5.

0 KEMUDAHTAFSIRAN
Penilaian pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal memerlukan skor ujian
sebagai asas untuk membuat keputusan. Sesuatu ujian mestilah boleh diskor dengan cekap.
Skor yang diperoleh hendaklah mudah ditafsir. Kemudahtafsiran atau juga disebut sebagai
kebolehtafsiran ialah suatu kebolehan untuk mentafsir maklumat tentang calon berdasarkan
skor, diskriminasi antara calon dan ketepatan tujuan mengadakan ujian.
Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), kebolehtafsiran sesuatu ujian dapat
merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh
memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaian. Takrifan yang sama turut dinyatakan
oleh Mok Soon Sang (dalam Muhamad Hanafi, 2013), kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk
kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh
memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiannya. Ini bermakna keputusan itu
haruslah mudah dikumpul dan ditafsirkan supaya dapat memberi gambaran yang jelas serta
tepat bagi perkara berikut:
i. pencapaian seseorang pelajar di dalam bilik darjah mengikut gred yang telah ditetapkan
sama ada cemerlang, sederhana atau gagal.
ii. pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
iii. kekuatan dan kelemahan pembelajaran seseorang pelajar
iv. kesesuaian strategi pengajaran
v. kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar
vi. kesesuaian aras kesukaran item ujian
vii. membandingkan keputusan di antara ujian-ujian yang dijalankan
Ujian dianggap mempunyai ciri kemudahtafsiran yang tinggi sekiranya keputusan
pemarkahan yang diperolehi boleh ditukarkan kepada penomboran statistik seperti purata,
sisihan piawai, skor piawai Z dan skor piawai T serta dinyatakan dalam jadual atau graf yang
boleh memberi gambaran pentafsiran yang jelas agar mudah untuk digunakan oleh pelajar, ibu
bapa dan guru untuk tujuan tertentu sebagaimana contoh jadual 1 dan jadual 1a.




5.1 PENSKORAN UJIAN
Pemberatan markah dan kaedah yang digunakan bagi penskoran jawapan sesuatu soalan perlu
diberitahu kepada pelajar terlebih dahulu. Maklumat penskoran boleh disertakan pada arahan
menjawab setiap soalan sebagaimana rajah 1 . Maklumat ini sangat perlu supaya pelajar dapat
menjawab dengan tepat sebagaimana yang diharapkan oleh pembina dan pemeriksa ujian.
Kriteria penskoran jawapan dipilih biasanya telah ditentukan dan diketahui oleh pelajar
semasa mereka menduduki ujian. Misalnya, sekiranya terdapat 50 soalan aneka pilihan dan
jumlah markah yang diperuntukkan ialah 100, maka setiap soalan yang dijawab dengan betul
akan mendapat 2 markah.
Soalan esei biasanya dikenali sebagai ujian atau item subjektif yang mana mempunyai
jawapan terbuka, iaitu yang yang tidak spesifik seperti jawapan kepada soalan objektif. Soalan
esei memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga
panjang atau pendek jawapan tersebut. Pemeriksa seringkali sukar untuk melakukan penskoran
subjektif terhadap jawapan yang dibina kerana penskoran jawapan bagi soalan yang
memerlukan jawapan panjang dan tiada had seperti soalan esei ini adalah lebih mencabar. Bagi
mengatasi kepincangan penskoran untuk soalan esei, pemeriksa boleh memeriksa satu soalan
bagi semua pelajar terlebih dahulu, sebelum berpindah kepada soalan berikutnya. Pemeriksa
juga perlu mengelakkan diri dari mengenali identiti pelajar seperti nama dan nombor matrik
pelajar. Pemeriksa sebagai ahli profesional perlu sentiasa ingat bahawa penskoran perlu
dilakukan dengan bijaksana dan amanah. Kepincangan penskoran disebabkan kelemahan
pemeriksa akan mendatangkan kesan yang serius kepada masa depan pelajar, masyarakat
dan negara.



Menurut Muhamad Hanafi (2013), p
kriteria berikut:

i. Kandungan:
Adakah pelajar mengemukakan semua isi atau kandungan bagi sesuatu soalan pokok?

ii. Susunan atau organisasi :
Adakah susunan atau organisasi jawapan terat

iii. Proses:
Adakah proses penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dilakukan de
dan sistematik?

Rajah 1
Menurut Muhamad Hanafi (2013), penilaian jawapan yang dibina haruslah berasask
mengemukakan semua isi atau kandungan bagi sesuatu soalan pokok?
Susunan atau organisasi :
Adakah susunan atau organisasi jawapan teratur, kemas dan logik?
Adakah proses penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dilakukan de

dibina haruslah berasaskan kepada
mengemukakan semua isi atau kandungan bagi sesuatu soalan pokok?
Adakah proses penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dilakukan dengan teratur
iv. Ketepatan dan kemunasabahan:
Adakah isi jawapan tepat dan munasabah?

v. Keaslian dan kreativiti:
Adakah jawapan yang diberi asli berasaskan kepada kreativiti pelajar sendiri?

vi. Kesempurnaan dan ketekalan dalaman:
Adakah isi jawapan yang dibentangkan sempurna dan mempunyai ketekalan dalaman
yang tinggi?


5.1.1 PENTAFSIRAN SKOR UJIAN

Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali pensyarah berupaya membuat tafsiran
yang tepat dan sesuai. Sebagai contoh, skor 60 yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam
ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai penguasaan
yang lemah, sederhana atau cemerlang. Tafsiran terhadap skor ujian adalah sangat penting
bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di universiti dicapai.
Tafsiran perlu dilakukan dengan objektif bagi mengelakkan pertimbangan peribadi penilai.

Justeru itu, skor ujian perlu dianalisis bagi menentukan ciri yang tepat yang ada pada set skor.
Di antara ciri yang biasanya diperlukan bagi membuat tafsiran yang tepat ialah ciri
kecenderungan memusat dan serakan skor-skor ujian. Skor-skor ujian perlu juga dipiawaikan
bagi membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar
lain.


RBT 3108 Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Dicapai pada Mac 28,
2014 dari http://www.scribd.com/doc/208877188/Tajuk-1-2-Dan-3-09834hjk
Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. Dicapai pada Mac 28, 2014 dari
http://sudutpsikologi.blogspot.com/2010/08/pengujian-pengukuran-dan-penilaian.html
Muhamad Hanafi, N. (2013). Nota Pengajaran Kursus Penilaian & Pengukuran Dalam
Pendidikan.