You are on page 1of 12

NOTA HAIWAN KESAYANGAN

Hamster merupakan sejenis haiwan yang berasal dari Syria. Spesis ini berasal dari syria dan
mempunyai pelbagai jenis. Hamster ini suka bersembunyi di bawah tanah pada waku siang hari
dan berjaga pada waktu malam. Hamster mempunyai banyak persamaan dengan spesis tikus.
Jenis-jenis hamster yang sering menjadi pilihan kepada para pengemar haiwan peliharaan ialah
hamter syria, hamster Mini dan hamster campbell. Hamster syria paling banyak ditemui di
Malaysia. Hal ini Kerana harganya yang berpatutan dan mempunyai bulu yang cantik
berbanding dengan hamster yang lain.










REKA BENTUK PERUMAHAN DAN PERALATAN
Pemilihan Alat Kelengkapan Dan Bahan-Bahan Dan Ciri-Cirinya.
Sangkar (hamster)
Ukuran yang sesuai minimum 25 x 30 cm, cukup tinggi menempatkan roda mainan.
Semakin besar sangkar, semakin baik. Seekor hamster cukup selesa dengan sangkar
yang kecil selagi dilengkapi dengan mainan dan potongan kayu untuk digigit. Bahan
yang disyorkan adalah alas diperbuat dari plastik. Bentuk sangkar- segiempat kerana
hamster mempunyai kecenderungan membuat sarang, menyimpan makanan dan
membuang kotoran di sudut yang berbeza. Penutup sangkar diperbuat dari batang-
batang besi agar hamster berlatih memanjat. Penggunaan sangkar kayu tidak sesuai
kerana hamster haiwan menggerit dan mempunyai gigi tajam; sangkar rosak dan tidak
selamat didiami. Akuarium boleh dijadikan sangkar alternative. Akuarium diperlukan
untuk hamster bunting kerana sangkar yang berjeriji menyebabkan anak hamster yang
baru lahir terkeluar dan jatuh dari sangkar.
Bekas makanan dan minuman
Bekas makanan dari plastik. Botol minuman yang dapat mengeluarkan air jika hamster
menjilat hujungnya. Bekas minuman berbentuk mangkuk dan terdedah tidak sesuai
kerana mudah tumpah. Hamster sukakan air, oleh itu, bekas seperti ini membahayakan
hamster. Untuk mengalas sangkar hamster gunakan sebuk kayu. Selain sebagai alas
tidur, ia berfungsi menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang. Ia perlu diganti
secara rutin.Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali,
kerana hamster adalah haiwan pembersih. Namun begitu, serabut kayu yang terletak di
sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin.
Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana racun yang terdapat dalam
dakwat menyebabkan alahan dan juga bulu hamster kelihatan kotor.
Makanan
Hamster adalah haiwan omnivor. Makanan yang baik adalah campuran biji bijian,
kekacang, jagung dan pelet. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang
diperlukan hamster. Pemberian makanan yang baik membantu hamster membesar
dengan sihat, tubuh sempurna, bulu lembut bersinar dan melahirkan anak sihat.Oleh itu,
jangan mudah memberi makanan tidak sesuai, walaupun terdapat penambahan vitamin.


Bahan Bedding
Untuk mengalas sangkar hamster. Selain sebagai alas tidur, ia berfungsi menyerap urin
dan sebagai bahan membuat sarang.Perlu diganti secara rutin. Untuk sangkar kecil, 3-4
hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali, kerana hamster adalah haiwan
pembersih.Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai
tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin. Penggunaan kertas surat
khabar tidak digalakkan kerana racun yang terdapat dalam dakwat menyebabkan
alahan dan juga bulu hamster kelihatan kotor
Permainan
Alat paling digemari adalah roda berputar. Saiznya perlu diberi perhatian, roda berputar
berdiameter kecil menyebabkan luka yang serius di belakang hamster. Contoh
permainan lain adalah lorong diperbuat dari plastik, memerlukan sangkar luas ataupun
sangkar khusus, membersihkan permainan ini perlukan masa lama. Hamster gembira
jika mendapat permainan yang boleh digigit. Sediakan kayu atau kadbod yang dapat
digigit hingga habis.

Penyediaan Sangkar Dan Peralatan
Pembersihan dan membasmikankumankan peralatan
Buang semua serbuk kayu yang terdapat di dalam sangkar. Jika masih bersisa,
menyebabkan penyakit kepada hamster terutama yang disebabkan kulat. Bersihkan
dengan menggunakan sabun dan semburkan ubat anti bakteria pada sangkar. Ini untuk
membunuh bakteria dan kulat yang tumbuh di serbuk kayu yang lembap atau pada
bekas makanan. Keringkan sangkar dengan betul dengan mengelap atau menjemur di
bawah matahari supaya cecair pembersih tidak dimakan oleh hamster.Bersihkan semua
kelengkapan yang terdapat di dalam sangkar. Kebiasaannya, permainan hamster boleh
dibuka dan dipasang dengan mudah. Cuci bekas makanan dan botol minuman sekerap
yang mungkin supaya hamster sihat.

Penyediaan sangkar
Buka bahagian atas sangkar dan letakkan serbuk kayu di dalamnya. Ramas-ramas agar
serbuk tidak bergumpal. Ratakan sehingga menutupi permukaan sangkar setinggi 2-3
cm. Atur semua aksesori dan permainan hamster dalam sangkar mengikut kemahuan.
Isikan bekas makanan dan botol minimum. Makanan diberi mengikut keperluan dan
diganti sekerap mungkin. Sisa makanan dibuang sebelum diisi kembali. Botol minuman
dibersihkan 3 hari sekali.Pasang bahagian atas sangkar dan letakkan hamster di
dalamnya. Pintu sangkar ditutup untuk elakkan hamster keluar. Pada peringkat awal,
hamster akan memeriksa seluruh isi sangkar. Setelah selesa, hamster mula bermain
dan tidur.

Kelengkapan dalam sangkar
Bekas makanan dan botol minuman adalah kelengkapan yang paling penting. Selain itu
hamster boleh di berikan rumah-rumahan, roda berputar, tempat mandi dan tandas
merupakan peralatan tambahan. Tempat mandi merupakan sebuah bekas segiempat
yang diisi air dengan pasir khas untuk hamster.Tempat mandi berfungsi seperti bilik air
manusia, iaitu hamster buang air dan mandi pasir.

Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Sangkar
Keamatan cahaya
Jangan dedahkan haiwan pada cahaya panas terik. Jangan pula meletakkan haiwan di
tempat gelap. Keadaan di atas menyebabkan haiwan kesayangan merasa tidak selesa

Suhu, pengudaraan dan lembapan
Suhu yang sesuai untuk hamster ialah 18-22oC. Haiwan peliharaan yang lain,
tempatkan di suhu bilik. Penurunan suhu secara berlebihan ataupun udara yang panas
menyebabkan hamster dijangkiti selsema. Pengudaraan yang baik, tingkap, tidak
terkurung. Kelembapan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kelembapan yang terlalu
tinggi mungkin menyebabkan jangkitan penyakit (kulat) pada hamster. Terlindung dari
hujan (tidak selamat dan menyebabkan kelembapan tinggi).

Kebisingan
Haiwan seperti hamster tidak boleh terkejut kerana hamser yang terkejut bertindak
mempertahankan dri. Pendengaran hamster amat tajam, oleh itu, elakkan meletakkan
hamster di tempat yang bising. Bagi haiwan kesayangan lain seperti kucing, jangan
letakkan berhampiran dengan anjing kerana salakan anjing menyebabkan kucing akan
gelisah.

Keselamatan
Letakkan haiwan kesayangan di tempat yang selamat dari gangguan manusia atau dari
gangguan haiwan yang lain. Kehadiran haiwan kesayangan lain mungkin mengganggu
keselamatan hamster atau kucing. Sangkar juga perlu diletakkan jauh dari objek yang
merbahaya. Terlindung dari hujan dan angin kuat.
















PENGURUSAN DAN PENJAGAAN HAIWAN KESAYANGAN
Makanan Hamster
Makanan yang tidak boleh diberikan :
Makanan yang sudah diletakkan perisa. Jeruk dan makanan berkarbonat. Makanan
.manis, coklat, gula-gula. Makanan anjing/kucing kerana memiliki protin terlalu tinggi.
Makanan yang sesuai untuk hamster :
Buah dan sayur seperti epal, lobak merah, timun, kobis, salad ,tomato, pisang, pear,
anggur, tembikai, kacang panjang, ubi merah, jagung dan pelbagai jenis kacang boleh
diberikan kepada hamster sebagai makanan sampingan. Makanan ini hanya boleh
diberikan 2 kali seminggu dalam kuantiti yang kecil.
Pemberian sayur dan buah berlebihan mengakibatkan kerosakan organ
perncernaan dan ginjal. Pemberian biji bunga matahari berlebihan tidak sesuai, biji
bunga matahari mengandungi lemak yang tinggi, protin dan kalsium rendah
menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat.
Vitamin boleh membantu tetapi makanan tetap merupakan sumber gizi utama.
Selain makanan siap, makanan hamster boleh dibuat sendiri, namun begitu ia
merupakan makanan tambahan bukan makanan utama dan tidak boleh diberikan terlalu
kerap.

Kebersihan Sangkar Dan Peralatan
Serbuk kayu perlu diganti secara rutin.
Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali, kerana
hamster adalah haiwan pembersih. Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut
yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin.

Penjagaan Kesihatan Dan Kecantikan
Menghasilkan hamster yang cantik
a. Mandi kering: Memandikan hamster dengan bedak. Setelah ditaburkan, bedak
diratakan di seluruh badan. Mandian kering juga boleh dilakukan denga meletakkan
pasir bersih kedalam bekas dan diletakkan kedalam sangkar hamster. Hamster akan
membersihkan dirinya sendiri.

b. Mandi basah: Mandi basah dilakukan dengan mengelap tubuh hamster dengan kain
basah. Air yang digunakan merupakan campuran Dettol dengan sukatan sedikit. Setelah
mandi, bulu dikeringkan dengan menggunakan alat pengering. Disebabkan hamster
tidak boleh terlalu terdedah kepada air, mandi basah tidak boleh dilakukan dengan
kerap.

c. Menyisir/menyikat: Gunakan sikat getah atau sikat dawai yang banyakk dijual di
kedai haiwan. Sikat sama arah dengan bulu.

Penyakit Yang Biasa Menyerang Hamster
Selesema: Disebabkan udara panas atau penurunan suhu berlebihan. Boleh dijangkit
dari selsema manusia. Ia dilihat dari tanda: bersin, keluar cecair dari mata dan hidung,
hamster lesu, mata separuh tertutup, dan tidur di salah satu sudut sangkar. Adakala
tubuh sejuk bila di sentuh. Perlu segera dirawat kerana serangan teruk sebabkan
radang paru-paru dan kematian.Jika terdapat tanda, pindahkan ke tempat lebih panas
atau dalam sangkar yang ada lampu. Letakkan sebanyak mungkin serbuk kayu dalam
sangkar. Beri campuran susu, air dan madu sebagai ubat. Akan sembuh dalam
beberapa hari.
Diarea (cirit-birit): Biasanya disebabkan pemberian sayuran dan buahan berlebihan,
berterusan, perubahan jenis makanan secara mendadak, sangkar kotor yang tidak
dibersihkan atau adanya bakteria. Perlu ketahui puncanya. Diarea yang berpunca dari
sayuran/ buahan berlebihan. Hentikan pemberian sayur dan buah. Gantikan dengan
makanan kering khas untuk hamster.

Air minuman perlu sentiasa disediakan kerana hamster yang mengalami diarea
perlukan banyak air. Kebanyakan kes kematian akibat diarea adalah kerana dehidrasi.
Dengan rawatan, akan pulih dalam 1-2 minggu. Diarea berpunca dari bakteria dikenali
juga sebagai wet tail. Serang hamster muda.Punca dari tekanan darah yang tinggi
sehingga sebabkan ketidakseimbangan jumlah bakteria yang terdapat dalam usus.
Mengalami diarea sangat kronik, penampilan kotor, basah dan bau busuk.

Hamster mati dalam 24 jam jika tidak dirawat. Sebelum gejala muncul, hamster
tidak berselera makan minum. Suap hamster sedikit demi sedikit air guna straw.
Rawatan; ubat antidiarea(kaopectate) dan antibiotik. Hamster mengidap wet tail mati
disebabkan dehidrasi. Hanya menyerang hamster siria. Penyakit yang serang ibu
hamster boleh sebabkan jangkitan kepada anak.

Kulat dan kutu: Hamster gatal dan kulit kering.Kadang-kadang bulu mudah gugur. Kutu
yang menyerang juga boleh sebabkan penyakit pada manusia yang diberi nama plague.
Sembur hamster dengan ubat anti kutu sebulan sekali dan jaga kerbersihan sangkar
dan kawasan sekitar.

Keguguran bulu: Keguguran bulu dan kadangkala kehilangan bulu berpunca dari
usia,alahan, kurang vitamin dan kutu .Ketika memasuki usia tua (2 tahun),hamster
kehilangan bulu sehingga botak. Tidak berbahaya. Jaga keperluan vitamin agar
seimbang. Alahan terhadap makanan atau serbuk kayu Jangan gunakan serbuk kayu
dari kayu pain dan cedar.(hamster alah). Alahan terhadap makanan berbeza pada
setiap hamster. Kurang vitamin jika gizi tak seimbang. Berikan tambahan cecair vitamin
E setitis setiap 2 hari sekali. Bulu akan tumbuh kembali. Jika diserang kutu hingga
keadaan lemah, bulu gugur dan membentuk petak (bahagian kulit tidak berbulu) di
belakangnya. Hamter menggaru sebabkan luka.Sembur ubat kutu.

Penjinakan Haiwan
Hamster baru tertekan dan tidak biasa dengan tangan manusia, akan menggigit. Jika tidak
dijinakkan, ia gelisah , takut manusia dan menghadapi masalah hingga mempunyai anak.
Hamster akan memakan anaknya apabila tuannya membersihkan sangkar dan memegang
anaknya. Sentuhan dan bau manusia diangap ancaman musuh menyebabkan hamster
melindungi anaknya dengan cara memakannya. Waktu paling sesuai untuk jinakkan hamster
ialah 7 hingga 10 malam iaitu ketika hamster sangat aktif.

Panduan menjinak hamster
1. Sediakan ruang cukup besar untuk hamster. Letakkan sangkar hamster dalam kawasan ini
dan buka pintu sangkar.
2. Ramas serbuk kayu dalam sangkar untuk pindahkan baunya ke tangan.Jangan memegang
hamster jika baru saja memegang makanan kerana hamster mungkin menggigit kerana
menyangka ia adalah makanan.
3. Ketika hamster mula keluar dari sangkar dan berjalan, mulalah berlatih mengambilnya
dengan menggunakan kedua-dua tangan. Untuk pertama kali, hamster akan panik, tetapi lama2
akan biasa. Ketika berlatih memegang hamster, sebaiknya, tuannya dalam keadaan duduk. Ini
untuk elakkan hamster melompat dan jatuh pada jarak tinggi. Jangan ambil hamster dari atas
kerana ia akan menganggap sebagai serangan, ambil hamster dari bawah.
4. Masalah yang mungkin terjadi ialah hamster akan terbalik, menelentang, mencakar dan
memperlihatkan giginya. Jika hamster begitu, jangan pegangnya kerana ia akan menggigit,
biarkan hamster berasa santai dan selesa, kemudian cuba lagi pekara diatas perlahan-lahan.
Jika masih seperti ini, cuba pujuk dengan memberi kacang atau buah. Usap belakangnya
perlahan-lahan hingga dia merasa selesa untuk disentuh.
Biasanya hamster tidak berpusing untuk menggigit kerana lebh suka menggigit makanan yang
ada didepannya. Elakkan letak jari dihadapan mulutnya.

Panduan Menjinak Hamster - Perkara Boleh Dilakukan
Bercakap dengan suara lembut perlahan Pergerakan perlahan sebelum dn semasa
mengendali hamster. Basuh tangan sebelum mengendali hamster supaya bau kekal sama.
Biarkan hamster mencium tangan supaya ia tahu siapa memasuki kawasannya. Biarkan
hamster bertenang jika ia ketakutan pada pertama kali. Bersabar kerana hamster tidak akan
menjadi jinak dalam satu hari.

Panduan Menjinak Hamster Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan
Melakukan kejutan kerana akan bertindak mempertahankan diri. Membuat bising, pendengaran
hamster tajam. Menyebabkan hamster jatuh dari tempat tinggi. Mengambil dan memegang
hamster yang sedang tidur.

PEMBIAKAN HAIWAN KESAYANGAN
Pemilihan Induk
Seekor hamster boleh melahirkan 1-20 ekor anak, jumlah yang paling biasa 6-10 ekor. Elakkan
penyilangan baka hamster yang menghasilkan baka kacukan. Bagi induk betina pilih induk
betina berusia antara 4-11 bulan dengan bentuk tubuh dan kesihatan yang baik. Jika bunting
kurang dari usia 3 bulan, hamster betina berisiko melahirkan anak lemah kerana pertumbuhan
belum maksimum. Setelah berusia lebih daripada 12 bulan, hamster betina tidak boleh bunting
lagi. Namun begitu, ada kes hamster betina lebih 12 bulan dibuntingkan, tetapi tidak lama
kemudian ia sakit dan mati. Keadaan anak yang lahir lemah dan mudah mati. Berbeza dengan
hamster betina yang dibiakkan ketika berusia 4 bulan, hamster jantan boleh dibiakkan ketika
berusia 5 minggu. Kadangkala hamster jantan tidak tertarik kepada hamster betina hingga
berusia 3-4 bulan. Tempoh subur hamster jantan ialah 18 bulan.

Penentuan jantina induk

Hamster jantan boleh ditentukan dengan mudah setelah tempoh matang. Hamster
jantan mempunyai tonjolan membulat kemerahan yang terletak berhampiran ekornya (kantung
zakar). Alat kelaminnya pula berada di atas kantung zakar tersebut.Antara anus dan alat
kelaminnya mempunyai jarak yang menjauh mengikut umurnya.
Hamster betina pula boleh dikenalpasti dengan melihat bahagian bawah badannya juga.
Bahagian bawahnya yang rata mempunyai dua lubang yang berdekatan iaitu lubang anus dan
juga lubang alat kelamin.
Proses pengawanan
Tunggu sehingga dewasa. Umumnya bagi Syrian (5 bulan), Winter white (3 bulan) dan
Roborovski (8 bulan) Letakkan pasangan hamster yang telah dipilih di dalam satu wadah
penjodohan (sangkar). Terdapat kemungkinan hamster tersebut akan bergaduh. Jika berlaku,
asingkan selama satu hari kemudian letakkannya bersama semula. Lakukan perkara yang
sama jika masih bergaduh sehingga kedua-duanya dapat hidup bersama aman dan damai.
Tempoh mengawan hamster betina setiap 4 hari sekali.Hamster betina biasanya boleh
mengawan pada waktu malam sekitar 8 hingga waktu pagi. Untuk mengetahui hamster telah
bersedia untuk mengawan, ia akan menggaru belakangnya. Jika hamster betina berdiri diam
tidak bergerak dengan mengangkat ekornya ke atas dan matanya separuh tertutup, ia beerti
telah bersedia untuk mengawan. Semasa mengawan, biasanya betina akan mengeluarkan bau
bauan khas yang sangat kuat.
Jantan akan mengikut di belakang betina sambil menghidu mulut dan kepala betina. Jika betina
tidak menolak, mereka akan berdekatan dan saling menciumi bagian hidung masing-masing.
Setelah selesai proses persenyawaan, anak-anak hamster akan lahir dalam tempoh lebih
kurang 16 hari.
Tempoh Bunting dan melahirkan anak
Induk bunting tidak terima hamster jantan. Ia menjadi garang dan agresif. Dalam masa 10 hari,
perut membesar dan puting susu keluar dan jelas merupakan tanda ketara hamster bunting.
Banyak terjadi di mana pemilik tidak sedar hamster bunting.Pisahkan dalam sangkar khusus .
Syria _ 16 hari selepas mengawan
Winter white_ 18-21 hari selepas mengawan
Roborovski _ 23-30 hari selepas mengawan
Penjagaan induk bunting
Perilaku hamster bunting diperhatikan. Kuantiti makanan yang diperlukan meningkat.
Peningkatan berat badan, tubuh kelihatan gemuk, perut membulat. Menjadi lebih agresif .
Membentuk sarang.Putting susu menonjol. Perlukan penjagaan dengan elakkan sebarang
gangguan terhadap hamster. Pisahkan dengan pasangannya. Berikan makanan dan nutrisi
yang mencukupi. Membekalkan beddding yang tebal. Letakkan hamster diitempat yang
tenang.
Pengurusan ibu dan anak selepas kelahiran
Sebelum beranak hamster syria akan menekan otot perutnya 2-3 kali dan mendekatkan
tubuhnya ke dasar alas kandang. Tidak lama kemudian bayinya akan lahir satu per satu dengan
jarak sekitar 10 minit dari induk akan memakan setiap plasenta yang keluar. Bayi hamster lahir
dalam keadaan sudah bergigi. Hamster yang baru beranak dan anaknya tidak boleh diganggu.
Jika dilakukan, induk hamster tidak mahu lagi menyusui bayinya, bahkan memakan habis anak
anak yang baru dilahirkannya. Hal ini disebabkan adanya bau lain yang menempel di tubuh
anak hamster yang tersentuh tangan. Bagi Winter White & Roborovski, proses kelahiran
berlangsung dengan cepat dan jeda waktu kelahiran bayi hamster yang satu dengan yang lain
hanya beberapa saat. Induk winter white secara naluri langsung mengumpulkan anak-anaknya
di dalam sebuah cekungan yang telah dibuatnya. Biasanya, cekungan ini terletak di sudut
kandang.
Penjagaan anak hamster
Jangan memegang bayi hamster yang baru lahir,
Jangan memisahkan induk hamster dengan bayi-bayinya
Jangan terlalu sering melihat induk hamster tersebut
Berilah serbuk kertas atau kain agar bayi hamster tidak kedinginan.
Selama 2 minggu sejak kelahiran bayi hamster, jangan membersihkan kandangnya.

You might also like