D

Tajuk: Coping dan sambutan daripada orang lain.

Nama Nor Anis binti Saleh Nor Farah Aina bt Ahmad Nazri Siti Aishah binti Abdul Latiff Nor Rafiah bt Hussin Norlela binti Mohammad Ummi Mutti’ah binti Samiran

No. Matrik D 20081032365 D 20081032330 D 20081032348 D 20081032374 D 20081032375 D 20081032513

Program AT16 AT16 AT16 AT16 AT16 AT23

Kursus: Pembangunan Sahsiah Kod Kursus: ULP 1013 Nama Pensyarah: Tn. Hj. Nazri bin Johari Tarikh Serahan: 4 Mac 2009

ISI KANDUNGAN

1

Halaman

1) PENDAHULUAN 2) STRATEGI MENGAWAL DAN KESANNYA 2-7 3) PERBINCANGAN 4) FAEDAH 13-14 5) KELEBIHAN JURNAL 14-16 6) KOMEN SECARA KESELURUHAN JURNAL 17-21 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

1

8-12

2

1)

Pengenalan jurnal Tajuk: Coping dan sambutan daripada orang lain.

Teresa J.Marin, Susan Holtzman & Anita DeLongis. University of British Columbia. Lynne Robinson, Dalhousse University.

Menurut kajian, kira-kira 84 keluarga (29 pasangan dan 26 individu) mendapat sambutan dalam pengawalan iaitu mengendalikan kanak-kanak yang tidak berupaya. Ramai yang mengambil bahagian dengan mendaftar di samping banyak membuat pertanyaan tentang mengendalikan orang yang berada dalam kemurungan jiwa. Tambahan lagi, terdapat banyak sumbangan oleh orang ramai yang mengambil bahagian dengan cara yang lain dalam kadar sumbangan mereka dalam mengawal secara positif, negatif atau secara semulajadi. Kajian daripada ramai pengkaji menyarankan tentang memberi perhatian positif untuk mengawal perhubungan- memberi perhatian terhadap pengawalan dan mengurangkan kesan negatif tekanan perasaan. Malah, kognitif adalah sangat lemah dalam mengawal tekanan perasaan dalam memberi perhatian yang positif, tetapi lebih mempunyai perhatian yang negatif.

3

2)

Strategi mengawal Strategi mengawal dan hasilnya. Tekanan merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal,

emosional dan psikologi. Perkara ini adalah suatu pekara yang biasa. Semua insan mengalami tekanan sama ada yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan, masa depan dan sebagainya. Tekanan adalah sesuatu yang dihadapi secara fizikal dan mental. Hal ini disebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian, badan kita secara automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, kadar metabolisme dan aliran darah ke otot. Menurut teori pengawalan identiti terdapat tiga cabang pengendalian iaitu tumpuan perasaan, tumpuan masalah (Folkman,Lazurus, Guen & Delongis 1986) dan tumpuan perhubungan (Coyne & Smith, 1991, DeLongis & O’Brien, 1990). Tumpuan emosi terdiri daripada tingkah laku seseorang dan mereka mempunyai strategi yang tersendiri untuk mengawal perasaan, contohnya sifat amarah dan menyebabkan berlakunya tekanan perasaan. Perasaan emosi yang pasif- perasaan terlalu merendah diri pada diri sendiri, suka menjauhkan diri dari orang lain dan sentiasa berasa sedih iaitu, mengalami tekanan yang terlalu teruk dan sukar untuk mengatasinya ( Epping-Jordan, Compas & Osawiecki, 1999). Selain itu, terdapat banyak lagi emosi yang dapat dibina untuk mengatasi tekanan perasaan- tumpuan strategik iaitu membuat penilaian semula ( Gross & John, 2003) dan persetujuan atau pemahaman (Stone, Kennedy- Moore & Neale, 1995) meskipun untuk menjadi lebih baik atau sesuai dengan keadaan.

Perlu kita ingatkan tekanan juga boleh membawa kesan positif. Setiap orang memerlukan sedikit tekanan untuk membuat kerja dengan cemerlang. Kunci untuk mengawal tekanan adalah dengan memastikan tahap yang sesuai yang boleh memberi tenaga, keghairahan, motivasi dan juga mengawal tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan
4

dan kesejahteraan hidup. Antara isu dan peristiwa yang yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah tuju, perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan, rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen. Contohnya, terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada, perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat. Misalnya, berpindah rumah merupakan keadaan tekanan yang tinggi. Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengawal tekanan ialah dengan membasminya. Ubah tekanan anda kepada satu yang dapat memotivasikan diri anda dengan memandang sesuatu dengan positif.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan atau mengawal tekanan jiwa iaitu melakukan senaman pernafasan yang memberi banyak manfaat termasuk mengoksigenkan darah yang dapat mengaktifkan otak, melegakan otot dan mententeramkan minda kita. Senaman pernafasan adalah sangat berguna kerana ia dapat dibuat di mana-mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Selain itu, melalui bertafakur (meditation) iaitu bersendirian tanpa apa-apa gangguan, otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dapat dibebaskan. Minda yang tenang dan lega membantu anda mengelakkan tekanan jiwa. Penggambaran atau ‘visualization’ juga dapat membantu anda mengawal tekanan perasaan iaitu dengan membayangkan kita mencapai tujuan dan cita-cita anda untuk memperoleh sesuatu. Pengurutan atau ‘massage’- terapi pengurutan dapat mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda anda. Kelegaan otot- iaitu dengan berbaring, bersenang-senang dalam masa tiga minit. Latihan ini boleh dibuat di mana-mana sahaja dan ini dapat membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah. Mendengar muzik- kerana muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Pengurusan masa- kenalpastikan kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkan mengikut keutamaan. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya- sikap terhadap sesuatu keadaan.

5

Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak sejajar menerusi penulisan. Contohnya, matlamat untuk mengatasi tekanan perasaan hendaklah mempunyai strategik yang berfaedah (Bonanno, Keltner, Holen & Horowitz, 1995). Tambahan lagi, ketidaksamaan persekitaran yang efektif akan mempengaruhi pendapat yang berbeza yang akan memnyebabkan masalah ini tidak dapat dikawal dengan sistematik. Masalah- menjelaskan strategi untuk mengawal tekanan perasaan dengan adanya aktiviti seperti perancangan dan mencari maklumat bagi mengatasi masalah tekanan perasaan. Umumnya, kaedah ini mempunyai pengawalan yang seimbang untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, pengkaji menyarankan pembabitan dengan masyarakat iaitu dengan bersosial dapat mengurangkan masalah tekanan. Selain itu, perkara yang lebih penting ialah strategik dan rasional dapat memberi faedah kepada pesakit yang mengalami masalah tekanan perasaan yang kritikal contohnya, kegagalan dalam akademik (Band & Weisz, 1988) berbanding sesetengah peristiwa yang lain lebih sukar untuk mengawalnya contohnya di bawah pengawalan perubatan (Weisz, Mc Cabe & Denning, 1994).

Hubungan- tumpuan untuk mengawal dirujukkan kepada kesantunan atau budi bicara dalam pengawalan utama pada tata laksana, pengawalan atau menyeimbangkan hubungan ketika masa ketegangan (O’Brien & DeLongis, 1997). Kajian yang lepas menyokong keberkesanan strategik, khususnya dalam konteks tekanan yang bersifat kumpulan iaitu ramai orang mengalami tekanan. Contohnya, percubaan untuk mengawal tumpuan ke atas menyeimbangkan hubungan dalam masa perkahwinan dan tekanan keluarga, contohnya kekosongan tumpuan hendaklah bercampur dengan mengurangkan tekanan dalam rumah tangga dan masalah keluarga setiap masa ( DeLongis & Holtzman, 2005). Pengawalan perasaan yang kosong hendaklah diatasi dengan meningkatkan hubungan antara suami isteri. Oleh itu, antara pengawalannya ialah sentiasa menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar iaitu sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku di kalangan suami isteri. Mereka hendaklah bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang berada di luar kawalan mereka. Selain itu, sentiasa bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar dengan pelbagai dugaan persekitaran.

6

Antara pengawalan lain yang dikaji oleh pengkaji ialah ramai masyarakat yang sudah berkerja mengalami tekanan di tempat kerja. Oleh itu, antara pengawalan yang boleh dibuat ialah mereka hendaklah bersikap realistik terhadap pekerjaan atau tanggunjawab mereka. Antaranya ialah mereka hendaklah mengakui kekuatan dan kelemahan diri, sentiasa berfikiran positif, cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan dan yang paling penting ialah memupuk sikap seronok bekerja di tempat kerja. Selain itu, untuk mengurangkan tekanan ketika menjalankan tugas ialah seseorang itu hendaklah sentiasa merancang kerja mereka iaitu kendalikan masa dengan bijak. Oleh itu, mereka hendaklah memberi keutamanan pada kerja yang lebih penting dan jangan sentiasa membiasakan diri dengan menangguh kerja. Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah dan bijak mengagihkan kerja dengan baik.

Kebanyakan pengetahuan masyarakat kita sekarang menurut reaksi atau pendapat mereka mengenai usaha dalam mengawal tekanan perasaan ialah datang daripada pelajaran seseorang individu. Mereka yang pernah mengalami peristiwa hitam dalam hidup mereka akan mengalami trauma yang teruk yang akan menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan (contohnya: Lepore, Silver, Wortman & Wagment,1996). Cara yang dapat mengawal tekanan perasaan mereka ialah mereka akan berkongsi pengalaman meraka dengan orang lain. Kajian menyarankan, pesakit menyampaikan pengalaman trauma mereka kepada orang ramai bagi mereka menyesuaikan diri dengan masyarakat dan lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai. Justeru itu, untuk mengawal tekanan perasaan ialah seseorang itu mestilah menyemai semangat bermasyarakat iaitu menjalankan persahabatan dengan rakan-rakan. Antaranya ialah senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah. Selain itu, seseorang pesakit boleh berkongsi masalah mereka dengan orang yang sedia mendengar dan boleh dipercayai dan mereka hendaklah sentiasa meluangkan masa untuk membantu rakan mereka yang bermasalah mengikut pengalaman yang pernah dialami sebelum ini.

7

Desakan sosial untuk bercakap tentang pengalaman mereka telah dikesan mempunyai implikasai yang negatif apabila menceritakan semula pengalaman trauma yang pernah dialami. Sebagai contoh, apabila kehilangan orang yang tersayang, mereka telah mendapat sambutan yang negatif daripada keluarga dan rakan. Mereka tidak mahu menanggung tanggungjawab untuk memelihara seseorang yang telah kehilangan keluarga. Antara cara lain yang dapat mengawal masalah ini ialah sentiasa mengamalkan komunikasi yang berkesan, biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif. Mereka hendaklah sentiasa meluahkan pendapat dengan penuh sopan, tegas dan jelas dan kita hendaklah menghormati pandangan rakan lain. Oleh itu, dengan sentiasa mengamalkan komunikasi ini dalam kehidupan, kita dapat mengurangkan jumlah masyarakat yang mengalami tekanan perasaan. Selain itu, antara cara lain yang dapat mengawal tekanan perasaan ialah sentiasa mengamalkan cara hidup sihat. Kita hendaklah meluangkan masa untuk berehat dan bertenang iaitu sentiasa bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi, tidak merokok, jauhi diri dari arak dan dadah, amalkan nilai-nilai murni dan yang paling penting ialah berpegang teguh kepada ajaran agama.

Kajian dalam tindak balas antara pesakit ‘arthritis rheumatoid’ dan mengambil tahu dalam persamaan panduan dan penutupnya (Griffin,Friend, Kaell & Bennett, 2001). Umumnya, apabila pesakit mengalami tekanan emosi yang negatif, mereka merasai perasaan ambil tahu daripada orang lain sebagai sesuatu yang negatif (contohnya, perasaan ingin marah dan tekanan jiwa). Pesakit menjadikan peningkatan yang negatif yang akan menambahkan penyakitnya. Dalam persamaan, apabila seseorang pesakit itu mengambil tahu yang lebih positif, oleh itu perasaan emosi tidak akan menguasai kesihatan mereka. Pengarang menyarankan satu corak kepada pesakit bagi mengawal tekanan dan juga pandangan negatif mereka iaitu menyediakan kepada mengurangkan tekanan jiwa yang akan merosakkan sekiranya pesakit tidak bergantung kepada orang lain atau sokongan daripada rakan. Oleh itu, sambutan yang penuh bermakna daripada orang lain untuk menangani adalah lebih penting dalam menyelesaikan masalah dalam persekitaran perkahwinan dan kesudahannya kedua-dua akan menjadi rakan, sekiranya mereka dapat mengawal tekanan perasaan di dalam rumah tangga.

8

Masalah kanak-kanak yang tidak upaya ialah mereka sering berada dalam tekanan dengan masalah sosial, ekonomi dan kehendak yang berlebihan (Dyson,1993). Keluarga yang mempunyai anak yang mengalami penyakit yang kronik umumnya melaporkan mereka mengalami tekanan yang amat teruk daripada orang yang mempunyai anak yang sihat (Hortan & Wallander, 2001). Perubahan hendaklah dikaji, sekurang-kurangnya bagi setiap bahagian bagaimana keluarga mengatasi tekanan dalam pelbagai cabaran. Walaubagaimanapun, ketidaksejajaran menuntut hubungan antara mengawal di dalam keadaan keluarga yang baik terhadap anak yang berkeupayaan dalam pergaulannya (Beresford, 1994). Oleh itu, perkara yang paling penting yang perlu diambil tahu ialah faktor kenapa mengalami tekanan perasaan. Seperti pandangan orang lain terhadap sambutan untuk mengawal iaitu dapat mempengaruhi pengawalan yang efektif terhadap keluarga.

9

3)

Perbincangan Perbincangan strategi mengawal tekanan perasaan.

Kajian berpuluh tahun lalu telah menunjukkan bahawa pemeriksaan dalam setiap individu dalam berhadapan dengan tekanan sebenarnya berguna dalam meramal masalah psychological adjustment sehinggalah kepada kegiatan tekanan serta keadaannya. Walau bagaimanapun, hasil penemuan dalam penyelidikan sekarang, menyarankan bahawa walaupun seseorang individu menggunakan teknik yang sama dalam mengatasi tekanan, namun keberkesanannya secara relektif oleh strategi ini barangkali berubah-ubah bergantung kepada konteks sosial dengan cara apa mereka terlibat.

Apabila diambil pasangan suami isteri yang membesarkan anak yang tidak berkemampuan, dapat dilihat bahawa kebanyakan dari mereka memberi respon dalam membantu mengatasi dan hal ini sebenarnya mempunyai kaitan dalam menurunkan aras tekanan psychological. Walaupun pelbagai cara telah digunakan untuk mengatasi tekanan dan kesengsaraan yang diramalkan, hubungan antara faktor ini dikatakan berbeza berdasarkan tanggapan terhadap reaksi pasangan suami isteri. Seperti yang diharapkan, lebih kerap penggunaan reproach coping dikaitkan dengan aras tekanan jiwa yang lebih tinggi. Selain itu, apabila keempat-empat strategi mengatasi digunakan pada model yang sama, reproach coping adalah satu-satunya strategi yang bebas dari dikaitkan dengan tekanan.

Reproach coping menyatukan satu kumpulan strategi yang melibatkan tindakan antagonis terhadap diri dan lain-lain strategi yang melibatkan tindakan antagonis terhadap diri dan lain-lain. Strategi ini dilihat mempunyai hubungan yang konsisten dalam memberi hasil yang negatif dalam kajian yang lepas. (Epping-Jordan (1999), Griffin (2001). Yang mengejutkan, cara mengatasi melalui relationship-focused coping dikatakan mempunyai hubungan dengan aras kemurungan yang tinggi. Bagaimanapun, interaksi antara kawalan relationship-focused coping dengan tanggapan terhadap tindak balas pasangan suami isteri

10

menunjukkan bahawa keberkesanan strategi ini boleh ditentukan melalui persekitaran sosial, di mana kegunaan relationship-focused coping dalam konteks tindak balas suami isteri yang dilihat negatif telah dikaitkan kemurungan jiwa yang teruk. Jika dibandingkan, kegunaan teknik relationship-focused coping dalam konteks tindak balas suami isteri yang positif tidak dikaitkan dengan kemurungan jiwa.

Corak ini dilihat konsisten dengan kajian terdahulu terhadap pasangan yang mencadangkan bahawa keuntungan menyesuaikan diri (seseorang yang sanggup beri respon dalam cara yang membina apabila rakan berkelakuan negatif ) mungkin bergantung sehingga pada tahap seseorang menemui respon itu dalam pasangan masing-masing( O’Brien & DeLongis,1997; Rusbult, Verette, Whitney, Slovik, & Lipkus, 1991). Penemuan kami mencadangkan jika keluarga sibuk dalam usaha mereka melengkapkan kehidupan mereka dan jika si suami atau isteri tidak membalas usaha ini, ia akan menyebabkan kenaikan dalam arus kemurungan. Penemuan menyarankan bahawa kegunaan pembentukan kognitif semula untuk mengawal pemberi tekanan mungkin berkesan dalam mengurangkan aras kemurungan jiwa, tapi dalam syarat-syarat tertentu di bawah respon positif dari si suami atau isteri. Di antara ibu bapa yang dilaporkan memberi respon negatif daripada si suami atau isteri, kegunaan pembentukan semula kognitif dikaitkan dengan aras kemurungan yang lebih tinggi. Penemuan ini konsisten dengan kajian terdahulu yang membuktikan bahawa keuntungan ekspresi yang terlalu mengikut perasaan akan hilang bila usaha bertemu dengan galakan yang tidak memberansangkan ataupun critical ear. (DeLongis ,1986; Lepore 1996)

Sebaliknya, dalam strategi mengawal fokus-hubungan dan emosi, hubungan di antara kawalan dalam masalah dan kemurungan tidak dipengaruhi oleh persepsi respon suami atau isteri dalam mengatasi masalah ini. Kegagalan dalam memenuhi peranan untuk pasangan masing-masing untuk beri respon mungkin memberi refleks kepada kenyataan di mana jawapan kepada masalah ini ataupun berusaha merealisasikan rancangan yang mungkin dibawa secara bebas oleh pasangan masing-masing.

11

Sebagai tambahan kepada penemuan berhubung dengan kesan pasangan suami isteri memberi respon kepada cara mengatasi, kita juga menemui bahawa pasangan suami isteri yang negatif memberi respon kepada cara untuk mengatasi masalah ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan kemurungan jiwa yang tinggi. Penemuan ini konsisten antara ketidakpuasan dengan sokongan dan kejiwaan yang negatif dan kesihatan fizikal (Holtzman, Newth & DeLongis, 2004; House, Landis, & Umberson, 1988; Walen & Latchman,2000).

Walaupun hipotesis utama disokong dengan data, namun masih ada batasnya terhadap penyelidikan itu. Pertama, peserta yang mengalami kemurungan yang teruk berkemungkinan akan lebih suka mentafsirkan respon dari pasangan suami isteri sebagai sesuatu yang negatif. Keterangan ini konsisten dengan literature yang menyarankan bahawa emosi pertama barangkali mempengaruhi persepsi industri sosial yang kabur. (Cohen, Towbes, & Flocco,1988). Kajian pada masa lampau juga telah menemui hubungan antara kemurungan dengan konflik perkahwinan, di mana simptom kemurungan pasangan boleh berlaku kepada perilaku yang bersifat menolak pasangan masing-masing dan sebaliknya (Benazon & Coyne,2000; Coyne, Thompson, & Palmer,2002). Oleh itu, penemuan ini menjelaskan pada sebahagian hubungan satu hala antara kemurungan dan respon negatif antara pasangan suami isteri.

Tambahan lagi, kemurungan mungkin mempengaruhi cara mengatasi sehinggalah kepada meramal respon orang lain. Sebagai contoh, kemurungan mungkin membawa kepada respon negatif daripada pasangan suami isteri apabila kemurungan dikaitkan dengan penggunaan reproach coping yang besar. Sebaliknya, jika individu mengalami tahap kemurungan yang tinggi, tetapi berupaya menggunakan relationship-focused coping, maka pasangan suami isteri tadi akan kurang memberi respon dalam cara yang negatif. Kajian kini akan memberi manfaat dalam menguji hubungan antara mengawal, dan kemurungan apabila merentasi masa menggunakan cara harian.

12

Kedua, ibu bapa perlu pelajari cara mengingatkan anak-anak yang ketidakmampuan dan terdapat variasi dalam kehidupan, waktu dan kesederhanaan dalam laporan stressor. Dalam kaitan pada yang ketidakmampuan yang kuat, kita tidak mampu menguji sama ada impak mengatasi dan respon orang lain berubah dengan ketidakupayaan yang pelbagai. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk menyiasat sama ada proses dyadic coping dipengaruhi oleh faktor sebegitu. Sebagai contoh, berdasarkan kepada hipotesis stress-buffering bagi sokongan sosial (Cohen & Wills,1985), pasangan suami isteri memberi respon untuk mengatasi mungkin dilihat lebih penting untuk kesejahteraan di antara ibu bapa yang mengalami bebanan yang tinggi yang berkait dengan permintaan caregiving. Maklumat ini mungkin berguna dalam mengetahui keluarga mana yang akan memberi manfaat yang lebih daripada campur tangan klinik. Sehingga tahap tertentu, penemuan kami telah disamaratakan kepada ibu bapa yang membesarkan anak-anak yang tidak berkemampuan juga memerlukan penyiasatan lanjut.

Ketiga, setelah ditaksirkan respon pasangan suami isteri untuk mengawal menggunakan nilai skala yang tepat, kami kekurangan informasi mengenai peserta kami yang mempertimbangkan sama ada untuk menyokong ataupun tidak dalam berhadapan dengan caregiving stress. Tindak balas tertentu berkemungkinan dianggap lebih berfaedah daripada yang lain dan mungkin bergantung kepada strategi khusus yang digunakan. Misalnya, jika suami atau isteri mengawal dengan tidak mempedulikan salah seorang daripada mereka (iaitu reproach coping) mereka mungkin lebih menyukai pasangan mereka mencuba untuk melibatkan diri dalam perbincangan yang terselindung di sebalik kemarahan dan kekecewaan mereka berbanding tidak mempedulikan tabiat atau cuba mengubah topik. Dalam erti kata lain, jika suami isteri mencuba untuk mengawal tekanan, dengan ”cuba melupakan segalanya” (menjauhkan diri), pasangan akan mendesak untuk perbincangan tentang topik kemurungan yang mungkin bukan respon yang diingini lebih tepat lagi, mereka mungkin gemar pasangan mereka menahan diri daripada membangkitkan isu atau mungkin mereka menawarkan beberapa jenis gangguan.

13

Kajian masa hadapan yang mungkin menguntungkan diperoleh daripada maklumat tambahan berhubung dengan tingkah laku suami isteri yang spesifik ditafsirkan sebagai respon positif melawan respon negatif, sehingga kepada satu tahap tindak balas yang diingini berbeza dari sisi caregiving stressor. Penemuan ini mungkin membantu sesama sendiri untuk mengatasi cabaran dalam membesarkan anak yang tidak berkemampuan. Akhirnya, disebabkan hanya 62 peratus ibu bapa dijemput untuk melibatkan diri dalam kegiatan ini, maka mungkin penemuan kami dipengaruhi oleh seleksi diri. Hal ini mungkin terjadi kerana ibu bapa yang biasa sahaja mengembalikan senarai soalan. Bagaimanapun, kita tiada sebab untuk percaya bahawa tindak balas orang lain tidak memberi kesan kepada hasil mengawal tekanan kepada mereka yang kebanyakannya mengalami tekanan. Namun begitu, future work perlu untuk menjelaskan sehingga tahap kepada pengalaman individu yang pelbagai jenis tekanannya merentasi stressor yang berbeza.

Meskipun terdapat batasan, sorotan daripada penemuan kini memberitahu kepentingan memahami bagaimana individu merasakan respon kepada orang lain sehinggalah kepada usaha mereka dalam mengatasi hal ini, dan bagaimana tanggapan orang ramai mungkin mempengaruhi kesejahteraan dan keberkesanan dalam mengatasi kemurungan. Kajian ini juga memberikan bimbingan berhubung dengan respon yang dirasai oleh orang lain ketika cuba mengatasi masalah ini. Penemuan kami mencadangkan bahawa campur tangan psycho-educational dianggap ke arah teaching coping skills kemungkinan besar akan jadi lebih berkesan jika kepentingan orang lain dimasukkan dalam proses perawatan. Para doktor mungkin telah meletakkan pesakit yang gagal jika mereka menggalakkan mereka menggunakan cara yang dapat menyesuaikan diri dalam mengatasi hal ini tanpa mempertimbangkan konteks sosial yang telah biasa mereka gunakan. Kajian ini telah menjumpai bukti untuk keunggulan campur tangan dalam psychological coping untuk pesakit yang menghidap radang sendi termasuklah pasangan suami isteri. Diberi alam komunal bagi banyak stressor yang dihadapi oleh ibu bapa yang membesarkan anak dengan penuh kekurangan, kita mengharapkan bahawa pendekatan didikan dalam mengatasi kemahiran campur tangan akan lebih penting dalam memastikan hasil yang terbaik bagi populasi ini.

14

4)

Faedah Tekanan merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal,

emosional dan psikologi. Perkara ini adalah suatu pekara yang biasa. Semua insan mengalami tekanan sama ada yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan, masa depan dan sebagainya. Tekanan adalah sesuatu yang dihadapi secara fizikal dan mental. Hal ini disebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian, badan kita secara automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, kadar metabolisme dan aliran darah ke otot. Menurut teori pengawalan identiti terdapat tiga cabang pengendalian iaitu tumpuan perasaan, tumpuan masalah (Folkman,Lazurus, Guen & Delongis 1986) dan tumpuan perhubungan (Coyne & Smith, 1991, DeLongis & O’Brien, 1990). Dalam jurnal ini, kami memperoleh beberapa faedah yang cuba disampaikan iaitu cara untuk menghadapi dan mengatasi tekanan. Tekanan juga mampu mendatangkan kesan positif terhadap diri seseorang kerana tekanan mampu membuatkan seseorang menjalankan sesuatu kerja dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, sekiranya tekanan tersebut tidak dikurangkan dan diatasi dengan baik, seseorang itu berkemungkinan berhadapan dengan masalah jiwa yang serius. Oleh itu, menghadapi dan mengatasi tekanan dengan baik adalah penting supaya masalah yang dihadapi tidak menjadi semakin serius. Antara cara yang dicadangkan untuk menghadapi dan mengatasi tekanan dalam jurnal ini ialah dengan melakukan senaman pernafasan. Senaman ini mampu mendatangkan kesegaran kepada otak kita dan membuatkan kita dapat berfikir dan baik. Selain itu, bertafakur juga merupakan satu cara untuk mengawal tekanan kerana mampu menatur semula pernafasan kita dengan baik. Di samping itu, teknik penggambaran juga mampu mendatangkan rasa tenang dalam diri seseorang dengan menggambarkan seseorang yang disayangi atau pemandangan yang disukai secara perlahan-lahan. Pengurutan juga mampu memberikan ketenangan kepada seseorang yang sednag menghadapi tekana kerana pengurutan mampu melancarkan pengaliran darah dalam tubuh di samping mampu melegakan otot-otot yang penat bekerja. Secara tidak langsung, oksigen yang sampai ke otak dengan baik mampu membuatkan
15

seseorang dapat berfikir dengan rasional. Selain itu, mendengar muzik juga merupakan terapi yang berkesan untuk mengurangkan tekanan seseorang kerana muzik yang tenang mampu menenangkan jiwa dan minda. Pengurusan masa yang baik juga adalah penting supaya kerja yang ditugaskan dapat disiapkan pada masanya dan sekaligus mengurangkan tekanan kerja yang dilakukan. Di samping itu, memandang sesuatu perkara secara positif juga mampu memberikan ketenangan jiwa dalam diri seseorang.

5)

Kelebihan Kanak-kanak istimewa boleh digolongkan di dalam kategori mereka yang mengalami

masalah biologikal sama ada diwarisi melalui kedua ibu bapa ataupun diwarisi melalui faktor persekitaran. Kebanyakan kanak-kanak yang telah didiagnosis, sebanyak 31% mengalami kelumpuhan, 28% mengalami kecatatan pada tulang belakang sejak kelahiran lagi yang menjadikan seseorang itu lumpuh, 11% mengalami masalah pendengaran dan baki sebanyak 38% mengalami kecacatan lain seperti masalah visual, sawan babi dan lain-lain kecacatan. Jika dilihat dari luarannya, kanak-kanak istimewa ini tidak ada beza dengan kanak-kanak normal yang lain. Namun, sebenarnya mereka ini mempunyai masalah pembelajaran yang memerlukan perhatian yang lebih daripada kanak-kanak biasa. Sekali imbas, wajah mereka normal, malah mereka boleh bertutur, mendengar, memahami dan cukup sifat, namun di sebalik itu ada kekurangannya yang harus diberi sokongan dan bantuan.

Perkara yang dapat diaplikasikan melalui jurnal ini kepada kehidupan harian kita ialah ianya dapat memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa ini ataupun individu lain tentang cara-cara penjagaan yang sistematik dan berkesan kepada kanak-kanak tersebut. Dengan ini, ibu bapa perlulah memahami emosi kanak-kanak istimewa tersebut di dalam melayan karenah mereka. Apa yang penting sekali adalah kesabaran dan ketabahan dalam mendidik mereka. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya.

16

Di samping itu, dengan wujudnya kelas-kelas tertentu di sekolah menengah mahupun sekolah rendah yang menyediakan pelajaran khas untuk kanak-kanak istimewa ini akan membolehkan mereka seiring bersaing dengan kanak-kanak normal yang lain dalam menghadapi dunia yang kian maju pembangunannya. Kelas-kelas yang diwujudkan ini akan memberi pelajaran tentang cara-cara untuk berkomunikasi dengan individu lain. Dengan itu, masalah kecacatan bukan lagi menjadi faktor utama bagi kanak-kanak ini untuk berkomunikasi dengan individu lain. Antara contoh yang kita boleh lihat di sini ialah dengan penubuhan Pusat Pembangunan Potensi (CADS) yang ditubuhkan pada tahun 2003 yang lalu. Pertubuhan ini ditubuhkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan sekumpulan ibu bapa, ahli akademik dan sebahagian individu yang prihatin dengan kanak bermasalah dalam pembelajaran. Pusat Perkembangan CADS ini mula beroperasi penuh pada 2004 khusus untuk menempatkan kanak-kanak yang menghidap ‘celebral palsy’, hiperaktif, Sindrom Down dan disleksia. Pihak kerajaan juga telah menunjukkan keprihatinan dengan menyediakan sebuah premis yang sesuai untuk dijadikan tempat bagi pertubuhan ini menjalankan aktiviti-aktivitinya. Selain sumbangan daripada pihak kerajaan, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga telah memberi sumbangan sebanyak RM120,000 kepada Persatuan Pusat Pembangunan Potensi (CADS) dalam satu majlis ringkas di pejabat Baitulmal pada November 2008 yang lalu. Selain itu, pada masa kini terdapat juga kursus-kursus di universiti yang menawarkan pengajaran dalam bidang ini yang menjanjikan pendapatan yang seiring dengan profesion perguruan yang lain.

Tambahan pula, melalui jurnal ini, ianya dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk memahami dengan lebih lagi tentang anak-anak mereka. Mereka harus memberikan galakan yang positif kepada anak-anak mereka untuk berjaya pada masa yang akan datang. Contoh yang kita boleh lihat di sini ialah pada era ini, terdapat ramai individu yang kurang upaya atau nama lainnya OKU boleh menjejakkan kaki ke menara gading sekaligus menjawat jawatan yang tinggi samada di dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Ini membuktikan bahawa setiap orang boleh berjaya dan kejayaan bukan hanya bergantung kepada faktor fizikal semata-mata tetapi apa yang lebih penting ialah semangat yang kental
17

untuk berjaya dan juga harga diri bagi individu itu sendiri seperti kata Nathaniel Branden iaitu “ Harga diri ialah faktor utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan setiap orang sebagai seorang insan” (Harga Diri : 1997).

Di samping itu, melalui jurnal ini juga kita dapat mengetahui bahawa kecacatan dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu seperti kecacatan pada bahagian telinga dan juga sebagainya. Hospital-hospital kerajaan dan juga swasta telah pun diwujudkan untuk mengenalpasti jenis-jenis kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak ini di samping wujudnya pusat-pusat kesihatan yang menyediakan rawatan khusus untuk masalah kecacatan ini. Tidak lain juga teknologi yang semakin pesat pada masa kini memberi peluang kepada mereka yang mengalami masalah kecacatan seperti bibir sumbing dan masalah pendengaran untuk mendapatkan rawatan dan kembali normal tetapi memerlukan kos yang agak tinggi di dalam usaha pemulihan tersebut. Kanak-kanak kurang upaya juga dikecualikan bayaran di Hospital Kerajaan, tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi, serta tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

18

6)

Komen secara keseluruhan terhadap jurnal

Tekanan berlaku dalam semua aspek kehidupan. Adakalanya stress membawa kesan yang positif dan individu yang mengalami tekanan positif akan merasa lebih bersemangat untuk menghadapi kehidupan. Tidak kurangnya juga stress yang membawa kesan negatif dan individu yang mengalami stress negatif akan merasa sangat tertekan dan hilang kemampuan untuk berfungsi secara optima.

Stress boleh dilihat secara positif atau dikenali dengan nama eustress. Dalam percintaan(melibatkan pasangan suami isteri) stress positif lazimnya akan merangsang perasaan kasih sayang yang lebih mendalam dan membina ikatan perhubungan yang lebih kukuh. Ini kerana eustress boleh dianggap sebagai cabaran dan dugaan yang menguji kekuatan kasih antara dua insan. Namun demikian stress negatif atau distress juga sering wujud menyebabkan pasangan mula berkonflik dan secara tidak langsung menghakis tenaga dan perasaan cinta yang ada antara satu sama lain. Distress ini boleh memisahkan pasangan sekiranya langkah-langkah yang sepatutnya tidak diambil untuk memperbaiki hubungan tersebut.

Dalam jurnal ini, ia memberitahu tentang bagaimana kita boleh mengatasi tekanan dalam percintaan lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri. Percintaan juga boleh mengakibatkan stress yang tidak kurang hebatnya. Stress negatif dalam percintaan akan memalapkan api kemesraan dan mungkin memusnahkan perhubungan cinta tersebut sekiranya tidak ditangani dengan segera dan berkesan. Oleh itu, jurnal ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang stress di kalangan pasangan yang bercinta dan membantu mereka melengkapi diri dengan cara-cara menangani stress antara pasangan suami isteri yang bakal mahupun yang mempunyai anak yang kurang upaya dalam kehidupan mereka. Ia juga akan membincangkan perkara-perkara yang perlu dielakkan bersama pasangan agar stress dapat dikurangkan atau dielakkan sama sekali. Akhir sekali, jurnal ini akan membincangkan beberapa teknik pengurusan stress yang praktikal dan berkesan untuk membantu individu yang sedang atau merancang untuk membina hubungan yang mesra dan berkekalan.
19

Dalam kes hubungan suami isteri, untuk memastikan mereka dapat menangani stress dengan baik, mereka seharusnya tahu tentang punca-punca atau stressor yang terlibat. Tanpa mengetahui punca-punca atau stressor kaedah menangani stress tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan stress samada ianya telah dijangkakan atau tidak dijangkakan oleh pasangan yang terlibat. Lebih elok sekiranya kedua-dua pasangan tersebut peka terhadap punca-punca ini agar dapat saling membantu menangani stress yang berlaku. Ini akan membantu membentuk keharmonian dan mengeratkan lagi kasih sayang antara pasangan. Berikut adalah antara punca-punca stress atau stressor yang biasa berlaku dalam pasangan suami isteri.

Kebanyakan pasangan yang suami isteri pastinya akan mengharapkan hubungan yang berkekalan. Namun alam perkahwinan, walau seindah mana pun tetap akan diwarnai dengan pelbagai cabaran dan dugaan dan stress adalah sebahagian daripadanya. Stress akan berlaku kepada setiap orang yang bercinta disebabkan keunikan individu, perbezaan pendapat, cara hidup dan perpektif yang berlainan tentang hidup. Stress yang berlarutan dan tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan simptom-simpton stress yang lazim. Sekiranya dibiarkan melarat akan memudaratkan kesihatan fizikal dan mental. Ada individu yang terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling atau yang lebih serius perlu mendapatkan perkhidmatan psikiatri untuk membantu mereka menangani stress. Oleh itu kefahaman tentang stressor dan cara-cara menanganinya haruslah diketahui oleh setiap individu samada mereka sedang berada di alam percintaan atau tidak. Malah stress dalam hubungan percintaan juga dapat dielakkan sekiranya pasangan tahu perkara-perkara perlu diambil berat dalam sesuatu perhubungan. Oleh kerana stress adalah perkara biasa dalam kehidupan, maka setiap individu perlu lebih peka tentang semua aspek berkaitan stress agar hidup berpasangan lebih bermakna dan berkekalan. Hubungan percintaan dalam perkahwinan harus dibajai dengan sikap-sikap positif dan langkah-langkah menangani stress yang berkesan agar cinta tetap subur selama-lamanya.

20

Dalam kes tekanan dalam menjaga anak yang kurang upaya pula, secara amnya kanak-kanak kurang upaya didefinisikan sebagai kanak-kanak istimewa yang mempunyai kesukaran atau ketidakupayaan fizikal, mengalami kesukaran dalam pembelajaran atau masalah tingkah laku atau kedua-duanya. Kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan dan penjagaan yang lebih dan khusus untuk memenuhi potensi mereka. Memiliki anak kurang upaya membentuk pelbagai reaksi dan penerimaan di kalangan ahli keluarga. Begitu juga dengan tekanan yang bakal dihadapi oleh ahli keluarga tersebut. Meskipun Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun, namun kemudahan dan akses yang disediakan untuk golongan kurang upaya masih kurang diberi perhatian. Hal ini secara tidak langsung membentuk perasaan bimbang di kalangan ibu bapa dalam mengurus dan memikirkan tentang masa depan dan nasib anak kurang upaya mereka. Tanpa kita sedari juga, kita mungkin terlupa untuk memikirkan perasaan dan nasib anak kurang upaya itu sendiri.

Kesedihan merupakan reaksi biasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa apabila mengathui bahawa mereka memiliki anak kurang upaya. Dalam melalui proses kesedihan (grieving), ibu bapa biasanya menjadi marah, tertekan atau tenggelam dalam kesedihan dan dipenuhi dengan rasa bersalah. Kadang kala mereka bertindak untuk menafikan bahawa mereka memiliki anak-anak kurang upaya, dan menafikan bahawa tidak ada apa-apa yang kurang terhadap anaknya sama ada dari sudut fizikal mahupun mental. Reaksi tersebut adalah sesuatu yang normal. Ia akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku ibu bapa serta penerimaan mereka terhadap anak-anak kurang upaya. Pada tahap ini, ibu bapa sangat memerlukan bantuan dan sokongan untuk membantunya dalam melalui keadaan tersebut.

Dalam menguruskan anak-anak kurang upaya, terdapat pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa. Antara masalah yang sering dihadapi oleh golongan ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya ialah kesukaran anak itu menguruskan dirinya sendiri. Amalan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang suka membantu kadang kala tanpa kita sedari, telah membentuk sikap kebergantungan yang tinggi di kalangan anak-anak kurang upaya kepada orang-orang di sekelilingnya. Sikap ini secara

21

tidak langsung tidak menggalakkan anak itu untuk berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran tanpa bantuan sesiapa. Sedar atau tidak, kanak-kanak tersebut akan terus bergantung dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya untuk menguruskan dirinya. Di Barat, masyarakat di sana sangat mengambil berat tentang komuniti kurang upaya ini. Namun, mereka lebih menggalakkan golongan kurang upaya untuk berdikari dalam menguruskan diri mereka sendiri.

Selain itu, antara masalah yang sering dialami oleh golongan kurang upaya dan keluarganya ialah kemudahan-kemudahan untuk golongan ini, dan akses untuk menggunakannya. Tidak banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan masyarakat kurang upaya. Misalnya kemudahan bersukan dan berekreasi. Begitu juga dengan kemudahan hospitaliti dan kemudahan perubatan. Kita juga dapat melihat senario di mana terdapat juga sebilangan masyarakat Malaysia yang tidak mengambil berat dan kurang peka tentang golongan kurang upaya. Kemudahan-kemudahan seperti kawasan letak kereta khas mahupun tempat duduk khas untuk golongan ini sering digunakan oleh golong yang sempurna tubuh badannya. Secara tidak langsung, ia menyukarkan golongan kurang upaya untuk menggunakannya.

Situasi di atas juga telah mendorong kepada pengabaian hak golongan kurang kurang upaya, tanpa kita sedari. Hal yang lebih memberatkan keadaan apabila anak itu sendiri turut diabaikan dan dinafikan haknya di dalam sistem kekeluargaan. Senario ini bukanlah aneh dan mustahil untuk berlaku. Apa lagi sekiranya ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka tidak sesempurna anak-anak yang lain. Situasi ini akan mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak tersebut yang tidak menerima rangsangan dan galakan yang sepatutnya daripada orang-orang di sekelilingnya. Pengabaian dan penafian hak juga akan menyebabkan anak-anak kurang upaya tidak mendapat hak kemudahan untuk belajar dan merangsang diri mereka dengan sewajarnya.

Sungguh pun begitu, permasalahan utama yang timbul adalah penerimaan dan corak gaya ahli keluarga dalam menangani tekanan dan menyesuaikan diri mereka dengan situasi

22

tersebut. Pengurusan sistem kekeluargaan yang berkesan juga amat perlu untuk mengelakkan daripada berlakunya pengabaian hak ke atas anak-anak yang kurang upaya, mahupun anak-anak yang lain. Bagi ibu bapa yang bekerja dan berkemampuan, mungkin tidak akan mengalami masalah yang berat. Namun bagi ibu bapa yang mempunyai status sosioekonomi (SES) yang rendah, ia agak membebankan. Ibu bapa yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah, dan memiliki anak-anak kurang upaya akan lebih mudah terdedah kepada tekanan atau depresi. Jadi, diharapkan agar sesiapa yang mempunyai tekanan yang berkaitan diharapkan dapat menggunakan isi jurnal ini untuk mengawal tekanan yang mereka hadapi.

Bibliografi

Ida Hartina binti Ahmed Tharbe (2004). Memahami Stress Dalam Hubungan Percintaan. Tesis yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Teresa J. Marin, Susan Holtzman, & Anita Delongis (2007). Coping and the response of others. Dalam Sage Publications (atas talian). Diperoleh pada February 7, 2009 daripada http://spr.sagepub.com

23

24