1

BAB I

PENGENALAN

Bab ini menerangkan tentang latar belakang projek, penyataan masalah, objektif, dan skop projek.

1.1

Latar Belakang Projek

Projek Topi Keselamatan Dengan Sistem Pengudaraan Dan Komunikasi Separa Hala (SHeVCs) adalah gabungan dua sistem pada sebuah topi keselamatan iaitu sistem pengudaraan dan sistem komunikasi. Sistem pengudaraan beroperasi menggunakan pengesan suhu dengan memaparkan bacaan semasa suhu tersebut melalui paparan 7-segmen. Apabila pengguna berada pada suhu melebihi 35˚C maka pengesan suhu akan menghantar isyarat kepada

2 pengawal mikro dan selepas isyarat diproses kemudian isyarat dihantar kepada kipas penyejuk untuk mengaktifkanya. Sistem komunikasi pula menggunakan sistem radio frekuensi (RF) dengan kaedah separa hala. Ianya disambung pada alat perlindungan telinga (earmuff) bagi membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain walaupun berada dalam kawasan gangguan atau pencemaran bunyi yang tinggi. Kemajuan utama dalam projek ini adalah peranti komunikasi disambung terus pada alat perlindungan telinga (ear muff) yang dipasang di bahagian tepi topi keselamatan dan sistem pengudaraan topi keselamatan menggunakan PIC yang mengendalikan kipas penyejuk secara automatik apabila suhu mencecah 35˚C .

1.2

Pernyataan Masalah

Keselamatan adalah satu perkara yang amat ditekankan di dalam sektor perindustrian sehinggakan mewajibkan pemakaian topi keselamatan dan alat perlindungan telinga di sesetengah kawasan. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada keselamatan adalah keselesaan bekerja. Keselesaan pekerja adalah satu perkara yang dipandang serius oleh pihak majikan. Bekerja di bawah panas terik dan bersuhu tinggi boleh menjejaskan tumpuan pekerja dan akan mempengaruhi mutu penghasilan kerja. Rekabentuk topi keselamatan tanpa sistem pengudaraan adalah punca utama kepada masalah ini. Selain itu, komunikasi juga adalah satu perkara penting dalam bidang perindustrian, masalah akan timbul apabila berada dalam suasana bising dengan bunyi

3 mesin dan jentera berat. Apabila komunikasi tidak dapat dijalankan dengan baik kerjakerja menjadi rumit dan sukar hingga boleh mendatangkan kesan buruk seperti kemalangan yang akhirnya akan merugikan banyak pihak. Oleh yang demikian, projek Topi Keselamatan Dengan Sistem Pengudaraan Dan Komunikasi Separa Hala atau SHeVCs dicipta bagi mengatasi dan mengurangkan masalah ini.

1.3

Objektif

Tujuan utama projek ini dibina adalah untuk menyediakan sebuah prototaip topi keselamatan yang dilengkapi dengan sistem pengudaraan dan sistem komunikasi. Diantara objektif lain projek ini adalah bagi :

i.

Mereka bentuk sebuah prototaip topi keselamatan dengan menggabungkan sistem pengudaraan dan sistem komunikasi separa hala tidak serentak.

ii.

Membangunkan sistem pengudaraan di dalam topi keselamatan yang menjamin keselesaan para pekerja.

iii.

Menyediakan sistem komunikasi yang digabung pada topi keselamatan untuk para pekerja berhubung di antara satu sama lain.

4 1.4 Skop Projek

Skop projek terbahagi kepada dua sistem utama seperti berikut : i. Sistem Pengudaraan 1. Prototaip ini untuk penggunaan ketika keadaan cuaca cerah dan tidak hujan sahaja. 2. Sistem pengudaraan hanya akan berfungsi apabila suhu mencapai 35˚C dan ke atas. ii. Sistem Komunikasi 1. Hasil projek adalah untuk penggunaan di kawasan perindustrian yang mempunyai gangguan komunikasi atau pencemaran bunyi daripada jentera berat. 2. Sistem komunikasi menggunakan transmisi separa hala berfrekuensi 51 MHz bagi jarak komunikasi lebih kurang 1.5 meter.

5 1.5 Struktur Tesis

Projek ini telah dijalankan berdasarkan kepada idea, kajian terhadap konsep asas projek, carta alir aktiviti projek dan akhirnya kepada hasil dan analisis projek. Tesis ini mempunyai lima bahagian utama. Bahagian utama menerangkan tentang latar belakang projek, membincangkan tentang penyataan permasalahan dan konsep asas projek serta objektif projek ini dijalankan dan skop projek. Manakala bahagian kedua menerangkan tentang kajian ilmiah yang berkaitan dengan sistem-sistem yang digunakan serta perbandingan dengan projek sedia ada yang menggunakan konsep yang hampir sama. Pada bahagian ketiga pula membincangkan berkenaan carta alir aktiviti sepanjang perlaksaan projek, keperluan projek dan gambarajah blok projek. Carta gantt projek terdapat dalam LAMPIRAN C dan LAMPIRAN D. Bahagian keempat menerangkan hasil projek yang diperolehi dan dapatan analisis yang dijalankan keatas projek tersebut. Pada bahagian terakhir iaitu bahagian keempat menceritakan kesimpulan di atas kajian, hasil dan analisis projek serta cadangan untuk penambahbaikan projek di masa hadapan.

6

BAB II

KAJIAN ILMIAH

Bab ini membincangkan tentang kajian yang telah dijalankan sebelum projek ini didirikan, ianya merangkumi perkakasan dan perisian yang diperlukan. Komponen yang baik perlu digunakan dalam projek bagi menghasilkan produk yang bermutu. Bagi menjalankan projek ini, banyak pengetahuan yang diperlukan untuk menjayakannya. Projek ini terbahagi kepada dua sistem utama iaitu sistem pengudaraan menggunakan pengawal mikro dan sistem komunikasi menggunakan frekuensi radio.

2.1

Sistem Pengudaraan

Sistem pengudaraan didirikan dengan litar pengawal mikro. Pengawal mikro diperlukan didalam projek ini untuk memprogramkan arahan seperti yang dirancang. Pengawal mikro juga berfungsi sebagai jantung kepada sistem ini.

7 2.1.1 Pengenalan kepada Pengawal Mikro

Semasa teknologi elektronik pesat membangun, pengawal yang mempunyai saiz yang besar serta berat telah dibina menggunakan komponen-komponen logik. Selepas terciptanya mikropemproses, proses mengecilkan pengawal terus ditingkatkan dari masa ke semasa dan akhirnya keseluruhan pengawal telah dicantumkan di dalam papan litar yang kecil.Semua komponen-komponen yang berkaitan dengan pengawal telah disatukan di dalam satu cip sahaja. Maka lahirlah pengawal mikro dalm satu cip litar bersepadu[1]. Rajah 2.1 menunjukkan sistem asas pengawal mikro yang terdapat dalam satu papan litar yang kecil.

Pengawal Mikro
EEPROM ROM RAM

Masukan Analog

Teras CPU

Siri I/O Selari I/O Pemasa

masuk/keluar siri masuk/keluar selari

Rajah 2.1 : Sistem Asas Pengawal Mikro Pengawal mikro merupakan cip yang boleh menyimpan pelbagai maklumat komunikasi, pengukuran masa, suis kawalan hidup dan mati dan juga boleh melaksanakan pelbagai perkara bergantung kepada jenisnya. Cip ini mengandungi elemen seperti sebuah komputer kecil. Ia merupakan unit pemproses pusat (CPU), program ingatan (ROM), data ingatan (RAM) serta pin masukan dan pin keluaran (I/O ports).

A

Penapis

PWM

Isyarat Keluaran

Digital PWM

8 Pengawal mikro boleh mengawal mesin, peralatan elektrik dan mengawal pelbagai peralatan yang lain. Pelbagai suruhan ingatan boleh ditulis pada pengawal mikro untuk mengawal pelbagai peralatan. Ia boleh didapati hampir setiap tempat seperti di kereta, televisyen, pemain cakera padat, mesin panggilan telefon, pencetak laser, ketuhar gelombang mikro, robot, laluan pengangkut, pengering rambut, alat permainan dan sebagainya.

2.1.2

Pengawal Mikro PIC

PIC merupakan cip pengawal mikro yang direka untuk kegunaan memprogram arahan dengan mudah. Untuk menjalankan peralatan PIC yang ringkas hanya memerlukan rintangan tunggal dan pemuat untuk menambahkan pin ayunan jam. Selain daripada itu, ia diaktifkan pada kedudukan asal. Ini merupakan salah satu kelebihan utama komponen PIC berbanding pengawal mikro yang lain. PIC merupakan komponen yang menggunakan arus yang rendah, hanya kurang daripada 2mA untuk mengayunkan jam dengan frekuensi 4MHz. Voltan bekalan asas di antara 2.5V dan 6.25V. PIC mempunyai pembendaharaan kata dengan 33 suruhan asas yang berbeza. Ini merupakan nombor kecil berbanding dengan mikropemproses asas, dan ia dikenali sebagai “Reduce Instruction Set”. PIC mempunyai beberapa suruhan yang membolehkan CPU beroperasi dengan laju daripada sebaliknya. Ianya beroperasi lebih laju daripada operasi yang sama dibuat dalam satu suruhan dengan pemproses biasa. Teknologi Mikrocip bagi bahagian pengawal mikro dikenali sebagai cip PIC

9 (Peripheral Interface Controller). Secara amnya, PIC ini bermaksud Pengawal Antaramuka Boleh Program. Ia direkabentuk untuk keperluan penggunaan dengan pencapaian yang tinggi dan kos yang rendah.

2.1.3

Pengawal Mikro 16F877A

Pengawal mikro 16F877A mempunyai masukan dan keluaran yang banyak untuk pelbagai kegunaan. Ianya beroperasi pada voltan 5 V berserta pengayun hablur (crystal oscillator) 20MHz dan 2 unit kapasitor bernialai 22pF. Terdapat 40 pin dan 5 bahagian yang boleh dijadikan sebagai masukan ataupun keluaran serta mempunyai 368 bytes ingatan capaian rawak (RAM). Selain itu, pengawal mikro juga mempunyai kemampuan untuk menyimpan aturcara serta mudah diaturcara dengan menggunakan bahasa penghimpun. Antara kelebihan yang ada pada pengawal mikro 16F877A adalah berkeupayaan menyimpan dan mengubah program yang dimasukkan lebih dari 10,000 kali. Rajah 2.2 menunjukkan senibina pengawal mikro 16F877A yang digunakan dalam membangunkan SHeVCs.

Rajah 2.2 : Gambarajah Pengawal Mikro 16F877A

10 2.1.4 Kelebihan Pengawal Mikro PIC

Terdapat banyak lagi kelebihan PIC yang menjadi sebab utama sistem ini terus berkembang pesat dalam bidang teknologi elektronik hari ini. Jadual 2.1 menyenaraikan beberapa kelebihan cip PIC. Jadual 2.1 : Kelebihan Pengawal Mikro PIC PIC ini adalah pengawal mikro 8-bit berasaskan senibina Harvard – ianya mengasingkan bas dalaman untuk ingatan dan data. Oleh itu, Kecekapan Kod kadar kenaikan akan sekaligus memberi laluan masuk kepada keduaduanya iaitu data dan ingatan program. Pengawal mikro lebih cenderung untuk memiliki satu bas dalaman yang mengawal keduadua data dan program. Kesemua arahan sesuai untuk 12 atau 14 bit program ingatan perkataan. PIC mempunyai kebolehan pacuan yang tinggi dan boleh secara terus Kebolehan Pacuan Operasi Statik memacu LED, Triak dan sebagainya. Hanya pin masukan/keluaran ( I/O pin ) yang boleh membawa arus sebanyak 25mA untuk pot 8 bit 100mA. PIC adalah sepenuhnya mikropemproses statik dengan kata lain jika memberhentikan jam, kesemua kandungan pendaftar akan kekal. PIC mempunyai 4 pembahagian dalaman yang bersambung di antara pengayun dan jam bas dalaman. Ini membuatkan masa arahan menjadi mudah untuk dikira, terutama jika menggunakan Kristal 4MHz. Setiap Kelajuan kitar arahan dapat diselesaikan dalam masa 1µ s. PIC bekerja dengan sangat laju sebagai contoh seperti Kristal 2MHz mempunyai tahap menerusi program dengan 5 juta arahan sesaat. Hampir dua kali ganda 2.1.5 kelajuan 386 SX 33. Cara Memprogramkan PIC

Keselamatan

11

Rajah 2.2 menunjukkan langkah-langkah memprogramkan PIC yang belum diprogramkan sehingga pengujian PIC dalam litar sebenar dilakukan.

(a)

(b)

(c)

(f)

(e)

(d)

Rajah 2.3 : Langkah-langkah Memprogramkan PIC (a) PIC yang belum diprogramkan ; (b) Menulis aturcara dalam komputer; (c) PIC diprogramkan dalam komputer ; (d) Uji aturcara dalam komputer; (e) Memasukkan program ke dalam PIC ; (f) Uji PIC dalam litar sebenar.
DC

2.2

Sistem Komunikasi

Sistem perhubungan tanpa wayar adalah satu sistem dimana isyarat audio ditukarkan kedalam bentuk isyarat radio, kemudian isyarat radio tersebut dihantar melalui udara daripada litar penghantar kepada litar penerima dalam julat frekuensi yang tertentu. Litar penerima akan menerima isyarat yang sama seperti isyarat pada litar penghantar, kemudian isyarat radio itu akan ditukar kembali kepada isyarat audio.

12 Sistem perhubungan tanpa wayar tidak boleh berkongsi frekuensi dengan sistem yang lain kerana ianya akan menyebabkan berlakunya gangguan isyarat yang dipanggil ’interference’.

Antenna

Mikrofon Isyarat Audio

Litar Penghantar Isyarat Radio

Litar Penerima

Pembesar Suara Isyarat Audio

Rajah 2.4: Blok Sistem Komunikasi Tanpa Wayar

2.2.1

Litar Penghantar

Penghantar Isyarat Amplitud Modulasi (AM) boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama mengikut frekuensi yang beroperasi, iaitu unit frekuensi-audio (AF) dan frekuensi-radio (RF). Penguat audio bertindak untuk menguatkan isyarat audio rendah yang dihasilkan daripada mikrofon. Bahagian RF oscillator pada litar penghantar digunakan untuk menghasilkan gelombang pembawa RF. Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.5, frekuensi pembawa berasal di dalam bahagian oscillator dimana ianya mengendalikan gelombang sinus frekuensi dan amplitud tetap. Modulator adalah proses untuk mengabungkan isyarat pembawa dan isyarat audio untuk menghasilkan isyarat termodulat. Isyarat yang terhasil masih tidak cukup kuat untuk dihantar melalui antenna yang memerlukan kuasa yang tinggi untuk menghantar isyarat, jadi ianya memerlukan satu lagi bahagian penguat untuk meninggikan isyarat pada nilai yang diperlukan.

13

Antena

Isyarat Audio

Penguat Audio

Modulator

Penguat

RF Oscillator Rajah 2.5: Rajah Blok Litar Penghantar Isyarat

2.2.2

Litar Penerima

Litar penerima adalah peranti atau sistem untuk menukar isyarat gelombang elektromagnetik yang diterima, ke dalam bentuk maklumat asal seperti yang terdapat pada litar penghantar. Isyarat yang diterima akan ditapis terdahulu oleh litar penerima, dan segala isyarat yang terganggu dan hingar akan dibuang. Sebab itu isyarat yang telah ditapis perlu dikuatkan kembali oleh penguat. Selepas proses penguatan isyarat, litar pengesan pula diperlukan. Ia juga dikenali sebagai demodulator, ia berfungsi untuk demodulatkan isyarat yang diterima. Apabila proses demodulat telah selesai satu lagi penguat audio diperlukan untuk memastikan kuasa yang mencukupi dibekalkan kepada pembesar suara. Turutan litar penerima ditunjukkan di rajah 2.6, litar penerima berlawanan dengan turutan litar penghantar, yang mana ia bermula dengan antenna, penguat RF, pengesan atau demodulator dan penguat audio sebelum audio dipancarkan oleh pembesar suara.

14

Antena

Penguat RF

Demodulator

Penguat Audio

Pembesar Suara

Rajah 2.6: Rajah Blok Litar Penerima Isyarat

2.2.3

Perambatan Radio Sebagai Media Penghantar Isyarat

Konsep penggunaan perambatan radio sebagai media untuk menghantar isyarat dalam sesebuah sistem perhubungan tanpa wayar telah banyak digunakan dengan meluas. Ini kerana kaedah perambatan radio frekuensi memberi peranan yang cukup penting dalam kehidupan masa kini. Terdapat dua bentuk perambatan radio yang biasa digunakan. Pertama dikenali sebagai gelombang mikro dan satu lagi ialah perambatan frequensi radio. Perambatan setiap gelombang dinamakan sebagai gelombang mikro apabila julat spektrum yang digunakan ialah melebihi julat 300MHz manakala untuk julat yang kurang daripada 300MHz itu, perambatan adalah dalam julat frequensi radio[1]. Tetapi pada asasnya kedua-dua bentuk media perambatan ini adalah sama. Isyarat televisyen dipancarkan ke seluruh dunia menggunakan perantara satelit turut menggunakan gelombang mikro sebagai media penghantaran.

Selain daripada itu perambatan radio digunakan dalam aktiviti ketenteraan untuk meninjau, panduan, pengawalan komunikasi selain daripada mengenalpasti bentuk

15 serangan musuh seperti kapal selam. Dalam pada itu juga penggunaan radio dalam aplikasi lain adalah seperti sistem komunikasi, radar, astronomi dan penerokaan angkasa lepas selain daripada penggunaan untuk projek SHeVCs ini. Jadual 2.2 menunjukkan aplikasi dan jenis-jenis pemodulatan selain julat-julat frekuensi yang biasa ditemui dalam penggunaan sistem frekuensi radio.

2.2.4

Kelebihan Frekuensi Radio

Penggunaan perambatan frequensi radio sebagai media penghantaran isyarat dalam sistem perhubungan tanpa wayar ini mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah:

i.

Julat lulus jalur seketika yang besar dan sesuai untuk

penghantaran maklumat.
ii. Sesuai untuk kegunaan sistem radar, julat isyarat radar gelombang berterusan

yang tinggi dan lebih jelas dalam sistem pengimejan dan sensor.

iii. Mengurangkan dimensi pada antenna dan komponen-komponen yang lain.

iv. Mampu mengurangkan kewujudan interference yang mungkin berlaku

disebabkan operasi lain yang menggunakan operasi yang sama.

Jadual 2.2: Speksifikasi Frekuensi dan Aplikasinya[2]

16 Nama Frekuensi Sangat Tinggi Frekuensi Tinggi Frekuensi Sederhana Tinggi Frekuensi Teramat Tinggi Frekuensi Sangat Tinggi Frekuensi Teramat Rendah Frekuensi Ultra Rendah Frekuensi Sederhana Rendah Frekuensi Sangat Rendah Frekuensi Ultra Tinggi Frekuensi Rendah Simbol SHF HF MF EHF VHF ELF ULF SLF Frekuensi 3 - 30 GHz 3 - 30 MHz 300 - 3000 kHz 30 - 300 GHz 30 - 300 MHz 3 - 30 Hz 300 - 3000 Hz 30 - 300 Hz Panjang Gelombang 1 cm - 10 cm 10 m - 100 m 100 m - 1 km 1 mm - 10 mm 1 m - 10 m 10,000 km 100,000 km 100 km - 1,000 km 1,000 km 10,000 km 10 km - 100 km Aplikasi Perhubungan tanpa wayar dan satelit, perhubungan gelombang mikro, satelit TV. Gelombang pendek, radio amartur, radio penyiaran umum. Penyiaran AM , tentera laut and komunikasi penerbangan. Radio astronomi, pengesan kawalan, sistem senjata, pengesan keselamatan tinggi. Penyiaran FM, penyiaran TV, GPR. Penukaran audio kepada suara secara terus, komunikasi perkapalan. Penukaran audio kepada suara secara terus, komunikasi perlombongan. Penukaran audio kepada suara secara terus,grid kuasa AC (50 hz and 60 hz) Penukaran audio kepada suara secara terus, (bawah18-20 kHz; atau "ultrasound" 20-30 kHz) Penyiaran TV, telefon mudah alih,rangkaian tanpa wayar, ketuhar gelombang mikro,GPR. Penyiaran AM, frekuensi rendah

VLF

3 - 30 kHz

UHF LF

300 - 3000 MHz 30 - 300 kHz

10 cm - 100 cm 1 km - 10 km

17 2.3 Kajian Terhadap Teknologi Sedia Ada di Pasaran

Hasil kajian berkaitan projek ini terhadap teknologi sedia ada, mendapati ada beberapa teknologi yang menggunakan konsep yang sama dengan projek SHeVCs ini, tetapi setiap teknologi pasti terdapat beberapa kelemahan-kelemahan yang tersendiri yang perlu ditingkatkan untuk keselesaan yang lebih baik pada masa hadapan.

2.3.1

Penyejuk Topi Keledar / Topi Keselamatan

Sistem penyejuk topi ini telah dibangunkan oleh 50 Degree Company daripada Melbourne, dimana ianya mampu mengekalkan suhu sejuk dan mengurangkan kadar haba yang terdapat dalam topi keselamatan dan topi perlindungan kepala yang lain. Cool Zone’s Controlled merupakan teknologi mengubah fasa suhu yang sesuai dari segi rekabentuk dan fungsinya. Cool Zone adalah teknologi asal yang membuktikan kebolehannya pada tahun 1996 dimana teknologi seperti ini belum muncul[6]. Rajah 2.6 menunjukkan gambarajah Penyejuk Topi Cool Zone’s

Rajah 2.7: Penyejuk Topi Cool Zone’s pada Topi Keselamatan

18 2.3.2 Sistem Komunikasi Helmet

Sistem komunikasi helmet ini telah dikilangkan oleh MSA The Safety Company bertempat di utara Amerika. Sistem ini terdiri oleh peranti antaramuka radio yang meningkatkan kemampuan pengguna untuk menerima dan menghantar maklumat walaupun berada dalam suasana pencemaran bunyi yang kuat. Sistem ini mengandungi mounted microphone dan ear speaker yang mudah dipasang pada topi keselamatan industri dan topi tahan kebakaran bomba[7]. Rajah 2.7 menunjukkan rekabentuk sistem komunikasi topi keselamatan.

Rajah 2.8: Rekabentuk Sistem Komunikasi Topi Keselamatan

2.4

Perbandingan diantara Produk Sedia Ada dengan Projek SHeVCs

Terdapat beberapa perbezaan diantara produk yang sedia ada digunakan sekarang dengan projek SHeVCs yang akan dibangunkan ini. Jadual 2.3 menunjukkan perbezaan sistem pengudaraan dan sistem komunikasi projek ini dengan produk yang telah sedia ada di pasaran.

19

Jadual 2.3 : Perbezaan Projek SHeVCs Berbanding Produk Sedia Ada di Pasaran Produk Sedia Ada Penyejuk Topi Keselamatan • • Sentiasa beroperasi walaupun dalam suhu yang rendah. Perlu dicas setiap hari kerana menggunakan sistem penyejukkan ais yang tidak tahan lama. • Dikendalikan secara manual. Sistem Komunikasi Helmet • • Digunakan sebagai alat berkomunikasi sahaja. Komunikasi dibenarkan pada kawasan yang mempunyai hingar yang rendah sahaja. • • Projek SHeVCs Sistem Pengudaraan SHeVCs • Hanya beroperasi apabila suhu mencecah bacaan 35˚C. Menggunakan sel kering sebagai bekalan kuasa dan dicas apabila perlu sahaja. • Kendalian secara automatik. Sistem Komunikasi SHeVCs • Bukan sekadar untuk kegunaan komunikasi, ianya juga digunakan sebagai alat perlindungan telinga. Komunikasi masih boleh dilakukan walaupun dalam kawasan yang mempunyai hingar yang tinggi.

2.5

Rumus dan Persamaan

20 Terdapat beberapa rumus dan persamaan penting dalam sistem komunikasi yang digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi antaranya rumus signal-to-noise ratio (SNR), Kehilangan Isyarat di Ruang Udara dan Jarak Kemampuan Pemancar.

2.5.1 Rumus Signal-to-Noise Ratio (SNR)

Bagi mendapatkan nilai SNR, kuasa hingar dalam sistem penghantaran perlu ditentukan terlebih dahulu. Kuasa hingar dapat ditentukan menggunakan formula Boltzmann's [9]: N = kTB dimana : N = Kuasa Hingar (Noise Power) k = Permalar Boltzmann's = 1.380650x10-23 J/K; T = Suhu dalam Kelvin, dan B = Bandwidth Penerima. (Persamaan 2.1)

Formula SNR[10] adalah: SNR (dB)= 10 log10 (Psignal/Pnoise) (Persamaan 2.2)

21

2.5.2

Rumus Kehilangan Isyarat di Ruang Udara

Semasa isyarat dipancarkan daripada sumber pemancar, tenaga akan keluar melaui kawasan yang mempunyai permukaan luas. Apabila keadaan ini berlaku, kekuatan isyarat akan berkurang dan menjadi semakin lemah. Rumus bagi kehilangan diruang udara atau free space loss (FSL) adalah; FSL = 32.4+20 logF+20log D 2.3) dimana; F = Frekuensi dalam MHz dan D = Jarak dalam km (Persamaan

2.5.3

Rumus Jarak Kemampuan Pemancar

Bagi menentukan jarak kemampuan pemancar untuk memancarkan isyarat, terlebih dahulu perlu mendapatkan kuasa penghantar isyarat. Kuasa penghantar isyarat boleh dikira melalui rumus berikut[12]; P = I2 x Z (Persamaan 2.4)

22

Rumus bagi mendapatkan jarak adalah ; d = √30Pt xAL E dimana, d = jarak Pt = kuasa penghantaran AL = pembolehubah persamaan bernilai 1% E = Kepekaan penerima radio, iaitu 3.67 mV/meter (Persamaan 2.5)

2.6

Kajian Terhadap Projek Pelajar-Pelajar PSM yang Terdahulu

Jadual 2.3 menunjukkan sebahagian projek PSM di UTHM yang berkaitan sistem komunikasi yang menggunakan kaedah radio frekuensi dan aplikasi yang menggunakan pengawal mikro.

23

Jadual 2.3: Ringkasan Projek PSM yang Terdahulu Bil. Penulis 1 Mimi Suhana Abd Aziz[3] 2 Caroline Bong Chung Hui[4] Mohd Khairun Nizam Sa’adan[5] Tajuk/ Tahun Wireless Guitar Using Radio Frequency Technology (2005) Smart Trolley (DBMS And Wireless RF Communication) (2005) Fuzzy Logic Fan (2005) Objektif Penghantaran isyarat maklumat menggunakan teknik komunikasi tanpa wayar. Memaparkan harga barang pada troli dan komunikasi dua hala antara troli degan komputer perumah. Untuk mengawal kipas menggunakan logik Fuzzy Kelebihan Gitar elektrik tenpa wayar dan memaparkan gelombang pada unit paparan LCD Proses membeli-belah yang efisien dan menjimatkan masa. Menggunakan Peraturan logik Fuzzy - 4 peraturan. Kekurangan Jarak terhad dan isyarat penghantaran kurang stabil. Litar yang terlalu kompleks. Tiada paparan untuk menunjukkan nilai suhu persekitaran, hanya LED ON/OFF. Perisian Visual Basic 6.0, Enterprise Edition. Visual Basic 6.0 Komponen -Paparan LCD -Kad Bunyi -Litar Penguat

-IC MAX 232 -Antenna -Paparan LCD -Pengesan bar kod. -PIC16F84A -Pengesan -thermistor -Kipas berdiri

3

MatLab

24

BAB III

METODOLOGI

3.1

Metodologi Projek

Bab ini membincangkan tentang perancangan dan proses perlaksaan dalam mendirikan projek ini. Selain itu perkakasan dan perisian yang diperlukan juga turut dinyatakan didalam bab ini.

3.2

Perancangan Projek

Dalam membangunkan Projek SHeVCs terdapat lima fasa iaitu fasa keperluan kajian, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa pengujian dan fasa prototaip. Secara keseluruhannya, perancangan projek ini dinyatakan dalam Rajah 3.1. Sementara Rajah 3.2 menunjukkan carta alir sebenar projek ini.

25

.

Mul a Fasa 1 : Keperluan Kajian Mencari maklumat dengan menjalankan kajian dan menentukan komponen serta perisian yang diperlukan.

Fasa 2 : Rekabentuk Menjalankan simulasi litar dan memasang komponen pada litar projek.

Fasa 3 a) : Pembangunan Perisian Menulis kod program dan muat turun ke dalam PIC.

Fasa 3 b) : Pembangunan Perkakasan Mengimplementasikan PIC ke dalam litar projek untuk membentuk litar lengkap.

Fasa 4 : Pengujian Berjaya Fasa 5 : Prototaip

Tidak Berjaya

Tamat

Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi Projek PSM 1

26

Mula

Fasa 1 : Kajian Komponen dan Perisian Mengumpul maklumat komponen litar pengudaraan dan Perisian Protuse dan MPLab.

Fasa 2 : Rekabentuk Litar Simulasi litar pengudaraan menggunakan perisian Protuse dan memasang komponen litar pengudaraan pada strip board.

Fasa 3 a) : Pembangunan Perisian Kod ditulis dalam bahasa penghimpun dan dimuat turun dalam PIC16F877A

Fasa 3 b) : Pembangunan Perkakasan
PIC 16F877A diimplementasikan pada litar pengudaraan bagi menghasilkan satu litar lengkap.

Fasa 4 : Pengujian & Baikpulih
Litar pengudaraan diuji dan dibaikpulih bagi memperolehi hasil yang sempurna.

Fasa 5 : Prototaip
Prototaip projek SHeVCs didirikan dengan mengabungkan sistem pengudaraan dan komunikasi keatas topi keselamatan.

Tamat

Rajah 3.2 : Carta Alir Metodologi Projek Sebenar PSM 2

27 3.2.1 Fasa 1 : Keperluan Kajian

Fasa 1 merupakan bahagian yang penting kerana ianya akan menghasilkan pengetahuan dan idea dalam membangunkan projek. Fasa ini juga bagi menentukan bahan yang diperlukan untuk membangunkan projek ini. Keperluan kajian mempunyai dua bahagian utama iaitu kajian keperluan perkakasan dan kajian keperluan perisian. Hasil kajian yang dijalankan mendapati beberapa komponen utama dan jenis perisian diperlukan untuk menjayakan projek ini seperti berikut :

i.

Keperluan perkakasan:

1

PIC 16F877A berfungsi sebagai jantung kepada projek ini dengan menyimpan set arahan projek yang perlu dilaksanakan. 2 Kipas penyejuk digunakan untuk membekalakan udara

sejuk ke dalam helmet bagi memastikan proses pengudaraan boleh berlaku. 3 Pengesan suhu (LM 35) untuk mengesan kadar suhu

sekeliling dan menghantar bacaan kepada PIC[8]. 4 Paparan 7-segmen bagi memaparkan bacaan semasa suhu

sekeliling. 5 Satu set litar komunikasi separa hala bagi membolehkan

pengguna berhubung antara satu sama lain.

28 6 7 Sepasang alat perlindungan telinga yang akan melindungi Dua biji sel kering 9 Volt sebagai bekalan kuasa kepada

telinga dan sebagai head phone untuk berkomunikasi. kedua-dua sistem yang digunakan. 8 Sebuah topi keselamatan yang akan digabungkan dengan

peranti sistem pengudaraan dan sistem komunikasi.

ii.

Keperluan perisian

1

Perisian MPLAB IDE diperlukan untuk membina aturcara agar ia dapat dimuat turun ke dalam PIC 16F877A. 2 Perisian Proteus pula diperlukan untuk menghasilkan

simulasi litar sistem penyejukkan sebelum litar tersebut dibangunkan secara nyata.

3.2.2

Fasa 2: Rekabentuk

Kesemua maklumat berkaitan yang telah diperolehi dalam fasa 1 akan membantu dalam merekabentuk litar untuk digabungkan dengan prototaip projek ini. Fasa 2 adalah untuk menjalankan simulasi litar menggunakan perisian Proteus dan memasang komponen-komponen pada litar projek yang sebenar. Rajah 3.3 menunjukkan litar skematik sistem pengudaraan yang akan dibuat simulasi menggunakan perisian Proteus.

29

Rajah 3.3 : Litar Skematik Sistem Pengudaraan

3.2.3

Fasa 3: Pembangunan

Fasa pembangunan dibahagikan kepada dua bahagian; fasa pembangunan perisian dan fasa pembangunan perkakasan.

i.

Pembangunan Perisian MPLAB IDE dan Proteus
1.

Perisian MPLAB IDE diperlukan untuk membina aturcara agar ia dapat dimuat turun ke dalam PIC 16F877A. Aturcara yang ditulis ke dalam PIC ini membolehkan sistem pengudaraan dapat

30 beroperasi. Lampiran A adalah sebahagian aturcara yang telah dibangunkan bagi PIC tersebut. 2. Perisian Proteus pula diperlukan untuk melakukan simulasi keatas litar skematik sistem pengudaraan dan siatem komunikasi sebelum litar tersebut dibangunkan secara nyata.

ii

Pembangunan Perkakasan Fasa ini melibatkan pembangunan litar sistem pengudaraan dan litar sistem komunikasi seperti yang direkabentuk dalam fasa dua.

3.2.4

Fasa 4 : Pengujian & Baikpulih

Walaupun pengujian ke atas litar dan pengaturcaraan dilaksanakan di fasa ketiga, fasa pengujian ini lebih memfokuskan kepada pengujian ke atas gabungan ke dua-dua sistem iaitu sistem penyejukan dan sistem komunikasi. Pengujian ini adalah penting bagi menguji sejauh mana keupayaan dan kemampuan sistem masing-masing beroperasi setelah ia digabungkan sebagai satu sistem sebelum prototaip SHeVCs dibangunkan.

3.2.5

Fasa 5 : Pembangunan Prototaip SHeVCs

31 Fasa yang terakhir adalah pembangunan prototaip, litar lengkap yang telah berjaya diuji akan dimasukkan dan disusun ke dalam prototaip. Rajah 3.4 menunjukkan prototaip SHeVCs yang mengandungi dua sistem; sistem pengudaraan dan sistem komunikasi.

Litar PIC

Bekalan kuasa

Kipas penyejuk

Pengesan suhu

Paparan 7segmen

Alat perlindungan telinga

Litar komunikasi

Butang komunikasi

Mikrofon

Bekalan kuasa

Rajah 3.4 : Gambarajah Prototaip SHeVCs

32

Terdapat tiga bahagian utama dalam sistem pengudaraan iaitu bahagian litar pengawal, bahagian pengesan suhu dan bahagian motor. Litar pengawal adalah bahagian utama mengawal keseluruhan sistem binaan projek. Pengawal mikro yang digunakan adalah PIC 16F877A yang bertindak sebagai jantung kepada sistem [4]. Masukan dan keluaran data akan dibaca oleh pengawal mikro menggunakan bahasa penghimpun. Pengesan suhu yang digunakan dalam projek ini adalah model LM35 yang akan menghantar isyarat kepada pengawal mikro apabila mengesan suhu 35˚C dan keatas atau mengikut bacaan yang diprogramkan dalam pengawal mikro [5]. Bacaan suhu semasa akan dipaparkan pada dua unit paparan 7-segmen yang terletak dibahagian belakang topi. Sistem komunikasi pula terbahagi kepada dua litar utama; litar penghantar dan litar penerima. Isyarat audio akan ditukar kepada isyarat radio sebelum penghantaran isyarat melalui udara pada julat frekuensi diantara 3 hingga 30 MHz. Litar penerima akan menerima isyarat radio yang sama sebelum isyarat ditukar kembali kedalam bentuk isyarat audio. Sistem perhubungan tanpa wayar tidak boleh menggunakan isyarat yang sama dengan diantara dua sistem yang berbeza kerana akan menyebabkan berlakunya gangguan yang dipanggil interference. Bagi mendirikan perhubungan separa hala, dua litar penghantar dan dua litar penerima perlu digabungkan bersama-sama.

33

BAB IV

KEPUTUSAN DAN ANALISIS

Pada amnya dalam melaksanakan projek ini, pelbagai masalah yang dijangka atau tidak, pasti muncul semasa proses perlaksanaan. Di dalam bab ini menerangkan keputusan projek dan analisis terhadap sistem yang telah dibangunkan dalam projek ini.

4.1

Keputusan

Keputusan yang diperolehi dalam membangunkan projek ini terdiri daripada beberapa fasa seperti yang dirancang dalam metodologi projek, berikut adalah hasil dan keputusan yang diperoleh dalam membangunkan projek ini.

34

4.1.1

Kod Pengaturcaraan PIC16F877A Kod arahan bagi litar pengudaraan ditulis dalam bahasa penghimpun

menggunakan perisisan MPLAB IDE sebelum dimuat turun kedalam PIC16F877A. Rajah 4.1 menunjukkan sebahagian kod yang digunakan untuk membaca suhu, menghidupkan kipas dan memaparkan bacaan suhu.
D35 MOVLW B'00000001' MOVWF PORTE MOVLW 4FH MOVWF PORTB call delay MOVLW B'00000010' MOVWF PORTE MOVLW 6DH MOVWF PORTB call delay GOTO KIPAS

(a)

Kod Fungsi Bacaan Suhu

;ACTION------------------------------------------------------------------------KIPAS CLRF PORTC MOVLW b'00000100' MOVWF PORTC GOTO start

(b) Kod Fungsi Kipas
;DIPLAY DEGREE-------------------------------------------------------D10 MOVLW B'00000001' MOVWF PORTE MOVLW 06H MOVWF PORTB call delay MOVLW B'00000010' MOVWF PORTE MOVLW 3FH MOVWF PORTB call delay GOTO LED

(c)

Kod Fungsi Paparan Suhu

35

Rajah 4.1 : Sebahagian Kod Pengaturcaraan PIC16F877A 4.1.2 Simulasi Litar Pengudaraan

Hasil keputusan simulasi ke atas litar projek menggunakan perisian Protuse yang dijalankan, menunjukkan litar ini boleh dibangunkan kerana tidak ada sebarang kesilapan yang terdapat pada hasil simulasi yang diperoleh dan keluaran pada litar adalah seperti yang telah diprogramkan pada PIC16F877A. Rajah 4.2 menunjukkan keputusan simulasi litar untuk sistem pengudaraan yang diperolehi sebelum dibangunkan dalam bentuk litar sebenar.

Rajah 4.2 : Keputusan Simulasi Litar Sistem Pengudaraan

36

4.1.3

Litar Sebenar Sistem Pengudaraan

Apabila simulasi ke atas litar telah berjaya dilakukan, maka litar sebenar projek dibangunkan dengan memasang dan memateri komponen litar pada strip bord. Rajah 4.3 menunjukkan hasil litar sebenar sistem pengudaraan yang telah dibangunkan.

Rajah 4.3 : Litar dan Peranti Sistem Pengudaraan Projek SHeVCs

37 4.14 Peranti Sistem Komunikasi SHeVCs

Sistem komunikasi dalam SHeVCs menggunakan peranti komunikasi yang telah siap dibangunkan, dengan melakukan pengubahsuaian bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Peranti komunikasi ini telah ditambah dengan perintang pemboleh ubah bagi membolehkan kadar kekuatan pembesar suara dan mikrofon boleh dilaraskan. Selain itu, antenna juga ditukar dengan menggunakan antenna jenis aluminium supaya isyarat yang diterima oleh penerima lebih jelas. Rajah 4.4 a) dan 4.4 b) menunjukkan peranti komunikasi dan pengubahsuaian yang telah dilakukan.

Rajah 4.4 a): Peranti Sistem Komunikasi SHeVCs

38 Rajah 4.4 b) : Pengubahsuaian Dua Peranti Sistem Komunikasi Projek SHeVCs

4.1.5 Prototaip SHeVCs

Selepas kedua-dua sistem pengudaraan dan sistem komunikasi SHeVCs telah dibangunkan, ianya telah dipasangkan pada topi keselamatan bagi membentuk sebuah prototaip SHeVCs yang lengkap dan sempurna. Rajah 4.5 a) dan 4.5 b) menunjukkan gabungan kedua-dua sistem pada topi keselamatan dan hasil keseluruhan prototaip SHeVCs.

Rajah 4.5 a) : Sistem Komunikasi dan Sistem Pengudaraan yang dipasang pada Topi Keselamatan

39

Rajah 4.5 b) : Gambarajah Sebenar Keseluruhan SHeVCs 4.2 Analisis

Analisis yang dijalankan terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu analisis ke atas sistem pengudaraan dan analisis ke atas sistem komunikasi SHeVCs.

4.2.1

Pengujian Sistem Pengudaraan SHeVCs

Pengujian ke atas sistem pengudaraan projek telah dilaksanakan selama lima hari dengan mengukur bacaan suhu sekeliling dan juga suhu dalaman topi keselamatan. Pengujian ini dijalankan bagi mengetahui kemampuan operasi dan keberkesanan sistem pengudaran projek ini dalam memberi keselesaan kepada pengguna. Sistem pengudaraan projek ini menggunakan pengesan suhu LM 35 yang amat peka dengan perubahan suhu dan amat sesuai digunakan untuk kawasan yang beriklim khatulistiwa.

40

Jadual 4.1 menunjukkan keputusan pengujian yang dijalankan selama lima hari. Setiap hari sembilan kali pengujian dijalankan bermula jam sembilan pagi sehingga lima petang.

Jadual 4.1: Bilangan Kipas Beroperasi dalam Masa Lima Hari

Tarikh 16 Mac 09 18 Mac 09 20 Mac

Bil. Kipas Beroperasi 6 4 3

09 22 Mac 09 4 24 Mac 5 09

Hasil keputusan yang diperolehi menunjukkan bilangan kekerapan kipas beroperasi dalam sehari selama lima hari pengujian. Data menunjukkan bilangan kekerapan kipas beroperasi yang paling tinggi adalah sebanyak enam kali iaitu pada 16 Mac dan kekerapan yang paling rendah adalah sebanyak tiga kali iaitu pada 20 Mac 2009. Perbezaan ini adalah disebabkan keadaan cuaca harian yang sentiasa berubah.

41 Daripada pemerhatian yang dijalankan didapati purata bilangan kipas yang beroperasi dalam masa sehari adalah 4.4 kali daripada 9 kali pengujian atau 48%. Ini menunjukkan kemampuan produk ini memberikan pengudaraan kepada pengguna adalah tinggi, sehingga 48% masa bekerja akan berjalan dengan dibekalkan dengan pengudaraan yang akan meningkatkan keselesaan para pekerja. Rajah 4.6 menunjukkan graf purata bacaan suhu untuk kelima-lima hari pengujian. Bacaan suhu diambil bagi melihat sejauh mana kesesuaian suhu 35oC dijadikan sebagai suhu rujukan.

Rajah 4.6 : Graf Suhu Melawan Waktu

Hasil pemerhatian daripada graf yang diperolehi didapati purata suhu sekeliling maksimum adalah 30.80C dan purata suhu dalam topi maksimum adalah 36.20C. Sementara purata suhu sekeliling minimum adalah 270C dan purata suhu dalam topi minimum juga 270C. Secara keseluruhannya, sebanyak empat kali dalam sembilan pengujian yang dijalankan mendapati suhu dalaman topi melebihi 350C. Ini membuktikan nilai suhu 350C amat sesuai digunakan sebagai suhu rujukan dalam sistem pengudaraan projek ini.

42

4.2.2

Pengujian Sistem Komunikasi

Pengujian terhadap sistem komuniksi dijalankan bagi menentukan kemampuan sistem untuk menghantar isyarat kepada penerima. Pengujian dijalankan menggunakan optical spectrum analyzer (OSA) untuk mengukur kuasa isyarat penerima. Jadual 4.2 menunjukkan kuasa isyarat penerimaan yang diukur menggunakan OSA.

Jadual 4.2 : Kuasa Isyarat Penerima dalam Jarak yang Berbeza
Kuasa Isyarat Jarak (Meter) 1 2 3 4 5 6 Penerima (dBm) -56.33 –79.14 –84.54 –86.88 –87.55 –95.63

Bagi mendapatkan nilai SNR kuasa hingar perlu ditentukan dahulu menggunakan persamaan 2.1 : Apabila Bandwith (B) = 21kHz Maka, Kuasa Hingar (N) = (1.380650x10-23 J/K) x (290K) x (21kHz) = 8.4x10-17 W Jumlah SNR yang diperolehi menggunakan rumus persamaan 2.2 diantara jarak dari satu meter sehingga enam meter berdasarkan kuasa isyarat penerima dalam jadual 4.2 diplotkan dalam bentuk graf .

43

Graf Jarak Melawan SNR 80 70 60 SNR (dB) 50 40 30 20 10 0 1 2 3 Jarak (m) 4 5 6

Rajah 4.7 : Graf SNR melawan Jarak

Daripada rajah 4.7 jelas menunjukkan apabila jarak diantara penghantar dan penerima bertambah, kuasa menerima isyarat akan berkurang dan ianya bersifat berkadaran songsang. Tetapi apabila kuasa menerima isyarat berkurang, SNR pula akan turut berkurang, dimana ianya berkadaran terus antara satu sama lain.

4.2.3

Analisis Kehilangan Isyarat di Ruang Udara

Analisis ini dijalankan bagi mengukur nilai sebenar kelemahan isyarat dalam unit dB apabila jarak dalam unit meter (m) bertambah. Jumlah kehilangan isyarat pemancar yang diperolehi melalui rumus persamaan 2.3 diantara jarak satu meter sehingga enam meter diplotkan dalam bentuk graf.

44

Rajah 4.8 : Graf Kehilangan Isyarat Pemancar Melawan Jarak

Daripada keputusan yang diperolehi pada rajah 4.8 menunjukkan dengan jelas hubungan antara jumlah kehilangan dengan jarak. Jumlah kehilangan akan bertambah sebanyak 6dB/meter, jadi setiap kali jarak dalam meter ditambah, 6dB isyarat lagi akan hilang melalui ruang udara.

4.2.4

Analisis Jarak Kemampuan Pemancar

Analisis jarak kemampuan pemancar dilakukan bagi membuktikan jarak isyarat yang mampu dipancarkan oleh sistem komunikasi projek ini adalah sejauh enam meter. Analisis ini dilakukan menggunakan rumus persamaan jarak dan kuasa penghantar. Melalui pengukuran multimeter didapati, Arus (I) dalam litar adalah = 13.2 mA

45 dan Galangan (Z) dalam litar = 891.3 Ω Kuasa penghantaran yang diperolehi adalah; P = (13.2 mA)2 x 891.3 Ω = 0.162 w Oleh itu, maksima jarak yang mampu menerima isyarat adalah, d = √(30 x 0.162) x 0.01 = 6 m 3.67x10-3

Daripada keputusan yang diperolehi daripada rumus dan persamaan yang digunakan membuktikan sistem komunikasi dalam projek ini boleh menghantar isyarat sehingga sejauh enam (6) meter.

46

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Kesimpulan

Keputusan daripada analisis dan data-data yang diperoleh daripada pengujian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa SHeVCs telah mencapai objektif dan tujuan projek. Tujuan utama projek ini didirikan adalah bertujuan untuk menghasilkan satu prototaip yang mampu memberikan keselamatan dan perlindungan telinga kepada pengguna disamping membenarkan pengguna berkomunikasi diantara satu sama lain (sejauh 6 meter) di kawasan yang mempunyai gangguan bunyi yang tinggi melalui alat perlindungan telinga tersebut. Selain itu dengan adanya sistem pengudaraan di dalam topi keselamatan pengguna (berfungsi pada 350C) sudah pastinya dapat meningkatkan keselesaan kepada pengguna yang terpaksa berhadapan dengan suhu dalaman topi keselamatan melebihi 350C diantara pukul dua belas tengah hari sehingga tiga petang. Pemilihan dan penggunaan pengesan suhu LM35 juga amat sesuai digunakan dalam projek ini memandangkan sifatnya amat peka dengan perubahan suhu sekeliling dan cuaca Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Selain itu, penggunaan komponen dapat dikurangkan dengan penggunaan PIC16F877A yang mampu menukar isyarat analog

47 kepada isyarat digital untuk memaparkan bacaan suhu semasa pada paparan 7 segmen dan memberi isyarat kepada kipas penyejuk apabila suhu mencecah suhu rujukan yang telah ditetapkan. Gabungan dua sistem ini menjadikan SHeVCs bersifat dinamik dan praktikal untuk digunakan dalam apa jua industri yang mempunyai gangguan bunyi yang tinggi dan kelembapan udara yang kurang. Diharapkan SHeVCs dapat memberi sumbangan kepada teknologi pada hari ini dalam menyediakan suasana tempat kerja yang selamat dan lebih selesa kepada para pekerja.

5.2

Cadangan

Walaupun projek ini telah mencapai objektifnya, namun masih terdapat beberapa cadangan untuk penambah baikan untuk projek ini di masa hadapan supaya produk yang lebih sempurna dan efektif dapat didirikan.

i.

Bateri sel kering 9V yang digunakan sebagai bekalan kuasa untuk sistem pengudaraan dalam topi keselamatan boleh digantikan dengan penggunaan sistem solar yang dapat mengurangkan kos bekalan kuasa untuk jangka masa yang panjang.

ii.

Saiz litar komunikasi boleh dikecilkan supaya ianya boleh ditempatkan dalam topi keselamatan bagi mengelakkan wayar penyambung di antara headphone dan litar komunikasi mengganggu pergerakan pengguna.

48 iii. Jenis dan sistem kipas penyejuk yang lebih baik boleh digunakan bagi memberikan pengudaraan maksima jesteru mempercepatkan penurunan suhu tinggi bagi menyediakan suasana yang lebih selesa kepada pengguna.

49

RUJUKAN

[1]

Han, Way Huang. (2005).”PIC Microcontoller: An Introduction to Software and Hardware Interfacing.” 1st. ed. Minnesota: THOMSON Delmar Learning.

[2] [3] [4] [5] [6] [7] [9] [10] [11] [12] [13]

Garg, Vijay K. (2002). “Wireless Network Evolution.” United State America: Prentice Hall PTR. 577. Mimi Suhana Abd Aziz (2005). “Wireless Guitar Using Radio Frequency Technology” Kolej Universiti Tun Hussein Onn: Tesis PSM. Caroline Bong Chung Hui Smart Trolley (2005). “DBMS And Wireless RF Communication” Kolej Universiti Tun Hussein Onn: Tesis PSM. Mohd Khairun Nizam Sa’adan (2005). “Fuzzy Logic Fan” Thesis Kolej Universiti Tun Hussein Onn. 50 Degree Company. (2002). “Helmet / Hard Hat Cooler” Stan Drive (West Melbourne): Trade brochure. MSA The Safety Company. (2000) “Clear Command HCS. (Helmet Communication System)” North America: Trade brochure. Jim Pearce. (2000) “What's All This Eb/No Stuff, Anyway?”Spread Spectrum Scene. 4. 12-15. Neil Gaiman 1989 “Signal to noise.” 4th. UK.: Victor Gollancz Ltd. 43-47. AFAR Communications Inc (2003). “Link Budget Calculation.” Santa Barbara (California): Trade brochure. Andy Collinson (1999). “Estimating Transmitter Distance.” Ukraine: Trade brochure. “LM35 Precision Centigrade Temperature Sensor” http://www.national.com/ds/ LM/LM35.html capaian pada 17 September 2008.

50

LAMPIRAN A Helaian Data PIC16F877A

51

PIC16F877A-I/P Microcontroller

Figure C-5: PIC16F877A-I/P Microcontroller

Microchip PIC16F877A Microcontroller Features High-Performance RISC CPU Lead-free; RoHS-compliant, Operating speed: 20 MHz, 200 ns instruction cycle, Operating voltage: 4.0-5.5V, Industrial temperature range (-40° to +85°C), 15 Interrupt Sources, 35 single-word instructions and All single-cycle instructions except for program branches (two-cycle).

52 Special Microcontroller Features Flash Memory: 14.3 Kbytes (8192 words), Data SRAM: 368 bytes, Data EEPROM: 256 bytes, Self-reprogrammable under software control, In-Circuit Serial Programming via two pins (5V), Watchdog Timer with on-chip RC oscillator, Programmable code protection, Power-saving Sleep mode, Selectable oscillator options and In-Circuit Debug via two pins. Peripheral Features 33/O pins; 5 I/O ports, Timer0: 8-bit timer/counter with 8-bit prescaler, Timer1: 16bit timer/counter with prescaler that is can be incremented during Sleep via external crystal/clock. Timer2: 8-bit timer/counter with 8-bit period register, prescaler and postscaler, Two Capture, Compare, PWM modules, included 16-bit Capture input; max resolution 12.5 ns, 16-bit Compare; max resolution 200 ns and 10-bit PWM. Synchronous Serial Port with two modes, that is SPI Master and I2C Master and Slave. USART/SCI with 9-bit address detection, Parallel Slave Port (PSP), which is8 bits wide with external RD, WR and CS controls and Brown-out detection circuitry for BrownOut Reset. This powerful (200 nanosecond instruction execution) yet easy-to-program (only 35 single word instructions) CMOS FLASH-based 8-bit microcontroller packs Microchip's powerful PIC® architecture into an 40- or 44-pin package and is upwards compatible with the PIC16C5X, PIC12CXXX and PIC16C7X devices.

53

LAMPIRAN B Helaian Data Paparan 7-Segmen

54 Seven Segment Displays

Figure C-1: Seven Segment Displays

55

LAMPIRAN C Carta Gantt PSM 1

Perancangan PSM 1
No 1 2 3 4 5 6 7 Aktiviti / Minggu Taklimat PSM 1 Borang Cadangan Tajuk, Objektif dan Skop Pengesahan Borang Cadangan Tajuk oleh Panel Bidang Latar Belakang Kajian Radio Frekuensi Latar Belakang Kajian Pengawal Mikro Persediaan Metodologi Mempelajari dan Menentukan Penggunaan Litar Radio Frekuensi Mempelajari dan Menentukan Penggunaan Pengawal Mikro dan Perisian Penulisan Kertas Seminar Persiapan Seminar PSM 1 Seminar PSM 1 Menyiapkan Laporan Proposal Projek 1 2

CARTA GANTT PSM 1 SEMESTER 1 SESI 2008/2009
3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

8 9 10 11 12

57

13

Penghantaran Laporan Projek dan Buku Log

58

LAMPIRAN D Carta Gantt PSM 2

59

PERANCANGAN PSM 2
No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Aktiviti / Minggu Penyediaan Perkakasan Prototaip & Komponen Litar Projek Pembangunan Perisian Pengawal Mikro. Pembangunan & Pengujian Litar Projek Penyelesaian dan pengesahan hasil projek. Penulisan Kertas Prosiding Projek. Persediaan bahan untuk Seminar PSM 2. Penghantaran Kertas Prosiding Projek. Seminar PSM 2 Kemaskini Buku Log dan Draf Akhir Laporan PSM 2 Penghantar Buku Log dan Draf Akhir Laporan PSM 2 Penghantaran Laporan PSM berjilid kepada Falkulti. 1 2

CARTA GANTT PSM 2 SEMESTER 2 SESI 2008/2009
3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

60

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.