You are on page 1of 3

POKOK HIASAN DALAM PASU

Kaedah pembiakan

1. Pokok hiasan boleh dibiakkan melalui kaedah pembiakan seks


dan aseks.

2. Cara pembiakan pokok hiasan adalah seperti berikut:

Kaedah Biji Benih

1. Ciri-ciri biji benih yang baik ialah:


a) bernas
b) cukup matang
c) berisi
d) bebas dari perosak dan penyakit

2. Tujuan memilih biji benih yang baik adalah untuk menjamin


peratus percambahan yang tinggi

Kaedah Keratan batang

1. Keratan batang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:


a) Keratan kayu keras
b) Keratan kayu sederhana keras
c) Keratan kayu lembut

2. Permukaan bahagian bawah dipotong serong dan licin untuk


menambahkan keluasan permukaan batang untuk menyerap air.

3. Sekiranya keratan kayu keras digunakan, semua daun pada


keratan hendaklah dibuang. Tujuannya adalah untuk
mengurangkan kadar transpirasi.

4. Di antara pokok hiasan yang dibiakkan dengan cara ini ialah


Hibiscus, Ixora dan Bougainviella

5. Cara-cara melakukan pembiakan dengan kaedah keratan


batang ialah:
Kaedah Keratan Daun

1. Pokok yang hendak dibiakkan dengan kaedah ini mestilah


mempunyai daun yang berlendair kerana ia banyak menyimpan
makanan di dalam daunnya
2. Terdapat dua cara untuk melakukan pembiakan melalui
kaedah ini iaitu melalui:
a) bahagian daun
b) lai daun

3. Di antara pokok hiasan yang dibiakkan dengan keratan daun


ialah Sanseveria dan Begonia

4. Cara-cara melakukan pembiakan melalui bahagian daun ialah:

Kaedah Pembahagian Rumpun

1. Pokok hiasan yang dibiakkan melalui kaedah ini akan


dibahagikan kepada beberapa kumpulan rumpun yang kecil.

2. Setiap rumpun akan mengandungi anak pokok yang sempurna


iaitu ia mempunyai akar, batang dan daun

3. Diantara pokok hiasan yang dibiakkan dengan kaedah ini ialah


Adiantum, Calathea dan Sanseveria

Kaedah Tut atau Markot

1. Kaedah ini melibatkan pembuangan kulit dan kambium pada


dahan

2. Bahagian yang telah dibuang kulit itu dibalut dengan medium


mengetut bagi menggalakkan pengakaran

3. Hormon pengakaran digunakan bagi mempercepatkan


pengakaran

4. Kaedah ini sesuai bagi membiakkan pokok yang mempunyai


dahan berkayu.

5. Ia melibatkan dua proses iaitu:


a) menyediakan medium mengetut
b) menyediakan dahan untuk ditut

6. Contoh pokok hiasan yang dibiakkan dengan kaedah ini ialah


Rosa, Codiaeum dan Adenium.

7. Pokok yang dimarkot mempunyai ketulenan baka,cepat


berbunga dan berbuah

8. Kelemahan menggunakan kaeah ini adalah ia tidak mempunyai


akar tunjang

Kaedah Cantuman Baji

1. Kaedah ini menggunakn pucuk (sion) yang disatukan dengan


batang pokok penanti

2. Sion akan mengeluarkan pucuk baru jika cantuman berjaya

3. Contoh pokok hiasan yang diabiakkan dengan kaedah ini ialah


Bougainviella, Coleus dan Hibiscus

4. Untuk menentukan kejayaan cantuman , perkara-perkara


berikut harus diberi perhatian:
a) Sion dan pokok penanti mesti dari famili yangs sama
b) Kerja-kerja mencantum mesti dilakukan dengan serta merta
untuk mengelakkan sion dan pokok penanti menjadi kering
c) Lapisan kambium tidak boleh tercemar
d) Pisau yang digunakan mesti bersih dan tajam
e) Pokok penanti dan sion mestilah sihat dan cergas