You are on page 1of 3

LAPORAN TENTANG CABARAN GLOBALISASI DALAM PEMBINAAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA PENDAHULUAN Globalisasi merupakan satu proses

untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Jatidiri bermaksud ciri-ciri, gambaran atau keadaan khusus seseorang. Ia juga boleh dianggap sebagai identiti bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan, patriotisme dan kewarganegaraan yg menjurus kpd ketahanan dan kemurnian nilai sesuatu bangsa. Jatidiri ialah sesuatu yg kita miliki bersama, mempunyai nilai sendiri, dihayati secara kolektif dan dominan sifatnya yg dpt mencirikan rupa dan peribadi bangsa (semangat, sikap, pendirian, kepercayaan, tekad dan visi bangsa) yang mampu membina personaliti dan identiti kendiri yg bersifat dinamik dan struktural. CABARAN GLOBALISASI DALAM PEMBINAAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA 1. Perbezaan & pertentangan kepentingan di antara etnik. i. Cabaran dalam aspek sosial: a. Pemisahan penempatan: bukan sahaja boleh merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain. b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi kalangan etnik yg sama. ii. Cabaran dlm aspek ekonomi a. Perbezaan pekerjaan. hanya berkisar dlm

b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk. iii. Cabaran dari aspek politik. - Politik perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat. 2. Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik.

- Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum sendiri dlm memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan dlm urusan seharian sehingga mewujudkan polarisasi antara etnik. 3. Cabaran globalisasi. hidup berasaskan

- Proses globalisasi atau pembaratan corak gagasan ekonomi & politik Barat sejagat.

Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm rangka nilai & kebebasan manusia masa kini, maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi manusia. Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus pembaratan dan globalisasi yg mendesak. Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg amat kuat & deras, mengakibatkan lenyapnya nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran dalam masyarakat. Barat diterima secara halus ke

Ketiga-tiga cabaran tsb jika tidak dibendung & dikawal akan menjurus kpd pembentukan semangat perkauman yg mendalam, menimbulkan prasangka & mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme yg akan meninggalkan kesan kpd hbgn etnik, integrasi & mudah terjadinya konflik yg mengundang rusuhan kaum. Situasi ini ditambah lagi dgn beberapa persepsi yg kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia.

You might also like