You are on page 1of 17

TAJUK

Jenis Ekosistem 1. Mengkaji perbezaan jenis ekosistem; daratan dan akuatik. 2. Mengkaji habitat semulajadi haiwan, tumbuhan dan fungsi ekosistem

TUJUAN
Kajian lapangan ini adalah bertujuan untuk mengkaji abiotik dan habitat semulajadi haiwan, tumbuhan dan fungsi ekosistem yang terdapat di Taman Negara, Pahang.

PENGENALAN
Ekosistem adalah satu unit semulajadi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang saling bertindak antara satu sama lain dengan persekitarannya. Unsur-unsur hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi ini menghasilkan satu sistem yang stabil. Jika salah satu komponen terganggu, maka keseluruhan ekosistem akan terganggu. Menurut Nor Aini Dan (1992) ekosistem merupakan satu unit ekologi fungsian yang terdiri daripada komuniti biotik dan sekitaran bukan hidup abiotiknya. Oleh itu, komuniti biotik dan sekitaran abiotiknya bersama-sama hidup (komuniti biotik) dan kedua-keduanya dapat dihubungkan dan tidak dapat dipisahkan. Menurut Eugene P. Odum (1996)

menyatakan bahawa ekosistem adalah organisma hidup dan persekitarannya (abiosis) berkait dan beriteraksi serta tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Setiap unit

termasuklah kesemua organisma (iaitu komuniti) dalam sesuatu kawasan saling bertindak dengan persekitaran fizik supaya aliran tenaga dapat mempengaruhi pembentukkan struktur tertentu. Ini dapat disimpulkan, bahawa ekosistem adalah kepelbagaian biosis dan kitaran bahan yang saling bergantungan antara satu sama lain dalam sesuatu sistem.

Dari sudut pandangan trofik gras (fungsi), ekosistem mempunyai dua komponen iaitu komponen autotrof dan komponen heterotrof. Autotrof adalah organisma daripada

tumbuhan hijau yang menangkap cahaya matahari untuk menghasilkan bahan organik. Autotrof juga merupakan organisma pengeluar (primer) bagi sesuatu ekosistem. Heterotrof pula terdiri daripada pengurai (misalnya bakteria dan kulat) yang mana mengurai dan menyusun semula bahan-bahan makanan yang kompleks. Manakala dari segi struktur pula ekosistem terbahagi kepada empat komponen iaitu bahan abiotik, pengeluar, pengguna dan 1

pengurai. Bahan abiotik adalah bahan bukan hidup atau abiotik pada sesuatu ekosistem. Termasuklah bahan bukan organik seperti air, karbon dioksida, oksigen, nitrogen, kalsium, fosforus dan sebatian-sebatian lain seperti nitrat, karbonat dan lain-lain. Pengeluar

merupakan autotrof sesuatu ekosistem yang berkebolehan untuk mensintesiskan makanan daripada sebatian bukan organik yang ringkas. Dalam ekosistem, pengeluar dapat

diwakilkan oleh tumbuhan. Takrifan pengguna pula ialah organisma heterotrof yang disebut mikropengguna atau fagotrof. langsung ataupun tidak. Organisma ini memakan pengeluar sama ada secara

Manakala pengurai pula merupakan mikroorganisma yang

memakan organisma-organisma yang mati dan memecahkannya menjadi lebih ringkas dan akan dibebaskan ke persekitaran untuk disintesiskan menjadi bahan makanan oleh pengeluar.

Di sini dapat dilihat ekosistem adalah saling bergantungan antara satu sama yang lain antara organisma-organisma saling hubung kait dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahan-bahan. Ekosistem adalah sistem yang terbuka di mana input-input, perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu

ekosistem. Sebatian organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Jaringan makanan terdiri

daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar, penggunaaan yang pelbagai dan pengurai. Dalam unit-unit yang dinamakan ekosistem, organisma-organisma mempunyai satu hubungan antara satu dengan yang lain dengan persekitarannya. Komponen-komponen yang berinteraksi

bersandaran antara satu sama lain. Jika salah satu komponen terganggu atau dikeluarkan, maka keseluruhan ekosistem akan terganggu. Contoh ekosistem adalah seperti laut, pantai, kolam, gurun, pokok, tanah dan pulau. Namun begitu, di Taman negara Pahang hanya

terdapat ekosistem air tawar, ekosistem kolam dan ekosistem hutan hujan tropika sahaja yang akan dikaji.

Menurut Peter Chenn (1999), terdapat tiga faktor yang mempengaruhi ekosistem terdiri daripada faktor iklim seperti suhu persekitaran, taburan hujan, keamatan cahaya dan tiupan anin. Kedua ialah faktor edafik iaitu jenis tanah, pH tanah dan tahap kemasinan tanah. Ketiga adalah faktor fizikal dan kimia seperti aliran dan kepekatan oksigen dalam air. Cahaya matahari merupakan sumber tenaga yang utama bagi semua makhluk hidup. Kawasan tropika seperti yang beriklim khatulistiwa, keadaan hutan yang tebal, padat, tinggi 2

dan besar dapat melindungi permukaan bumi dan menyebabkan tumbuhan pokok yang melilit untuk mendapat keamatan cahaya yang cukup dengan menumpang di pokok-pokok yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, kelembapan permukaan juga sangat tinggi kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi hingga ke permukaan bumi. Suhu pula

mempengaruhi produktiviti pengeluar (tumbuhan hijau) dan taburan organisma tanah sesuatu ekosistem. Semakin rendah suhu, proses hidup tumbuh-tumbuhan dan haiwan menjadi semakin perlahan, manakala semakin tinggi suhu (sehingga ke satu paras tertentu), kadar tindakbalas fotosintesis semakin meningkat dan terdapat lebih banyak makanan yang secara langsungnya dapat menampung lebih banyak pengguna. Setrusnya, kelembapan udara juga mempengaruhi kadar kehilangan air daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan (proses transpirasi). Kadarnya paling rendah apabila udara atmosfera adalah paling

lembap. Dalam ekosistem seperti gua atau hutan yang terlindung, udara lebih lembap dan banyak haiwan serta tumbuh-tumbuhan dapat hidup di dalamnya. Bagi tumbuhan dan

tumb-tumbuhan lain seperti dapat mengawal kadar kehilangan air dan taburannya lebih luas.

Nilai pH tanah dapat memberi kesan dalam taburan populasi tumbuhan dan haiwan. Tanah boleh menjadi asid, neutral atau beralkali. Kebanyakkan organisma menghuni di tanah yang neutral atau hampir neutral. Bagi nilai pH air pula, keasidan air berkait rapat dengan kandungan karbon dioksida yang larut di dalam air. Kepekatan karbon dioksida yang tinggi menyebabkan keasidan air menjadi semakin tinggi. Hal ini adalah sangat

penting bagi proses fotosintesis tumbuhan dalam air. Namun begitu, keasidan yang tinggi juga menyebabkan sebilangan telur ikan air tawar tiak dapat menetas.

Topografi adalah huraian mengenai keadaan rupa bentuk muka bumi, tanah, sungai dan sebagainya. Ciri-ciri topografi seperti latitud, kecerunan tanah dan aspek bentuk muka bumi adalah faktor-faktor yang menentukan kuantiti sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi, kelembapan relatif, suhu dan keamatan cahaya. Oleh itu, taburan organisma di sesuatu tempat akan berbeza-beza mengikut keadaan bentuk topografi. Habitat merujuk kepada tempat kediaman sesuatu organisma (haiwan dan tumbuhan) yang membekalkannya dengan keperluan hidup seperti makanan, tempat perlindungan dan persekitaran yang sesuai untuk membiak dan membesar. Contohnya, habitat bagi ikan air tawar ialah kolam, sungai dan parit.

Pada 07 hingga 09 Mac 2014, Unit Sains Khas PPG Semester 4 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Negara, Kuala Tahan. Seramai 18 orang pelajar bersamasama dengan 3 orang pensyarah pengiring telah mengikut lawatan ini. Tujuan utama lawatan ini ialah mengkaji jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Taman Negara tersebut. 3

Walau bagaimanapun, di Taman Negara ini hanya terdapat beberapa jenis ekosistem yang utama iaitu ekosistem air tawar, ekosistem kolam dan ekosistem hutan hujan tropika yang menjadi sebahagian daripada kajian ini. Peralatan kajian yang terhad menyebabkan hanya beberapa ciri saja yang dikaji seperti suhu persekitaran, suhu air, kelembapan tanah, pH tanah dan pH air. Namun begitu data-data yang dikumpul ini cukup untuk dihubungkaitkan dengan hubungan ekosistem dengan habitat semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pahang ini.

PERALATAN / RADAS
Termometer bilik, plastik sampel, pelekat label, marker, gelang getah, peta, sarung tangan, penggorek tanah, pH meter, spatula, air suling, mangkuk pijar dan penimbang.

PROSEDUR
A. Mengenal pasti jenis-jenis ekosistem lokasi yang dilawati. a. Pemerhatian telah dilakukan dengan teliti mengenai jenis-jenis ekosistem yang terdapat di setiap lokasi yang telah dilawati. b. Jenis ekosistem yang telah dikenalpasti bagi setiap lokasi yang dilawati di dalam jadual dicatatkan. c. Langkah 1-2 diulang apabila setiap lokasi berlainan yang telah dilawati.

B.

Mengambil bacaan suhu menggunakan termometer a. Suhu persekitaran 1. Dengan menggunakan termometer bilik, bacaan suhu persekitaraan telah di ambil. 2. Suhu persekitaran pada setiap lokasi yang dilawati telah dicatatkan dalam jadual. 3. 4. b. Purata suhu bagi lokasi tersebut telah dikira. Langkah 1 3 diulang pada setiap lokasi berlainan yang telah dilawati.

Suhu Air 1. Bacaan suhu air di ambil dengan menggunakan termometer bilik pada lokasi yang terdapat sumber air. 2. 3. 4. Catatkan suhu air yang di ambil pada setiap lokasi yang dilawati. Purata suhu bagi setiap lokasi tersebut telah dikira. Langkah 1 3 diulang pada setiap lokasi yang berlainan yang telah di lawati.

C.

Mengkaji pH Tanah 1. Dengan memakai sarung tangan, tanah dikorek dengan menggunakan penggorek tanah dengan kedalaman 2-5 inci. Pastikan kawasan tersebut dibersihkan terlebih dahulu. 2. Air suling dimasukkan ke dalam lubang tersebut sehingga terbentuknya air lumpur di dalamnya. 3. 4. 5. 6. pH meter dipastikan bersih dan dicelup ke dalam lumpur tersebut. Setelah 60 saat, bacaan pada pH meter telah di ambil. Keputusan dicatatkan di dalam jadual. Langkah 1-6 diulangi pada setiap lokasi yang dilawati.

D.

Mengkaji pH Air 1. 2. 3. 4. 5. pH meter dicelupkan ke dalam sumber air di kawasan yang dikaji. pH meter dipastikan bersih dan dicelup ke dalam sumber air tersebut. Setelah 60 saat, bacaan pada pH meter telah di ambil. Bacaan yang diperolehi dicatatkan di dalam jadual. Langkah 1-4 diulangi pada setiap lokasi yang dilawati.

E.

Mengkaji habitat yang terdapat di ekosistem tersebut 1. Pemerhatian telah dilakukan terhadap habitat haiwan dan tumbuhan yang terdapat pada ekosistem yang dilawati dengan teliti. 2. 3. 4. Pemerhatian yang diperolehi telah dicatatkan ke dalam sebuah jadual. Langkah 1 dan 2 diulangi pada setiap lokasi yang dilawati. Data-data yang telah dikumpul mngenai ciri-ciri pada setiap lokasi yang telah dilawati, kemudian hubungan ciri-ciri lokasi dengan ekosistem yang terdapat di setiap lokasi-lokasi tersebut setelah di analisis. 5. Fungsi ekosistem tersebut dan habitat-habitat semula jadi di kawasan tersebut telah dibincangkan. 6. Satu laporan telah disediakan mengenai dapatan kajian.

JADUAL MENUNJUKKAN JENIS EKOSISTEM DI TAMAN NEGARA, PAHANG

LOKASI
Ciri ciri lokasi Jeti Kuala Tahan Jeti Kanopi Lata Berkoh Perkampungan Orang Asli Santuari Ikan Kelah, Sg Tenor Kaki Bukit Teresek (Canopy Walk) Laluan ke Lata Berkoh

A. Jenis ekosistem

Ekosistem Air Tawar

Ekosistem Air Tawar

Ekosistem Air Tawar

Ekosistem Daratan

Ekosistem Daratan

Ekosistem Hutan Hujan Tropika

Ekosistem Hutan Hujan Tropika

Purata Keseluruhan Kawasan Taman Negara Pahang Ekosistem Air Tawar, Ekosistem Daratan, Ekosistem Hutan Hujan Tropika, Ekosistem Kolam 28.1C

Persekitaran B. Suhu Air

30.3C

29.1C

27.8C

28.6C

28.3C

27.1C

27.5C

24.1C

23.4C

23C

23.5C

C. pH Tanah

5.0

5.8

5.9

5.7

7.7

6.7

6.9

6.2

D. pH Air

8.8

6.5

6.7

7.3

Jadual 1

JADUAL MENUNJUKKAN JENIS HABITAT DAN HIDUPAN FLORA DAN FAUNA DI TAMAN NEGARA, PAHANG

HABITAT
LOKASI 1 SANTUARI IKAN KELAH, SG TENOR

FLORA
Pokok mahkota dewa Belalai gajah Gaharu Neram misai Mata ayam Salak Mengkuang Buluh Meranti Burung : Ikan : Kelah Kerai Jelawat Kaloi Sebarau Lampam sungai

FAUNA

Yellow vebted bulbul Black head bull Paradise catcher Black and red broadbill

Lain-lain : Kera Biawak

LOKASI 2 JETI KUALA TAHAN LOKASI 4 KAKI BUKIT TERESEK LOKASI 3 RESORT MUTIARA, KUALA TAHAN Pokok bagok Pokok kasah Pokok sebasah

Anak ikan Lebah Lipas semut Belalang Tapir Landak nibong

Pokok rambutan Pokok Bungor Pokok Sengkuang Pokok Chenderai Pokok Mempisang Pokok Kalumpang Pokok Meranti Tembaga Pokok Perah Pokok Petaling Pokok Saga Daun Tajam Pokok Kelat Pokok Kedondong Kerantai Licin Jadual 2

Beruk Landak Tapir

Labah-labah : Hunting spider

Haiwan kecil : Lipan Blue scorpion Pill Bug Ulat Beluncas Lipan Gua

PERBINCANGAN

Pada 07 Mac 2014, saya bersama rakan-rakan lain telah mengadakan satu kajian lapangan di Taman Negara Pahang. Oleh itu, berdasarkan kajian yang telah dilakukan di beberapa tempat di kawasan Taman Negara, Kuala Tahan yang mempunyai keluasan keseluruhan iaitu 2477 km persegi didapati hanya terdapat tiga jenis ekosistem iaitu : a) Ekosistem air tawar b) Ekosistem daratan c) Ekosistem hujan tropika

Hal ini kerana kawasan Taman Negara ini terdiri daripada hutan hujan tropika yang berusia menjangkau 30 juta tahun. Berdasarkan perbandingan faktor iklim yang telah

dikatakan oleh Chenn (1999), suhu persekitaran di Taman Negara ini secara puratanya adalah 25.8 C. Suhu purata ini diperolehi setelah suhu persekitaran telah diambil dari tujuh tempat yang berbeza lokasi di sekitar Taman Negara ini. Berdasarkan jadual 1, suhu

tertinggi yang dicatatkan adalah sebanyak 30.3 C iaitu di lokasi yang pertama di Jeti Kuala Tahan dan suhu yang terendah adalah di tiga kawasan yang sama iaitu di lokasi tiga, lima dan enam. Masing-masing adalah di lokasi di Lata Berkoh, Laluan ke Lata Berkoh dan kaki bukit Teresek. Hal ini adalah kerana masa dan waktu suhu ini diambil adalah berbeza. Misalnya di lokasi 5, Santuari Ikan Kelah, Sg Tenor suhu persekitarannya adalah 28.3 C. Sepatutnya dengan kawasan yang dilitupi dengan hutan tebal dan berhampiran dengan sungai mendapat bacaan suhu yang rendah. Akan tetapi, suhu yang diambil adalah pada waktu tengahari menyebabkan suhu persekitaran di situ menjadi tinggi. Dapatan kajian ini juga dapat mengenalpasti julat suhu ini amat bersesuaian dengan iklim di sekitar taman negara ini iaitu beriklim khatulistiwa dan bersesuaian dengan ekosistem hutan hujan tropika yang terdapat di sekitar Taman negara Pahang ini. Purata suhu hutan hujan tropika adalah melebihi 17 C. Suhu ini amat bersesuaian dengan habitat flora dan fauna di sini. (Nor Aini.1992). Kajian kami seterusnya ialah mengambil suhu air di beberapa lokasi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Suhu air telah di ambil di tiga lokasi yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual di bawah.

Mengambil suhu air di lokasi 1 Jeti Kuala Tahan

Mengambil suhu air di lokasi 2 Jeti Kanopi

Mengambil suhu air di lokasi 3 Lata Berkoh

Dapatan kajian kami bagi suhu air, julat suhu air sungai adalah antara sekitar 24.1 C hingga 23.0 C di mana perbezaan yang ditunjukkan adalah begitu kecil. Purata suhu air sungai di Taman Negara adalah sebanyak 23.5 C di mana sangat bersesuaian dengan hidupan akuatik. Tidak hairanlah ekosistem air tawar yang terdapat di sekitar Taman

Negara iaitu sepanjang Sungai Tenor dan Sungai Tembeling dihuni oleh pelbagai spesis hidupan akuatik air tawar seperti ikan kelah (Hysibarbus sp.), kerai (Tor tambroides), jelawat (Leptobarbus hovenii), kaloi (Psphronermus goramy), sebarau (hampala macrolepidota), 10

lampam sungai (Barbodes schwanenfeldi) dan pelbagai lagi. Dengan julat suhu ini jugalah Pusat Santuari Ikan Kelah dapat diwujudkan kerana suhu persekitarannya yang sesuai. Menurut petikan daripada Roy, 1972 di dalam kajian Mohd Rizal mengenai sungai berkata input haba terhadaop sistem akuatik dan perubahan suhu memberikan kesan yang signifikan terhadap komuniti biologi dan kepentingan dalam sistem air. Secara umumnya, peningkatan suhu menyebabkan organisma patogenik hanya mampu hidup dalam tempoh yang lebih pendek. Selain itu perubahan suhu juga memberi kesan terhadap hidupan

akuatik yang memerlukan lingkungan suhu tertentu untuk pertumbuhan optimum pada peringkat umur dan saiz tertentu yang mana, perubahan suhu di luar lingkungan akan menyebabkan kematian. Menurut (Roy,1972) juga, kadar kebolehtelapan udara menurun secara signifikan apabila suhu meningkat. Sebagai contoh, kandungan oksigen terlarut di bawah tekanan tetap pada suhu 30 C adalah 7.63mg/l dan suhu pada 10 C adalah 11.33mg/l. Hal ini menunjukkan semakin tinggi suhu air, semakin berkurangan kadar

ketelapan oksigen di dalam ekosistem akuatik ini. Tambahan lagi, apabila suhu bertambah menyebabkan kadar toksik semakin meningkat kerana hadirnya unsur-unsur berbahaya seperti cyanides, phenol, zinc dan sebagainya. Oleh itu, amatlah sesuai hasil dapatan yang telah diperolehi julat suhu dan purata air di sekitar Taman Negara dengan ekosistem akuatik yang terdapat di sana. Bagi parameter pH tanah pula, berdasarkan kajian yang telah dilakukan, purata pH tanah di Taman Negara adalah 5.9 iaitu di tahap asid yang lemah. pH tanah yang

menunjukkan tanah yang bersifat alkali adalah pada lokasi satu iaitu di Santuari Ikan Kelah, Sungai Tenor iaitu dengan bacaan 7.7. Manakala di lokasi lain adalah dalam lingkungan bacaan 5.0 hingga 5.9 iaitu masih di tahap asid lemah. Berikut beberapa lokasi yang telah kami membuat kajian untuk mencari pH tanah :

Mengambil pH tanah di lokasi 1 Jeti Kuala Tahan

11

Mengambil pH tanah di lokasi 2 Jeti Kanopi

Mengambil pH tanah di lokasi 3 Lata Berkoh

Mengambil pH tanah di lokasi 4 Perkampungan Orang Asli

12

Mengambil pH tanah di lokasi 5 Santuari Ikan Kelah, Sg Tenor

Mengambil pH tanah di lokasi 6 Kaki Bukit Teresek

Mengambil pH tanah di lokasi 7 Laluan ke Lata Berkoh

Tahap pH tanah sangat penting dalam menunjukkan tanah yang mempunyai nilai pH sangat berasid (pH rendah). Apabila pH tanah berasid, bakteria yang menjalankan proses penitratan akan terjejas. Oleh itu, kitaran nitrogen juga terganggu lantas memberi impak kepada kesuburan tanah dan tumbuhan yang mempunyai habitat di kawasan tersebut. pH tanah yang rendah juga akan merencatkan pertumbuhan cacing tanah yang berperanan sebagai pengurai di dalam sesebuah ekosistem. Seterusnya, pH tanah yang rendah juga 13

boleh mengakibatkan patogen seperti kulat mudah merebak. Akibatnya, proses penyerapan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan akan terjejas. Maka pertumbuhan tumbuhan

tersebut akan terjejas. Bagi tanah yang beralkali pula, keadaan ini juga boleh menjejaskan kesuburan tanah dan menjadikan tanah tersebut tercemar. Kebanyakkan mikroorganisma dapat bermanfaat kepada tumbuhan (pengurai) hidup dalam julat pH tanah 5.5 hingga 7.8. berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi juga, julat pH tanah disekitar kawasan Taman Negara Pahang juga adalah antara 5.0 hingga 7. Iaitu sangat sesuai untuk menjadi habitat flora dan fauna. Meskipun di lokasi 1, 2 dan 3 menunjukkan nilai pH yang terkawal. Hal ini, menunjukkan juga bahawa taman negara adalah kawasan yang sesuai bagi ekosistem flora dan fauna untuk membiak. Seterusnya kami menjalankan kajian untuk mengkaji nilai pH air di beberapa lokasi yang terpilih. Nilai pH yang sesuai untuk hidupan akuatik adalah antara 6.5 hingga 8.8. wlau bagaimanapun tahap keasidan air bergantung pada kuantiti kalsium karbonat (batu kapur) di dalam tanah. Batu kapar dapat meneutralkan keasidan air. Air yang mempunyai nilai pH bawah dari 5 adalah berbahaya kepada hidupan akuatik. Kesan daripada air yang berasid adalah menggalakkan pembiakan spesis plankton dan lumut yang lama-kelamaan akan menyeliputi. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hidupan-hidupan akuatik seperti

ikan-ikan kecil untuk terus hidup. Selain itu, air yang berada di bawah paras nilai pH 5 akan menyebabkan sesetengah populasi ikan hilang, permukaan dasar sungai akan diselaputi bahan-bahan yang tidak mudah mereput dan lumut akan mendominasi bahagian air yang cetek menyebabkan tumbuhan akuatik turut terjejas. Berikut beberapa tempat kajian yang kami lakukan di beberapa lokasi yang terpilih :

Mengambil pH air di lokasi 1 Jeti Kuala Tahan

14

Mengambil pH air di lokasi 2 Jeti Kanopi

Mengambil pH air di lokasi 3 Lata Berkoh

Bagi air yang mempunyai nilai pH air beralkali tinggi pula akan menyebabkan sisik ikan akan tertanggal dan memberi kesan kepada kesihatan ikan. Selain itu, air yang sangat beralkali akan menyebabkan kematian ikan ataupun kecacatan terhadap ikan tersebut seperti kerosakkan pada insang, mata dan kulit ikan. Ikan juga tidak dapat mengalami proses nyahtinja di sebabkan oleh tahap nilai pH yang lebih beralkali. Kesan lain pula, pH air yang tinggi juga menyumbang kepada peningkatan kadar bahan toksin dalam air misalnya kadar ammonia yang tinggi menjejaskan populasi hidupan akuatik. Merujuk

kepada dapatan kajian ekosistem dan habitat semula jadi di Taman Negara Pahang, julat pH air 7.3 adalah kerana berkemungkinan ketika mengkaji mengambil sampel nilai pH air ketika itu iaitu di lokasi Santuari Ikan Kelah, sesi memberi makanan kepada ikan dijalankan. Sisa makanan ikan mengandungi ammonia yang tinggi iaitu dan bahan kumbahan ikan juga turut mempunyai sebatian ammonia. Oleh itu, keputusan dapatan pH air di lokasi satu dipengaruhi. Ini bermakna, tahap pH air di Taman Negara pahang juga di tahap yang baik iaitu 7.3 sesuai dengan ekosistem air tawar yang terdapat di situ.

15

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, melalui dapatan kajian yang merangkumi 4 bahagian yang telah kami jalankan di Taman Negara Pahang. Bahagian-bahagian ini merangkumi suhu persekitaran, suhu air, nilai pH tanah dan nilai pH air. Selain itu, kami juga mengecam dan mengenalpasti jenis ekosistem yang terdapat di kawasan kajian yang telah kami pilih.

Terdapat beberapa lokasi yang kami pilih seperti kawasan jeti Kuala Tahan, kawasan jeti kanopi, kawasan Lata Berkoh, Kawasan perkampungan orang asli, kawasan Santuari Ikan Kelah, Sg Tenor , kawasan kaki Bukit Teresek dan kawasan laluan ke Lata Berkoh. Dapatan kajian mengenai suhu persekitaran, kami dapati suhu di Kuala Tahan sesuai untuk proses ekosistem berkembang. Haiwan dan tumbuhan tropika dapat hidup dengan subur dengan suhu purata 28.1C.

Kami juga mengambil suhu air yang kami ambil di tiga kawasan kajian iaitu di Jeti Kuala Tahan, Jeti Kanopi dan Lata Berkoh menunjukkan suhu purata di ketiga-tiga kawasan ialah 23.5C. Kawasan Taman Negara merupakan kawasan yang dijaga pemuliharaan flora dan faunanya. Ini menunjukkan kawasan yang dilitupi oleh hutan yang tebal dapat

mengekalkan tahap suhu yang sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakkan flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut.

Kami juga mengkaji nilai pH tanah di beberapa lokasi yang telah di pilih (rujuk jadual 1). Apa yang dapati ialah nilai pH tanah yang terdapat di Taman Negara, Pahang ini amat sesuai untuk tumbuhan menjalankan proses pertumbuhan dengan lebih baik. Tanah- tanah yang dilitupi oleh humus menjadi baja organik untuk tumbuhan hidup dengan lebih subur. Terdapat juga tumbuhan-tumbuhan yang di tanam oleh Jabatan Perhutanan sebagai langkah agar warisan dunia ini tidak hilang. Kesesuaian nilai pH tanah ini juga memberi kelebihan kepada penduduk peribumi iaitu orang asli suku kaum Batek untuk menjalankan aktiviti pertanian di sepanjang sungai yang terdapat di Taman Negara.

Selain itu, kami juga mengkaji nilai pH air yang bertujuan untuk mengenalpasti jenisjenis hidupan akuatik yang terdapat di dalam sungai itu. Dapatan kajian kami mendapati purata nilai pH air sungai ialah 7.3 iaitu agak beralkali. Walau bagaimanapun, air yang mempunyai tahap alkali yang rendah tidak memberikan kesan-kesan yang boleh mengganggu ekosistem di Taman negara, Pahang. Hidupan seperti ikan dapat hidup dan membiak dengan lebih baik. Contohnya, pihak Taman Negara telah mewujudkan sebuah

16

pusat santuari bagi spesis ikan kelah. Ini kerana tahap nilai pH air yang sesuai untuk spesis ikan kelah untuk terus membiak.

Oleh itu, itu dapat kami rumuskan bahawa untuk memastikan ekosistem tidak terganggu proses pemuliharaan ke atas Taman Negara amat perlu dikekalkan. Ini kerana, penglibatan aktiviti manusia banyak menyumbang terganggunya sesebuah ekosistem di sesetengah tempat.

17

You might also like