You are on page 1of 17

SAMPAH SARAP: ISU PENGURUSAN SISTEM SISA PEPEJAL OLEH PBT 1.

0 PENGENALAN Hidup dengan sampah memang tidak mengenakkan. Namun, dalam kehidupan seharian kita sering diwarnai dengan beraneka jenis sampah. Manusia membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada saja kesempatan. Natijahnya sampah di manamana saja ada sampah, di rumah, pejabat, kedai, pasaraya, tepi parit, tepi pantai, tepi dan dalam sungai, bahkan kini manusia sudah mula pandai membuat dan membuang sampah di angkasa. Dalam hal ini adakah kita boleh menyalahkan sampah itu sendiri kerana mengotorkan pemandangan yang indah atau menyalahkan si pembuang sampah yang tidak bertanggungjawab. Pertambahan penduduk, proses pembandaran dan perindustrian yang pesat menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di bandar. Kos pengurusan sisa pepejal dari peringkat pengutipan, pengumpulan, pengangkutan sampah hingga ke tahap pelupusan, sangat tinggi. Kuantiti sisa pepejal khususnya sampah domestik perlu dikurangkan bagi

mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Aspek kos merupakan penggerak sistem pengurusan sisa pepejal yang baik. Namun, oleh kerana caj yang dikenakan kepada masyarakat tidak setanding dengan kos pengurusan sisa, pihak berkuasa tempatan sukar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat kerana

keterbatasan modal, guna tenaga, operasi, kenderaan serta kekurangan peralatan.

Apa yang ingin saya kupaskan di sini adalah bagaimana dengan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) masalah pengurusan sampah atau lebih dikenali kini dengan sistem pengurusan sisa pepejal dapat diuruskan dengan efisyen. Mengambil kira isu daripada akhbar – akhbar tempatan dan media massa masalah ini ditumpukan di kawasan pentadbiran PBT saya iaitu di Shah Alam. . pengurusan sisa pepejal diuruskan melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal turut meningkat. penjanaan sampah yang semakin meningkat dan juga pertambahan populasi penduduk yang semakin meningkat.Peningkatan jumlah sisa pepejal ini akan menjadi semakin rumit dan meruncing pada masa akan datang berikutan berlakunya kesesakan lalu lintas. Di Shah Alam. Bagi mengatasi pelbagai impak negatif daripada pertambahan sisa pepejal ini pada masa akan datang. Sehingga tahun 1998. Kepesatan pembangunan negara yang berterusan turut meningkatkan kuantiti sisa pepejal yang dijana setiap tahun. masyarakat semakin peka ke atas isu-isu alam sekitar menyebabkan masalah sisa pepejal mendapat perhatian umum. pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. langkah yang lebih produktif dan efisien perlulah dijalankan melalui pengurusan sisa pepejal. Keadaan ini amat membebankan sebahagian besar PBT dengan meningkatnya kos kutipan dan pembinaan fasiliti untuk merawat dan melupus sisa pepejal. Pada masa yang sama.

Pada Disember 1995. merangka pelan perancangan strategik. dan seumpamanya. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah diwujudkan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk membuat dasar. Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA).0 PENGURUSAN SISA PEPEJAL Pada bulan Oktober 1994. Pada 6hb September 1995. Penswastaan secara interim telah dilaksanakan mulai pada 8 April 1998 sebelum penswastaan sepenuhnya dikuatkuasakan. PPSPPA ditubuhkan . Kabinet telah bersetuju untuk menswastakan pengurusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia. mengeluarkan lesen. Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sabah. Pada tahun 2007. Kawasan Utara. Di bawah Akta ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa eksekutif berhubung dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Semenanjung Malaysia. Penswastaan interim pengurusan sisa pepejal dibuat mengikut kawasan geografi iaitu Kawasan Tengah dan Timur. garis panduan. Kawasan Selatan. peraturan-peraturan. Kerajaan Persekutuan telah menawarkan kontrak secara interim kepada 4 buah syarikat.2. Pada tahun 2007 juga.

ekologi sungai. Stesen tersebut dijangka mampu untuk mempertingkatkan kapasiti penerimaan sisa pepejal sekitar 2. kurang 2. Kompenan persekitaran seperti kualiti udara. mengawalselia perjanjian konsesi serta operasi fasiliti-fasiliti pengurusan sisa pepejal di seluruh negara. Stesen pemindahan merupakan sebahagian daripada aspek pengurusan sisa pepejal di bandar.Maknanya.500 tan sisa pepejal setiap hari.500 tan sehari.5 peratus daripada keseluruhan tapak pelupusan sisa itu diuruskan dengan baik dengan selebihnya beroperasi secara pembuangan terbuka atau „open-dumping‟. . bau. SATS direka untuk menerima sekitar 1. bunyi. melaksanakan pelan perancangan strategik. kualiti air sungai. Stesen ini pada dasarnya berfungsi sebagai pusat transit sisa pepejal sebelum dibawa ke pusat pengumpulan sampah. Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Shah Alam (SATS) merupakan stesen transit yang pertama seperti itu dibina di kawasan perindustrian di Seksyen 2. getaran. sosio-ekonomi dan isu lalulintas dan pengangkutan di sekitar kawasan projek menjadi fokus utama.sebagai agensi untuk menguatkuasakan Akta 672 serta peraturan-peraturan di bawahnya. di bandar Shah Alam. Hanya tujuh daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini merupakan tapak pelupusan sanitari yang mesra alam.

kerosakan kenderaan dan sebagainya.  menyediakan lokasi atau tempat pembuangan yang lebih dekat. dan  dapat mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan kutipan seperti penjimatan minyak. Untuk mengatasi masalah pengangkutan pembuangan sisa pepejal ini.  penggunaan kenderaan kutipan yang mempunyai kapasiti muatan yang kecil. Pemindahan dan pengangkutan menjadi satu keperluan bila jarak angkut dari kawasan kutipan ke tapak pelupusan bertambah jauh kerana pengangkutan kutipan sisa pepejal terus ke tapak pelupusan tidak lagi ekonomikal. Keperluan kepada stesen pemindahan ini adalah kerana :  untuk mengelakkan kejadian pembuangan sampah haram apabila tempat pembuangan terlalu jauh.0 PERMASALAHAN Apabila pembuangan sisa pepejal semakin bertambah. Alternatif yang dimaksudkan adalah stesen pemindahan sisa pepejal.3. .  untuk meningkatkan produktiviti pekerja serta dapat mengurangkan masa untuk bergerak ke tapak pelupusan dan mempunyai banyak masa dalam melakukan kerj a-kerj a kutipan. altenatif yang biasa digunakan ialah dengan mengadakan satu kawasan pembuangan sementara tidak jauh dari kawasan kutipan. tapak pelupusan sisa pepejal terpaksa dibuka jauh dari kawasan pusat kutipan kerana ia tidak lagi sesuai diadakan berdekatan dengan kawasan penempatan atau pusat komersial.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan supaya tapak pelupusan tersebut ditutup dan sepatutnya dibenarkan beroperasi sehingga akhir tahun 2005 sahaja. Bagi kawasan Shah Alam dan Subang Jaya.000 orang setiap tahun (sejak . Oleh kerana kawasan di sekitar tapak pelupusan Air Itam kini sedang pesat membangun. kumpulan sampah dibawa oleh lori-lori kontena (trailer) yang mempunyai kapasiti yang lebih besar ke tapak pelupusan akhir . Lambakan sampah yang banyak terutama di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di Malaysia.Dengan adanya stesen pemindahan ini. Banyak tempat – tempat sementara di bina seperti di Batang Berjuntai dan Bukit beruntung. Puchong. sisa pepejal yang dikutip akan dihantar ke tapak pelupusan Air Itam. Apabila Air Itam ditutup maka tempat pelupusan akhir sudah tentu lebih jauh kerana kawasan yang sedia ada di Lembah Kelang sudah tidak sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan. stesen pemindahan sisa pepejal di satu lokasi yang sesuai diperlukan bagi menjadikan ia sebagai tempat persinggahan sementara sebelum sisa pepejal ini dibawa ke tapak pelupusan. Untuk mengatasi masalah pengangkutan pembuangan sisa pepejal ini.4 peratus atau 600. Ia merupakan tempat pembuangan utama yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. dengan anggaran pertumbuhan populasi 2.

lebih banyak sampah akan dihasilkan.Malah ada juga disambung hayatnya untuk menampung sampah yang ada. yang menerima sampah domestik dari Sepang dan Putrajaya yang sepatutnya ditutup Jun lepas. Keadaan ini diburukkan dengan statistik terkini menunjukkan 113 daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini tidak lagi beroperasi. namun atas sebab-sebab tertentu. seterusnya mengurangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah. Namun apa yang lebih menarik. Mengikut statistik PPSPPA sebanyak 114 tapak pelupusan diuruskan PBT meliputi 58 tapak pelupusan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Lebih menyedihkan sebilangan besar daripada 113 tapak pelupusan yang ditutup itu bukan tapak pelupusan sanitari. Sarawak (41) dan Sabah (15). yang dilantik PBT. Banting.1994). misalnya di kawasan pelupusan sampah Sungai Sedu. ia belum dikuatkuasakan. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awan 2007 diluluskan pada 30 Ogos 2007. tahap kesedaran rakyat yang masih rendah dan kerangka undang-undang yang belum jelas. Bagi beberapa pakar persoalan ini ialah masalah kompleks melibatkan beberapa faktor berkait daripada kekurangan dana dan kepakaran. Kebanyakannya menunggu masa ditutup. kebanyakan tapak pelupusan sampah itu diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pihak swasta. .

Ketika ini. Melaka dan Johor.Tujuh tapak pelupusan sanitari itu ialah tiga di Selangor dan masing-masing satu di Kedah. SWM Environment dan Idaman Bersih Sdn Bhd. „majikan‟ bagi ketiga-tiga syarikat ini ialah PBT terbabit. Angka ini amat jauh daripada sasaran kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang . Empat tahap pembaikan itu ialah pembuangan terkawal (tahap satu). sekalipun hakikatnya pengurusan sisa pepejal kini diurus syarikat Alam Flora. kambusan sanitari dengan sistem peredaran leachate (tahap ketiga) dan kambusan sanitari dengan rawatan leachate (tahap keempat). Berbalik kepada masalah pengurusan tapak pelupusan. Pahang. Namun pelan tindakan itu dikatakan kurang berhasil dan ini dibuktikan dengan hanya tujuh tapak pelupusan sampah di negara ini diuruskan secara sanitari dan kebanyakannya dipelopori pihak swasta. kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan 1988 iaitu meningkatkan tahap tapak pelupusan sampah secara berperingkat ekoran sumber dana dan kepakaran yang terhad. kambusan sanitari dengan lapisan penutup harian (tahap dua).Sumber industri melihat penangguhan itu berkaitan dengan proses penswastaan pengurusan sisa pepejal negara yang belum muktamad. mengikut zon masing-masing sejak 1996. Keadaan ini diburukkan lagi dengan mentaliti masyarakat yang memandang mudah kepada kempen „kitar semula‟ yang dua kali dilancarkan pada 1993 dan 2000 dibuktikan dengan peratusan kitar semula yang masih rendah sekitar lima peratus.

2020 ditetapkan kerajaan apatah jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun dengan peratusan kitar semula melebihi 50 peratus. Menyedari kepentingan itu. 4.0 PENYELESAIAN Persoalannya sampai bila kita akan secara terus bergantung terhadap tapak pelupusan sisa pepejal untuk melupuskan sampah-sarap. menjadi wakil Hitachi Zosen Corporation yang berpangkalan di Jepun membawa teknologi insinerator dalam memberi alternatif kepada masalah tapak pelupusan sisa pepejal. Di Shah Alam Permasalahan mengenai sisa pepejal ini sering dibangkitkan kerana faktor politik. Faktor ini sedikit sebanyak menggangu operasi perjalanan PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam melaksanakan tanggungjawab sebagai PBT yang bertanggungjawab. Jika dilihat semasa pentadbiran Kerajaan persekutuan banayak tapak pelupusan yang wujud sebelumnya dan tapak pelupusan ini sedang ditambah baik ataupun ditutup berperingkat. Alam Meridian (Malaysia) Sdn. Bhd. Kerajaan Tempatan di Shah Alam di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang berpaut di dalam pemerintahan Parti Pembangkang. .

Teknologi insinerator merupakan satu keperluan untuk mengatasi masalah sampah-sarap terutamanya melibatkan tapak pelupusan sisa pepejal. Melalui insinerator.Selain daripada itu. sistem dandang dan insinerator.kelebihan teknologi insinerator termasuk dapat mengurangkan impak kepada alam sekitar. terdapat beberapa proses perawatan sisa pepejal yang lebih berkesan perlu dilalui terlebih dahulu agar ia tidak menggugat alam sekitar. Melalui kerjasama yang terjalin. Antara proses itu termasuklah sistem penerimaan sisa pepejal. negara tidak mempunyai teknologi insinerator. sistem rawatan gas serombong dan sistem rawatan abu.Buat masa ini. Bukan sahaja dapat mengetahui mengenai teknologi terbaharu tetapi. Melalui kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan syarikat Alam Meridian (Malaysia) Sdn. Bhd membawa masuk teknologi ini untuk diguna pakai di sini. teknologi luar dapat dibawa masuk ke negara ini sekali gus membuka peluang kepada penduduk tempatan mempelajari teknologi baharu itu.Sudah terdapat beberapa negara yang menggunakan teknologi dari Jepun ini untuk mengatasi masalah tapak pelupusan sisa pepejal mereka. pembikinan insinerator turut dapat membantu . Ia sekali gus dapat meningkatkan kepakaran dalam mengatasi sisa pepejal. sistem penggunaan haba sisa pepejal. mempelajari keberkesanan teknologi incinerator.

memanjangkan lagi jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal. Bermula dengan tapak sampah berbukit.Selain daripada itu.Ianya sekali gus dapat menjadi alternatif kepada masalah tapak pelupusan sisa pepejal. Proses incinerator ini juga dapat membekalkan tenaga kepada pengguna bermakna tenaga yang terbiar tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Banyak negara-negara sudah menggunakan teknologi insinerator dalam pengurusan sisa pepejal mereka. disamping kawasan perumahan berhampiran dan taman rekreasi. ia juga dapat membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna yang memerlukannya. China.Penggunaan teknologi ini bermakna sampah-sarap yang telah menjadi abu akan dikitar untuk dijadikan produk agar dapat digunakan semula. Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Taiwan. Di tapak pelupusan Jinjang berhampiran lebuhraya MRR2 sistem pelupusan moden sudah mula diwujudkan. Secara tidak langsung insinerator membantu mengurangkan pemanasan global dan pencemaran alam sekitar kerana menguna pakai semula bahan buangan. Antara negara-negara yang menggunakan teknologi Hitachi Zosen Corporation termasuk Jepun. kini ianya telah dibangunkan dengan tapak berteknologi moden. .

Semua perancangan pembangunan ini dibuat berdasarkan methodologi 'local agenda 21' iaitu pendekatan bersama diantara PBT. Pusat ini terletak di Seksyen 17. masyarakat dan sektor swasta untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran dengan mampan dan berkualiti. dikebanyakan negara maju pusat ini dikenali sebagai „civic amenity site'(cas). Dengan sokongan pihak KPKT dan DANIDA (Pertubuhan kerjasama antara Malaysia dan Kerajaan Denmark berkaitan Sisa Buangan).peti sejuk. Shah Alam adalah ibu Negeri Selangor dan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Penyelesaian seterusnya adalah dengan program kitar semula. kemudahan tempat pembuangan sisa lengai dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh MBSA. dalam usaha MBSA memastikan pembangunan mampan dan kesihatan persekitaran.Bagi memudahkan penyebutan dan praktikal di Shah Alam. .3 km persegi. Shah Alam. MBSA terpaksa berdepan dengan masalah semasa yang sukar dibendung iaitu masalah pembuangan sisa sampah lengai secara haram (kebun. dengan keluasan pentadbiran 290.lain) Bagi mengatasi masalah ini. program kempen kesedaran kepada masyarakat.perabot lama. MBSA telah menamakan pusat ini sebagai “Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula' (PKKKS) . MBSA merancang untuk menyediakan satu pusat kemudahan kepada penduduk membuang sisa lengai. menjadikan satu cabaran bagi MBSA untuk memastikan pembangunan secara mampan dicapai.dan lain .

Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru. Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Kekerapan kutipan daripada dua kali kepada tujuh kali seminggu bergantung kepada jenis premis. Akhir sekali penyediaan lesen bagi tujuan kutipan sisa pepejal juga memberi kepercayaan kepada orang awam. Ia juga memudahkan pengawasan MBSA. Oleh itu. MBSA juga memantapkan pengendalian sanitari dengan penggunaan lori sampah moden dan tong sampah yang seragam untuk kutipan. Penyediaan tong – tong ini di kawasan perumahan dan rekreasi oleh MBSA sejak kebelakangan ini membantu kempen kitar semula. Dengan penswastaan syarikat konsesi kutipan pepejal membantu kelancaran kutipan ini. Bagi kawasan perumahan kutipan dilakukan tiga kali seminggu berbanding dua sebelum ini. coklat dan jingga.Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. penyediaan set tong kitar semula adalah penting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri. Lesen ini juga memastikan bahawa syarikat yang benar – benar . Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting.peniaga serta pekilang.

selain mengadakan kempen dan iklan seperti membangunkan infrastruktur strategik dengan pihak swasta. Ini kerana dengan jumlah sampah yang semakin meningkat dan dijangka mencecah 30. Apa yang pasti. masyarakat tidak mempunyai pilihan selain daripada kitar semula. Masalah berbangkit seperti jadual kutipan sampah tidak menentu perlu diatasi secara telus dan tuntas.000 tan sehari dalam tempoh kurang 11 tahun lagi. menjalankan kajian holistik dan menguatkuasakan akta yang ada. Kesimpulan mudah yang boleh kita buat terhadap masyarakat di negara ini ialah kita hanya baru sampai kepada tahap teknologi buang dan belum berupaya sepenuhnya untuk sampai ke tahap teknologi mengupayakan sampah sebagai bahan .0 PENUTUP Mungkin sudah tiba masanya kerajaan memikirkan langkah yang lebih efektif. Segala usaha yang dilakukan oleh MBSA dalam pengurusan sistem pepejal di Shah Alam secara khusus serta di Selangor secara amnya dengan sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk negeri ini adalah sebanyak 4. Pengawalan lesen ini bukan menutup persaingan tetapi membantu MBSA mengawal bilangan syarikat yang terbabit dengan lebih mudah. dengan mengurangkan sampah yang terpaksa dilupuskan. perubahan untuk mengitar semula boleh bermula dengan komitmen individu di rumah masing-masing. 5.layak danmempunyai kemahiran melakukan aktiviti kutipan harian.000 tan sehari masih diperingkat pertengahan dan belum mencapai tahap yang cemerlang.

Walaubagaimanapun usaha ke arah yang lebih baik giat dijalankan melalui kerjasama MBSA dengan penduduk. syarikat swasta dan juga Kerajaan bagi menangani masalah pengurusan sistem sisa pepejal ini. Usaha Pihak Berkuasa Tempatan juga mestilah mendapat kerjasama semua pihak agar bebanan ini tidak tertanggung oleh satu pihak sahaja. NGO. . Konflik yang berpanjangan antara „ya' ataupun „tidak' yang berlaku antara segelintir penduduk negara ini dengan pihak kerajaan terhadap teknologi untuk melupuskan sampah adalah antara beberapa episod yang menggambarkan tahap pencapaian teknologi buang yang dimaksudkan.kitar semula dan menjadi sebahagian daripada komoditi kehidupan kita.

276-286 Tawee. Julai 2-3 2004. 2006. Kuala Lumpur. Akam Print. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. (2004). Malaysia. S & Jamaluddin M. 29 January2008. Non-engineering aspect in resource recovery in municipal solid waste managemet. “Eight Malaysia Plan 2001 – 2005. Pengurusan Sampah Sarap pepejal di Malaysia: Masalah dan Penyelesaian.RUJUKAN Department of Environment Malaysia (DoE). Malaysia. (2008) . Prime Ministers Department. Ministry of Housing and Local Government Malaysia. .Lumpur. Putrajaya. Seminar Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar dalam Pendidikan dan Pembangunan Negara.ln proceedings national seminar on environmental management: current development & future planning. & Jamaluddin M. Workshop on Carbon Finance and Municipal Solid Waste Management in Malaysia. 2006. Putrajaya. pp. 2001. J. Tawee. J. Malaysia. Department of National Solid Waste Management. Malaysia. Overview of Solid Waste Management in Malaysia . Ninth Malaysia Plan 2006 – 2010. Nadzri Yahya. Economic Planning Unit. (2001).” (2005). S.” Economic Planning Unit. “Malaysia Environmental Quality Report. Prime Ministers Department. Putrajaya.

Kosmo Online.asp ?y= 2011&dt=1026&pub =Kosmo&sec= Infiniti&pg=in_01. Di akses pada 9 September 2013 di http://www.Nadzarul Amir Zainal Azam (2013). Penyelesaian krisis sisa pepejal.com.htm#ixzz2eUzFkuED .my/kosmo/content.kosmo.