You are on page 1of 6

900/2 STPM 2007

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 2 SET 3
LEARNING TO SCORE
(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E,
dan dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2007
KERTAS 2 SET 3

BAHAGIAN A
1. Kes-kes jenayah seksual yang melibatkan remaja pada masa kini semakin kronik.
Fenomena ini membuktikan bahawa tahap jenayah yang membabitkan remaja semakin serius.
Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kemelut ini dan usaha-
usaha untuk mengatasinya.

2. Pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia semakin menjadi kritikal. Tindakan


berkesan perlu diambil untuk menangani masalah ini. Bincangkan.

BAHAGIAN B
3. Aplikasi sains dan teknologi amat penting dalam meningkatkan mutu sukan negara.
Bincangkan.

4. Penghasilan gas-gas secara berlebihan telah menyebabkan kesan rumah hijau. Justeru,
beberapa langkah harus diambil bagi mengurangkan gas-gas tersebut. Huraikan.

BAHAGIAN C
5(a) “Dengan perkembangan teknologi dan revolusi bahan, pengguna boleh menikmati
kehebatan muzik dengan penggunaan peranti pemain muzik M-PEG 1 Level-3 (MP3).
Penggunaan MP3 lebih popular kerana sistem piawaian yang dimilikinya cukup berkesan
bagi proses pemindahan fail dalam format digital. Oleh sebab saiz fail yang kecil, ia
memudahkan proses pemindahan dan perkongsian fail dilakukan dengan cara muat-turun,
muat naik dan simpan fail MP3 dalam jumlah yang besar.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Norfardilawati Musa,


“Revolusi Teknologi MP3,” Dewan Masyarakat, Jun 2006)

(i) Kenapakah peranti pemain muzik MP3 menjadi pilihan pengguna?.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan
MP3 kepada bidang muzik.

Atau

5(b)
“Kemasukan teknologi dan maklumat melalui bahan perantaraan komputer mengubah
peranan perpustakaan sebagai penyimpan bahan-bahan ilmu. Perpustakaan elektronik
menggambarkan sistem maklumat yang terdiri dari gabungan perisian dan perkakasan
yakni pengelolaan, pelayanan, dan penyedia maklumatnya menggunakan komputer
sebagai perantaraan.”
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Netty Ah Hiyer,
‘Perpustakaan Masa Depan’. Dewan Siswa, Mac 2003)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan perpustakaan elektronik?.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan
perpustakaan elektronik kepada pengguna perpustakaan.
6(a)
“…..Secara umumnya, virus influenza boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu A, B dan C.
Mengikut urutan, virus influenza A boleh menjangkiti haiwan dan manusia dan
mencetuskan wabak pandemik iaitu yang membabitkan beberapa negara serta epidemik
(satu negara sahaja). Virus jenis ini boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan
menghasilkan jenis baru yang lebih berdaya tahan dan berbahaya. Menurut WHO, setiap
tahun sekurang-kurangnya satu jenis virus baru akan muncul dan Malaysia tidak terkecuali
dari situasi ini…..”.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buletin Pengguna, Bil 2, 2006)

(i) Mengapakah virus influenza A paling berbahaya?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
seseorang boleh dijangkiti virus penyakit.

Atau

6b)
“…..Serangga merupakan kumpulan haiwan yang terbesar dan paling banyak jenisnya.
Serangga telah menjalani pelbagai proses evolusi perhubungan trofik yang kompleks
dengan tumbuhan, haiwan lain dan organisma mikrob. Asal-usul dan kepelbagaian
tumbuhan berbunga, haiwan veterbrat daratan, dan agen-agen penyakit tumbuhan serta
haiwan adalah hasil daripada interaksi organisma-organisma ini dengan serangga.
Walaupun bersaiz kecil, serangga sebenarnya mempunyai nilai ekonomi kepada
manusia…..”.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, )

(i) Mengapakah serangga dikatakan mempunyai hubungan secara langsung dengan


semua hidupan di hutan?

(ii) Dengan menggunkan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan peranan
serangga kepada kehidupan manusia.

BAHAGIAN D
7. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis carta yang menunjukkan perbandingan bagi
enrolmen di Institusi Pendidikan Awam bagi tahun 2005 dan tahun anggaran 2010.

Program pendidikan merupakan aset terpenting dalam merealisasikan modal insan yang
berkualiti. Pada tahun 2005 enrolmen pelajar di Institusi Pendidikan Awam negara telah mencecah
6076.0 ribu pelajar. Menjelang tahun 2010, enrolmen ini dianggarkan meningkat sebanyak 534.4
ribu pelajar atau 8.8% daripada tahun sebelumnya.

Pendidikan Prasekolah terdiri daripada kanak-kanak yang berusia antara empat hingga
enam tahun. Peringkat ini telah mencatat sebanyak 702.9 ribu pelajar pada tahun 2005. Bagi
menjamin kualiti murid, kerajaan telah mewajibkan Penggunaan Kurikulum Kebangsaan
Pendidikan Prasekolah mulai tahun 2003. Usaha murni kerajaan ini dijangka akan meningkatkan
enrolmen kepada 784.2 ribu pelajar pada tahun 2010 kelak.

Pendidikan Rendah dijangka akan menyumbang hampir 48.35% atau 3196.0 ribu pelajar
pada tahun 2010. Peningkatan ini ekoran daripada pelbagai program sokongan pendidikan seperti
Skim Buku Teks, kemudahan asrama, Skim Baucer Tuisyen dan Tabung Kumpulan Amanah
Pelajar Miskin terutama kepada pelajar miskin. Langkah kerajaan ini dijangka meningkatkan
enrolmen sebanyak 151 ribu pelajar berbanding tahun 2005.

Pendidikan Menengah Rendah telah mencatat enrolmen tertinggi sebanyak 21.89% bagi
tahun 2005.Pendidikan peringkat ini terdiri daripada Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan serta
Maktab Sains MARA yang masing-masing menyumbang sebanyak 1322.2 ribu pelajar dan 8.0 ribu
pelajar pada tahun yang sama. Menjelang tahun 2010, enrolmen pendidikan peringkat ini dijangka
meningkat sebanyak 95 ribu pelajar. Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan mencatat sebanyak
1403.7 ribu pelajar. Maktab Sains MARA juga dijangka menunjukkan peningkatan yang tinggi
sehingga mencecah 21.5 ribu pelajar berbanding 5 tahun sebelumnya. Pada peringkat ini,
kebanyakan pelajar sedang mengalami krisis jati diri. Sehubungan itu, kerajaan telah
memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bagi melahirkan masyarakat
patriotik.

Pendidikan Menengah Atas bukan sahaja memberi penekanan dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik tetapi juga dalam jurusan Teknik dan Vokasional. Pada tahun 2005 sekolah Teknik
dan Vokasional telah menyumbang sebanyak 72.8 ribu pelajar daripada enrolmen keseluruhan
pendidikan peringkat ini yang berjumlah 763.6 ribu pelajar. Pada tahun 2010 pula, enrolmen
pendidikan Menengah Atas dijangka sebanyak 881.2 ribu pelajar atau sebanyak 13.33%.
Manakala sekolah Teknik dan Vokasional dijangka meningkat kepada 85.2 ribu pelajar.

Pendidikan Menengah Tinggi hanya menyumbang sebanyak 199.6 ribu pelajar atau 3.29%
bagi tahun 2005. Walau bagaimanapun enrolmen ini dijangka meningkat sebanyak 78.3 ribu
pelajar pada 5 tahun berikutnya. Sementara itu, Pendidikan Guru pula telah mengambil pelajar
sebanyak 34.7 ribu pada tahun 2005. Penambahan enrolmen bakal guru dijangka sebanyak 11.2
ribu pelajar pada tahun 2010, membuktikan kesungguhan kerajaan untuk melahirkan tenaga
pelajar yang berkualiti dan inovatif

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia


Kesembilan, 2006-2010, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)

8. Berdasarkan petikan, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah eksport
pelbagai kegiatan ekonomi Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2002 hingga 2004.

Pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan telah menggalakkan pelbagai


kegiatan ekonomi untuk eksport. Pada tahun 2002, jumlah eksport bagi kegiatan terpilih telah
mencecah RM271 378.4 juta. Jumlah ini telah meningkat sebanyak RM25 396.9 juta pada tahun
tahun 2003. Pulangan pada tahun 2004 terus meningkat kepada RM356 583.7 juta atau
bertambah sebanyak 20.15% daripada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2003, eksport makanan adalah sebanyak RM8 424.0 juta dan jumlah ini
melebihi jumlah tahun 2002 sebanyak RM947 juta. Galakan kerajaan untuk kegiatan pengeluaran
makanan telah meningkatkan jumlah eksport negara. Eksport makanan terus meningkat sehingga
mencecah RM10 015.3 juta pada tahun 2004. Eksport minuman dan tembakau pula mencatat
jumlah sebanyak RM1 294.6 juta pada tahun 2002. Komoditi ini memberi sumbangan terkecil
dalam eksport Kerajaan Persekutan untuk ketiga-tiga tahun. Meskipun sumbangannya kecil,
eksport ini meningkat berterusan bagi kedua-dua tahun berikutnya, masing-masing meningkat
sebanyak RM197.6 juta dan RM344.3 juta berbanding tahun 2002.

Bahan api, galian dan pelincir seperti petroleum merupakan salah satu sumber pendapatan
utama negara. Pada tahun 2003, jumlah eksport bahan ini mencecah RM40231.6 juta juta iaitu
meningkat sebanyak RM9 586.3 juta berbanding tahun 2002. Jumlah ini terus meningkat
sebanyak RM15 356.7 juta pada tahun berikutnya.
Negara terus mencatat peningkatan dalam eksport bahan kimia yang menjadi keperluan
utama dalam pengeluaran barang siap yang lain. Eksport bahan kimia pada tahun 2004, adalah
sebanyak RM26 964.5 juta iaitu melebihi sebanyak RM6 414.6 juta berbanding tahun sebelumnya.
Manakala eksport bahan kimia pada tahun 2002 hanya mencatat sebanyak RM16 669.5 juta .

Peningkatan tahap teknologi negara bertindak sebagai pemangkin kepada peningkatan


eksport jentera dan kelengkapan pengangkutan. Justeru, pada tahun 2002 jumlah eksport adalah
sebanyak RM215 292.0 juta dan meningkat kepada RM262 376.7 juta pada tahun 2004 iaitu
melebihi sebanyak RM36 299.1 juta pada tahun sebelumnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Laporan Ekonomi,


Jabatan Statistik Malaysia, 2005)

BAHAGIAN E

9. Berdasarkan jadual di bawah, tafsirkan perubahan penerima faedah Pertubuhan


Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2005 hingga tahun 2007. Pada pandangan anda,
mengapakah kebanyakan skim menunjukkan peningkatan?

Bilangan Penerima Faedah Dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)


Bagi Tempoh 2005 hingga 2007 (anggaran)

Tahun 2005 2006 2007*


Jenis Skim (RM juta) (RM juta) (RM juta)
Faedah hilang upaya sementara 62 881 56 766 56 676
Faedah hilang upaya kekal 11 084 8 949 9 649
Faedah orang tanggungan 27 485 31 123 32 987
Faedah pengkebumian 5 050 6 116 7 190
Pencen ilat / bantuan ilat 23 499 26 948 25 042
Pencen Penakat 96 531 108 842 114 333
Jumlah 226 530 238 744 245 877
* Anggaran
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Pertubuhan Keselamatan Sosial, 2006)
10. Berdasarkan maklumat yang diberikan, huraikan pola kemiskinan di Negara-negara
Sedang Membangun dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah
tersebut.

Unjuran 10 tahun Kemiskinan di Negara-negara Sedang Membangun


(Penduduk di bawah garis kemiskinan)

Jumlah Kemiskinan (juta orang)


Negara-negara
2000 Peratus 2005 Peratus 2010* Peratus

Asia Selatan 5665.84 35.0 4321.11 27.09 3888.37 29.1


Afrika (kawasan Padang 5633.47 34.8 5706.42 35.77 5906.05 44.2
Pasir Sahara)
Timur Tengah dan Afrika 2444.41 15.1 3242.78 20.33 1884.06 14.1
Utara
Amerika Latin dan Karibia 1699.75 10.5 1871.80 11.73 1189.23 8.9
Asia Timur 404.70 2.5 333.40 2.09 253.88 1.9
Eropah Timur 339.95 2.1 478.21 3.0 240.52 1.8
Jumlah Kemiskinan 16188.12 100.0 15953.72 100 13362.11 100.0
*Jangkaan
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
World Development Report, Tahun 2002)

Soalan Tamat