You are on page 1of 10

Nota

kaedah
dan teknik
pengajaran
bahasa

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL

• Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat


bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman
mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-
pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilohan kata-kata
dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul
supaya tergambar makna yang betul.

• Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori


pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan
memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi
menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa yang betul.
• Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah
berlandaskan prinsip pengajaran berikut:

a) Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap2 gerak
balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi.

b) Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar
pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur

AKTIVITI PENGAJARAN BERTUTUR BAGI PENDEKATAN SITUASI

LATIH TUBI

 Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola
yang digunakan oleh guru.

 Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi


sebutan tersebut.

 Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus


ulanginya lagi.

 Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi
fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.

 Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat
menghasilkan makna digunakan.

Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu.

DIALOG DAN NYANYIAN

• Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan
lisan.

• Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat
menyuruh murid meniru dan menghafal dialog.
• Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan
kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut
rentak, nada yang betul.

LATIHAN PANDANG DAN SEBUT

• Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan.

• Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan
gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.

• Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan.

• Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang


baik.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN

 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.

 Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar


memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.

 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran


berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

 Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan


murid.
 Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid.

 Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

 Guru dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekpaan bahasa mereka


serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.

 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan


dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu :

 merangsang interaksi verbal pelajar

 menambah kefasihan dan keyakinan

 menyediakan konteks pembelajaran

 bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

 bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TUJUAN TEKNIK PERMAINAN

 Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan


menggembirakan

 Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan


semasa bermain

 Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh


murid-murid

 Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi


dengan rakan sebaya mereka.

 Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas


yang diberi.

CONTOH PERMAINAN
 Permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan.

 Permainan yang berasaskan huraian atau meneka.

 Permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu

 Permainan kad

 Permainan dam

PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN / AKTIVITI

1. Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan.

2. Dibawak konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan


oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran.

3. Dengan kata lain, aktiviti- mengandungi segala tindakan dalam P&P.

4. Aktiviti- suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden.

5. J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid.

6. Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh


dan seimbang.

7. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik.

8. Didalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang
boleh digunakan di sekolah.
Antaranya aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang,
membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.

9. Penggunaan pelbagai aktiviti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkan


beberapa kaedah mengajar yang berkaitan seperti kaedah penyelesaian
masalah, kaedah perbincangan dan sebagainya.

10. Kaedah ini juga digunakan untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti.

KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

 Terhasil daripada huraian ahli-ahli tatabahasa tradisional atau klasik.

 Kaedah yang paling awal digunakan dalam pengajaran bahasa.

 Ahli bahsa tradisional lebih mengutamakan penulisan dalam kajian mereka


daripada lisan.

 Oleh itu, yang terhasil daripada huraian bahasa ini juga mengutamakan
penulisan daripada lisan.

 Unsur-unsur sebutan tidak dipentingkan

 Pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah ini amat terikat dengan


penggunaan buku teks.

 Bahan-bahan bahasa yang diajar iaitu bahan bacaan dan terjemahan diambil
daripada buku teks.
 Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-murid akan dilengkapi dengan satu
senarai kata yang perlu dikuasai.

 Bagi memahami perbendaharaan kata tersebut murid-murid diberi terjemahan


dalam bahasa ibunda.

 Di samping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentuk ayat berdasarkan


peraturan-perturan nahu yang telah diajar

 Aktiviti membaca merupakan asas untuk mecerakinkan nahu serta


menterjemahkan bahasa daripada bahasa sasaran kepada bahasa ibunda
ataupun sebaliknya.

 Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajar serta latihan menulis
tentang bahan-bahan yang dibaca dan diterjemahkan oleh murid-murid.

Kelebihan kaedah tatabahasa terjemahan

 Amat berkesan dalam kelas yang mempunyai murid-murid cerdas yang berminat
untuk menaakul konsep-konsep abstrak.

 Murid-murid tersebut mempunyai kemampuan untuk memahami segala huraian


bahasa yang diajar serta dapat mengingati peraturan-peraturan, bahasa dan
perbendaharaan kata yang diajar.

 Tidak memerlukan persediaan yang teliti dalam menyediakan bahan dan bantu
mengajar kerana hanya melibatkan bahan bacaan sahaja.

 Tegasnya, dalam kaedah ini guru perlu kreatif dalam perancangan dan
pelaksanaan teknik pengajaran.

 Guru hanya perlu menggunakan kapur dan papan hitam bagi menghuraikan
nahu dan perbendaharaan kata.

 Kebanyakan bahan pengjarannya terdiri daripada buku teks.

 Dapat diajar dalam jumlah pelajar yang ramai.


KAEDAH TERUS

 Terbentuk pada abad ke 20, sebagai reaksi terhadap kaedah nahu terjemahan.

 Menekankan pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing dilaksanakan melalui


penggunaan bahasa sasaran semata-mata.

 Terjemahan dalam bahasa ibunda tidak boleh langsung dalam kaedah ini.

 Kaedah ini beranggap bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan


cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian
melibatkan diri dalam perbualan tersebut.

 Asas pengajaran ini adalah selari dengan cara kanak-kanak mempelajari bahasa
ibunda mereka seperti tanggapan ahli-ahli behavioris.

 Kaedah ini berpendapat, kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka dengan


cara mendengar, meniru serta mengulangi perlakuan bahasa yang mereka
dengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa.