel tadi bergerak-gerak sewaktu lorang dimasuki air dan menyebabkan ia rosak. 7.6 Kabel Kabel terdiri daripada wayar-wayar kuprum ( Copper ) di dalamnya yang digunakan untuk perhubungan telefon. Kabel utama ( Primary Cable ) yang digunakan pada bahagian E-Side terbahagi kepada dua jenis iaitu : a. b. PCUT – Paper Core Unit Twin PEUT – Polyethylene Unit Twin

48

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Lead Sheath

PVC Sheath

Unit

Paper Insulation

Gambarajah 7.6.1 Kabel PCUT

Polyethylene Sheath Screen

Aluminium

Polyethylene Tape

Unit

Gambarajah 7.6.2 Kabel PEUT

49

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Kabel yang digunakan terdapat di dalam beberapa saiz. Berikut merupakan saiz-saiz kabel tersebut :

Saiz Kabel ( pair ) 200 400 600 800 1000 1200 1400 1600 2000 2400

Diamater Wayar ( mm ) 0.4 mm & 0.5 mm 0.4 mm & 0.5 mm 0.4 mm & 0.5 mm 0.4 mm & 0.5 mm 0.4 mm & 0.5 mm 0.4 mm & 0.5 mm 0.4 mm 0.4 mm 0.4 mm 0.4 mm

Jadual 7.6.1 Saiz Kabel Utama Kabel bahagian E-Side terletak di bawah tanah manakala penyambungan kabel bawah tanah dilakukan di dalam main hole. Seperti kabel-kabel lain, kabel bawah tanah juga sering mengalami kerosakan yang disebabkan oleh faktor haiwan, alam semulajadi dan juga kecuaian manusia. Antaranya adalah kabel yang dimasuki air akan mengalami kerosakan. Perkembangan pembangunan dan jalanraya yang pesat di mana kerja-kerja mengorek jalan oleh jentolak boleh mengakibatkan kabel breakdown di mana pemaju terpotong kabel bawah tanah dengan tidak sengaja. Akibat daripada ancaman-ancaman ini menyebabkan talian telefon tidak dapat digunakan kerana kabel rosak yang menyebabkan sistem breakdown. Oleh itu, langkah pencegahan awal adalah diperlukan lagi memastikan talian telefon dapat digunakan tanpa mengalami sebarang masalah. Bagi menyelesaikan masalah ini, sesuatu sistem bagi mengesan kerosakan kabel dan kedudukannya digunakan. Sistem yang digunakan oleh TM adalah GPA ( Gas Pressurized Alarm system ).

50

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

7.7

Sistem GPA Dan Sistem CGPA ‘Gas Pressurization Alarm system’ ( GPA ) diperkenalkan kepada rangkaian

kabel tempatan dan kabel junction pada awal tahun 70-an manakala ‘ComputerBased Gas Pressurization Alarm System’ ( CGPA ) diperkenalkan sekitar awal tahun 90-an. Tujuan utama sistem ini adalah untuk mengelakkan air dan kelembapan memasuki kabel yang disebabkan oleh kulit kabel terkoyak atau bocor dan penutup kabel yang kurang ketat. Komputer khas digunakan pada sistem ini bagi memaparkan bacaan tekanan gas, amaran berlakunya kebocoran gas dan juga jarak serta kedudukan tempat kabel tersebut. Sejenis gas akan dimasukan ke dalam kabel ini suatu sensor diletakkan di dalamnya bagi mengesan tekanan gas tersebut. Sensor ini diletakkan pada setiap penghujung penyambungan kabel. Apabila tekanan gas tersebut berkurangan daripada kadar yang ditetapka, ini menunjukkan terdapat kebocoran pada kabel tersebut. Amaran akan dipaparkan pada komputer dan kedudukannya dapat diketahui. Sistem CGPA pula beroperasi secara automatic secara keseluruhannya yang mana ia memantau secara berterusan tekanan angin akan dapat dikesan oleh alat pengesan yang dipasang di sambungan-sambungan yang strategik di sepanjang kabel. Perubahan ini akan direkodkan terus ke dalam skrin sistem pemantau. Bacaan tekanan angin yang kurang daripada yang sepatutnya akan diambil kira dan akan dicetak secara automatik dan perlu diberi perhatian selanjutnya. Apabila pengguna menerima isyarat kebocoran daripada penggera, skrin pemantau akan dapat membantu memberi jarak lokasi kebocoran tersebut. Dengan demikian, sistem CGPA yang cekap ini akan mengurangkan penyelenggaraan harian dalam sistem GPA.

51

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

7.8

Kabinet Kabinet merupakan suatu alat yang menghubungkan antara kabel E-Side

(Exchange Side) dengan kabel D-Side (Distribution Side). Setiap pasangan kabel disambung pada modul penyambungan yang terdapat di dalam kabinet. Penyambungan antara bahagian E-Side dan D-side dibuat menggunakan jumper wire. Terdapat tiga jenis kabinet yang digunakan iaitu : a. b. c. 7.8.1 APO Krone Pouyet

Kabinet APO Terdapat dua saiz bagi kabinet jenis ini, iaitu 900 dan 1800 pair. Kedua-

duanya berbentuk silinder dan diameternya sama tetapi penutup (cover) bagi 1800 pasangan lebih tinggi 40cm daripada penutup 900 pasangan atau pair.

Gambarajah 7.8.1.1 Kabinet APO

52

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Gambarajah 7.8.1.2 Kabinet APO

E

D

E D

D

Gambarajah 7.8.1.3 Pandangan Atas Kabinet APO

Ke Ibusawat

Ke DP

Gambarajah 7.8.1.4 Pandangan Hadapan Kabinet APO 7.8.2 Kabinet Krone

53

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Kabinet jenis ini bebentuk segiempat dan mempunyai dua bahagian pintu. Kabinet ini diperbuat daripada bahan yang tahan suhu yang tidak menentu dan bahagian luarnya diperbuat daripada bahan gentian kaca (fiber glass). Seperti kabinet APO, kabinet ini juga mengandungi bahagian E-Side dan D-side. Fungsinya adalah sama dengan kabinet-kabinet yang lain, dimana ia merupakan tempat yang menghubungkan bahagian E-Side dan D-Side. Penyambungan ini dibuat menggunakan jumper wire.

D D

E E

E E

D
DD

Gambarajah 7.8.2.1 Pandangan Atas Kabinet Krone

E

E

D

D

E

E

D

E
Ke DP DP Gambarajah 7.8.2.2 Pandangan Hadapan Kabinet Krone 7.8.3 Ke Ibusawat Kabinet Pouyet Kabinet jenis ini berbentuk segiempat sama seperti cabinet krone. Ia juga diperbuat daripada bahan yang sama seperti cabinet krone. Sekiranya ia dilahat dari luar, tiada perbezaan antara kedua-dua jenis cabinet ini. Namun dari segi dalamnya adalah berbeza. Perbezaan adalah kabinet pouyet mempunyai empat bahagian D-Side 54

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

(depan dan belakang ) dan dua bahagian E-side sekiranya dilihat dari pandangan atas. Bagi kabinet krone, ia mengandungi empat bahagian D-Side dan bahagian E-side (padangan atas) sekiranya dilihat dari pandangan atas.

Gambarajah 7.8.3.1 Kabinet Pouyet

d E

E
D

D

Gambarajah 7.8.3.2 Pandangan Atas Kabinet Pouyet

D

E

D

D
Ke Ibusawat

55

E

D D

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Gambarajah 7.8.3.3 Pandangan Hadapan Kabinet Pouyet

56

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful