You are on page 1of 2

NAMA:NURUL AINAA BINTI HASHIM NO MATRIK:118885 SUBJEK : SAW 206 TEORI ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI PENSYARAH: DR HAFIZAH SELAMAT

FAKTA SOSIAL MATERIAL Fakta sosial material lebih mudah untuk di fahami kerana perkara ini sentiasa diamalkan dalam hidup masyarakat ia merupakan struktur komponen dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, rumah agama bagi masyarakat tersebut antaranya masjid,gereja mahupun kuil. Seterusnya teknologi,aturan rumah, jumlah penduduk dan lain-lain. Fakta sosial melibatkan teknologi dan morfologi kedudukan rumah dan reka bentuk sesebuah rumah dan undang-undang. Fakta sosial lebih mudah di fahami kerana di lakukan secara pemerhatian secara langsung. FAKTA SOSIAL BUKAN MATERIAL Fakta sosial melibatkan norma-norma, nilai peraturan,cara berfikir dan bertindak dan perasaan sistem melalui bahasa, mata wang dan profesion. Menurut Durkhiem fakta bukan material mempunyai batas-batas tertentu yang di anggap secara nyata hal kerana ini merupakan pemikiran individu. Namun begitu Durkhiem yakin apabila seseorang memulakan interaksi secara sempurna maka interaksi akan mengikut hukumnya sendiri. Antara contohnya ialah moraliti iaitu moral seseorang individu, perasaan hati secara kolektif iaitu bentuk kepercayaan merangkumi pemikiran, perwakilan kolektif meliputi simbol agama, mitos dan legenda popular dan arus sosial. SOLIDARITI MEKANIKAL Solidariti Mekanikal ialah tahap ahli masyarakat bersatu melalui perkongsian nilai dan hubungan nilai. Selain itu berkongsi dalam melakukan tugas dan merasai kesedaran yang sama dan mempunyai perasaan umum yang menyatukan mereka. Melalui teori ini masyarakat mempunyai perasaan yang sama hingga mereka mengenali perasaan masing-masing. Interaksi sosial dan rundingan di lakukan melalui bersemuka antara satu sama lain. Solidariti mekanikal bersifat primitif. Menurut Durkhiem dalam bukunya The Divison of Labor Society struktur sosial

masyarakat tidak mempunyai banyak beza dan sedikit atau tiada langsung pembahagian kerja. Bukan itu sahaja setiap masyarakat memegang pelbagai tugas untuk di pertanggungjawaban. Setiap masyarakat sangat umum. Dalam undang-undang solidariti mekanikal lebih bersifat tidak formal. Sebagai contoh hukuman berlaku ialah seseorang itu akan di sisihan oleh masyarakat atau dipulaukan atau di usir dari kampung. Perkara ini terjadi apabila berlaku pencabulan atau tidak ketidaksamaan pendapat dengan sesuatu masyarakat. Hukuman tidak bersifat rasional hal ini kerana hukuman di lakukan secara kolektif tiada hukuman yang khas dan mengikut pandangan kolektif. Kadang kala hukuman lebih berat dan tidak setimpal dengan hukuman devian.
SOLIDARITI ORGANIK

Solidariti Organik pula masyarakat bergantung antara sama lain seperti organ dalam badan manusia. Solidariti berlaku apabila berlaku tenaga buruh yang bertambah. Oleh itu berlaku pembahagian pekerja bagi setiap individu lebih teliti. Dalam masyarakat moden pembahagian pekerjaan lebih kursus sebagai contoh penghantar surat , juruwang di bank dan lain-lain pekerjaan mengikut pekerjaan. Perbezaan dalam pembahagian pekerjaan di lakukan bersamasama dalam masyarakat antaranya penjual roti atau mekanik yang bertindak dan mahir dalam bidang membaiki kenderaan. Masyarakat akan mengalami disfungsi jika salah satu terputus. Dari sudut undang-undang pula lebih jelas mempunyai hukuman yang jelas sebagai contoh saman. Undang-undang ini bertindak sebagai memelihara pola saling bergantung yang kompleks antara pelbagai masyarakat yang mempunyai pengkhususan kerja. Bagi Durkhiem undang-undang ini bukan bersifat menghukum lebih kepada pampasan untuk mengembalikan kepada ke tempat asal atau kepada normal. Solidariti Organik berbeza dengan solidariti mekanikal yang mempunyai keghairahan kolektif yang tinggi tetapi tidak bagi solidariti organik yang bersifat rasional. Undang-undang lebih jelas dalam undang-undang harta benda, kontrak dan sebagainya.
Sumber Rujukan Richard T. Schaefer. Sociology: Thirteen Edition McGraw Hill International Reevany Bustami, Ahmad Taufik Adzmi, Azrina Husin. Guamautau Teori: Teori teori klasik tingkah laku manusia dan masyarakat. The Knowledge Workes Series.

You might also like