You are on page 1of 7

KONSEP ILMU

Definisi Ilmu

Dari segi Bahasa : Berasal dari perkataan Arab "Alima" yang bererti mengetahui atau perbuatan
yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya.

Menurut Bahasa Inggeris pula ilmu umumnya diertikan sebagai sains. Perkataan ilmu pada
hakikatnya seringkali dikaitkan atau sinonim dengan pengetahuan. Ini kerana pada hakikatnya
ilmu dan pengetahuan mempunyai erti yang sama walaupun mungkin berbeza dari segi
penggunaannya. Perkataan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan masalah-masalah yang
lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan hanyalah untuk masalah umum
sahaja.

Ilmu dari segi Istilah : Segala pengatahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari
Allah s.w.t yang diturunkan kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang
memiliki aspek lahiriah dab batiniah.

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada
pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah
merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada
perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan
perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk
dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar
dariapda takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara
agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu
menurut perspektif Islam dekenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam
Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu Al-Quran, Syariah, Synnah, Iman, Ilmu Kerohanian,
Hikmah, Makrifat, Pemikiran, Sains dan Pendidikan.

Ilmu merupakan teras dalam sistem agama Islam dan menduduki tempat yang tertinggi.
Penekanan kepada ilmu dalam ajaran Islam jelas terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
Penekanan kepada pembacaan sebagai aset terpenting dalam usaha menimba keilmuan dan
pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia sebagaimana wahyu
yang terawal yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.

Ilmu pengetahuan merupakan prasyarat terpenting bagi pembangunan bangsa yang kuat dan
dihormati. Setiap perkara di dunia ini mestilah disandarkan kepada ilmu seperti iman dan perkara
keagamaan, ekonomi,politik, sosial, perpaduan dan sebagainya. Iman atau amalan tanpa ilmu
ibarat sebuah bangunan di atas pasir atau sarang labah-labah. Apabila datang ribut yang kuat
maka akan binasalah ia. Ilmu pengetahuan juga adalah asas pembentukan sesebuah tamadun
manakala akhlak pula adalah pengutuh atau pengukuh yang berperanan mengekalkan kekuatan
pembangunan bangsa, negara atau sebuah tamadun.

Kepentingan Ilmu

Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan
kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana
ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan
kebahagiaan hiudp di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh
Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu
sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa.

Ia juga trbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu. Dengan ilmu
pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat,
memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. Ilmu
agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat
mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat
menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar
kebendaan duniawi. Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran,
ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.
Orang yang berilmu dapat mendekatkan didrinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan
menuju kebahagian di akhirat. Di antara kepentingan-kepentingan ilmu dapat dijelaskan di sini
ialah :

a) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan
cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : "
Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-
Fathur:ayat 28)

b) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang
bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?
Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya
yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)

c) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan
masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang
yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )

d) dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah ( sama ada ibadah umum atau ibadah
khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khlifah Allah di muka bumi.

Kedudukan Ilmu

Islam amat menggalakkan umatnya menuntut pengetahuan walau dengan apa jua cara dan
keadaan sekalipun. tiada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga sekarang yang
dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengentahuan. Hal ini dapat dibuktikan
apabila wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w yang menitikberatkan ilmu
pengetahuan. Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1 - 5 yang bermaksud :

" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekelian makhluk). Ia telah
menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah. Yang
mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada
diketahuinya".

Kesimpulan dari ayat tersebut :-

a) Allah s.w.t menyuruh manusia membaca yang membawa proses pengenalan, pengamatan,
pengingatan dan pemikiran (ransangan akal).
b) Allah s.w.t memerintah manusia supaya berfikir tentang kejadian alam yang mana segala
tanda-tanda yang ada pada kejadian alam adalah sumber ilmu pengetahuan.

Ilmu pengetahuan dikatikan dengan Islam kerana Islam adalah agama yang mementingkan ilmu
pengetahuan malah Islam mewajibkan supaya umatnya menuntut ilmu.

Antara dalil-dalil yang menekankan kewajipan menuntut ilmu :

a) Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap
umat Islam"

b) sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang
lahad".

c) sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"

Ilmu pengetahuan juga dikaitkan dengan ibadah kerana menuntut ilmu merupakan ibadah yang
diber ganjaran oleh Allah s.w.t. Banyak dalil dari al_quran dan hadith yang menceritakan tentang
kelebihan menuntut ilmu antaranya :-

a) Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut
ilmu, maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke Syurga".

b) sabda Rasullalah yang bermaksud : " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah
pertanyaan, dari itu bertanyalah! sesungguhnya setiap kali ada yang bertanya, ada 4 golongan
yang diberi pahala iaitu : yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar dan yang mengintai
mereka."

c) Sabda Rasullah yang bermaksud : " Sekiranya anda keluar ada waktu pagi untuk
memepelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anada solat 100 rakaat".

d) Firman Allah yang bermaksud :" Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan
orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat".

Pembahagian Ilmu

Mengikut perspektif Islam pembahagian ilmu ebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa
segi iaitu :

a) Dari segi kewajipan menuntut ilmu ( menurut Imam al-Ghazali )

i) Ilmu Fardhu Ain : iaitu kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat Islam yang baligh dan
berakal supaya mengetahui dan mempelajarinya bagi memenuhi tuntutan agama. Contoh : Ilmu-
ilmu yang berkaitan dengan ibadah wajip atau kepercayaan (Aqidah). Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu
yang berkaitan dengan perkara yang berupa kepercayaan dan perbuatan yang mesti dilakukan
atau ditinggalkan.
ii) Ilmu Fardhu Kifayah : Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat islam. Sekiranya
ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat Islam. Ilmu fardhu
kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya contohnya : Ilmu Kedoktoran, pengurusan, teknologi
dan sebagainya. Segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka menuntutnya pun wajip
ke atas mereka kerana ilmu-ilmu tersebut terlalu banyak dan terlalu luas bidangnya. Kewajipan
tersebut diserahkan kepada seluruh umat Islam secara bergotong-royong atau pembahagian
tugas di antara mereka.

b) Dari segi hubungannya dengan Syariat.

i) Ilmu Syariat : Terbahagi kepada 4 iaitu :

a. Ilmu Usul : iaitu ilmu yang asas tentang al-Quran, Sunnah Ijma' ata peninggalan sahabat.

b. Ilmu Furu' : iaitu ilmu yang diluaskan daripada Ilmu usul contohnya : Fiqh, Faraid dan
sebagainya.

c. Ilmu Muqaddimah atau pengantar : iaitu Ilmu yang berupa alat untuk memahami al-Quran dan
Sunnah contohnya : Belajar mengenal huruf jawi atau tulisan arab.

d. Ilmu Penyempurnaan : Ilmu yang bertujuan untuk menyempurnakan lagi ilmu al-Quran dan
Hadith contohnya : Ilmu Tajwid, Tafsir dan sebagainya.

ii ) Ilmu Bukan Syariat : ianya terbahagi kepada 2 iaitu :

a. Ilmu yang terpuji : sama seperti ilmu fardhu kifayah contohnya : Matematik, Sains Ekonomi ,
Pertanian dsb.

b. Ilmu yang tercela : ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan dan perpecahan malah
mendapat kebencian Allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan sebagainya.

c) Dari segi Cara Memperolehinya

i. Ilmu kasbi : Ilmu yang dieperolehi dariapda usaha aiatu melalui proses pembelajaran.
Contohnya : Ilmusains, Matematik dan sebagainya.

ii. Ilmu Ladunni atau Wahbi : Ilmu pemberian langsung dari Allah s.w.t melalui Wahyu atau ilham.
Cohtohnya : Ilmu para Nabi dan Rasul.

d) Dari segi Sumber :

i. Ilmu Aqli : Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal. Contoh : Matematik, Sains dan
sebagainya.

ii, Ilmu Naqli : Ilmu yang diperolehi melalui ayat atau wahyu. Cohtoh : Al-Quran atau Hadith.
Sumber-Sumber Ilmu

1. Wahyu

Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan
hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa.
Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang
telah disampaikan oleh Allah kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi
Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala
ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan
oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau oleh
akal manusia.

2. Pancaindera

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa
merupakan seumber pengatahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk
berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima
pancaindera merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa
percubaan dan pengalaman yang berulang-ulnag. Bagaimanapun kebenaran yang
diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam
keadaan tertentu galgal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matathari
kelihatankecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

3. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan antara
manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia
berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat
menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walupun mungkin ianya tidak
bersifat kebenaran mutlak namun memadia untuk mengatasi masalah kehidupan
seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin
kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai
kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak
menyebut seruan serta galakan daripada Allah agar manusia dapat memerhatikan alam
sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran hakiki.

4. Intuisi atau Ilham.

Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna.
Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang
tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan
pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan
penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang
sendiri. di dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun
pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

Peranan Ilmu dalam Merealisasikan Tugas Khalifah

Ilmu merupakan suatu alat yang penting untuk menjalankan tugas sebagai halifah. Ilmu
yang dititikberakan di dalam Islam aitu Ilmu Fardhu Ain kerana ilmu tersebut menusia
dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna. Di samping itu setiap manusia perlu
mempelajari ilmu Fardhu Kifayah yang berhubung dengan politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya. Kedua-dua ilmu ini penting demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ilmu berperanan merealisasikan tugas manusia sebagai khlifah kerana dengan ilmu
manusia dapat melaksankan tanggunjawab-tanggungjawab seperti berikut :

a) Tanggungjawab terhadap Allah iaitu dengan beribadah kepadaNya.

b) Tanggungjawab terhadap diri iaitu dengan memeliharan hak-hak Diri, Agama,


Maruah, akal dan harta.

c) Tanggunjawab terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara.

d) Tanggungjawab terhadap Alam iaitu amanah kekhalifahan untuk memakmurkan bumi


serta lingkungan hidup ini. Alam yang dimaksudkan adalah segala kejadian yang ada di
muka bumi ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batu, sungai, langit dan
sebagainya.

Hubungan Ilmu, Iman dan Amal

Ilmu merupakan hak dan milik Allah s.w.t yang dikurniakan sebahagian sahaja dari
ilmuNya kepada manusia bagi membolehkannya melaksanakan tugas dan tanggungjawab
sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi. Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang dapat
membawa manusia untuk mengenali khaliqNya.

MakrifatuLlah ialah sumber bagi segala ilmu dan pengetahuan yang dipunyai oleh
manusia demi menghampirkan diri kepada Allah s.w.t ( Taqarrub Illahiah) untuk
membolehkan manusia mencapai kesempurnaan tujuan kewujudannya iaitu untuk
memperhambakan diri dan beribadat kepada Allah, meningkatkan ketaqwaan dan
mengukuhkan keimanan manusia terhadap Allah s.w.t memperbanyakkan ibadat dan
mempertingkatkan amalan soleh.

Ilmu, Iman dan amal mempunyai hubungan antara satu sama lain. Sebagaimana yang
telah diketahui ilmu adalah teras agama Islam yang menduduki tempat yang tertinggi.
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang dapat mengenali dan mendekatkan
manusia kepada Allah. Ilmu yang dapat menunjukkan tanda-tanda kebesaran dan
keagungan Allah s.w.t. Akhirnya dengan ilmu tersebut dapat melahirkan keimanan
terhadap Allah s.w.t sebgaimana yang akan kita bincangkan dalam bab 2 nanti. Apabila
wujud dan meningkatnya keimanan terhadap Allah kerana ilmu tadi, maka lahirlah rasa
ketaatan yang mana naluri keimanannya sentiasa ingin melaksankan segala perintah yang
diturnkan oleh Allah yang berupa segala perbuatan yang melibarkan ibadat serta amalan-
amalan soleh.

Ilmu adalah asas manakala amal adalah hasil atau natijah daripada ilmu. berdasarkan
hadith yang diriwayatkan oleh Muaz menyatakan " ilmu adalah merupakan iman
manakala amal merupakan ma'mumnya (pengikutnya)". Di sinilah hubungan dan
peranan antara ilmu, iman dan amal yang mana dapat disimpulkan bahawa " Amal tidak
akan lahir tanpanya, Iman terhadap allah dan Iman tidak akan lahir tanpa ilmu yang dapat
mendekatkan diri seseorang hambanya kepada Allah s.w.t".