Refleksi Pada semester ini, tugasan bagi pentaksiran dan pengurusan mata pelajaran pendidikan moral di sekolah rendah

(ELM 3103) adalah membuat sebuah jadual spesifikasi ujian (JSU) dan menghasilkan 15 jenis soalan objetif serta menulis ulasan kritikal untuk menerapkan intipati Rukun Negara dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah. Terdapat beberapa masalah yang telah saya hadapi semasa menjalankan kerja kursus ini. Semasa melaksanakan kerja kursus ini, saya telah menghadapi masalah untuk menghasilkan jadual spesifikasi ujian. Hal ini kerana ini adalah kali pertama saya menghasilkan jadual spesikasi ujian berdasarkan tajuk unit yang telah diberikan. Selain itu, apabila saya melayari Internet untuk mencari contoh jadual spesifikasi ujian, saya sedar bahawa jadual ini selalunya dibuat mengikut tajuk-tajuk unit tahunan dan bukannya mengikut subtopik-subtopik unit. Nanum, saya tetap tidak berputus asa untuk belajar membuat jadual ini dan akhirnya saya telah berjaya mendapatkan menghasilkan jadual spesifikasi ujian berkat daripada rakan sekerja semasa menjalankan praktikum. Melalui kerja kursus ini, saya telah mengetahui tentang peranan dan tanggungjawab seorang guru panitia pendidikan moral. Guru panitia pendidikan moral perlu memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Moral setiap tahun untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan huraian sukatan pendidikan. Tugas-tugas bagi panitia pendidikan moral adalah menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangan, menyelaraskan penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian setiap tahun, membuat sasaran peratusan kelulusan, menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan dan sebagainya. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Ustaz Izzuddin kerana telah banyak membantu saya dalam kerja kursus ini. Beliau sanggup meluang masa berbincang dengan kami tentang kehendak kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang lain kerana banyak membantu saya dalam tugasan ini. Tanpa bantuan dari rakan saya yang lain, tidak mungkinlah kerja kursus ini dapat menyiapkan dalam masa yang ditentukan.

Related Interests