You are on page 1of 7

900/2 STPM 2007

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 2 SET 4
LEARNING TO SCORE
(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E,
dan dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2007
KERTAS 2 SET 4

BAHAGIAN A

1. Harta intelek sangat penting kepada pembangunan sosioekonomi sesebuah negara,


namun pada masa yang sama timbul masalah untuk melaksanakannya.
Bincangkan.

2. Menurut Human Rights Watch (HRW), beribu-ribu pembantu rumah Indonesia yang bekerja
di Malaysia menghadapi penderaan dan dalam kesengsaraan disebabkan majikan yang tidak
bertanggungjawab.
Bincangkan punca dan langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah ini.

BAHAGIAN B
3. Rawatan kecantikan seperti suntikan Botox semakin popular dalam kalangan masyarakat.
Bincangkan kesan dan langkah bagi mengatasi masalah penggunaan bahan terlarang dalam
rawatan kecantikan.

4. Udara bersih penting untuk kelangsungan hidup. Bincangkan punca dan kesan jerebu
kepada hidupan.

BAHAGIAN C
5(a) “ …Kajian oleh Kementerian Kesihatan membuktikan bahawa bilangan yang membunuh
diri dalam setahun di negara ini melebihi 2000 orang. Kebarangkalian membunuh diri jauh
lebih tinggi dalam kalangan manusia yang mengalami kecelaruan akal yang serius,
contohnya kemurungan dan kecelaruan bipolar. Selain itu, keinginan membunuh diri juga
dikaitkan dengan masalah psikologi yang lain seperti mengambil arak, menagih dadah,
skizofrenia, kecelaruan personaliti, antisosial dan sejarah keluarga yang pernah membunuh
diri…”
(Dipetik dan diubahsuai daripada Tan Cai Lian, “Bunuh Diri - Dari
Perspektif Psikologi”, Dewan Masyarakat, Mac 2006)

(i) Apakah yang menyebabkan manusia cenderung untuk membunuh diri?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah-langkah
yang berkesan untuk menangani gejala bunuh diri.

Atau

5(b) “… Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan kadar tarif air sehingga 100
peratus telah mendapat bantahan. Ramai yang merasakan kenaikan harga air itu adalah
tidak wajar. Bagaimanapun kerajaan negeri memberi alasan bahawa tujuan harga air
dinaikkan adalah untuk mendidik para pengguna supaya berhemat dan berjimat
menggunakan air…”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, Mei 2001)

(i) Mengapakah harga air perlu dinaikkan?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan impak
kenaikan harga air.
6(a) “…..Obesiti tidak akan terjadi jika ibu bapa memahami keperluan nutrisi anak. Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelaziman obesiti di kalangan kanak-kanak berusia
antara 6 hingga 11 tahun bertambah dua kali ganda sejak 1960. Zaman kanak-kanak
adalah masa yang mana kanak-kanak mudah berasa tersinggung. Ketika itulah mereka
berhadapan dengan masalah nutrisi dan ibu bapa harus mengambil tahu sebelum
terlewat…..”.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 1 Julai 2007)

i) Mengapakah ibu bapa sering dikaitkan dengan masalah obesiti dalam kalangan
anak-anak?
ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan
bagaimana anak-anak boleh terlibat dengan masalah obesiti.

6b. “…..Terumbu karang membesar dengan cepat di dalam air yang jernih dan ditembusi
cahaya matahari. Ombak yang kuat juga merupakan pemangkin kepada terumbu karang
membesar dengan cepat kerana ombak membawa makanan, nutrien dan bekalan oksigen
kepada kehidupan terumbu karang. Terumbu karang juga menjamin keseimbangan pH di
dalam air laut dan seterusnya memastikan kesinambungan kehidupan laut…..”.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Era Hijau, Keluaran 2, 2001)

i) Dimanakah perairan terbaik untuk pertumbuhan terumbu karang?


ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan aktiviti-
aktiviti manusia yang telah merosakkan kawasan terumbu karang.

BAHAGIAN D
7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan kekosongan baru yang dilaporkan kepada bahagian
Perkhidmatan Pekerjaan mengikut kumpulan pekerjaan bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

Keperluan guna tenaga seringkali dikaitkan dengan pembangunan ekonomi sesebuah


negara. Guna tenaga yang diperlukan terdiri daripada pelbagai kumpulan pekerjaan seperti
profesional dan teknikal, pentadbiran dan lain-lain lagi. Jumlah kekosongan jawatan baru
pelbagai kumpulan pekerjaan paling sedikit dilaporkan pada tahun 2004 iaitu sebanyak
29086 orang.

Bagi kumpulan pekerjaan profesional dan teknikal, pada tahun 2003, sebanyak 4032
jawatan kosong dilaporkan. Jumlah ini meningkat sebanyak 23 orang pada tahun
berikutnya, sebelum mencatatkan 6597 kekosongan daripada jumlah keseluruhan
kekosongan baru tahun 2005, yang mencatatkan sebanyak 33799 orang.

Kumpulan pentadbiran dan pengurusan yang merupakan nadi utama sesebuah


organisasi terus mencatatkan peningkatan kekosongan baru. Pada tahun 2003, bilangan
kekosongan baru ialah 1039 orang. Manakala tahun 2004 dan 2005, masing-masing
mencatatkan 1078 dan 1708 orang.

Demi memantapkan prosedur pengurusan, kumpulan pekerjaan perkeranian turut


memainkan peranan yang penting. Kumpulan ini mencatatkan 8 914 kekosongan baru
pada tahun 2004, melebihi 1 374 orang berbanding tahun sebelumnya.

Pelbagai dasar yang diperkenalkan kerajaan berkaitan sektor ketiga menunjukkan


kejayaan apabila semakin banyak guna tenaga diperlukan dalam sektor ini. Pada tahun
2003, seramai 2656 orang diperlukan dalam kumpulan pekerjaan perkhidmatan,
berbanding jumlah kekosongan baru tahun berkenaan, 33463 orang. Bilangan kekosongan
baru kumpulan pekerjaan ini meningkat sebanyak 56.28% pada tahun 2004 berbanding
tahun sebelumnya. Manakala tahun berikutnya mencatat sebanyak 3575 orang.

Kumpulan pekerjaan yang tidak kurang pentingnya ialah pertanian, penternakan dan
perhutanan. Pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian mempengaruhi pertambahan
kekosongan baru. Pada tahun 2005, sebanyak 12259 orang diperlukan, melebihi 2599
orang berbanding kumpulan perkeranian dalam tahun yang sama.

Perkembangan sektor perindustrian dan kekurangan minat golongan muda terhadap


kumpulan pekerjaan pertanian, penternakan dan perhutanan menyebabkan berlakunya
kemerosotan jawatan baru dalam kumpulan pekerjaan ini pada tahun 2004

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Sumber Manusia, 2005)

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah saham dan nilai dagangan papan utama bursa Malaysia
mengikut kaunter bagi tempoh yang dilaporkan.

Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi dengan keuntungan dalam
saham berwajaran tinggi terpilih serta saham-saham kewangan, barangan industri dan
perkhidmatan yang terus menarik sokongan pembeli.

Jumlah dagangan Papan Utama Bursa Malaysia mencatatkan 26479 juta unit saham
daripada nilai dagangan bernilai RM51700 juta pada tahun 2002. Nilai saham berkurang
sebanyak 1019 juta unit saham berbanding tahun sebelumnya yang bernilai RM61300 juta.
Sesi dagangan pada tahun 2003 terus mencatatkan peningkatan yang amat
memberangsangkan menjadi 47970 juta unit saham bernilai RM109900 juta sebelum
menokok kepada 51108 juta unit saham bernilai RM103500 juta pada tahun 2004.

Berlaku aktiviti pengambilan untung yang menghakis keuntungan menyebabkan


kaunter barangan pengguna jatuh ke paras 1635 juta unit saham pada tahun 2002
berbanding 1807 juta unit saham pada tahun 2001, sebelum meningkat kepada 2620 juta
unit saham pada tahun 2003. Seterusnya menokok sebanyak 1403 juta unit saham pada
tahun 2004.

Begitu juga dengan kaunter barangan industri. Pada tahun 2001, kaunter ini
mencatatkan 3806 juta unit saham yang bernilai RM25.29 juta, seterusnya merosot
sebanyak 133 juta unit saham pada tahun berikutnya. Namun, kaunter ini aktif pada tahun
2003 mencatatkan 9786 juta unit saham, sebelum melonjak ke paras 12402 juta unit
saham pada tahun 2004.

Mengikut asas sektoral, selain barangan pengguna dan barangan industri, turut
diniagakan di Papan Utama ialah pembinaan, perkhidmatan dan kewangan. Bagi kaunter
pembinaan, pada tahun 2001, mencatatkan 3768 juta unit saham berbanding jumlah
keseluruhan. Jumlah ini merosot kepada 3257 juta unit saham pada tahun berikutnya
sebelum menokok sebanyak 3671 juta unit saham pada tahun 2003, melebihi tahun 2004
yang hanya mencatatkan 4742 juta unit saham.

Selain wujudnya sentimen positif daripada peningkatan di Wall Street dan Bursa Saham
China, pelabur turut menjalankan urusniaga secara berhati-hati. Untuk itu, pada tahun 2001
dan 2002, kaunter perkhidmatan mencatatkan 10755 juta unit saham dan 10630 juta unit
saham. Namun, pada tahun 2004, melonjak ke paras 19019 juta unit saham, berbanding
18231 juta unit saham pada tahun sebelumnya. Selebihnya adalah untuk kaunter
kewangan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Bursa Malaysia,
Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005)

BAHAGIAN E
9. Berdasarkan carta pai di bawah, tafsirkan pola pelaburan yang dibuat oleh Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja dari tahun 2001 hingga tahun 2005 dan berikan sebab kenapa
keadaan sedemikian berlaku.
10. Berdasarkan jadual di bawah, terangkan bagaimanakah proses dalam membentuk sesuatu
dasar awam yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negara ini.

Proses Pembentukan Dasar


Awam

Pelaksanaan Perancangan
Kenalpasti
masalah
keperluan

Kajian Kemungkinan &


Rekabentuk Awal
Pemilihan & Kelulusan
Penilaian
-Penyerahan
Dasar

Pengesanan &
Pengawalan Pemilihan &
Kelulusan keseluruhan

Penyediaan Awal &


Pelaksanaan

(Dipetik dan diubahsuai daripada Malaysia Kita, 1992)


Soalan Tamat