You are on page 1of 21

MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU (DRAMA) TINGKATAN 5

CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM
M.A (Bahasa Melayu)

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN.

“ULI SAPA LET IT”
CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

1

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG (Suriani Mohd Yusof) Sinopsis     Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah serta Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya, dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Siap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu, Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dkhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Jimah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

        

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama

2

Jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat. Kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bahagi. Simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang. Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami. Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke kuala Lumpur walaupun bapa mereka belum ditemui lagi. iii. i. Perkembangan   Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna. Permulaan  ii. Persoalan       Plot Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. Sabriah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun dia telah mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka. Konflik   Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah (ibu mereka) agar menerima kenyataan bahawa bapa mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu.Pemikiran  Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak. Kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Pembinaan Plot Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Sikap hormat menghormati antara ahli keluarga. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 3 .

Kejutan  … Kita ni sibuk dengan kerja. Dengan penemui itu memberi banyak kesedaran kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan masing-masing. Beginilah. putihlah yang dia kata. dengan laki. Dia budak lurus. Kalau hitam. Jimah meminta anak-anaknya juga memohon maaf daripada Sani yang banyak dihina oleh mereka. kalau sudah semua tidak mahu.   iv. Putih. Sabriah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat kehidupan mereka. menumpang Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabriah yang hanya mementingkan kerjaya dan diri sendiri sahaja. iii. kita hantar ke rumah welfare. Peleraian  Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. sudah jumpa dah. v. dengan perniagaan. hitamlah yang dia kata. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung…(ms 439) Suspens  Man: Orang sudah jumpa tuk. Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah kepada Sani dan dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga. Teknik Penceritaan i. Mahu? (muka surat 434) CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 4 . Pak Man bersyukur dengan situasi yang ceria itu dan dia juga bersyukur dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap. Klimaks  Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan meminta mereka pulang ke tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum ditemui. Pemerian  ii. dengan bini.

Sani   ii. anak kedua dalam keluarga. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut. iii. Jimah    Isteri Jumaat. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 5 . Watak Sampingan i. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan. iv. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Sabariah    Graduan ekonomi bekerja di London Panas baran. berusia 55 tahun Seorang yang setia.Watak dan Perwatakan Watak Utama i. Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Shahrul  Anak ketiga dalam keluarga  Seorang akauntan di Kuala Lumpur  Mementingkan kerjayanya. Anak angkat Jimah – seorang doktor dan telah beristeri Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Tidak sukakan Sani. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai. penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut. Sabri    Anak sulung Jimah Mengetuai ahli keluarga Penyabar.  Berselisih faham dengan Sani.

Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya.  Mencuri harta mangsa tsunami. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 6 .v. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.  Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. semasa Man mencuci kereta Abang Sabri Senja di rumah Jimah vi. Wan Malin  Isteri Sani  Banyak membantu Sani menjaga Jimah.  Lebih mementingkan kerjayanya. Man Bengap  Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai. viii. vii. Latar masa    Siang.  Cucu angkat Pak Man Pak Man  Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. ix. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut. Mak Jah  Isteri Pak Man  Seorang yang penyayang. Latar i. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga. tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak Pagi. Wahid dan Senin  Penjahat yang mengambil kesempatan. x. Salmah  Seorang pereka fesyen  Seorang yang mengikut fesyen terkini. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami.

. putihlah yang dia kata kalau hitam. getah jatuh ke perdu juga Simile  . hitamlah CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 7 . Shahrul sebagai akauntan.  Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan. Latar tempat  Tepi pantai. ii. Salmah sebagai pereka fesyen. Diksi  Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey. v. misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat. iv. iii.  Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat. HQ) Falsafah  Daun dapat dilayang. Latar masyarakat  Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.  Masyarakat yang berpendidikan.ii.  Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya. gigi ombak Repetisi  Putih.  Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya. iii. air matanya itu macam anak air mengalir Metafora  Ombak susu. Gaya Bahasa i. misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing. Sani sebagai doktor. Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut  Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah.

Contoh: Pak Jumaat dan Mak Jimah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Nilai menghormati orang yang lebih tua. Contohnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari. Sani tetap menghormati Sabriah walaupun kerap dimarahinya. Contoh: Sabriah insaf atas kesilapannya. Contohnya Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan. Nilai nasihat-menasihati.      CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 8 . Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Contohnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa.Nilai     Nilai kasih sayang kepada suami.  Pengajaran  Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga. Contoh: Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan. Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki. Pak Man menasihati Sabriah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya. Contohnya. Contoh: Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya.

Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Akibat pencemaran tersebut. Dollah suka berburu. Walaupun begitu dengan kekayaannya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung.      CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 9 . Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Hasil pertolongan dukun. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. anak itu cacat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal. penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli. dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan daripada kampung tersebut. Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya.DRAMA 1400 (Noordin Hassan) Sinopsis   Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Apabila anaknya lahir.

Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dollah lupa daratan. (ii) (iii) Konflik  Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.Pemikiran  Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Persoalan      Plot Secara keseluruhannya. justeru dia berazam untuk menjadi kaya.  Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung. Keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan. Penindasan kepada golongan lemah. Pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit. Perkembangan  Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Penipuan kepada orang yang kurang berilmu. Dia dipandang hina oleh masyarakat. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca daripada najis kuda yang dipeliharanya. Kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta. plot ini digarap mengikut kronologi. sikap Dollah terus berubah. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 10 . Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.  Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu dibuang. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan  Memperkenalakan watak Dollah yang tempang. Malangnya setelah hajatnya tercapai. Dia sering menindas orang kampung.

. tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah. telinganya panjang. iv. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 11 .. matanya halus.(iv) Klimaks  Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya. Teknik Plot i. Kejutan  Dollah bertemu dengan mayat ibunya  Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh Suspens  Dollah disondol binatang ganjil Pemerian  Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar. Dollah  Capik. (v) Peleraian  Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut. tapi lewat petang saja. v. ii. Pantai tak jauh. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. berbulu di sana. sebelum maghrib. apabila matahari hampir terbenam. berbulu di sini. Berilah aku rahmat-Mu.  Seorang yang menindas orang lemah. miskin dan dihina masyarakat  Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan.  Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. ampunlah dosaku. iii. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah. Imbas Kembali  Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut? Siti Rahimah: Pernah. tabik-tabik cakap . Monolog  Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya. Watak dan Perwatakan Watak Utama i. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.

Dollah berbual dengan Pak Long Latar tempat  Kampung Kuala dan Kampung Kenanga – tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda  Sungai Nenek–airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda  Surau – tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji  Di rumah pawang – Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya Latar masyarakat  Masyarakat yang mementingkan harta benda. Intan Siti Rahimah  Isteri Dollah  Perempuan yang cantik  Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka. 1. Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.  Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan.  Masyarakat yang mementingkan diri . Pak Sudin  Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah. ii. iii.Watak Sampingan i. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 12 . Latar masa  Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut  Minggu depan – Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau  Petang – di surau. Latar i. Abu Lahab  Broker tanah  Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. ii. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .  Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.

Contoh: Intan Siti Rahimah mendengar arahan suaminya iaitu Dollah semasa mengandung. cakap . Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka. Nilai Murni  Nilai kesabaran. hijrah iii. secret. cakap. merekalah…  Cakap. cakap. Contoh: Dollah tidak menggunakan batu marmar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu marmar dari Itali. Masyarakat yang saling membantu. Nilai menghargai barangan tempatan.you. Contoh: Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung. naik kepala. iv. duri dalam daging Repetisi  Mereka. Nilai tolong-menolong. sidik. I  Bahasa Arab Fajar. Personifikasi  Kambing-kambing tersenyum Kata Pinjaman  Bahasa Inggeris Order. Simpulan Bahasa  Besar hati. Contoh: Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji. Nilai kasih sayang antara suami isteri. Gaya Bahasa i. ii.. Contoh: Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.     CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 13 . Nilai ketaatan..

Pengajaran  Kita hendaklah mencari rezeki yang halal. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Contoh: Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan. Contoh: Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu. Contoh: Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Contoh: Dollah mencemarkan sungai dengan najis kuda yang dipeliharanya.     CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 14 . Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Contoh: Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah.

Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Di Singapura. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato’ Onn. berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Selepas kematian isteri. Kemudian Dato’ Onn dilantik menjadi Pegawai Daerah Muar. Kiai Salleh dan lain-lain. ketua kampung. Selepas Jepun menyerah kalah. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Tanah Melayu diisytiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Dato’ Onn mengahwini Halimah. Masingmasing tidak mahu mengalah. Dato’ Onn dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai.     CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 15 . Johor Bahru. Zainudin) TELAH KELUAR DALAM SPM JUN 2013 Sinopsis     Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin. Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri.DRAMA DATO’ ONN (Othman Hj. Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu. Dato’ Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. balu adiknya. Dato’ Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat.

Melalui akhbar Warta Malaya. Dalam keadaan genting. Keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Persoalan         Golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Sesiapa yang ingkar akan ditindas. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai. Orang Melayu bersatu padu menentang Malayan Union. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat. rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah. Komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Walaupun menjadi pengasas UMNO. Menjaga kepentingan dan maruah keluarga. penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. rumah Dato’ Onn dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.Pemikiran   Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan. Banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Akhbar dalam membentuk minda rakyat. Pengorbanan seorang pemimpin. Dato’ Onn tetap bersama-sama anak-anak buahnya. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar. Dato’ Onn mengahwini Halimah kerana tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 16 . Dato’ Onn sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun. Dato’ Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor.

Perkembangan  Pada bahagian ini. beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orangorang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka. watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. iii. Tanah dan rumah keluarganya dirampas. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 17 . Keadaaan tanah air menjadi huruhara semasa penjajahan Jepun dan Komunis. Beliau telah dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai.Plot Secara keseluruhannya. MPAJA bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Permulaan  Pada peringkat ini. watak Dato’ Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. tetapi perkahwinan mereka gagal. ii. Dato’ Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri itu. Selepas berhijrah ke Singapura. Huru-hara berlaku. Konflik      Perkahwinan Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu : i. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Dato’ Onn juga pernah berkahwin dengan perempua n daripada kumpulan bangsawan. plot drama ini digarap mengikut kronologi. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Dato’ Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.

nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu.iv. Peleraian  Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak. Dato’ Onn b Jaafar     seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung Menteri Besar Pengasas kemerdekaan Seorang yang bertanggungjawab. nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan… Imbas Kembali  Tapi. Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau. Oh Muhammad adikku… Dialog  Onn: “Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum ii. semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. iii. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 18 . Tak Nampak pun tanda-tanda dia sakit. Sebelum ajalnya. Pemerian  Dato Onn Jaafar. v. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil. Teknik Penceritaan i. Watak dan Perwatakan Watak Utama i. Dato’ Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tanah air. Klimaks  Dato’ Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan.  Seorang yang berani.

Bukit Pasir. Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. Dato Onn berucap . Beliau menyangka Dato’ Onn.Kuala Lumpur. KL.1947 penganugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua . Dr Burhanuddin  Pemimpin KMM  Pengasas Parti PAS  Seorang yang tidak berfikiran jauh. Halimah membantu Dato’ Onn mancari nafkah dengan menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja. iv. Melaka.Istana Johor.Watak Sampingan i.Hotel Majestic. . Latar Latar Masa . Dato Onn menjadi nelayan .31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan Latar Tempat .tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn. Halimah  isteri Dato Onn  seorang yang tegas. Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua .Singapura Dato Onn menjadi nelayan. Cik Kah  seri panggung  Penari yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn DJ Campbell  Pegawai Inggeris  Sukar menerima teguran.1951 Dato Onn berucap .Bandar Hilir. . . pengisytiharan kemerdekaan tanah air CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 19 . rajin berusaha. Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union . .1927. iii. ii. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.

Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah. kais petang makan petang Nilai Murni  Nilai taat kepada ibu bapa. Nilai bertanggungjawab. contohnya DJ. Contoh: Lantaran tidak mendapat restu keluarga. Diksi ii. Nilai kesetiaan.Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah. Kais pagi makan pagi. Johor Sport Club Kata pinjaman (bahasa Arab) Contoh: Masya-Allah. Contoh: Dato’ Onn nenegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat. Insya-Allah Peribahasa Bagai melukut di tepi gantang. perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama. Contoh: Dato’ Onn bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan. Nilai menghargai jasa. ditindas dan jauh ketinggalan.Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air Contohnya Dato Onn.Latar Masyarakat .cabaret night club .     CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 20 . Nilai bersatu padu. Kata pinjaman (bahasa Inggeris) Contoh: miss . . Campbell dan Maxwell . Contoh: Rakyat jelata setia kepada tanah air tanpa berbelah bahagi dalam apa keadaan sekalipun.Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM Gaya Bahasa i. Contoh: Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua kepada Dato’ Onn yang berjasa kepada tanah air. .

Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan. Nilai muafakat. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif. Contoh: Dato’ Onn mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan. Pengajaran       Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya. CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Drama 21 . Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan.