1

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
Arahan: kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A

1. Apa maksud sejarah?
A Sejarah bermaksud peristiwa yang belum berlaku
B Sejarah bermaksud peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu
lampau
C Sejarah adalah peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang
D Sejarah adalah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau
dan akan berlaku pada masa kini

2. Manuskrip, fosil dan artifak merupakan _________________ yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar.
A Sumber pertama
B Sumber kedua
C Sumber ketiga
D Sumber keempat

3. Para sejarawan mengkaji sejarah menggunakan kaedah-kaedah berikut:
I Kaedah lisan
II Kaedah bertulis
III Kaedah arkeologi
IV Kaedah pembacaan
A I dan II
B I, II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

2

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
4. Kita boleh melihat tinggalan sejarah yang dipamerkan di _______________.
A rumah tradisional
B candi
C muzium
D gua

5. Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
A 28 Ogos 1957
B 29 Ogos 1957
C 30 Ogos 1957
D 31 Ogos 1957

6. Siapakah yang mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London?
A Tun Hussein Onn
B Lee Kuan Yew
C Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
D Tun Datu Mustapha bin Datu Harun

7. Keluarga asas terdiri daripada __________________
A bapa, ibu dan anak-anak
B bapa dan ibu
C bapa, ibu, anak-anak dan datuk
D bapa, ibu, anak-anak, datuk dan nenek

8. Keluarga bahagia penting dalam kehidupan kita kerana _________________
I melahirkan generasi yang bersopan dan berbudi bahasa
II mendapatkan nasihat dan pertolongan
III mengukuhkan kasih sayang dan mengeratkan hubungan
IV merenggangkan hubungan pada masa hadapan

3

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

9. ______________ merupakan identiti sekolah yang membawa maksud
wawasan atau pandangan jauh.
A Visi
B Bendera
C Lencana
D Cogan kata

10. Berikut merupakan ciri-ciri sejarah kecuali
A Mempunyai fakta yang tepat dan benar
B Menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara itu berlaku
C Mempunyai kepentingan dan bermakna
D Mempunyai fakta yang direka oleh tokoh sejarah

11. ___________________ merupakan sumber yang bersifat asli iaitu bahan asal
yang belum ditafsir, diolah dan dicetak.
A Sumber pertama
B Sumber kedua
C Sumber ketiga
D Sumber keempat

12. Kronologi adalah _________________________
A Tahun atau kurun yang dihitung selepas kelahiran Nabi Isa
B Tahun atau kurun yang dihitung sebelum kelahiran Nabi Isa
C Turutan peristiwa mengikut masa kejadian
D Tahun mengikut kalendar Islam
4

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
13. Tinggalan sejarah berikut boleh didapati di muzium kecuali
A Artifak
B Fosil
C Manuskrip
D Candi Lembah Bujang

14. Kepentingan mempelajari sejarah ialah
A tidak mempunyai sebarang kepentingan
B memberikan pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa lampau
C memberikan pengetahuan tentang peristiwa masa depan
D mengulangi kesilapan masa lampau

15. ______________ ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui
pertalian darah, perkahwinan dan pengambilan anak angkat.
A Komuniti
B Anak
C Keluarga
D Sekolah

Soalan 16 adalah berdasarkan gambar di bawah.

Sejarah Melayu
16. Sejarah Melayu ditulis oleh
A Tun Sri Lanang
B Raja Ali Haji
C Abdul Hadi Hassan
D Herodotus
5

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
Soalan 17 adalah berdasarkan gambar di bawah.

Tunku Abdul Rahman

17. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia
yang
A keempat
B ketiga
C kedua
D pertama

18. ____________________ berperanan mengendalikan perkara berkaitan
dengan kebajikan dan keselamatan murid di sekolah.
A Guru Besar
B Guru Penolong Kanan Pentadbiran
C Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
D Guru Penolong Kanan Kokurikulum

19. Berikut merupakan maklumat yang terdapat pada sijil kelahiran kecuali
A Jantina
B Umur
C Tempat kelahiran
D Tarikh kelahiran



6

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
20. Apakah adab yang perlu diamalkan ketika ingin keluar dari rumah?
A Tunduk
B Bertanya khabar
C Tidak meninggikan suara
D Meminta izin daripada bapa, ibu atau penjaga

( / 40 MARKAH)























7

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
BAHAGIAN B
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

(a)
__________
____ ialah tinggalan haiwan atau tumbuhan pada zaman lampau.

(b) ______________ ialah naskhah tulisan tangan pada zaman lampau.

(c) ______________ ialah barang tinggalan yang dicipta oleh manusia.

(d) ______________ ialah tempat menyimpan naskhah, rekod umum dan dokumen-
dokumen sejarah sesebuah negara.

(e) ______________ ialah tempat tinggalan sejarah dipamerkan untuk dilihat oleh
orang ramai.

( / 10 MARKAH)

2. Baca pernyataan berikut. Kemudian, gariskan jawapan yang betul.

1. Peristiwa kemerdekaan Malaysia sangat (penting , tidak penting) dalam
sejarah negara kita.
2. Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan setiap tahun untuk (memperingati ,
melupakan) jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita.
3. Sejarah harus dipelajari supaya dapat mengetahui tentang kejadian yang
(belum , telah) berlaku.
4. Kita (tidak dapat , dapat) belajar tentang asal usul kemunculan sesebuah
bandar dan sistem pemerintahan sesebuah negara dalam mata pelajaran
sejarah.
Manuskrip Fosil Arkib Artifak Muzium
8

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
5. Kita boleh menjadikan peristiwa yang (telah berlalu , belum berlaku) sebagai
iktibar dengan mempelajari sejarah.
6. Peristiwa bersejarah seperti Hari Anugerah Cemerlang Sekolah diadakan
sebagai (kerajinan , perangsang) kepada murid-murid untuk belajar.
7. Mempelajari sejarah amat penting untuk mengetahui (masa lalu , masa kini)
supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
8. Kita dapat (melupakan , memahami) sesuatu peristiwa tentang sejarah
dengan mengetahui sebab dan akibat yang berlaku.
9. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melakukan rundingan dengan kerajaan
(Belanda , British) untuk mendapatkan kemerdekaan.
10. Kita perlu (bersatu , berpecah) antara kaum untuk menjaga keamanan negara
Malaysia yang tercinta.

( / 20 MARKAH)

3. Nyatakan konsep masa berdasarkan penerangan sejarah berikut.

Penerangan Konsep masa

a. Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa

b. Zaman selepas kelahiran Nabi Isa

c. Tempoh masa 10 tahun

d. Tempoh masa 100 tahun

e. Tempoh masa 1000 tahun





( / 10 MARKAH)
Abad Masihi Dekad Sebelum
Masihi
Alaf
9

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
4. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang menerangkan suasana keluarga
bahagia dan ( x ) pada pernyataan yang menerangkan suasana keluarga
tidak bahagia.
Pernyataan Jawapan

a. Ibu bapa yang selalu bergaduh.


b. Ahli keluarga yang selalu mengamalkan sikap saling menghormati.


c. Keluarga yang mengamalkan tradisi makan bersama-sama
semasa perayaan.


d. Keluarga yang sering pergi bersiar-siar pada hujung minggu.


e. Ibu bapa yang mengambil berat terhadap ahli keluarganya.



( / 10 MARKAH)
5. Kenal pasti pentadbir-pentadbir sekolah yang murid boleh rujuk sekiranya
menghadapi situasi seperti berikut.
Situasi murid Pentadbir yang perlu dirujuk

a. Rogayah layak mendapat Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) tetapi dia
masih belum mendapatnya. Kepada
siapakah dia perlu rujuk?


b. Pasukan Pandu Puteri Sekolah akan
menjalankan aktiviti perkhemahan
tahunan pada bulan Disember tahun
ini. Roslinda ingin menyertai
perkhemahan tersebut. Kepada
siapakah dia perlu rujuk?


c. Siva berpindah ke sekolah baru.
Sekolah barunya meminta laporan
peperiksaan akhir tahunnya. Kepada
siapakah bapa Siva perlu rujuk?


d. Anda melihat beberapa orang murid
sedang merosakkan harta benda
sekolah. Sebagai pengawas, kepada
siapakah anda perlu laporkan tentang
perkara ini?

10

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
e. Ah Chong ingin memohon biasiswa
yang ditawarkan oleh Yayasan Negeri.
Kepada siapakah dia harus rujuk?













( / 10 MARKAH)















Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
11

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
JAWAPAN:
BAHAGIAN A
1. B
2. A
3. B
4. C
5. D
6. C
7. A
8. B
9. A
10. D
11. A
12. C
13. D
14. B
15. C
16. A
17. D
18. C
19. B
20. D

BAHAGIAN B
SOALAN 1
(a) Fosil
(b) Manuskrip
(c) Artifak
(d) Arkib
(e) Muzium
12

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SEJARAH TAHUN 4
SOALAN 2
1. penting
2. memperingati
3. telah
4. dapat
5. telah berlalu
6. perangsang
7. masa lalu
8. memahami
9. British
10. bersatu
SOALAN 3
(a) Sebelum Masihi
(b) Masihi
(c) Dekad
(d) Abad
(e) Alaf
SOALAN 4
(a) x
(b) /
(c) /
(d) /
(e) /
SOALAN 5
(a) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(b) Guru Penolong Kanan Kokurikulum
(c) Guru Penolong Kanan Pentadbiran
(d) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(e) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid