sosio emosi kanak-kanak

Pengenalan


Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu
dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua
aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang
praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang
dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-
kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan
perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan
dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai
samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di
masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).


1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan sosio emosi kanak-kanak ?


1.1 Pengertian Emosi

Emosi adalah perkatan yang berasal dari perkataan Greek “emovere “ yang bermaksu untu keluar .
Secara ringkas dapat difahamkan ianya meluahkan dan mengeluarkan perasaan . Berdasrkan kepada
Oxford Dictionary emosi bermakna sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanaya daripada
aspek mental atau naluri seperti kasih sayang , gembira , sedih atau takut.


Emosi adalah perasaaan dan mood yang melibatkan reaksi psilogikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan
dengan cirri-ciri dan bentuk-bentu yang tertentu. Dalam perkembangan kanak-kanak ianya adalah aspek
yang penting selain perkembangan kognitif iaitu fungsi otak dan juga pemikiran serta tingkahlaku kanak-
kanak itu sendiri.


Tingkahlaku emosi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Berpunca dari faktor luaran dengan menunjukkan reaksi emosi yang boleh dilihat seperti ketawa,
senyum, menangis, masam muka , tidak berkata dan sebagainya.
Berpunca dari faktor dalaman: ialah perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang
berubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan.
Emosi juga adalah merupakan tindakbalas perlakuan kanak-kanak dan merupakan cara yang paling
mudah untuk mereka mengeluarkan fikiran dan perasaan


1.2 Kemahiran sosial


Definisi kemahiran Sosial

Kemahiran sosial adalah kemahiran kanak-kanak untuk mereka membina kesedaran tentang orang lain
dan perasaan mereka serta mempunyai kebolehan untuk mengekalkan perhubungan tersebut .
Kemahiran ini juga menjadikan mereka pandai dan mudah untuk mendekati orang lain dan
berkomunikasi dengan cara yang efektif.

Kanak-kanak yang memepunyai kemahiran sosial akan mematuhi peraturan sosial dan berkebolehan
bertingkah laku dalam kumpulan secara harmoni.Mereka dapat melibatkan diri dengan berfikir tentang
kendiri , orang lain dan cara sesuatu perhubungan sosial itu dijalankan.





1.3 Konsep kemahiran emosi dan sosial


Kemahiran emosi dan sosial ialah kebolehan untuk memahami , mengurus dan melahirkan aspek emosi
dan sosial dalam kehidupan seseorang dalam cara yang membolehkan seseorang berjaya menguruskan
tugas-tugas dalam kehidupan seperti pembelajaran, membentuk perhubungan , menyelesaikan masalah
dan menyesuaikan kehendak-kehendak pertumbuhan dan perkembangan.

Konsep ini merangkumi kesedaran kendiri (self awareness ) kawalan sifat impulsive , bekerja secar
koperatif , menyayangi diri dan orang lain.

Pendidikan sosial dan emosi pula ialah satu proses dalam mana seseorang membina kemahiran, sikap
dan nilai yang perlu untuk memperolehi kecekapan sosial dan emosi


2. Kurikulum pendidikan kanak-kanak .


Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-peraturan
Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program pendidikan yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini serta memberi tumpuan kepada tujuan
utama untuk menyampaikan pengetahuan.
Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum pendidikan kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat
membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada
pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan
membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan
keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya (Department for Education and
Science, 1990).
Kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman
pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa terutamanya guru dan segala aktiviti yang ditentu dan
difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri, termasuklah juga bahasa/ teknik berkomunikasi yang diamalkan
oleh orang dewasa dan kanak2 menggunakannya dikalangan rakan sebaya atau orang lain malah segala
apa yang mereka boleh lihat dan dengar dari persekitaran mereka. Terkadang-kadang kurikulum ini juga
boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak
mempelajarinya. Sebagai contohnya masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik
kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara
itu lebih berfaedah dari melakukan sebarang aktivit yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.


Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal
perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang dididedahkan kepada kanak-kanak
samada ianya dirancang ataupun tidak ,secara langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh
seseorang kanak-kanak sepanjang proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya
tercetus dari sikap, nilai, tinglahlaku ,adab dan tatasusila mulia yang ditonjolkan oleh guru, orang
dewasa, keluarga dan masyarakat sekitar

4. Komponen dalam pendidikan emosi dalam kurikulum pra sekolah Di Malaysia

Pendidkan awal kanak-kakak adalah salah satu cabang pendidikan yang telah dijalankan di Malaysia dan
mendapat sambutan yang meluas dengan wujudnya pelbagai jenis institusi pendidikan awal kanak-
kanak.Terdapat pelbagai jenis bidang pengajaian dengan penekanan khusus untuk bidang-bidang
tertentu seperti contohnya pusat asuhan kemahiran membaca , menulis dan mengira disamping
memberi pelbagai input lain seperti pendidikan agama dan pelbagai bidang kemahiran yang lain.
Sambutan ibu bapa pada masa ini amat menggalakkan diatas kesedaran pentingnya pendedahan kanak-
kanak tersebut kepada sistem persekolahan ataupun sekadar sebagai persediaan asas untuk memulakan
interaksi sosial dan tidak kurang juga ada dari ibubapa yang menghantar anak-anak mereka untuk
melatih mereka tentang kemahiran sosial dan kemahiran emosi.

Pendidikan sosio emosi adalah sebahagian dari kemahiran yang diajar kepada kanak-kanak di pusat
asuhan atau tadika , pendidikan ini telah didedahakkan pada peringkat awal perkembangan kanak adalh
demngan tujuan untuk mendedahkan kemahiran mengawal emosi dan kemahiran bersosial. Terdapat
berapa komponen utama dalam pendidikan sosio emosi kanak-kanak yang dijalankan di negara ini.

Komponen pendidikan perkembangan sosio emosi adalah memberi fokus kepada penguasaan emosi dan
kemahiran sosial yang matang dalam diri kanak-kanak. Tujuan utama ialah untuk menyediakn kanak-
kanak dengan kemahiran ini ialah untuk memberi mereka persediaan dala menghadapi kehidupan.
Dengan menguasai kemahiran ini kanak-kanak dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia
pada setiap masa dan sepanjang kehidupan mereka

Perkembangan emosi kanak-kanak yang diharapkan dari pendidikan ini ialah kemahiran mengawal
emosi, menggunakan fikiran dengan waras serta penuh kesedaran dan seterusnya mengambil tindakan
yang semestinya bersesuaian kehendak dan keperluan hidup mereka dalam kehidupan bermasyarakat

Pendidikan perkembangan sosio emosi kanak-kanak mempunyai empat komponen utama iaitu.


MEMAHAMI DAN MENGENALI EMOSI SENDIRI
1.1.mengenali dan memahami emosi sendiri

1.2 mengurus emosi sendiri

MENCAPAI EMOSI YANG POSITIF
2.1 membina semangat dan sikap positif

2.2 berkomunikasi dengan yakin

2.3 membina kebolehan mengawal diri

MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL
3.1.memahami keperluan , perasaan dan pandangan orang lain

3.2 menggunakan kemahiran sosial untuk berinteraksi


4. MEMBINA KEYAKINAN MENGHADAPI CABARAN HIDUP SEHARIAN

4.1membina kemahiran berfikir untuk menghadapi cabaran

kehidupan seharian


KEPENTINGAN PENDIDIKAN SOSIO EMOSI TERHADAP PEMBENTUKAN DIRI DAN KESEJAHTERAAN HIDUP
KANAK-KANAK.

Pendidikan sosio emosi kanak-kanak sanagt penting untuk membangunkan perkembangan emosi dan
sosial kanak –kanak dan membantu mereka mendapatkan kesejahteraan dalam kehidupan. Kepentingan
tersebut adalah dengan mengambil kira kepada aspek emosi dam sosial serta perkembangan yang boleh
membantu kanak-kanak untuk mendapatkan kesejahteraan dalam hidup.

Dalam membuat pertimbangan sebab-sebab dan alasan kepentingan pendidkan sosio emosi kanak-
kanak , kita kan melihat kepada dua perkara utama pendidikan sosio emosi tersebut iaitu aspek
kurikulum dan aspek matlamat yang tersirat hasil dari pendidikan sosio emosi tersebut.


1. ASPEK KURIKULUM PENDIDIKAN SOSIO EMOSI

Terdapat empat komponen objektif dan matlamat utama yang menjadikan pendidkan sosio emosi amat
penting dalam membentuk peribadi, tingkahlaku dan emosi kanak-kanak untuk menjamin supaya
mereka mendapat kesejahteraan dalam hidup. Matlamat utama komponen-komponen tersebut ialah
untuk mencapai tujuan-tujuan berikut :


1, Memahami dan mengurus emosi sendiri

2. Mencapai emosi positif

3. Membina kemahiran sosial

4. Membina keyakinanmenghadapi cabaran hidup seharian


1.1 MEMAHAMI DAN MENGURUS EMOSI SENDIRI


Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial dan emosi akan dapat mengenali perasaan dan
menguasai diri sendiri terutama apabila berhadapan dengan sebarang masalah dan situasi yang
menimbulkan kekeliruan kepada mereka.

Kanak-kanak dapat mengenali perasaan mereka dan bertindak untuk menguasai diri mereka. Dalam
keadaan tertentu seperti contohnya apabila mereka berada dalam keadaan takut., gembira, sedih ,
marah atau kecewa. Mereka boleh memahami sebab atau punca mengapa perasaan tersebut
menguasai diri mereka. Sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial dan emosi
kesan dari pendidikan sosio emosi yang diterima mereka mereka juga dapat memahami bahawa orang
lain juga menunjukkan keadaan dan perasaan yang berbeza-beza mengikut keadaan.

Kanak-kanak dapat memahami bahawa emosi mereka boleh berubah mengikut situasi dan keadaan
persekitaran serta mereka juga memahami mereka seharusnya dapat mengawal perasaan tersebut
untuk tidak menjejaskan perhubungan dan komunikasi dengan orang lain . Kanak –kanak yang mampu
menguasai emosi diri dapat meneruskan kehidupan dengan sejahtera kerana mereka mampu membuat
pertimbangan berdasarkan keadaan serta mampu menghargai perasaan orang lain.

Mereka mampu bertindak dan mengambil pendekatan untuk menguasai diri dalam sesuatu situasi .
Sebagai contoh , seorang kanak-kanak yang dapat memahami tentang hakikat bahawa kematian adalah
perkara yang semestinya akan terjadi pada setiap manusia akan menganggap bahawa perasaan sedih
akibat dari peristiwa kematian ahli keluarga mereka adalah satu perasaan yang sangat harmoni dan
perlu dialami oleh sesiapa pun. Dalam situasi ini , kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial dan
emosi mampu mengawal emosi dan menguasai diri serta lebih bersedia menghadapi situasi tersebut
barbanding dengan kanak-kanak yang tidak mampu mengawal emosi mereka. Kemahiran ini akan
membawa kepada kesediaan individu atau kanak-kanak tersebut untuk menerima hakikat akan sebab
dan akibat dari sesuatu peristiwa.

Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosio emosi mampu meneruskan hidup dengan lebih
sejahtera kerana mampu mengawal emosi mereka dan mempunyai kesediaan untuk berkongsi dan
hidup bersama dengan orang lain. Berdasarkan kepada komponen tersebut diatas kanak-kanak juga
akan dapat menerima kemahiran yang berikut.


1.1.1 Kebolehan mengenali emosi sendiri


Apabila kanak-kanak menguasai pendidikan sosio emosi maka beberapa hasil yang akan diperolehi
dapat dilihat dari tingkahlaku dan tindakan mereka dalam kehidupan seharian. Hasil dari pendidikan
tersebut ialah kanak-kanak akan mampu mengenali dan memahami emosi sendir serta mengurus emosi
sendiri.

Kemampuan pertama ialah Kanak-kanak mampu mengenali pelbagai jenis emosi yang terdapayt dalam
diri mereka termasuklah mengenali pelbagai perasaan yang dimiliki oleh mereka antaranya perasaan
sedih , duka , gembira, senang dan bahagia dan lain-lain lagi. Kemahiran ini membolehkan mereka
mengetahui jenis-jenis perasaaan dalaman yang wujud dalam diri mereka dan seterusnya mampu
mengenal apakah siituasi dan bagaimanakah sesuatu emosi itu boleh berubah dalam diri mereka.
Mereka mampu merasakan kewujudan emosi tersebut dalam diri mereka dan menerima ianya sebagai
satu perkara yang penting untuk dikendalikan dalam kehidupan. Kemahiran ini memberikan kanak-
kanak peluang untuk melebih mengenali dan mampu mengimbau dengan lebih dalam lagi tentang jenis-
jenis emosi yang wujud dalam diri mereka.

Kemampuan kedua yang boleh di kuasai oleh kanak-kanak ialah mereka mampu melabelkan emosi
dengan membuat pengkelasan yang tertentu dengan membuat beberapa kesimpulan berdasarkan
keadaan dan situasi serta apakah jenis-jenis emosi yang akan terpancar dalam keadaan tersebut.
Kemahiran melabel ini membolehkan kanak-kanak membuat pengkelasan yang baik dan mampu
mengawal perasaan dan bersedia untuk menangani sebarang kemungkinan dalam kehidupan dengan
matang dan positif.

Kemampuan ketiga yang dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran mengenal emosi yang positif dan
negatif . Kanak-kanak dapat membuat perbezaan antara emosi posittif dan negatif serta apakah
impilkasi yang akan mereka hadapi sekiranya mereka mengambil tindakan mengikut emosi negative
atau positif. Pertimbangan tentang emosi positif dan negatif juga melibatkan mereka mampu meramal
akibat dan kesan dari sesuatu tindakan terhadap diri mereka sendiri. Hasilnya , kanak-kanak akan dapat
menggunakan emosi mereka dengan dcara dan kaedah yang betul dan membuat keputusan yang positif
dalm kehidupan mereka untuk menjamin kesejahteraan diri dan kehidupan mereka.

Kemampuan keempat yang mampu dikuasai oleh kanak-kanak melalui pendidikan sosio emosi ialah
mereka boleh membezakan antara tindakan berasakan fikiran atau emosi. Dengan mengenali perasaan
dalam diri mereka kanak-kanak dapat membezakan apakah tindakan yang diambil oleh mereka telah
dikuasai emosi atau fikiran yang waras. Kanak-kanak yang dapat membezakan tentang akibat dari
tindakan menggunakan emosi atau fikiran semata-mata dapat membuat keputusan dalam keadaan
tenang dan terkawal serta bertindak dalam keadaan yang waras danmatang. Terdapat banyak contoh
tentang akibat mengikut perasaan melulu mberi kesan negatif kpada kehidupan. Dengn adanya
kemahiran ini diharapkan kanak-kanak akan lebih berjaya dan mampu membuat pertimbangan dengan
wajar dan sedar .


1.1.2 Kebolehan mengurus emosi sendiri


Kanak-kanak yang mendapat pendidikan sosio emosi juga kan mampu mengurs emosi mereka sendiri .
Kanak-kanak akan mamp mengendalikan bebeapa kemahirran dallam mengurus emosi mereka sendiri
termasuklah antaranya boleh mengawal keinginan dan kemahuan diri, boleh bertolak ansur, bersabar
dan mengawal diri , membezakan antara yang baik dan buruk sebelum bertindak , bertanggungjawab
dengan setiap perbuatan yang dilakukan setya boleh berdoa atau bermeditasi.

Kanak-kanak dapat mengurus emosi mereka dalam keadan tertentu iaitu mengawal keinginan dan
kemahuan diri. Mereka wajar menyedari bahawa bukan semua perkara yang mereka inginkan akan
menjadi kenyatan tambahan pula setiap sesuatu yang diingini tidak mungkin akan dapat dicapai dengan
mudah. Adakalanya kanak-kanak tidak memahami tentang mampu atau tidaknya sesuatu perkara untuk
dilakukan. Denagn kemahiran mengurs emosi hasil dari pendidkan sosio emosi kanak-kanak akan lebih
bersedia menghadapi kegagalan dan tidak bersikap berputus asa dan menyalahkan orang lain. Mereka
juga dapat mengawal diri dari melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri sendiri dan bertindak
dengan waras.

Kanak-kanak yang mampu mengurus emosi juga akan dapat mengamalkan sikap bertolak ansur
,bersabar dan mengawal diri. Sepertimana yang dijelaskan diatas tadi kanak-kanak yang menerima
pendidkan sosio emosi juga dalam keadaan tertentu akan berhadapan dengan keadaan yang tidak
memberi peluang kepada mereka untuk bertolak ansur atau bertimbangrasa terhadap sesuatu perkara
yang menimpa diri mereka, Sebagai contoh, mereka akan mudah untuk berkelahi sekiranya sesuatu
barang atau keperluan yang mereka miliki atau dimiliki oleh orang lain telah terlepas dari dirinya.. kanak
-kanak yang mampu mengurus emosi akan lebih bersikap bersabar dan mengawal diri dari melakukan
sesuatu tindakan yang tidak memberikan apa-apap faedah atau sia-sia terhadap dirinya sendiri.

Kanak-kanak yang terdidik dengan kemahiran pendidikan sosio emosi juga akan mempunyai kemahiran
membezakan antara yang baik dan buruk sebelum bertindak . Tidak semua orang mampu membuat
pertimbangan yang wajar dalam kehidupan mereka andainya mereka tidak mampu mengurus emosi dan
bertindak melulu. Kemahiran diri untuk membuat pertimbangan emosi dan fikiran sebelum bertindak
adalah perkara yang diterapkan dalam pendidikan sosio emosi , maka kanak-kanak akan mendapat
kesejahteraan dalam hidup mereka sekiranya kemahiran ini dapat diterapkan dalam diri mereka.
Mereka dapat mengelakkan diri dari membuat keputusan yang merugikan seterusnya bertindak dengan
penuh trampil dan bermakna.,

Setiap kanak-kanak sering kali mempunyai sikap untuk menyalahkan orang lain walaupun kadangkala
ianya adalah kesalahan yang dilakukan oleh diri mereka sendiri atau bersama-sama dengan rakan-rakan
mereka yang lain. Dalam penddikan sosio emosi kanak-kanak oianya amat menekankan lepada
pentingnya kanak-kanak untuk bersikap bertanggungjawab dengan segala perbuatan yang dilakukan
oleh diri mereka sendiri. Kemahiran ini amat penting kerana ianya akan mengajar kanak-kanak tentang
tanggungjawab dan kebertanggungjawaban mereka terhadap papa yang mereka lakukan. Dengan
adanya kemahiran ini kanak-kanak kan dapat mengawal dan bersikap penuh sedar atas perbuatan
mereka. Setiap kesan dari perbutan tersebut harus dipertanggungjawabkan oleh diri mereka sendiri
tanpa menyalahkan orang lain. Kanak-kanak dapat memperbaiki kelemahan diri dan terus membina
sikap yang positif dan menempa kejayaan dalam hidup mereka.

Kanak-kanak yang mampu menggunakan kemahiran dari pendidikan sosio emosi juga akan dapat berdoa
dan bermeditasi dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai sosio emosi yang terurus dan
seimbang menyedari tentang perlunya berdoa dan membina pengharapan terhadap Allah. Mereka akan
menjadikan berdoa atau meditasi sebagai satu cara untuk mencapai atau mengembalikan ketenangan
dalam diri dan kesejahteraan hidup mereka. Kebolehan berdoa dan meditasi dalam diri kanak-kanak
amat penting untuk dibangunkan dan dibina kerana mereka akan mempunyai sandaran dan pegangan
yang kukuh seandainya mereka mereka kecewa aau berfikiran buntu dalam menelesaikan masalah dan
mereka juga meletakkan segala pengharapan diri di tempat yang memang selayaknya. Boleh
kitabayangkan apa yang kan terjadi andainya kanak-kanak tidak mampu berdoa dan tidak langsung
bermeditasi dengan tuhannya? Sudajh tentulah mereka akan berpandukan kepada perkara-perkara yang
lain yang ternyata akan memberi kesan yang amat buruk terhadap diri mereka.

Setelah diterangkan seperti diatas kita pastinya menyedari betapa pentingnya pendidikan sosio emosi
terhadap kanak-kanak untk memberi mereka kesejahteraan dalam kehidupan. Walaubagaimanapun
masih terdapat beberapa komponen dan matlamat pendidkan sosio emosi yang akan dihuraikan selepas
ini.


1.2.MENCAPAI EMOSI POSITIF


Kanak-kanak mempunyai emosi positif akan mampu juga memiliki ciri-ciri yang istimewa dalam hidup
mereka. Pendidikan sosio emosi amat penting untuk didedahkan kepada mereka kerana dari aspek
emosi yang positif mereka akan berjaya membina semangat dan sikap yang positif, berkomunikasi
dengan yakin , membina perwatakan kendiri , membina kebolehan mengawal diri dan akhirnya
membina kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah. Kehidupamn mereka kan len\bih bermakna
sekiranya memeiliki emosi yang positif sebagai dorongan untuk mendapat kesejahteraan dalam
kehidupan.


1. 2.1 membina semangat dan sikap yang positif


Kanak-kanak yang memiliki kemahiran sosio emosi akan dapat membina semangat dan sikap yang
positif. Mereka dapat membuat justifikasi yang betul dan bersesuaian dengan keadaan persekitaran dan
terus membina semangat yang positif dan tidak mudah mengalah kepada keadaan tertentu serta
mampu meneruskan sikap yang positif dalam hidup mereka. Kanak-kanak yang terdidik dengan
pendidikan sosio emosi akan tetap mencari sesuatu yang positif dan bertindaj mengikut landasan
tersebut apabila menagtur kehidupan mereka. Sebagai contoh, mereka kan tetap bersemangat untuk
terus mencapai kejayaan dalam pelajaran walaupun terdapat pelbagi rintangan dwn mengambil
pendekatan yang membina serta terus memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan.
Halangan adalah cabaran dan bukanlah sesuatu yang membebankan. Sikap positif ini akan melahirkan
warganegara yang berfikiran positif dan berketrampilan dalam setiap bidang.


1.2.2.berkomunikasi dengan yakin


Kebolehan berkomunikasi adalah sesuatu yang amat penting dalam lingkungan kehidupan sosial individu
dan kanak-kanak. Walaubagaimanapun , bukan semua mereka mampu berkomunikasi dengan yakin
seandainya tidak didedahkan dengan pendidikan sosio emosi yang terancang dan berkesan.

Dalam perkara ini pendidikan sosio emosi amat penting kerana kebolehan berkomunikasi bukan hanya
ditekankan setakat untuk berkomunikasi semata-mata tetapi aspek keyakinan diri dalam berkomunikasi
adalah aspek yang amat dititikberatkan. Dalam perkara ini juga kanak-kanak yang mampu
berkomunikasi dengan yakin akan berpeluang untuk meluahkan pandangan dan perasaan serta
pendapat mereka kepada orang lain serta ahli masyarakat yang berada di sekelilingnya. Dengan adanya
kemahiran ini kanak-kanak akan bersikap lebih terbuka dan mampu menerima pandangan bahkan pada
masa yang sama turut berkongsi buah fikiran disamping memberi idea-idea yang bernas dan berani.
Mereka akan mampu melaui kehidupan dengan penuh bermakna dan teratur bersama ahli masyarakat
dengan berkongsi fikiran dan idea demi kebaikan bersama.


1.2.3 membina perwatakan kendiri


Keupayaan kakank-kanak membina keupayaan kendiri amat berkait rapat dengan keupayaan mereka
mengawal emosi dan memilki kemahiran sosial yang baik. Dalam situasi di mana pembinaan kendiri
mereka adalah berkait langsung dengan emosi dan persekitarannya pendidkan sosio emosi menjadi alat
yang penting untuk membantu proses membina perwatakan kendiri. Pendedahan tentang kesedaran
mengawal emosi dan berkomunikasi dengan orang lain didalam pendidikan tersebut membantu
mengukuhkan lagi proses membina perwatakan kendiri mereka. Kanak-kanak akan didedahkan dengan
pengetahuan tentang tingkalaku serta perwatakan yang membawa nilai positif dalam diri mereka.
Kesannya mereka akan dapt membina perwatakan kendiri dengan menerima nilai-nilai yang positif serta
mampu menangani sebarang perkara yang boleh mennggugat emosi dan kemahiran sosial mereka.

Kepentingan pendidikan emosi antara lain membantu pembentukan perwatakan kendiri kanak-kanak
supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan cabaran emosi dan anasir-anasir sosial yang boleh
menjejaskan kesejahteraan hidup mereka.


1. 2.4 membina kebolehan mengawal diri


Dalam mengharungi kehiduapn yang penuh dengan cabaran dan keadaan masyarakat yang mencabar
maka kemahiran mengawal diri amatlah penting dan perlu diperkukuhkan . Kaedah yang paling sesuai
dan maat berkesan untuk dilaksanakan bagi mencapai maksud tersebut ialah melaui pendidikan. Bidang
pendidikan sosio emosi adalah salah satu langkah yang amat bersesuain bagi tujuan ini. Kepentingan
kebolehan mengawal diri amat perlu ditanamkan dalam jiwa kanak-kanak terutamam bagi membina
kekutan diri dalam mengawal keinginan negative yang boleh merosakkan diri. Mereka akan mampu
mengwal emosi dan berfikiran waras serta melakukan tindakan yang tidak menyalahi nilai dan norma
masyarakat mereka sendiri Pendidikan sosio emosi amat penting untuk memberikan kanak-kanak
keupayaan mengawal diri bagi melalui kehidupan yang sejahtera dan tenteram


1. 2.5. membina kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah


Oleh kerana pendidikan sosio emosi amat menitikberatkan kepada perkembangan kemahiran emosi dan
kemahiran sosial maka salah satu perkara yang turut diambil kira ialah kemahiran berfikir untuk
menyelesaikan masalah. Kanak-kanak yang mamapu mengenali dan menguruskan emosi yang positif
akan dapat membuat pertimbangan yang wajar bersandarkan kepada keupayaan akal yang waras dan
sihat. Mereka tidak sama sekali bergantung kepada gerak emosi dan melulu dalam membuat
pertimbangan dan keputusan, pertimbangan akal yang didorong oleh emosi yang positif akan
mengambil alih dan hasilnya mereka akan membuat suatu keputusan setelah diteliti sebarang
kemungkinan dan akibat dari tindakan tersebut. Pendidikan emosi amat penting bagi kanak-kanak
terutama dalam membina keupayaan mereka menentukan keputusan dalam hidup mereka terhadap
sesuatu perkara yang penting. Tindakan yang diimbangi emosi positif dan menggunakan akal yang waras
serta pertimbangan situasi yang teliti akan memastikan mereka dapat melalaui kehidupan ini dengan
aman dan sejahtera.


1.3. MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL

Kehidupan kanak-kanak dan masyarakat di sekeliling mereka adalah dua perkara yang tidak dapat
dipisahkan. Masyarakat memerlukan kanak-kanak sebagai penyambung generasi mereka yang
seterusnya sementara kanak-kanak pula memerlukan masyarakat sebagai pelindung dan pengawal
keselamatan dan menyediakan kehidupan yang sejahtera buat mereka. Mereka saling melengkapi dan
mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. Oleh sebab yang demikian , pendidikan sosio emosi
amatlah penting kepada kanak-kanak terutama dalam membentuk kemahiran sosial dan bermasyarakat.
Kanak-kanak perlu didedahkan dan di beri pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab serta
kedudukan mereka dalam masyarakat serta mendidik mereka tentan bagaimana mengendalikan
hubungan sosial dikalangan masyarakatnya.

Kepentingan pendidikan sosio emosi dalam aspek membinakemahiran sosial ini menukju kepada dua
elemen utama yang ingin dicapai iaitu memahami keperluan , pearasan dan pandangan orang lain dan
menggunakan kemahiran sosial untuk berinteraksi.


1.3,1 memahami keperluan , pearasan dan pandangan orang lain.

Pendidikan sosio memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang kebolehan merasai emosi orang
lain. Mereka mampu menyelami dan merasakan bagaimana seseorang yang yang ditimpa kemalangan
menghadapi situasi tersebut. Denagn adanya kenolehan ini akan lahirlah satu keadaan sosial dimana
setiap anggota masyarakat akan turt sama merasai dan menyelami perasaan orang lain samada mereka
menghadapi situasi sedih atau gembira. Kebolehan ini akan memberi perhubungan sosial yang saling
memahami dan cuba tidak menyinggung perasaan lain disamping menghormati hak dan menjalankan
tanggungjawab yang sepatutnya . Sikap saling merasai emosi orang lain akan menjadikan masyarakat
dan kanak-kanak dapat melalui kehidupan yang sejahtera dan aman. Dari itu kita dapat merasakan
bahawa pendidikan sosio emosi amat penting dalam membentuk kehidupan kanak-kanak yang sejahtera
dan bermakna.

Kanak-kanak yang mendapat pendidikan emosi juga mampu bertolak ansur dan mengalah atau
bertimbangrasa terhadap orang lain. Kanak-kanak mampu berkongsi atau menyerahkan sesuatu
miliknya kepada orang lain dengan tujuan untuk menjaga keharmonian sosial . Denagnwujudnya sikap
bertolak ansur sesame mereka maka kakn-kanak akan dapat memlaui kehidupan ini dengan suasana
yang harmoni dan tenteram . Mereka akan melalui kehidupan yang indah kerana sikap saling bertolak
ansur kan menjauhkan mereka dari emosi negatif seperti permusushan dan berdendam

Disamping seorang kanak-kanak dapat bertolak ansur , mereka juga dapat memberi perhatian kepada
orang lain. Dalam situasi ini mereka tidak hanya melihat kepada keperluan dan kesenangan diri sendiri
semata-mata tetapi dapat juga memberi perhatian kepada orang lain. Mereka mempunyai perasaan
peka dan bersedia untuk memberi sumbangan atau bantuan atau turut sama terlibat dalam sebarang
aktiviti sosial di kalangan ahli masyarakatnya. Kebolehan ini akan menjadiakn diri mereka diterima dan
di hargai oelh ahlimasyarakat yang lain dimana mereka juga akan bertindak dengan cara yang sama.

Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial akan dapat memberi tindakbalas terhadap sesuatu
emosi yang dialami oleh mereka. Sekiranya seseorang itu merasa kecewa dan amat perlu kepada
seseorang yang yang lain untuk memberi semangat dan sokongan agar tidak berputus asa, maka sebagai
ahli masyarakat kanak-kanak tersebut mampu memberi tindakbalas dengan memberi nasihat atau
bimbingan yang sewajarnya . Kesediaan ini adalah nilai yang murni dan di pandang tinggi oleh ahli
masyarakat.


1.3.2 menggunakan kemahiran sosial untuk berinteraksi

Salah satu dari kemahiran sosial ialah kemahiran sosial untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan
yakin. Kebolehan berinteraksi ini lahir dari pendidikan sosio emosi yang telah dilalui oleh kanak-kanak.
Ianya dapat membentuk kemahiran untuk bergaul dengan berhemah, boleh memberi dan tidak sekadar
menerima sahaja, menghormati hk orang lain dan bertanggungjawab serta mampu membezakan antara
kepentingan peribadi dan ornag lain.

Kobolehan untuk bergaul dengan berhemah akan dapat dilihat sekiranya kanak-kanak mempunyai
kemahiran sosial yang telah diterapkan dalam pendidikan sosio emosi. Pergaulan berhemah beerti
pergaulan yang beradab dan saling menghormati hak dan perasaan orang lain disamping membentuk
sikap saling mempercayai dan bersopan santun. Pergaulan berhemah akan membentuk komuniti yang
penuh persefahaman dan bertoleransi sesama mereka. Hasil dari itu , kakak-kanak akan turut menikmati
kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

Dalam aspek kesediaan kanak-kanak untuk memberi kepada orang lain juga amat ditekankan dalam
pendidikan sosio emosi. Kanak-kanak yang mampu memberi dan menyumbang sesuatu samada dalam
bentuk fikiran, tenaga , atau kesediaan untuk turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan adalh contoh
dari hasil berkesannya pendidikan sosio emosi. Dalam soal ini betapa pentingnya pendidikan sosio emosi
diberi keutamaan dalam pembentukan kanak-kanak.demi menjamin kesejahteraan mereka dimasa akan
datang.

Kanak juga akan menghormati hak orang lain disamping bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan
dikalangan masyarakatnya. Mereka tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap orang lain dan
membuta tuli dalam bertindak. Orang lain yang hidup bersama dengan mereka juga mempunyai hak dan
tanggungjawab yang tertentu, oleh itu persefahaman akan berlaku dan terbentuklah jalinan sosial yang
harmoni dan tenteram. Saling menghormati perasaaan orang lain.

Sau lagi kepentingan pendidikan sosio emosi dalam membentuk kehidupan kanak-kanak yang sejahtera
ialah kebolehan membezakan antara kepentingan diri dan orang lain. Kank-kanak mungkin pernah
mengalami situasi berada dalam kekeliruan apabila mengambil keputusan tertentu terutama melibatkan
kepentingan diri dan orang lain. Adakah kepentingan diri melebihi kepentingan orang lain atau
sebaliknya? Melalui pendidikan sosio emosi mereka didedahan dengan kemahiran sosial dan
berdasrkanpengetahuan tersebut mereka mampu membuat keputusan yang sewajarnya.


1. 4.MEMBINA KEYAKINAN MENGHADAPI KEHIDUPAN SEHARIAN

Keberkesanan pendidikan sosio emosi juga memperlhatkan kepada keupayaan kanak-kanak membina
kemahiran berfikir untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Keupayaan ini membolehkan
kanak-kanak bersedia dan mampu mengawal keadaan dengan menggunakan kekuatan akal secara
bijaksana dalam menangani cabaran dalam kehidupan. Keupayaan ini datangnya dari pendidkan sosio
emosi yang telah didedahkan kepada mereka. Mereka bukan sekadar mampu berfikir secara waras dan
bijaksana bahkan turut mampu berfikir dengan mendalami keadaan dan situasi orang lain
disekelilingnya. Sebarang keputusan dalam kehidupan seharian tidak berkisar semata-mata atas
kepuasan diri bahkan turut melihat kesannya kepada orang lain.


2. MATLAMAT YANG TERSIRAT DARI PENDIDIKAN SOSIO EMOSI

Selain dari matlamat yang jelas dan termaktub dalam pendidikan sosio emosi terdapat beberapa
matlamat yang tersirat untuk dicapai oleh pendidikan tersebut.Oleh kerana matlamat yang tersirat yang
ingin dicapai ini tidak begitu terserlah tetapi ianya adalah penting dalam membentuk kanak-kanak yang
menjalani kehidupan dengan sejahtera dan harmoni .Kepentingan ini tidak boleh dianggap remeh
kerana sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada kemampuan kanak-kanak untuk meneruskan
hidup dengan ceria. Antara matlamat yang tersirat yang ingin dicapai daripendidikan tersebut ialah:


` i. mengamalkan tingkah laku yang baik

ii. mempunyai konsep kendiri yang positif

iii. mengikuti proses pembelajaran yang berkesan dan bijak

bermasyarakat


i. mengamalkan tingkah laku yang baik


Kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran pendidikan sosio emosi akan lebih terdedah kepada
perubahan tingkahlaku yang yang lebih baik dan bersikap positif. Oleh kerana mereka dapat mengwal
dan mengurus emosi serta mampu menggunakan kemahiran sosial yang baik , Proses pembinaan watak
kendiri juga mejadikan kanak-kanak lebih bersikap bersopan-santu dan sentiasa mematuhi peraturan
dan nilai norma yang diamalkan dalam masyarakat setempat mereka. Kemahiran menegurs emosi akan
mengemabalikan mereka kepada keadaan yang terurus dengan kemampuan menangani konflik dan
mengurus stress apabila menghadapi maslah.Kanak-kanak juga secara tidak langsung melalui
pendididkan sosio emosi akan mendapat kemahiran membezakan nilai-nilai positif dan nilai negative
sebelum mengambil sebarang tindakan. Mereka sentiasa berupaya menilai situasi dan keadaan seta
mampu mengharungi kehidupan dengan sejahtera


ii. mempunyai konsep kendiri yang positif

Kanak- kanak juga didedahkan dengan beberapa kemahiran yang tersirat tanpa dinyatakan secara jelas
dalam kurikulum antaarnya ialah kemahiran empati dan berhujah tanpa menggunakan fizikal.kemahiran
ini amat penting untuk dikuasai kerana empati adalah satu sikap dimana berkebolehan untuk
memahami perasaan orang lain dan boleh meletakkan dirinya kepada orang berkenaan. Kanak-kanak
yang mempunyai empati yang mendalam mampu menunjukkan kepekaan terhadap keperluan orang
lain , dapat memahami sesuatu isyarat yang ditunjukkan oleh orang lain tanpa bantuan lisan, dapat
menangkap ekpresi muka dan bertindak secara wajar, dapat merasai dan mengenal pasti seseorang
yangdalam kesusahan dan bertindak seterusnya untuk membantu. Kemahiran empati akan menjadaikan
kanak-kanak lebih bersedia utuk berinteraksi social dengan cara yang lebih harmoni.

Kanak-kanak juga dapat berhujah denganorang lain tanpa perlu menggunakan fizikal ataupuin kekerasan
kerana mereka dapat memahami sesuatu perasaaan atau respons orang lain melalui penialain kepada
bahasa badan,mimik muka dan sebagainya. Kebolehan ini kank membina kanak-kanak yang bersikap
positif dan mmapu bertoleransi dalam keadaan yang tertentu dan membina perhubungan social yang
harmoni dan berkekalan.


iii.mengikuti proses pembelajaran yang berkesan dan bijak bermasyarakat

Kanak-kanak juga melalui epndidkan sosio emosi akan terdedah kepada kebolehan untuk mengetahui
emosi orang lain dan bertindak dalam cara yang sesuai untuk meneruskan pemebentukan perasaan
tersebut. Kebolehan ini adalahsatu seni dalam mengendalikan perhubungan diri dan masyarakat di
sekeliling mereka. Kanak-kanak dapat melalui proses pembelajaran dan bermasyarakat dengan cara
yang sesuai dan mengikut kehendak atau keperluan dan nilai serta cara hidup sesebuah masyarakat .
Kepentingan pendidikan sosio emsi dalam perkara ini mamapu memberikan kesejahteraan hidup
kepada kanak-kanak lantaran mereka dapat menguasai kemahiran hidup bermasyarakat dengan
harmoni.

Ternyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia , dapatan kajian
membuktikan bahawa pendidikan sosio emosi kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan
peribadi dan kekuatan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju negara. Kajian yang
dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk
pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi
perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Kesimpulan
Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi
kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju
perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa
dalam kehidupan seorang insan. Pendidikan sosio emosi adalah salah satu dari pendekatan dalam
pendidikan awal kanak-kanak . Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa
lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun
manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80—85%
perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan
peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam
tahun tersebut. Justru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan pengetahuan dan
kemahiran yang diberikan dan pendidikan awal serta keberkesanan perlaksanaan pendidikan sosio
emosi seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya .

Kebijaksanaan seorang guru dalam mengurus pendidikan sosio emosi adalah tunjang utama kepada
segala harapan dan impian yang ingin dicapai supaya menjadi kenyataan. Mendidik anak bangsa adalah
tugas mulia dan seharusnya generasi muda yang masih mudah dilentur peribadinya ini perlu di terapkan
dengan sebaik mungkin tentang aspek perkembangan sosio emosi agar mereka menjadi generasi yang
mewarisi kehidupan hari ini dan mampu mengurus dengan lebih beerti kehidupan di masa hadapan
mereka.

Penghargaan kendiri mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Sikap
yang positif akan menggalakkan perkembangan dan penguasaan pelbagai kecekapan. Kajian oleh
Syahrizan (2004) mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara konsep kendiri kanak-kanak
prasekolah dengan penglibatan mereka dalam aktiviti bilik darjah. Kanak-kanak yang mempunyai konsep
kendiri yang positif mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti yang diaturkan oleh guru mereka. Dapatan kajian Wan Norhayati (2009) juga menunjukkan
kanak-kanak lelaki mempunyai konsep kendiri yang tinggi berbanding kanak-kanak perempuan. Kanak-