TOPIK 1: SEJARAH BAHASA DAN PERKEMBANGAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Latihan 1.1 Bincangkan teori perkembangan bahasa dengan memberikan penekanan kepada dua teori yang dikemukakan. Bahasa adalah keperluan manusia. Ia berkembang dengan perkembangan manusia. Banyak pendapat mengenai teori kelahiran bahasa, namun begitu akan dibincangkan di sini dua teori daripadanya iaitu 1. Teori Tauqifi Teori ini mengatakan bahawa bahasa itu merupakan wahyu daripada Allah swt. (Emil BadiÊ YaaÊqub 1986). Justeru, ia merupakan (pendidikan rabbani) yang datangnya secara langsung daripada Allah yang mengajar manusia pertama dan seterusnya dipindahkan pengetahuan itu dari satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Teori Tauqifi ini telah dikemukakan dan diperkatakan oleh beberapa orang ulama bahasa seperti Abu ÂAli al-Farisi (377h), Ahmad Bin Faris (395h), dan lain-lain lagi. 2. Teori Istilah Teori ini mengemukakan pendapat bahawa perkembangan bahasa adalah melalui istilah. Manusia pada zaman permulaan apabila telah sampai ke peringkat pengucapan melalui perkataan-perkataan telah berpakat dan bersetuju di antara sesama mereka untuk memberi nama kepada bendabenda yang berada di sekeliling mereka dengan nama-nama yang tertentu. Proses ini berterusan dari generasi ke generasi hinggalah sampai kepada kemuncak perkembangan bahasa. Ini adalah kerana bahasa merupakan fenomena masyarakat yang hidup dan berjalan selari dengan kehidupan manusia. Oleh itu, ia mempunyai permulaan dan seterusnya berkembang dari semasa ke semasa. Terdapat ulama yang mengambil jalan tengah dengan menyatukan keduadua pendapat dan teori di atas. Mereka mengatakan bahawa permulaan bahasa itu berasaskan dua faktor iaitu wahyu daripada Allah dan seterusnya diperkembangkan oleh manusia. Pendapat ini telah diperkatakan oleh Jalaluddin al-Suyuti (911h). Al-Suyuti lebih memihak kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh al-Imam al-Suyuti ini kerana ia dilihat sebagai lebih adil dan tepat. Latihan 1.2

Huraikan secara ringkas perjalanan pendidikan bahasa Arab di Malaysia.
Pendidikan bahasa Arab berkembang seiring dengan perkembangan Islam kerana bahasa ini sangat diperlukan dalam memahami dan menyebarkan Islam.Pada peringkat awal perkembangan pendidikan bahasa Arab iaitu pada peringkat awal kedatangan Islam, ia diajar oleh guru-guru agama yang terdiri daripada ulama Arab yang berketurunan Sayyid atau Sheikh masih menumpukan perhatian mereka kepada pendidikan asas agama Islam iaitu bacaan al-Quran dan fardhu ain kepada penduduk di rantau ini. Pendidikanbahasa Arab pada ketika itu hanya tertumpu kepada pengajaran huruf-huruf Arab dan pembelajaran bacaan al-Quran dengan betul. Kanakkanak Melayu Islam ketika itu akan dihantar ke surau-surau, masjid-masjid atau ke rumahrumah guru sebagai

institusi pendidikan Islam dan secara tidak langsung berperanan sebagai institusi pendidikan bahasa Arab. Pendidikan bahasa Arab pada masa itu berlaku secara tidak langsung kerana diterapkan bersama pengajaran agama. Menjelang kurun ke-19, berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan agama di Tanah Melayu ketika itu. Sistem pondok ini dipercayai berasal daripada sistem pendidikan di Mekah. Ini berdasarkan dua aspek penting iaitu aspek kurikulum dan aspek pelaksana kurikulum. Menerusi sistem ini pendidikan bahasa Arab mula dimasukkan dalam sistem pendidikan Islam secara lebih terancang dan lebih berkesan. Pada kurun ke-20, sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu sekali lagi mengalami perkembangan baru dengan munculnya sistem yang dikenali sebagai madrasah. Sistem madrasah di Tanah Melayu diperkenalkan oleh dua tokoh pemimpin kaum muda iaitu Syed Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin yang mendapat pendidikan di Timur Tengah. Sistem madrasah ini telah memperkenalkan kurikulum baru untuk menyesuaikan pendidikan Islam dan bahasa Arab di Tanah Melayu dengan kurikulum yang dijalan dan dilaksanakan di Timur Tengah. Usaha ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajarnya di sini dapat melanjut dan menyambung pelajaran di universiti-universiti di di Timur Tengah khususnya Universiti al-Azhar. Selepas kemerdekaan, melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Bahasa Arab telah mula diubal secara rasmi pada 1977 bersama penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Penubuhan ini bermula apabila KPM telah mengambil alih 11 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang selama ini juga telah menawarkan bahasa Arab di dalam sistem pendidikannya kepada para pelajar. Latihan 1.3 Apakah kepentingan bahasa Arab kepada kita di Malaysia? (i) Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Umat Islam amat memerlukan bahasa ini untuk memahami al-Quran. Penguasaan bahasa Arab yang baik akan memberi nilai tambah dalam membaca dan memahami al-Quran. Lebihndaripada itu masyarakat di Malaysia terutama masyarakat Islam amat menghormati mereka yang boleh berbahasa Arab. (ii) Bahasa yang digunakan dalam ibadah. Bahasa Arab digunakan di dalam setiap solat yang didirikan oleh setiap umat Islam lima waktu dalam sehari semalam. Keperluan ibadah ini memerlukan setiap umat Islam membaca bacaan wajib di dalam solat dengan menggunakan bahasa Arab. Begitu juga dalam amalan-amalan sunat seperti berdoa dan berzikir walaupun boleh dibaca dengan bahasa lain tetapi masyarakat Islam di sini begitu memberikan keutamaan kepada bahasa Arab. (iii) Bahasa Arab adalah bahasa hadith. Hadith merupakan sumber sistem Islam. Setiap penganut Islam yang ingin memahami hadith perlu memahami bahasa Arab sebagai alat untuk memahami hadith sebagai sumber utama Islam.

(iv) Penguasaan ekonomi dunia. Negara-negara Arab kini menguasai kekayaan ekonomi dunia dengan sumber minyak. Negara-negara yang ingin menjalinkan urus niaga dengan negara pengeluar minyak dari negaranegara Arab perlu memahami bahasa Arab agar urus niaga dapat dijalankan dengan baik. (v) Bilangan pengguna bahasa ini yang ramai. Bahasa Arab menjadi bahasa utama 22 buah negara Arab dan menjadi bahasa kedua di negara-negara umat Islam. Kedudukannya menjadikan bahasa Arab digunakan oleh satu pertujuh dari negara-negara di seluruh dunia. Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa komunikasi antara umat Islam antara satu sama lain. Ujian 1 Senaraikan fungsi bahasa dalam masyarakat dan kebudayaan. Peranan Bahasa dalam masyarakat Bahasa berfungsi: • sebagai alat perhubungan dalam masyarakat. • bahan perhubungan dalam memenuhi keperluan. • usaha saling memahami antara satu sama lain. • alat perhubungan antara sebuah masyarakat dengan sebuah masyarakat yang lain. • mempereratkan antara masyarakat dan individu dalam masyarakat. Peranan Bahasa dalam kebudayaan • Bahasa adalah budaya manusia. • Manusia yang berbudaya dilihat pada bahasa mereka. • Membina ketamadunan yang memiliki identiti dan jati diri • Wasilah pendidikan dan pengajaran • Wasilah pemindahan maklumat warisan ke arah penerusan tamadun dan peradaban. Ujian 2 1. Berikan hujah anda yang menyokong bahasa Arab sebagai bahasa terbaik. Bahasa arab adalah bahasa terbaik kerana mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain tanpa dapat disaingi atau cuba digugat oleh bahasa-bahasa lain. Ini berdasarkan kepada Firman Allah dalam al-Quran surah Surah al-Syu ara 192-195 yang bermaksud: Maksudnya: „Dan sesungguhnya al-Quran benar-benar diturunkan oleh Allah tuhan semesta alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatn, dengan bahasa Arab yang jelas. Begitu juga dalam ayat yang lain Allah Taala berfirman yang menggabungkan penciptaan manusia dengan mengajarkan mereka bahasayang jelas iaitu bahasa Arab.

Maksudnya: „Dia (Allah) menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara. (al-Rahman 3-4). Apabila Allah mengkategorikan bahasa Arab sebagai Âal-bayanÊ, sekaligus menggambarkan bahawa bahasa Arab merupakan bahasa istimewa yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain. 2. Huraikan 5 daripada ciri-ciri istimewa bahasa Arab. (i) Fonologi Huruf-huruf bahasa Arab begitu unik. Sebahagian daripadanya keluar daripada kerongkong, ada yang keluar daripada dua bibir, dan ada pula yang keluar antara kerongkong dan bibir. Dengan itu, terdapat keseimbangan dalam menuturkan perkataan-perkataan Arab. (ii ‫(الءعراب‬fleksi) IÊrab atau fleksi adalah merupakan perubahan keadaan pada akhir perkataan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Fleksi dapat membezakan kedudukan makna dalam sesuatu ayat. Fleksi juga dapat membezakan di antara bahasa fasahah dan bahasa dialek. Oleh itu, telah disebut bahawa „Fleksi adalah cabang kepada makna (iii) ‫( الستعارة‬kiasan) Ia merupakan penggunaan sesuatu perkataan yang tidak mengikut pengertian asal kerana ada hubungan persamaan serta ada petanda yang menghalang daripada menggunakan pengertian asal. (iv) ‫التكرار والعادة‬ Ia merupakan kata yang diulang kerana ingin menguatkan amaran atau menambahkan peringatan. (v) ‫( الشتقاق‬derivasi) Ia membentuk perkataan daripada perkataan lain mengikut kaedah morfologi. Derivasi merupakan suatu perkara yang penting dalam perkembangan bahasa Arab. (vi) ‫التعريب‬ Ia adalah merupakan perkataan daripada bahasa lain yang masuk ke dalam bahasa Arab. Contohnya ialah perkataan “firdaus” yang telah ditakribkan daripada perkataan “baradaris”. Kemasukan perkataan ini ke dalam bahasa Arab telah diseimbangkan dengan “wazan” (acuan) bahasa Arab agar ia menjadi cocok. Terdapat banyak perkataan yang telah ditaÊribkan terutama setelah Islam menerima penganut dari pelbagai bangsa dan bahasa. (vii) ‫( الشتراك‬polisem) Ia merupakan perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna aitu perkataan yang sama bentuknya tetapi membawa makna yang berlainan di antara satu sama lain. (viii) ‫( الترادف‬sinonim) Ia merupakan perkataan yang mempunyai persamaan pada makna, iaitu sesuatu yang mempunyai nama yang pelbagai tetapi merujuk kepada benda yang sama. Contohnya ialah nama bagi perkataan pedang ialah “saif”, “muhannad”, “husam”, dan sebagainya.

TOPIK 2: KURIKULUM BAHASA ARAB KOMUNIKASI SEKOLAH KEBANGSAAN (BAKSK) Latihan 2.1 Bincangkan dua peringkat pelaksanaan BAKSK di Malaysia. Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Kebangsaan (BAKSK) adalah salah satu kurikulum yang dilaksanakan di sekolah kebangsaan melalui dua peringkat utama: Peringkat pertama ialah Projek Rintis. Kurikulum BAKSK mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia secara rasmi pada tahun 1997. Ia dilaksanakan melalui Projek Rintis dengan memilih 97 buah sekolah yang terpilih sahaja sebagai pelaksanaan kurikulum ini untuk tahun satu sahaja. Kemudian pada tahun 1998 pelaksanaan kurikulum ini diteruskan dengan menawarkan kepada pelajar di tahun satu dan dua di sekolah terpilih. Pada tahun 2002 pelaksanaan kurikulum rintis ini telah meliputi setiap tahun bermula tahun satu hingga tahun enam. Walaubagaimanapun ia hanya terhad kepada 910 sekolah terpilih yang melibatkan 5828 buah kelas dan 172941 orang pelajar dan 779 orang guru. Projek rintis ini memperuntukkan masa pengajaran dan pembelajaran 120 minit seminggu (30 minit x 4 waktu ). Peringkat kedua ialah BAKSK sebagai Bahasa Tambahan. Beberapa perubahan telah dilaksanakan setelah berakhirnya projek rintis yang memakan masa selama 6 tahun bermula 1997 hingga 2002. Pada tahun 2003, penawaran BAKSK dilaksanakan sebagai Bahasa Tambahan. Bahasa Tambahan yang ditawarkan di sekolah kebangsaan terdiri dari tiga bahasa: (i) Bahasa Arab Komunikasi (BAK) (ii) Bahasa Cina Komunikasi (BCK) (iii) Bahasa Tamil Komunikasi (BTK) Latihan 2.2 Huraikan apakah empat objektif BAKSK? Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi adalah berobjektifkan agar pelajar dapat mendengar bunyi-bunyi huruf, perkataan-perkataan dan ayat-ayat serta memahami maknanya. Ia melibatkan aktiviti kemahiran mendengar. Ada tiga bahan yang perlu didengar sebagai proses pertama dan memahami apa yang didengar sebagai komponen kedua dalam objektif ini. Bahan yang perlu didengar dibahagikan kepada tiga perkara iaitu bunyi huruf, perkataan dan ayat. Kedua pelajar dapat menyebut bunyi, perkataan dan ayat dengan sebutan yang tepat. Objektif kedua memberikan penekanan kepada aktiviti menghasilkan bahasa. Fries (1983) mengatakan bahawa 85% daripada bahasa yang digunakan oleh manusia dalam komunikasi ialah pertuturan..adalah satu aspek penting yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing (Nunan 1991).

Ketiga ialah pelajar dapat berbual atau berdialog dengan menggunakan bahasa Arab dalam situasi yang pelbagai serta memahaminya. Penekanan diberikan kepada interaksi bahasa Arab yang berlaku sama ada antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru. Interaksi ini perlu menggunakan kemahiran kemahiran bahasa dalam situsi-situasi yang dekat dengan kehidupan pelajar. Pelajar dapat menggunakan bahasa Arab di dalam penghidupan sehariannya seperti memperkenalkan nama dan bertanya orang lain untuk tujuan perkenalan. Bahasa dijadikan eleman atau media komunikasi antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan pihak-pihak yang lain. Keempat ialah pelajar dapat membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat dengan bacaan yang betul dan jelas serta memahaminya. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran lain. Membaca adalah satu proses yang memerlukan seseorang itu menterjemah dan mantafsirkan kembali lambang-lambang bertulis (tulisan) kepada lambang-lambang bunyi (suara) yang hendak disampaikan. Selain membaca pelajar juga dapat memahami makna dan kandungan apa yang menjadi bacaannya Latihan 2.3 Apakah tiga asas pengajaran dalam strategi pengajaran dan pembelajaran BAKSK? Pengajaran yang dijalankan perlu mengambil kira 3 asas penting. Asas pertama ialah pengalaman harian pelajar. Pengalaman harian pelajar adalah asas penting di dalam pengajaran BAKSK. Para guru perlu memberikan perhatian kepada asas ini dalam membantu dan menjadikan pengajaran mereka lebih berjaya. Pengalaman harian pelajar perlu dieksploitasikan dengan sebaik mungkin agar pelajar lebih mendekati bahasa Arab sebagai bahasa harian mereka. Asas kedua ialah penerapan nilai-nilai murni. Pendidikan bahasa bukan hanya memberikan penekanan kepada kemampuan berbahasa tetapi penerapan nilainilai murni perlulah dijalankan dalam pengajaran bahasa Arab. Penenrapan nilai murni ini akan dapat membentu kita membentuk syahsiah pelajar yang lebih berktrampilan dan berwibawa. Ketiga ialah merentas kurikulum lain.Pelaksanaan BAKSK perlulah juga menjadikan kurikulum lain sebagai eleman penting yang membantu. Pengajaran BAKSK merentas kurikulum akan memberikan peluang dan jaminan kejayaan BAKSK.
TOPIK 3: HURUF DAN SISTEM BUNYI DALAM BAHASA ARAB

Latihan 3.1 Huruf Arab yang tidak terdapat sebutannya dalam bahasa Melayu ialah: ‫ث، ح، خ، ذ، ص، ض، ط، ظ، ع، غ‬ Latihan 3.2 Huruf-huruf Arab yang sukar disebut oleh murid-murid anda: ‫ث، ح، ض، ع‬

Latihan 3.3 Terdapat sebanyak 14 huruf Qamariyyah ( ‫ ) الحروف القمرية‬iaitu ‫خ ع غ ف ق ك م و ه‬ ‫ . ي ا ب ج ح‬Fungsinya ialah apabila alif lam ( ‫ ) ال‬bertemu dengan huruf-huruf Qamariyyah ini, maka huruf lam disebut dengan jelas. Ujian 1 5 cadangan bagi meringankan kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam menyebut huruf-huruf Arab ialah: 1. Murid hendaklah diperdengarkan cara menyebut huruf berulang-kali sebelum mereka diminta untuk mengulangi sebutannya. 2. Guru hendaklah membuat persiapan rapi sebelum memasuki kelas iaitu dengan mempastikan bahawa ia boleh menyebut huruf-huruf tersebut dengan fasih dan tepat sebelum diperdengarkan kepada murid. Sekiranya guru melakukan kesilapan, sudah pasti murid juga akan melakukan kesilapan, bahkan mungkin kesilapan yang lebih teruk daripada guru. 3. Guru juga disarankan memberi perhatian kepada huruf yang ditulis tetapi tidak disebut seperti huruf lam ( ‫ )ل‬yang diikuti selepasnya dengan huruf Shamsiah. Contohnya ialah perkataan ( ‫ ) التفاح‬disebut sebagai “attuffah” bukannya “altuffah”. 4. Guru hendaklah mengenal pasti huruf-huruf yang sukar disebut oleh murid, dan memberikan perhatian dan latihan yang lebih dalam usaha memantapkan sebutan huruf-huruf tersebut. 5. Guru hendaklah mampu dan bersedia membuat latihan-latihan sebutan huruf demi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh murid. Ujian 2 1. Tiga objektif pengajaran sistem bunyi huruf Arab: • menyebut huruf-huruf dengan betul dan mampu membezakannya • membaca perkataan dengan menjaga intonasi yang betul • bertutur menggunakan ayat mudah dengan intonasi yang betul 2. Lima bahagian makhraj huruf. • Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong (al-Jawf) • Bahagian kerongkong (al-Halq) • Bahagian lidah (al-Lisan) • Bahagian bibir mulut (asy-Shafatan) • Bahagian hidung (al-Khaishum)

3. Tiga cara untuk menarik minat murid dengan pembelajaran Bahasa Arab: (i) Guru tidak seharusnya marah dan hukum sahaja murid yang tidak berminat untuk belajar, sebaliknya guru haruslah cari punca mengapa murid terjadi demikian. Guru hendaklah tunjuk sikap mesra dan kasih sayang kepada murid berkenaan dengan mendekatinya, menolong dan memberi hadiah dalam keadaan tertentu. Dengan cara ini murid akan terasa ia disayangi dan dia juga sayang pada guru berkenaan. (ii) Mengadakan aktiviti yang pelbagai, termasuk menganjurkan minggu “Tahbib al-Lughah”. (iii) Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dengan meletakkan tanda nama pada setiap tempat yang dianggap penting seperti kantin, bilik guru, kelas, tandas dan sebagainya dalam bahasa Arab. TOPIK 4: KAEDAH PENGAJARAN PERBENDAHARAAN KATA (‫)طرق تدريس الكلمات‬ Latihan 4.1 Huraikan asas-asas penting di dalam pemilihan perkataan yang digunakan dalam pengajaran bahasa Arab. Pemilihan perkataan dalam pengajaran bahasa perlu dilakukan dengan mengikuti asas yang tertentu. Ini membolehkan kejayaan atau kesempurnaan pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan baik. Antara asas dalam pemilihannya ialah: (i) Asas Persamaan/Hampir Asas ini memberikan kepentingan utama kepada perkataan yang ada kaitan dengan keadaan sekeliling murid seperti keadaan di dalam kelas atau di rumah. (ii) Asas Mudah Asas ini memberikan keutamaan kepada perkataan yang biasa digunakan atau dengan makna lain perkataan yang mudah sebutannya dan tulisannya dan bukanlah perkataan yang pelik atau jarang digunakan. (iii) Asas Faedah Para pengkaji berpendapat bahawa setiap asas bagi pemilihan perkataan wajiblah dimulakan dengan melihat keperluan murid dan kepentingan sesuatu perkataan kepada murid. Di sini asas persamaan tidak diberi keutamaan. (iv) Asas Kebiasaan Asas ini meletakkan keutamaan kepada perkataan biasa tetapi luas penggunaannya mengikut keperluan berbagai bahasa.

Latihan 4.2 Nyatakan kaedah menerengkan maksud sesuatu perkataan dalam pengajaran bahasa Arab. Di dalam langkah-langkah pengajaran perkataan tadi ada disebut mengenai peranan guru dalam menerangkan maksud sesuatu perkataan mengikut kaedah yang sesuai. Berikut adalah antara kaedah-kaedah menerangkan maksud secara terperinci . Proses pengajaran ini perlulah dijalankan di dalam situasi yang realiti ( ‫ ) واقعي‬bagi menjadikan maksud atau makna yang diterangkan dapat difahami dengan lebih jelas oleh setiap murid. Maka situasi inilah yang menentukan makna perkataan atau rangkai kata seperti ‫ ; السلم عليكم‬ianya digunakan sebagai ucapan alu-aluan semasa datang (ziarah atau sebagainya) dan juga digunakan dalam maksud „Selamat Jalan ketika berpisah. Pendekatan gabung jalin perkataan yang diajar melalui kamus bahasa atau yang seumpamanya (seperti kamus istilah sains, pengangkutan dan lain-lain) dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi. Melalui kamus bahasa misalnya, guru dapat menerangkan bukan sekadar maksud secara terperinci bahkan pecahan pecahan dari asal perkataan ( ‫ ) المشتقات‬tadi juga dapat diajar. Sebahagian daripada perkataan akan dapat diterangkan melalui teknik lakonan. Guru sepatutnya mampu membuat beberapa pergerakan seperti berjalan ( ,(‫ المشي‬duduk ( ‫ ,) الجلوس‬tutup mata ( ‫ ) إغماض العين‬bagi menjelaskan lagi makna perkataan tadi. Dalam pada itu, guru juga mestilah mampu meniru atau mengajuk beberapa bunyi seperti bunyi kucing, bunyi kicauan burung dan bunyi titisan air bagi menerangkan maksud perkataan tadi dalam Bahasa Arab ( .(‫المواء، التغريد والخرير‬ Teknik tunjuk juga adalah sebahagian daripada kaedah menerangkan maksud perkataan. Melalui teknik ini guru akan menunjukkan kepada sesuatu yang maujud atau dapat dipegang ( ‫ ) الماموسة‬seperti pintu ( ‫,) الباب‬ papan hitam ( (‫ السبورة‬dan lain-lain. Guru juga boleh membawa bahan-bahan yang tiada di dalam kelas seperti kiub ( ‫ ,) الكوب‬gelas ( ‫ ) الزجاجة‬atau guru boleh membawa model berjisim seperti model bangunan tinggi ( ‫ ) المباني العالية‬atau model binatang buas ( (‫ الحيوان المفترس‬seperti singa dan gajah ( .(‫السد والفيل‬ Di antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan bagi menerangkan maksud ialah penggunaan gambar, lukisan, filem, pita rakaman kaset dan lakaran. Teknik Pengembangan atau Urutan seperti menggunakan empat patah perkataan (satu ( ‫ ) واحد‬ dua ( ‫ ) اثنان‬ tiga ( ‫ ) ثلثة‬ empat ( ‫ .)) أربعة‬Begitu juga guru boleh menggunakan teknik ini dalam mengetahui, memahami seterusnya mengingati hari-hari dalam seminggu (..... ‫ ) الحد والثنين والثلثاء‬atau bulan-bulan Islam ( ‫ ) محرم، صفر، ربيع الول‬dan sebagainya. Memperkenalkan perkataan melalui teknik pentakrifan juga boleh digunakan. Contoh: ‫. الشارع : هو يسير فيه الناس والحافلت/المركبات‬ Teknik terakhir yang amat disenangi oleh para guru ialah terjemahan. Tetapi teknik ini tidak digalakkan. Teknik terjemahan bermaksud menggunakan bahasa ibunda dalam menerangkan maksud bahasa kedua. Teknik ini tidak harus dijadikan medium dalam pengajaran melainkan setelah gagal menggunakan teknik atau kaedah lain.

TOPIK 5: KAEDAH PENGAJARAN APLIKASI KOMUNIKASI Latihan 5. 1 Senaraikan topik-topik dalam situasi sahsiah murid. Dalam situasi sahsiah murid sepanjang tahun satu hingga enam mempunyai tujuh tajuk utama yang membolehkan pelajar menggunakan kemampuannya itu dalam melaksanakan komunikasi. (i) Taaruf (ii) Hobi (iii) Cita-cita (iv) Diari murid (v) Anggota badan (vi) Kawan-kawan (vii) Pakaian Latihan 5.2 Huraikan langkah pengajaran aplikasi komunikasi bahasa Arab dalam kelas 1. Murid mendengar teks perbualan melalui sebutan guru atau melaui alat rakaman. Kemudian melihat kepada gambar panduan ( ‫ ) الصور الشارحة‬yang disediakan dalam teks (dipamer di hadapan murid). Guru kemudiannya membaca teks dengan suara yang jelas. Semasa guru membaca murid meneliti dengan melihat kepada gambar. Guru mengulangi bacaan teks beberapa kali sesuai dengan tahap murid. Dalam hal ini guru boleh menggunakan pendekatan menerang dengan pergerakan. Ini dilakukan bagi menarik perhatian murid seterusnya mengurangkan rasa kurang faham di kalangan murid. 2. Guru membaca kembali teks dan meminta murid memberikan tumpuan kepada teks dan bacaannya tanpa melihat kepada gambar panduan. 3. Guru memilih beberapa rangkai kata dan ayat seterusnya membaca secara perlahan-lahan. Murid mengikut bacaan guru dan mengulanginya beberapa kali dengan kadar perlahan seterusnya menambah kadar cepat berperingkat-peringkat. 4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengulangi bacaan teks perbualan tadi kemudian mengarahkan beberapa orang murid membaca secara individu. 5. Guru meminta sekali lagi daripada semua murid membaca teks selepas bacaan guru dengan bantuan gambar panduan. Kemudian guru meminta daripada setiap kumpulan membaca teks tadi selepas bacaan guru secara nyata dan seterusnya secara senyap. Semasa aktiviti ini berjalan setiap kumpulan yang terlibat dikehendaki memilih dua orang sebagai pelakon yang membaca teks. 6. Guru mengajukan soalan kepada murid. Murid menjawab soalan tadi tanpa melihat kepada teks. Kemudian guru mengajukan soalan yang sama dengan memberikan kebenaran kepada murid melihat teks. Soalan yang diajukan mestilah berdasarkan kepada kadar bilangan murid.

TOPIK 6: FRASA BAHASA DAN MORFOLOGI Latihan 6.1 Tiga asas penting yang perlu diambil perhatian dalam pengajaran frasa bahasa Arab: 1. Guru hendaklah mengambil kira tahap murid yang diajar. Apabila tahap kesediaan murid dalam pembelajaran meningkat, maka sesuai ditambah pengajaran nahu kepada mereka. 2. Hendaklah memahamkan murid secara berperingkat-peringkat dalam pengajaran nahu. 3. Digalakkan kepada guru untuk mengaitkan di antara satu frasa dengan satu frasa yang lain setelah murid dapat menguasai sesuatu frasa yang dipelajari seperti mengaitkan frasa subjek ( ‫ ) مبتدأ‬dan frasa predikat ( .(‫خبر‬ Latihan 6.2 Bilangan gantinama yang terdapat di dalam bahasa Arab:

14 : ‫هو، هما، هم، هي، هما، هن، أنت، أنتما، أنتم، أنت، أنتما، أنتن، أنا، نحن‬ ِ َ
Latihan 6.3 Adakah setiap ayat yang bermula dengan kata kerja perlukan kepada objek ( ‫مفعول) به‬ Tidak. Sekiranya ayat menggunakan kata kerja tidak transitif ( ‫ ,) فعل لزم‬maka ayat tersebut tidak memerlukan kepada objek ( .( ‫مفعول به‬ Ujian 1 Langkah Pengajaran Frasa dan Morfologi: 1. Memberikan contoh. 5. Perbandingan. 2. Penumpuan dan Penekanan. 6. Pengukuhan. 3. Menerangkan Maksud. 4. Struktur atau bentuk. 7. Persamaan Contoh. 8. Latihan Secara Lisan.

9. Latihan Secara Tulisan. 10. Ulangkaji. Ujian 2 1. Tiga contoh perkataan transitif dalam bahasa Arab:

‫• ضرب • أكل • قرأ‬
2. Pembahagian kata kerja dalam bahasa Arab:

‫فعل المر‬

• ‫الفعل المضارع‬

• ‫• الفعل الماضي‬

3. Dalam proses pengajaran Tarkib Lughawiy, adalah lebih baik sekiranya dikaitkan tarkib tersebut dengan situasi yang waqi'e (semasa). Antara cara yang boleh dilakukan adalah seperti yang berikut: (i) Memberikan contoh semasa. Guru dinasihatkan menggunakan contoh-contoh semasa yang dekat dengan pelajar dalam proses pengajaran bahasa. Ia boleh dilakukan dengan mengaitkan frasa yang diajar kepada murid dengan situasi semasa guru sendiri, situasi murid, situasi sekolah atau situasi kehidupan seharian.

(ii) Menggunakan nama sebenar. Guru dicadangkan menggunakan nama-nama murid dalam kelas yang diajar supaya contoh-contoh ayat yang digunakan lebih mudah diterima dan difahami oleh murid. (iii) Menggunakan ayat yang realiti. Jangan sekali-kali menggunakan ayat yang bersifat fantasi atau yang bercanggah dengan hakikat keilmuan. (iv) Tunjuk cara melalui perbuatan dalam usaha memahami konteks ayat yang dipelajari. TOPIK 9: PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH BAKSK Latihan 9.1 Tujuan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) diwujudkan dandilaksanakan adalah untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Latihan 9.2 Bentuk soalan objektif yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut: • Soalan Jawapan Pendek • Soalan Item Betul/Salah Latihan 9.3 Contoh Aktiviti Pengukuhan • Memberi latihan untuk menguatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid. • Memberi rangsangan kepada murid untuk belajar dengan lebih berkesan lagi. • Memberi latihan yang lebih banyak dalam pelbagai bentuk. • Membimbing murid membuat kerangka seperti peta minda dan carta organisasi. • Melatih murid membuat nota. • Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah atau carta. • Membuat latih tubi. • Melatih murid mengenal idea utama. • Melatih murid untuk menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni. Ujian 1 5 aspek yang dinilai dalam PKSR: 1. Kemahiran Berbahasa: melibatkan kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. 2. Pengetahuan dalam aspek bahasa dan struktur linguistik: boleh menerangkan konsep dan contoh 3. Kemahiran berfikir dan memberikan pendapat. 4. Kemahiran amali seperti menggunakan dalam perbualan seharian. 5. Kemahiran bersosial seperti bekerjasama dengan rakan dalam kumpulan. • Soalan Item Lengkapan • Soalan Item Padanan. • Soalan Item Aneka Pilihan

Ujian 2 1. Cara PKSR dilaksanakan adalah seperti yang berikut: (i) Merancang: Menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian. (ii) Membina Instrumen: membuat jadual penentuan dan membina soalan/instrumen. (iii) Melaksanakan Penilaian melalui pemerhatian, lisan dan tulisan. (iv) Merekod. (v) Menganalisis Maklumat dan membuat laporan. (vi) Melaksanakan tindakan susulan sama ada berbentuk pengukuhan atau pemulihan. 2. Maksud dan contoh bagi penilaian tahap pengetahuan dan kefahaman: Pengetahuan • Maksud: Murid mengingat kembali atau mengenal idea, fakta asas, istilah, frasa, siri ayat, tempat, tarikh atau nama yang dipelajari. • Contoh kata kunci: Namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana. Kefahaman • Maksud: Murid menyatakan idea-idea utama dengan perkataan sendiri atau menterjemah, memahami dan menginterpretasi fakta asas, konsep dan prinsip yang telah dipelajari. • Contoh kata kunci: Terjemahkan, jelaskan, mengapa, huraikan,ringkaskan. 3. Penilaian secara pemerhatian ditumpukan untuk menilai aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti: • Sikap • Perlakuan/amalan nilai murni • Amali • Kemahiran bersosial

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.