1

1.0 PENGENALAN

Jenayah itu dalam bahasa mudahnya adalah berbuat jahat. Jenayah dalam
bahasa Arab juga dikenali sebagai al-Jinayah atau al-Jarimah. Perkataan al-
Jinayah membawa maksud perlakuan yang ditegah dan merosakkan, tidak kira
tindakan itu ke atas badan, harta atau sebagainya. Geogfrey Sawer melalui
kajiannya ada menyebut bahawa masyarakat manusia yang terdiri daripada
kumpulan manusia dari yang kecil dan sederhana hingga masyarakat manusia yang
moden dan kompleks, memiliki batas-batas kaedah atau peraturan yang menjamin
kelangsungan hidup mereka. Maksud di sini ialah individu itu bertanggungjawab
ke atas setiap perlakuannya, baik buruk mahupun jahat. Sebagai umat Islam, kita
diseru mengikut ‘amar makruf nahi munkar’ iaitu mengajak kepada kebaikan dan
mencegah kepada kemungkaran.

Antara undang-undang jenayah Islam yang kian mendapat perhatian pada masa
kini ialah isu hudud. Umum sedia maklum bahawa hukuman hudud merupakan isu
yang serius dan telah dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Di
Malaysia, isu hudud ini seringkali mendapat perhatian dan pertelingkahan antara
pemimpin dalam melaksanakan hukum Islam ini. Selain itu, ramai yang memberi
tanggapan salah tentang hudud dan menganggap hukuman ini menindas hak asasi
manusia. Melalui kajian ini, diharapkan makna sebenar hudud dapat difahami dan
tanggapan buruk mengenai pelaksanaan hudud dapt dibuang. Kerana kurangnya
tentang pendedahan, bahagian pertama kajian ini dimulakan dengan makna hudud
serta kes-kes jenayah yang dikenakan hukuman hudud. Manakala bahagian kedua
pula merujuk kepada kupasan tentang isu-isu yang sering dikaitkan dengan hudud.

Metodologi kajian bagi tajuk hudud ini dibahagikan mengikut isu. Pem





2


2.0 JENIS UNDANG-UNDANG ISLAM

Undang-undang dalam Islam terbahagi kepada 3:
 Qisas atau Diyat
 Ta’azir
 Hudud

2.1 QISAS
Qisas dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan
bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau
mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang
dilakukannya. Firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan
yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh "
( Surah al-Baqarah :178)


Kebanyakan ulama membahagikan pembunuhan kepada tiga iaitu pembunuhan dengan
sengaja (qatl „amd), pembunuhan serupa sengaja (qatl syibhu „amd) dan pembunuhan
tidak sengaja (qatl khata‟). Setiap jenis pembunuhan ini dihukum dengan hukuman
yang berbeza.
2.2 TA’ZIR
PENGERTIAN TA'ZIR
Menurut Pazah (2008), Ta'zir dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas
orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan
yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau
hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan
keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.


3


2.3 HUDUD
Had merupakan perkataan mufrad bagi jama’ hudud yang bermakna pemisah antara dua
perkara supaya tidak bercampur atau bertembung. Manakala dari segi bahasanya ia
bermaksud menegah. Contohnya, jika pencuri itu dikenakan had dia tidak akan mampu
melakukan lagi kegiatan mencuri tersebut. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan
yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib
dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum
dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak,
memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kesalahan lain yang tidak disepakati
oleh para ulama adalah pemberontakan (al-baghyu), liwat, hubungan seks dengan
haiwan, sihir, lari dari medan perang, dan beberapa kesalahan lagi.
Apabila disebut hudud Allah, ia merupakan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah
tentang halal dan haram dan wajib diikuti. Malah ada ulama’ berpendapat yang hudud
Allah terbahagi kepada dua jenis; status halal haram sesebuah makanan atau
perkahwinan, dan seksaan kepada dosa besar seperti minum arak, berbunuhan mahupun
berzina.
Walaupun hudud membawa maksud seksaan, namun makna seksaan ini lebih berfokus
kepada pembalasan. Hal ini kerana tidak semua bentuk pembalasan dilakukan secara
seksaan. Ini dapat dilihat melalui perbezaan hukuman sivil dan hukuman jenayah.
Dalam kes jenayah, orang yang mencuri dipotong tangan, yang berzina pula direjam.
Berbeza dengan hukuman sivil, orang yang merosakkan harta orang lain perlu
membayar pampasan atau ganti rugi. Bentuk hukuman hudud adalah mandatori dan
tidak boleh dipinda sama ada dikurangkan atau ditambah.
2.3.1 JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA
1. ZINA
Zina boleh didefinisikan sebagai persetubuhan antara lelaki dan perempuan
tanpa ikatan yang sah yakni pernikahan. Semua persetubuhan di luar
perkahwinan adalah zina kecuali dalam kes wat‟i syubhah iaitu persetubuhan
yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang disangka
adalah isterinya yang sah sedangkan perempuan tersebut adalah orang lain.
4

Misalnya, seorang wanita ini mempunyai kembar seiras, jadi suami itu
menyangka perempuan yang disetubuhinya itu isterinya, namun sebenarnya
ialah kembar si isteri itu. Wat‟i syubhah juga berlaku apabila dia bersetubuh
yang seorang perempuan kerana perkahwinan yang disangkakan sah sedangkan
perkahwinan itu adalah tidak sah. Hal ini boleh berlaku apabila seseorang itu
berkahwin tanpa melengkapkan rukun nikah itu sendiri dengan tidak
mempunyai 2 orang saksi yang meyakinkan atau tiada wali mahupun nikah
mut’ah yang dianggap membawa kepada syubhah.

Jadi dapat disimpulkan bahawa hukuman hudud itu harus memenuhi 3 rukun
yakni (1) persetubuhan yang dilakukan itu sememangnya haram, (2)
persetubuhan itu dilakukan secara sengaja dan dalam keadaan sedar, (3) cukup
syarat sebagai seorang yang mukallaf. Hukuman zina itu berbeza mengikut
status penzina tersebut dan terbahagi kepada muhsan dan ghairu muhsan.
Muhsan ialah penzina yang sudah berkahwin dan pernah melakukan
persetubuhan dengan suami/isterinya. Manakala, ghairu muhsan merujuk
kepada penzina yang belum berkahwin dan belum pernah bersetubuh.


a. Penzina bukan muhsan akan menerima sebatan rotan sebanyak 100 kali. Jika
wanita itu mengandung, hukuman akan ditangguhkan hingga anak itu tamat
menyusu. Sebatan mesti dilakukan secara sederhana iaitu pegawai yang
menjalankan hukuman tidak boleh mengangkat rotan itu tinggi hingga ke
paras kepalanya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam Al-Quran:

b. B
a
g
i
penzina muhsan, hukumannya adalah rejam dengan batu yang sederhana
besar sehingga mati. Hukuman dilakukan secara terbuka dan disaksikan
oleh orang-orang Islam sebagai tanda pengajaran. Hukuman bagi wanita
yang mengandung dan orang sakit juga ditangguhkan seperti dalam kes
penzina bukan muhsan.
Penzina wanita dan penzina lelaki hendaklah disebat dengan seratus kali
sebatan dan janganlah perasaan belas kepada kedua-duanya menghalang
kamu dalam menegakkan agama Allah, jika sekiranya kamu beriman dengan
Allah dan hari akhirat. An-Nur: 2
5


2. QAZAF (MENUDUH ZINA)

Qazaf bermaksud membuat tuduhan zina terhadap seorang Islam yang akil
baligh dan dikenali sebagai seorang yang bersih dari perbuatan zina tanpa
dibuktikan dengan empat orang saksi. Qazaf secara etomologinya bererti
melempar batu, tuduhan, menyakiti melalui kata-kata dan menuduh berzina.
Namun secara terminologinya, ia membawa maksud pertuduhan kepada wanita
yang baik atas zina dan menafikan nasab anak seseorang. Menafikan keturunan
seorang anak juga dikira sebagai qazaf kerana hal ini seolah-olah menganggap
ibunya melakukan hubungan dengan lelaki lain.




Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa orang yang menuduh zina itu wajar
dihukum sekerasnya kerana membawa fitnah dan mampu meruntuhkan sebuah
institusi kekeluargaan.

3. MENCURI
Mencuri atau dalam bahasa mudahnya merupakan perbuatan mengambil hak
orang lain tanpa pengetahuannya. Hukuman bagi kesalahan mencuri adalah
potong tangan kanan iaitu di bahagian pergelangan tangan pada sendi yang
menyambungkan tapak tangan dengan lengan. Bagi kesalahan kedua, dikenakan
hukuman potong kaki kiri dipergelangan buku lali iaitu di bahagian tengah kaki,
manakala tumit kaki masih boleh digunakan untuk berdiri atau berjalan.
Kecurian yang dikenankan hukum hudud berlaku apabila memenuhi syarat-
syarat berikut:
a. Nilai harta yang dicuri itu mencukupi nisab iaitu ¼ dinar emas (9.36 gram
emas) atau tiga dirham perak.
b. Harta itu adalah bernilai menurut syarak, jadi mencuri arak, dadah dan
seumpamanya tidak dikenakan hukuman hudud.
Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang
muhsanat(baik) dan kemudian mereka gagal membawa empat orang
saksi, maka sebatlah mereka dengan lapan puluh sebatan…
An-nur: 4
6

c. Harta yang disimpan itu berada di tempat yang sesuai iaitu pemiliknya
mengambil langkah yang wajar untuk menjaga harta itu
d. Tertuduh bukan pemilik penuh ke atas harta itu
e. Kesalahan itu tidak dilakukan dalam keadaan amat mendesak, seperti perang,
kebuluran, penyakit dan bencana lam
f. Pencuri itu bukan keluarga pemilik barang
g. Tuan punya harta tidak menafikan tentang kecurian itu walau pun pesalah
mengakuinya

4. SYURB ATAU MINUM ARAK

Syurb di sini membawa maksud kepada meminum arak atau minuman yang
memabukkan. Samada ianya dalam jumlah yang sedikit ataupun banyak
demikian juga mabuk ataupun tidak. Kebiasaanya arak ini diperbuat daripada
anggur yang diperam dan berasa masam namun kini arak bukan sahaja
diperbuat daripada buah-buahan malah juga tumbuhan. Hukumannya apabila
sabit kes ialah sebat tidak lebih dari 80 kali dan tidak kurang dari 40 kali.
Hukuman ini berasaskan dalil dari hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan
daripada Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah :




Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan bahawa arak merupakan ibu segala
kejahatan kerana apabila seseorang itu mabuk dan hilang pertimbangan,
individu itu tidak mampu berfikir secara waras lagi. Malah dosa-dosa besar lain
seperti berzina dan membunuh mungkin dilakukan dengan hanya minum arak.





"Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali
sebatan Saidina Abu Bakar rha telah menyebat sebanyak 40 kali sebatan
dan Saidina Umar al Khattab rha telah menyebat sebanyak 80 kali sebatan.
Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw dan inilah yang lebih aku sukai."
7

5. RIDDAH

Riddah atau juga murtad merupakan perbuatan yang menyebabkan seseorang itu
berpaling dari Islam dan membatalkan aqidahnya dengan perbuatan, perkataan
atau iktiqad. Antara perbuatan yang boleh menyebabkan murtad ialah
menyekutukan Allah dengan yang lain seperti sihir, khurafat, dan menyamakan
Allah dengan tuhan orang bukan Islam. Jenayah adalah satu kesalahan yang
besar terhadap agama, kerana ia menunjukkan satu penghinaan terhadap agama
dan kepada Allah. Namun begitu, individu yang murtad tetap diberi peluang
untuk bertaubat, namun jika dia enggan hendaklah dibunuh hingga mati. Hal ini
disebut dalam hadith riwayat Ibn Abas r.h :


6. MEROMPAK

Merompak atau dalam bahasa Arabnya, hirabah merupakan perbuatan secara
individu atau secara berkumpulan dengan senjata untuk tujuan merampas harta
atau membunuh atau menakut - nakutkan atau mengugut dengan kekerasan.
Rompakan berbeza dengan pemberontakan kerana rompakan tiada unsur politik
dan hanya bertujuan untuk melakukan kerosakan dan kekerasan ke atas orang
lain. Perbuatan ini dilarang sama sekali dalam Islam kerana menganiayai orang
lain dan melibatkan kerugian yang besar. Terdapat beberapa jenis hukuman
yang dikenakan ke atas perompak:

a. Hukuman mati apabila perompak membunuh orang yang dirompak tanpa
mengambil harta orang yang dirompaknya.
b. Hukaman mati di kayu palang apabila perompak telah membunuh dan
mengambil harta orang dirompaknya.
c. Hukuman potong tangan kanan dan kaki kiri apabila perompak hanya
mengambil harta orang yang dirompak tanpa membunuh dan mencederakan
orang yang dirompaknya.
d. Hukuman buang negeri apabila perompak hanya menakut - nakut orang
sahaja seumpama di kawasan laluan awam.
“Sesiapa yang menukar agamanya, makan bunuhlah dia”
8

3.0 ISU-ISU DALAM HUDUD
3.1 PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA
Walaupon hukum hudud wajib dilaksanakan dalam Islam, namun terdapat beberapa isu
yang timbul pada harini dalam pelaksanaanya lebih-lebih lagi di Malaysia. Abdul
Rahman (1997) pernah menyebut bahawa di Malaysia, isu hudud ini hangat
diperkatakan dan seringkali dikaitkan dengan permainan politik. Malah, kenyataan
segelintir pemimpin yang secara terang-terangan menolak hudud telah menyukarkan
pelaksanaan hudud di negara ini. Misalnya, Karpal Singh melalui kenyataannya
berkata bahawa hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh
dilaksana di negara sekular seperti Malaysia.
Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak melalui kenyataannya dalam surat
khabar Berita Harian sisipan 25 April yang lepas menyatakan bahawa kerajaan bukan
menolak hukum hudud namun belum mampu mungkin dilaksanakan dalam masa
terdekat ini. Malah meraka akan mengadakan ijtihad dengan para ulama’ dalam
mengkaji semula pelaksanaan hudud. Kenyataannya turut disokong oleh Ustaz Kazim
Elias, pendakwah dan penceramah bebas yang menambah bahawa banyak perkara yang
perlu diteliti mengenai soal hudud sebelum ia boleh dilaksanakan.
Namun jika kita berbalik semula pada hukum, isu pelaksanaan hudud ini
telah disebut beberapa kali dalam Al- Quran :

1)Dan hendaklah kamu berhukum antara manusia dengan hukum yang
diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kamu,
dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka kalau-kalau mereka
menggelincirkan kamu daripada sebahagian dari apa yang telah Allah
turunkan kepadamu.
1


2)Sesungguhnya kami telah turunkan kepada kamu (ya Muhammad
s.a.w.) akan kitab (al-Quran) dengan sebenarnya supaya kamu
menghukum manusia dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah maka
janganlah kamu menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.
2




1
Surah al-Maidah:29
2
Surah al-Nisa’:105
9

Terdapat banyak lagi ayat al-Quran dan Sunnah yang menunjukkan kewajipan
pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dan akan kekal sehingga hari kiamat.
Rasulullah S.A.W, Khulafa al-Rasyidin dan para khalifah telah melaksanakan undang-
undang ini, sehingga jatuhnya kerajaan atau khilafah Islam. Malah kerajaan empayar
Melaka dan negeri-negeri lain juga pernah melaksanakan undang-undang jenayah Islam
ini suatu ketika dahulu.
Jika kita perhatikan jadual di bawah merupakan perbandingan antara Malaysia dengan
zaman Nabi Muhammad, dapat dilihat bahawa sebenarnya Nabi Muhammad
mempunyai lebih cabaran berbanding pemimpin kita pada hari ini namun baginda
masih mampu melaksanakan undang-undang jenayah Islam.
Malaysia Nabi Muhammad
Mempunyai masyarakat majmuk yang
berbilang agama seperti Kristian, Buddha,
Aties dan Islam
Makkah dan Madinah mempunyai
penduduk yang menganut agama Majusi,
Kristian, Yahudi dan Islam
Masyarakat yang mempunyai perbezaan
latar belakang budaya dan keturunan
seperti kaum Hindu, Cina, Melayu dan
lain-lain
Mempunyai masyarakat yang mempunyai
lebih 33 kabilah yang mewakili kaum
masing-masing seperti Bani Khuraizah,
Bani Talib, Yahudi, Parsi dan lain-lain.

Malah segelintir masyarakat mempertikaikan hukum hudud kerana menganggap
mereka kebebasan mereka bakal disekat. Sebenarnya, dalam hudud tidak banyak
perkara yang terlibat. Ianya hanya meliputi harta benda, keturunan dan agama. Bagi
hukuman sesuatu kejadian, maka ianya perlulah berdasarkan syarat-syarat di dalam
syariah seperti si pelaku tahu hukum perlakuannya dan mengetahui hukuman yang
bakal dikenakan jika disabitkan kesalahan. Jika si pelaku tidak tahu maka hukuman
hudud terlepas dan diganti dengan hukuman lain. Jadi jika diperhatikan tidak mudah
untuk melaksanakan hudud. Hukum hudud wajib dilaksanakan kerana ini merpakan hak
Allah dan wajib ke atas umat islam untuk mengikutinya dan sesiapa yang menolak
hukum Allah maka dia memerangi Allah.


10

3.2 TANGGAPAN SALAH MENGENAI HUDUD
Terdapat beberapa tanggapan negatif mengenai hudud yang menyebabkan kegagalan
dalam melaksanakan hudud dalam masyarakat majmuk hari ini terutamanya kepada
golongan bukan Islam. Mengenai makna hudud itu sendiri, ramai termasuk orang Islam
itu sendiri serkap jarang dengan mengatakan bahawa hudud itu tidak adil dan menindas
orang lain. Lebih teruk lagi, yang digambarkan dan digembar-gemburkan, hudud itu
adalah potong tangan, rejam orang sampai mati, pancung, sebat dengan rotan.
Islam itu agama yang adil. Hukuman hudud itu tidak akan dijatuhkan dengan
sewenang-wenangnya. Islam menyuruh hukuman dijatuhkan dengan cara yang
terhormat, bukan dengan cara yang menghinakan. Islam menjatuhkan hukuman dengan
cara yang menginsafkan manusia, tetapi cara yang digunakan pada hari ini sekadar
membuat orang takut. Apabila hukuman tersebut tidak menginsafkan dan tidak
mendekatkan manusia dengan Allah SWT, mereka mungkin akan melakukan jenayah
dengan cara yang lain agar tidak ditangkap.
Sebagai contoh, hukum qadzaf yakni menuduh seorang muslim yang lain berzina.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang suci (berbuat zina) dan mereka
tidak mendatangkan empat orang-orang saksi, maka rotanlah mereka (yang menuduh
itu) lapan puluh kali rotan, dan janganlah kamu terima kesaksian yang mereka buat
selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (surah An-Nuur: 4)
Ini adalah di antara hukum had yang Allah tetapkan dan untuk mensabitkannya
bukanlah senang. Hal yang demikian juga sama bagi orang yang mencuri. Bukan terus
ditangkap dan tangannya perlu dipotong pada keesokan harinya. Nilai barangan yang
dicuri perlu dilihat terlebih dahulu. Kalau dia mencuri kereta BMW, tidak dipotong
tangannya sebab kereta BMW tersebut bukan disimpan dalam almari. Kereta itu
diletakkan di luar rumah, tidak kira ia dikunci atau tidak. Barang yang tersimpan rapi di
dalam almari atau peti besi itulah yang dikira dan termasuk dalam hukum ini. Itu pun
dikira dengan kadar dinar emas.
11

Selain itu, perlu dilihat pada saksi dan banyak lagi perkara yang diberi perhatian oleh
ulama, antaranya jika tiada saksi tetapi ada qarinah, perlu dijatuhkan hukum hudud
ataupun ta’zir. Jika hukum hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ketetapan, kes ini
berpindah kepada ta’zir. Cara Islam mengambil kira keadilan semua pihak. Bukannya
serta merta dipotong tangan apabila pencuri itu dapat ditangkap. Semuanya mengikut
budi bicara adil berlandaskan Islam.
Terdapat juga pihak yang ingin mengelakkan dari pelaksanaan undang-undang jenayah
Islam dengan alasan bahawa keadaan rakyat yang belum menghayati Islam sepenuhnya
serta banyaknya perkara munkar, menjadikan undang-undang Islam tidak sesuai untuk
dilaksanakan. Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam adalah bertujuan untuk
menghapuskan atau mengurangkan kadar jenayah. Ia sesuai dilaksanakan dalam semua
keadaan. Undang-undang jenayah yang ada pada hari ini terbukti gagal untuk
menghapuskan jenayah. Jika perkembangan ini dibiarkan berterusan, keselamatan
rakyat dan keamanan negara semakin lama semakin terancam. Maka kefahaman agama
harus diberi keutamaan. Tutup ruang-ruang untuk melakukan maksiat dan jenayah..Jika
kita ingin menunggu seluruh masyarakat menjadi ‘baik’ semuanya tanpa pelaksanaan
undang-undang jenayah Islam, sehingga kiamat pun kita tidak akan berjaya. Ini kerana
undang-undang jenayah Islam adalah pelengkap kepada proses islah atau tajdid iaitu
proses untuk merubah masyarakat ke arah kebaikan. Usaha pendidikan, pembangunan
institusi keluarga, pembangunan sosial dan dakwah tidak akan berjaya sepenuhnya
tanpa penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam seperti yang dikehendaki oleh
Allah s.w.t.







12

3.3 KEJAMKAH HUDUD?
Apabila disebut negara Islam yang mengamalkan hudud, ramai menolak bahawa negara
yang tidak mengamalkan hudud jauh lebih aman dan kurang kadar jenayahnya
berbanding negara yang mengamalkan hudud. Misalnya, mereka membandingkan
negara Arab seperti Pakistan yang mengamalkan hukum hudud dengan negara maju
seperti Australian, Finland dan Norway yang ternyata lebih selamat tanpa
mengamalkan hukum hudud. Jadi di sini timbulnya isu tentang keberkesanan sistem
hudud dalam membanteras jenayah.
Namun, reaksi sebaliknya diterima oleh negara Brunei yang mendapati bahawa
peratusan jenayah di negara mereka turun sebanyak 50% sebulan sebelum hukum
hudud dilaksanakan. Malah mereka turut menganggap penemuan 6 telaga minyak yang
mampu menampung keperluan petrol selama 600 tahun lagi merupakan rezeki kerana
mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Malah, Brunei menjalankan hukum hudud
secara berperingkat mengikut kesesuaian semasa. Hal ini membuktikan bahawa Islam
agama yang mudah.
Jika dikaji semula, dan mengikut longik akal, bagaimana yang dikatakan hukum hudud
itu zalim? Jika perompak mencederakan mangsanya, adakah dia tidak dikira zalim?
Adakah mangsa tidak dizalimi oleh perompak? Sudahlah dirompak dan kerugian
beribu-ribu ringgit, malah dicederakan pula hingga membahayakan nyawa. Hudud
dicipta untuk mencegah dan seterusnya menjaga manusia dan harta-benda mereka
daripada diceroboh.
Sama ada hudud mampu menyelesaikan masalah jenayah atau tidak, itu semua
belakang kira. Hal ini kerana, hudud itu perintah Allah dan jika kita ingkar, kita dikira
kufur. Keberkesanannya terletak pada ketentuan Allah. Malah, jika kita mengatakan
bahawa untuk melaksanakan hukum hudud itu perlu mengambil kira sesebuah kaum itu
sama ada mereka benar-benar memahami Islam mahupun tidak, sampai bila-bila pun
hudud tidak akan dilaksanakan.
Hukum Allah itu adil. Sebelum direjam pasangan yang berzina, 4 orang saksi yang adil
haruslah dikemukan. Untuk mendapatkan saksi yang adil itu bukan mudah, yang mana
dia haruslah beriman dan bukan dalam golongan orang yang munafik. Kehadirannya
dalam situasi semasa perzinaan itu berlaku bukanlah secara sengaja dan dia bukan
13

mengintai perbuatan terkutuk itu secara sengaja atau saksi itu sendiri yang menyokong
kepada perbuatan zina kedua pasangan tersebut. Jika tiada saksi, hukuman tidak boleh
dilaksanakan melainkan tertuduh mengaku secara sukarela. Sebelum direjam, beberapa
perkara perlu diberi perhatian seperti saiz batu yang digunakan itu merejam hendaklah
kecil saiznya, dan kepalanya perlu ditutup untuk menjaga aib muka tertuduh. Jadi, di
mana silapnya sampai dikatakan hudud itu menindas?

4.0 KESIMPULAN

Hudud ialah kewajipan kita kepada Allah sama seperti rukun islam yang lain. Apabila
kita meragui suruhan Allah itu dengan melaksanakan hudud umpamanya kita
mempertikaikan kewajipan solat, sedangkan ia telah difardhukan sejak dahulu lagi.
Islam itu terdiri daripada 4 faktor: ibadah, muamalat, munakahat dan jenayat. Jika salah
satu daripada tiang itu tidak dilaksanakan bermakna seseorang itu sudah jauh tersasar
daripada nikmat Islam, bahkan lebih teruk lagi murtad. Hudud itu termasuk dalam
jenayat, bermakna jika tidak dilaksanakan, bermakna kita menolak ketetapan Allah.
Seharusnya, hudud tidak wajar ditakuti kerana hudud hanya dikenakan pada yang
bersalah. Manusia ini sering lupa bahawa syaitan sentiasa berusaha menyimpangkan
hati kita dengan memomokkan perasaan syak wasangka dan was-was. Hakikatnya,
adakah mereka yang tidak percaya akan kemampuan hudud dalam memakmurkan
negara sebenarnya tidak percaya kepada Allah ? Jika tidak, mengapa mereka bersikap
sambil lewa dan mempersoalkan sistem hudud ini daripada dilaksanakan? Tepuk dada,
tanya iman.






14

5.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah. (Januari 1, 1997). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah
Aliran. Gema Insani.

Adha Ghazali, Nahar Tajri & Suzalina Halid. (April 25, 2014). Kufur Jika Tolak
Hudud. Disunting pada 26 April, 2014 daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kufurjikatolakhudud/Article/

Mohammad Hashim Kamali, Norhayati bt. Hj. Kaprawi, Zaitun Mohamed Kasim.
(2003). Hukuman dan Undang-undang Islam. Ilmiah Publisher.

Pazah Haji Ismail. (2008). Hudud:Hukum dan Pelaksanaan. Karya Bestari.
Rahimin Affandi Abd. Rahman, Shamsiah Mohamad, Paizah Ismail, Nor Hayati Mohd
Dahlal. (2010). Konsep Fiqah Malaysia Dalam Perundangan Islam: Satu
Pengenalan. Kajian Malaysia. 28(2).

Sinar Harian. (Novermber 19, 2013). Pelaksanaan Hukum Hudud Perlu Diteliti Secara
Menyeluruh – Shafie. Disunting pada 25 April, 2014 daripada
http://www.sinarharian.com.my/nasional/hudud-hanya-boleh-dilaksana-dalam-
negara-islam-kata-karpal-1.74752