Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana

penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara
amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut orang
awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu
sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan
kongsi tumpang.
Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk
menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan
penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat
kerja, beli-belah atau pendidikan.
[perlu rujukan]