You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN Bil Perkara 1. 2. Pengenalan Bentuk-Bentuk Emosi 2.1 Emosi Takut 2.2 Emosi Marah 2.3 Emosi Benci 2.

4 Emosi Malu 2.5 Emosi Sedih 3. 3.0 Pengurusan emosi 3.1 Cara Mengurus Emosi 3.2 Strategi Mengurus Emosi 4. 4.0 Maksud Kemahiran Sosial 4.1 Komponen Kemahiran Sosial 5. 6. 7. Refleksi Rujukan Lampiran Muka Surat 2 3 3 4 4 5 6 7 7 8 10 10 12 15 17

1

Selain itu. Seterusnya ia juga membolehkan seseorang mengawal (impulses) diri. Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Salovey dalam Mok .2008 menyatakan bahawa kecerdasan emosi bermaksud memiliki kebolehan memahami emosi diri sendiri. Menurut mereka. Ia juga berupa kemahiran sosial yang membolehkan seseorang dapat menyesuaikan diri dengan orang lain dan dapat mengurus dengan baik perhubungan interpersonal serta dapat memujuk dan memimpin orang lain. mengurus emosinya. Dengan mempunyai kecerdasan emosi. Ia juga berupa empati dan mengetahui bagaimana perasaan orang lain di sekeliling anda. sedih. Sekiranya seseorang menghadapi kesusahan. memotivasikan diri sendiri. manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. tertekan dan lain-lain perasaan yang negatif dengan baik. Menurut Goleman (1996). untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan. kecerdasan emosinya dapat membantunya tetap bermotivasi dan optimistik serta menaruh harapan untuk tetap mencapai matlamat yang telah ditentukan. kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain. membaca emosi orang lain dan kebolehan menguruskan hubungan. kecerdasan emosi adalah kebolehan anda memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan di dalam kehidupan anda.1.0 Pengenalan Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi diantara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya. 2 . seseorang dapat mengawal rasa kecewa.

Sebagaimana dalam Firman Allah S. 2.2. marah. gembira dan sebagainya. telah menjelaskan tentang emosi takut yang wujud pada manusia. jika Aku mendurhakai Tuhanku. jelek. Emosi primer atau bercampur – Emosi primer adalah perasaan gembira. hadith dan pendapat para ulama’.T dalam Surah al-An’am ayat 15.W. marah. kejadian manusia adalah terdiri daripada unsur jasmani dan rohani. Ab Aziz Mohd Zin seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam. Ini adalah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yang merupakan gabungan perasaan sayang dan marah. terperanjat. Emosi positif atau negatif – Emosi positif adalah emosi suka. benci. sayang. Prof Madya Dr.1 Emosi Takut Imam al-Ghazali dalam menghuraikan emosi takut telah mengibaratkan emosi takut sebagai sesuatu yang menikam dan terbakar di dalam hati disebabkan oleh datangnya sesuatu perkara yang sangat dibenci dan tidak diingini. sedih. Maksud-Nya : Katakanlah: "Sesungguhnya Aku takut akan azab hari yang besar (hari kiamat). takut dan malu yang hanya berlaku secara bersendirian. Universiti Malaya telah menjelaskan bahawa emosi takut merupakan perasaan yang ada pada diri manusia. maka Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. manakala emosi negatif adalah emosi takut. Muhammad Uthman Najati dalam bukunya al-Qur’an wa Ilm al-Nafs telah 3 . Manusia akan merasa takut apabila berhadapan dengan perkara yang berbahaya dan memudaratkan. Malah al-Qur’an telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia seperti : 2.0 BENTUK-BENTUK EMOSI 1. dan duka. Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an. Emosi bercampur pula adalah satu keadaan kompleks seperti merasa kecewa." Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang emosi takut.

Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Allah S. 2. kutukan dan dendam. 2. kematian serta kemiskinan. Emosi marah yang tidak dapat dikawal boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri serta orang lain.2 Emosi Marah Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya emosi marah ini diiringi oleh perubahan fisiologi seperti mimik muka menjadi marah. anggota badan menggeletar. manusia. dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.3 Emosi Benci Emosi benci mempunyai kebaikan dan keburukannya. deraan. Kadang-kala emosi marah ini diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian.T turut menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firman-Nya dalam Surah Ali Imran ayat 134: Maksud-Nya : ( iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya). pergerakan dan pertuturan menjadi tidak menentu. Kebaikannya ialah apabila manusia benci melihat kemungkaran yang berlaku akan mendorong manusia untuk memperbetulkan keadaan tersebut manakala keburukannya pula ialah apabila emosi benci tidak dapat dikawal boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan serta pertelingkahan.W. 4 .T. baik di waktu lapang mahupun sempit.W. Tetapi emosi marah yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam kerana emosi marah boleh membawa kepada kemudaratan diri dan kemudaratan pada orang lain. Emosi marah merupakan naluri semulajadi manusia yang sedia wujud. Emosi marah ini boleh memberi manfaat kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan keadilan.membahagikan perasaan takut yang ada pada manusia kepada beberapa jenis iaitu takut kepada Allah S.

padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Suara seorang yang berasa malu bernada rendah. boleh jadi kamu membenci sesuatu. tertekan dan nyaman. Mimik muka menjadi tersipu.w.4 Emosi Malu Berbagai-bagai perasaan bercampur aduk ketika seseorang mengalami malu. Ini termasuklah perasaan takut. terdapat peningkatan degupan jantung dan tekanan darah. biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan. 5 .Dalam al-Quran yang menceritakan tentang wujudnya emosi benci dalam diri manusia. Tanda luaran perasan malu ialah tenungan mata yang menyimpang ke samping serta terjurus ke lantai dan anggota menjadi tegang serta lidah menjadi kelu.t dalam surah al-Baqarah ayat 216. dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu. Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa. padahal ia amat buruk bagimu. memalukan. menggeletar dan teragak-agak. padahal ia amat baik bagimu. 2. Seiring dengan perasaan ini. mulut akan tersenyum dan dia akan mengundur diri. dapat menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara melampaui batas. tidak yakin untuk melakukan sesuatu perkara dan sebagainya. perasaan malu perlu dikawal dengan baik agar ia tidak mendatangkan kesan negatif di dalam diri. lembut. sedang kamu tidak Mengetahui. menjatuhkan maruah dan sebagainya. berminat. Maksud-Nya : Diwajibkan atas kamu berperang. Hal ini sebagaimana dalam Firman Allah s. Allah mengetahui. Kesan positif perasaan malu. Manakala kesan negatif pula ialah apabila mempunyai perasaan malu yang melampau. Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa. mereka akan menghadapi kesukaran dalam pelbagai perkara terutamanya ketika berhadapan dengan orang ramai. Justeru.

5 Emosi Sedih Emosi sedih akan timbul bila mana seseorang berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan. berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih. Sesungguhnya orang-orang yang beriman. dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. mengerjakan amal soleh. menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Islam menganjurkan umatnya supaya jangan bersedih kepada perkara-perkara yang melalaikan sehingga melemahkan diri serta melahirkan kata-kata mengkufurkan Allah SWT. (Fathir 35: 34) 6 . apabila seseorang berasa sedih.2. Berkongsi perasaan sedih kepada kawan-kawan mampu untuk mengurangkan perasaan sedih yang ada pada dirinya. mereka mendapat pahala di sisi Tuhan-Nya. tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. mendirikan solat dan menunaikan zakat. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 277. Melakukan aktiviti bersenam. Justeru.

A. D.0 Pengurusan emosi 3. Bertindak secara beretika mengikut peraturan. d. Kawalan kendiri: Ini bererti sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Kebolehsuaian: Inibererti sesuatu individu itu luwes (fleksible) dalam menangani berubahan. b. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya: a. Mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak popular.3. b. Individu yang memliki kompentensi ini biasanya: 7 . Mempunyai komitmen dan menunaikan janji. amanah. kebolehubahsuaian dan inovasi. b. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya: a. Ketekunan: Ini bererti sesuatu individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. Mengurus perasaan dan emosi negative dengan baik. c. ketekunan. c. Membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan autensiti.1 Cara Mengurus Emosi Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya: a. Amanah: Ini bererti sesuatu individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan intergriti. C. Teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas. Tenang dan positif semasa tertekan. c. Mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain. Bersifat akauntable untuk memenuhi objektif. Tiap-tiap aspek ini mempengaruhi dan membentuk watak individu dari segi emosi. Berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan. B.

Menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah. Luwes dalam perpepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya: a. Pemikiran positif juga adalah cara yang baik untuk mengurus emosi yang tidak baik 8 . Sesaran berlaku apabila kita mengalih perasaan kita daripada satu orang atau objek kepada orang lain atau objek lain. Menangani tuntutan pelbagai. Selain itu juga. kaedah sublimisi boleh digunakan dalam menguruskan emosi. Contohnya banyak karya dan hasil puisi teragung dicipta semasa mereka mengalami ketegangan emosi. d. b. Selain itu ialah dengan mencari redha dalam agama ataupun kaedah spiritual untuk mengatasi perasan kecewa atau kegagalan dalam sesuatu seperti mendekati orang yang lebih bertakwa atau mencari ketenangan dalam sembahyang atau aktiviti agama. Antaranya ialah dengan menangguh kehendak. b. E.2 Strategi Mengurus Emosi Pengurusan emosi yang baik akan memberi kesan kepada kesihatan minda dan tubuh badan. Menjana idea baru. Cara ini adalah penyelarasan dimana kita gantikan sesuatu kegagalan dengan alternatif lain. Mencari idea baru daripada pelbagai sumber. c. 3. Mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran. Memikrkan penyelesaian kreastif terhadap masalah-masalah c. perubahan keutamaan dan pertukaran yang kerap. Seseorang yang menghadapi masalah dalam mencapai hajatnya. Meluahkan emosi melalui tulisan juga adalah satu cara sublimisi. Inovasi: Ini bererti sesuatu individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru. Melalui cara ini. Sesaran pula adalah cara lain untuk melaraskan ancaman kepada emosi kita. seseorang itu tidak mudah untuk mengaku kalah dengan mudah.a. dia akan menangguhkan sesuatu usahanya sehingga dia lebih berkeyakinan untuk mencapai matlamatnya. Rasionalisasi pula ialah satu proses individu memikirkan beberapa alasan terhadap kegagalannya dalam usaha mencapai sesuatu.

yoga. Permainan ini amat sesuai dan membantu para pelajar dalam menghadapi tekanan emosi. Secara tidak langsung. muzik dan sebagainya untuk meredhakan diri atau menenteramkan diri. Seseorang yang mangalami tekanan emosi yang kuat akan menggunakan terapi zikir. tekanan dan bebanan emosi akan hilang secara beransur-ansur disebabkan permainan ini. Antara alat berfikir yang digunakan ialah PMI(plus. zikir dan sebagainya.seperti kekecewaan. minus. seni. Penggunaan Alat berfikir COURT 1 (COGNITIVE RESEARCH THRUST 1) yang dipelopori oleh Bernice MacCarthy untuk membolehkan individu itu menilai sesuatu keadaan untuk membuat keputusan yang munasabah. Para pemain akan gelak ketawa bersama-sama dan melahirkan satu perasaan gembira dan seronok disamping meningkatkan kecerdasan emosi semasa bermain. Aktiviti permainan yang telah kami ciptakan ini juga banyak memberikan manfaat dan merupakan salah satu cara penyelesaian untuk menguruskan tekanan emosi dengan baik. minda para pemain akan menjadi lebih tenang kerana adanya soalan teka-teki yang menggeli dan mencuit hati. kegagalan atau kehilangan. goals & objectives) Cara yang terakhir ialah dengan menggunakan terapi muzik. 9 . interesting) CAF(consider all factors) C & S( consequence & sequal) dan AGO (aims. Melalui permainan “Petak Beracun” ini.

Maka. 3. biasanya memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin.4.Merupakan katalis sesuatu jenis unsur yang berupayamempercepatkan proses atau urusan. Orang yang mempunyai kemahiran ini. sekolah dan bersama masyarakat. kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. atau antara seorang individu dengan sekumpulan orang (interaksi sosial dalam kalangan orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan). Pemangkin Perubahan .1 Komponen Kemahiran Sosial: 1. kepercayaan dan keyakinan orang lain. 2. Pengaruh . Individu yang mempunyai kemahiran pemangkin perubahan biasanya peka akan keperluan untuk berubah. biasanya berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat. cekap membuat persembahan dengan kemampuan menarik perhatian orang lain dan boleh memberi demonstrasi dengan berkesan dan berorentasikan pencapaian. Komunikasi . sanggup menjadi agen perubahan dan mempunyai kemahiran inovasi 10 . mahir dalam menggunakan (body language). 4. cekap menjalin hubungan mesra dan berkepimpinan. Selain itu.Satu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu. kemahiran pemangkin perubahan bererti keupayaan menggerak dan mempercepat proses perubahan.0 Maksud Kemahiran Sosial Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah.Bererti menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat penerimaan. Individu yang mempunyai pengaruh. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain.

dan kerap kali berlaku dalam individu sendiri. kepimpinan dan kecergasan interpersonal. berilmu pengetahuan dan berkemahiran. individu dengan kumpulan dan kumpulan dengan kumpulan. Kemahiran ini bermaksud kemahiran berunding untuk menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial Orang yang mempunyai kemahiran ini. biasanya mempunyai ciri diplomasi.Merujuk kepada kemahiran komunikasi interpersonal dalam aktiviti sosial. berupaya memimpin. antara individu. Terdiri daripada orang berpengalaman. boleh memikir secara kritis dan logikal.Bererti kemahiran yang menyatu-padukan tenaga-tenaga pekerja sebagai satu unit yang erat dan bekerjasama mencapai matlamat yang dipersetujui. mempunyai sikap proaktif dan nilai peribadi yang murni. Berkait rapat dengan populariti atau kualiti disanjungi. 6.Konflik merupakan salah satu kehidupan dalam organisasi. Kerja Berpasukan dan Berkolaberasi . 11 . bertolak ansur serta berupaya membaca situasi penyelesaian yang memuaskan 5. mahir memudahcara. 7. Individu yang mempunyai kemahiran ini biasanya. Pengurusan Konflik . Membina Hubungan .4. Kepimpinan Beraspirasi -Bererti kemahiran memimpin yang memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam organisasinya. cekap berkomunikasi dan mahir menjalin hubungan interpersonal.

T kerana telah memberi kesempatan dan keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Selain itu. Selain itu. Pertama sekali. Walaupun masa yang diberikan membuat tugasan ini adalah selama 4 minggu. Sepanjang menyiapkan tugasan Kemahiran Kecerdasan Emosi ini. bersyukur kepada Allah S.5. tidak semua pelajar yang menghadiri taklimat tersebut menyebabkan terdapat pelajar yang tidak memahami tugasan ini dengan betul disebabkan ramai pelajar yang sudah menempah tiket untuk balik kampung sempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri. saya mempunyai masalah dari segi pemilihan aktiviti untuk mengurangkan kadar stress di dalam kelas. kekangan masa yang terlalu banyak komitmen lain merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya tidak sempat memikirkan aktiviti yang sesuai untuk penghasilan aktiviti kami. saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan Kemahiran Kecerdasan Emosi kali ini. Oleh itu. kami menghadapi masalah tentang bagaimana untuk mencipta permainan ini. sewaktu taklimat Kerja Kursus ini diberikan pada 2 Ogos 2013 yang lepas.0 Refleksi Alhamdulillah. saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang telah membimbing saya dan rakan-rakan sepanjang membuat tugasan ini iaitu Dr Rahaila Bt Omar. kami telah membuat keputusan untuk memilih permainan kotak beracun yang mana akan dikaitkan dengan pengurusan stress.W. Kami terpaksa mengambil masa yang lama untuk memikirkan tentang aktiviti yang hendak dipilih. Selepas saya berbincang dengan rakan saya. Segala bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan tidak akan saya lupakan. saya telah menghadapi beberapa masalah serta kebaikan melalui Kerja Kursus Kemahiran Kecerdasan Emosi. Kemudian. kami mengambil inisiatif dengan mengolah dan 12 . saya tetap menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa memilih permainan ini. Selepas taklimat tersebut.

saya dapat mengetahui dan mendapat input yang belum pernah saya dapat sebelum ini iaitu. Di kesempatan ini.mengubahsuai dari permainan Snake & Ladder dengan beberapa pengubahsuaian dan penambahan pada permainan tersebut. punca- 13 . saya melakukan pencarian di pusat sumber. Selain itu. hasil perbincangan antara rakan-rakan seperjuangan. Tanpa bantuan dan pertolongan yang rakan-rakan bagi kepada saya. dalam usaha menyiapkan tugasan ini. saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat dan rakan saya di kelas PPISMP 3. saya juga mempunyai masalah dalam memilih rujukan yang sesuai untuk tugasan kali ini. Selain itu.kami berjaya mengatasi masalah-masalah yang timbul dan mampu meneruskan tugasan dengan bersemangat. Saya menyelesaikan satu persatu daripada masalah-masalah tersebut supaya tidak memeningkan saya sendiri di kemudian hari. Saya telah dapat mengenalpasti beberapa buah buku yang mempunyai kaitan dengan elemen Kecerdasan Emosi ini. Melalui tugasan Kemahiran Kecerdasan Emosi ini. Untuk mencari nota-nota yang berkaitan dengan tugasan ini saya telah bersungguh-sungguh mencari nota tersebut untuk pengetahuan bersama. saya menghadapi setiap masalah tersebut dengan hati yang terbuka. Saya dapat mengetahui tentang jenis-jenis emosi dan cara menguruskan emosi dengan berkesan. saya telah mendapat banyak input yang menarik dan saya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya terutama dalam bidang Kemahiran Emosi.01 di atas segala bantuan yang telah diberikan. Saya dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan emsoi. tidak mungkin saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan tugasan Kemahiran Emosi ini mengikut masa yang ditetapkan. tentang emosi. Di samping itu. Seterusnya. pelbagai masalah dan karenah timbul dan menyukarkan kami memberi komitmen yang sepenuhnya. Namun. Walaupun terdapat banyak masalah yang dihadapi sewaktu membuat tugasan ini. Pencarian di “internet” ini memudahkan saya kerana banyak nota-nota yang berkaitan dengan elemen ini di internet. Pertama sekali saya telah membuat pencarian di internet.

Hanya doa sahaja yang mampu diberi. Selain itu. Segala tunjuk ajar dan nasihat tersebut tidak akan saya lupakan. di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Dr Rahaila Bt Omar diatas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan. Melalui tugasan seperti inilah yang boleh meningkatkan ilmu seorang guru dalam menghadapi situasi yang tertekan ketika berada di sekolah nanti. Segala pertolongan yang diberi tidak mungkin dapat saya balas. Banyak pengajaran yang saya dapat hasil daripada pembacaan yang saya lakukan.puncanya. kemahiran sosial juga amat penting yang mesti dimiliki dalam diri guru. saya juga dapat mengetahui tentang kecerdasan emosi dan cara mengurus emosi. 14 . dan implikasi emosi dalam kehidupan. Akhirnya. cara mengatasi. Terima kasih. Sekian. Selain itu juga. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang telah banyak membantu menyiapkan tugasan kali ini.

(2010).org/wiki/Kecerdasan_emosional 15 . Fariza Md. Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemahuan”. Kopetensi kecerdasan emosi. Aidh Bin Abdullah Al-qarni ( 2010). Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Kajian Korelasi Emosi Malu Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu. Selangor: Jasmin Publications. Syarah hadis 40 Imam Nawawi Asas-asas ilmu Islam. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. & Mohamad Daud Hamzah. Rasulullah pendidik teulung 40 teknik Rasulullah mengajar. Mohd Azhar Abd Hamid. Internet Wikipedia. Tekanan Emosi Remaja Islam. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. (2013) Kecerdasan emosional.0 Rujukan Buku Abdul Rashid Mohamed. Bhd. (2005). Negeri Sembilan: Al Azhar Media. dicapai pada 25 Ogos 2013 daripada http://id.wikipedia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Al-Hidayah Publication :Selangor.6. Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Shuhadak Mahmud. (2008). Puchong. Bhd. (2012). “La Tahzan Jangan Bersedih. Latihan Ilmiah. Sham (2005). (2009). Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia) Ibnu Amrullah Yusuf. Mok Soon Sang. Seremban.

html 16 . dicapai pada 27 Ogos 2013 daripada http://oursouldbrina.blogspot.com/2012/08/kecerdasan-emosi-menurut-islam.Shabrina Firli (2012). Kecerdasan Emosi Menurut Islam.

0 Lampiran 17 .7.