PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana mempermudahkan urusan saya untuk menyiapkan tugasan projek ini. Dalam kesempatan ini juga, saya mengambil peluang untuk merakamkan setinggisetinggi penghargaan dan jutaan terima kasih pertama sekali kepada Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana menaja saya sepanjang pengajian saya di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri sembilan. Seterusnya, kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar kerana memberikan peluang kepada saya untuk melengkapkan tugasan ini dengan sempurna dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk

memudahkan saya mencari maklumat berkaitan tugasan yang diberi. Tidak lupa juga, kepada pensyarah subjek Fizik Dalam Kontek Kehidupan Harian (SCE 3105), En. Che’ Azmi Bin Harun selaku pensyarah pembimbing yang banyak membantu saya semasa menyiapkan tugasan ini. Dorongan, bantuan dan bimbingan yang diberikan tidak akan saya lupakan. Selain itu, berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan kepada rakanrakan seperjuangan saya kerana sama-sama memberi pendapat dan kritikan yang berbentuk membina terhadap isi dan pengolahan tugasan projek ini dan hasilnya saya telah berjaya menghasilkan tugasan projek ini dengan sempurna. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada kedua orang tua saya yang sentiasa memberikan sokongan moral dan material kepada saya sehingga berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Sekian terima kasih.