Soalan Tugasan PSK KPLI 2009 ________________________________________________________________

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA 2009

BUKU TUGASAN
PENILAIAN SEPANJANG KURSUS

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) DAN PISMK OUM
Arahan Kepada Calon: 1. Buku Tugasan ini terdiri daripada 2 Bahagian: Bahagian A: Tugasan Individu : 3 Tugasan Bahagian B: Tugasan Kumpulan : 4 Tugasan 2. Anda dikehendaki menjawab mana-mana dua tugasan dalam Bahagian A secara individu dan mana-mana dua tugasan dalam Bahagian B secara kumpulan (4-5 orang satu kumpulan). Jawapan anda hendaklah dalam bentuk esei yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan bagi tugasan individu dan lebih kurang 750 patah perkataan bagi tugasan kumpulan. Buku soalan ini akan diberikan pada minggu pertama Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia dan dikutip pada akhir minggu kedua sebelum tamat kursus

3.

4.

Buku Soalan ini mengandungi 8 muka surat bercetak.
1

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN A TUGASAN INDIVIDU ____________________________________________________________________ KOMPONEN I (Perintah Am) Soalan 1A Encik Azlim adalah seorang penjawat awam yang telah menduduki rumah biasa kerajaan pada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau telah memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20 km dari pejabatnya. Bincangkan tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasa kerajaan dan apakah tindakan beliau selepas memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan. (10 Markah ) atau Soalan 1B Encik Sapawi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG48 diarah mengikuti kursus pendek 14 hari di Bangkok, Thailand atas kepentingan perkhidmatan. Jelaskan jenis elaun yang layak dituntut seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005 dan Perintah Am Bab B.

(10 Markah )
2

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

_________________________________________________________________ BAHAGIAN A TUGASAN INDIVIDU ________________________________________________________________ KOMPONEN II (Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam) Tugasan 2

Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Menyelesaikan masalah secara profesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif. Untuk itu,setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (INTAN), 1991: 55

So ala n 2A Ba gai ma na ka

h penghayatan nilai-nilai di atas dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan selaras dengan teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 ? ( 10 Markah )

3

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009 atau Soalan 2B Huraikan Teras Perkhidmatan Awam yang terkandung dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 5/79 dapat membantu guru melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang dan memberi keseronokan bekerja.

( 10 Markah )

4

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN A TUGASAN INDIVIDU KOMPONEN III ( Arahan Perkhidmatan dan Arahan Keselamatan) Tugasan 3 Soalan 3A Bilik kebal di sebuah jabatan pelajaran telah diceroboh oleh orang luar. Hasil siasatan mendapati tahap keselamatan kawasan tersebut tidak diurus mengikut prosedur yang betul sebagaimana yang termaktub dalam Arahan Keselamatan. Jelaskan ciri-ciri keselamatan fizikal yang perlu dipatuhi oleh ketua jabatan bagi mengelakkan perkara di atas berulang. Huraian anda perlulah beserta dengan contohcontoh yang sesuai . ( 10 Markah ) atau Soalan 3B

Surat-surat rasmi terbahagi kepada 3 jenis iaitu : i. ii. iii. Surat terperingkat untuk perhatian Ketua Jabatan Surat umum yang dialamatkan kepada Ketua Jabatan dan Surat untuk perhatian pegawai

Encik Ali baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir ( Pengurusan Fail ) dan ditugaskan mengendalikan urusan surat-menyurat yang diterima. Huraikan langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh beliau untuk menguruskan surat-surat rasmi di jabatannya..
( 10 Markah )
5

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN B TUGASAN KUMPULAN

KOMPONEN I (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam ) Tugasan 1 Soalan 1A Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.

Sumber: Piagam Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, huraikan tindakan Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan iltizam tersebut dalam usaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan seperti dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

6

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009 atau Soalan 1B Analisis pencapaian prestasi UPSR yang telah dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merosot. Ketua Panitia Bahasa Melayu bercadang untuk memperbaiki prestasi mata pelajaran tersebut dengan menjalankan satu proses penambahbaikan mutu pengajaran pembelajaran melalui Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

Bagaimanakah kaedah Plan, Do, Check, Action (P.D.C.A.) dalam KMK dapat membantu meningkatkan prestasi murid dalam situasi di atas? (10 markah)

7

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN B TUGASAN KUMPULAN _______________________________________________________________________ KOMPONEN II (Dasar-Dasar Kerajaan) Tugasan 2 Soalan 2A Pelbagai isu berkaitan pengeluaran hasil pertanian seperti peningkatan harga, kekurangan bekalan makanan memberi kesan kepada penduduk dunia. Namun demikian, isu ini tidak serius di negara kita kerana negara mempunyai dasar pertanian yang produktif. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, huraikan strategi pelaksanaan Dasar Pertanian Negara yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjamin pengeluaran bahan-bahan makanan secara berterusan. atau Soalan 2B Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan jalinan murni antara kaum di negara ini disamping berupaya merapatkan jurang pemikiran, budaya dan sosial dalam kalangan pelajar. Program ini adalah salah satu strategi dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum di negara kita? (10 Markah)
8

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009 BAHAGIAN B TUGASAN KUMPULAN _______________________________________________________________________ KOMPONEN III ( Pengurusan Am) Tugasan 3 Soalan 3A Semasa mesyuarat akhir tahun lepas, guru besar sekolah anda telah membentangkan hasil laporan tahunan sekolah. Setelah dianalisis, didapati beberapa program dan aktiviti yang telah dilaksanakan penting pada tahun ini. Merujuk laporan di atas, jelaskan pertimbangan yang perlu diambil kira untuk tidak mencapai objektif. Sehubungan itu, anda telah diberi tanggungjawab oleh pihak pengurusan sekolah supaya melaksanakan beberapa aktiviti

menghasilkan satu perancangan aktiviti yang baik dan berkesan bagi mempastikan segala matlamat yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya.

9

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009 atau Soalan 3B Mesyuarat Staf Guru Besar Halangan Komunikasi

Perutusan Isyarat di terima

Tindakan

Maklumbalas

Guru

Sumber : Model Komunikasi Shannon & Weaver Model komunikasi di atas menunjukkan situasi aliran mesyuarat yang sering diadakan di sekolah. Adakalanya maklumat yang ingin disampaikan oleh guru besar tidak dapat difahami oleh guru-guru dengan baik. Natijahnya, guru-guru sebagai pelaksana tidak dapat melaksanakan sesuatu program yang dipertanggungjawab dengan berkesan. Berdasarkan model di atas, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. (10 markah)

10

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN B TUGASAN KUMPULAN _______________________________________________________________________ KOMPONEN IV (Pengurusan Kewangan) Tugasan 4 Soalan 4A Jabatan-jabatan Kerajaan sering menerima pembayaran daripada orang awam dalam bentuk wang tunai, cek, kiriman wang pos dan sebagainya. Juruwang jabatan A telah mengeluarkan resit sementara sebagai bukti bayaran diterima daripada pembayar, manakala Daftar Pungutan Pembayaran dan Senarai Pungutan dibukukan oleh juruwang yang sama. Jelaskan tatacara mengeluarkan resit rasmi di jabatan kerajaan mengikut Arahan Perbendaharaan Bab B Prosedur Perakaunan Bahagian II.

atau Soalan 4B Encik Baha dan Encik Chua, pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan di Melaka. Mereka dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa di jabatan tersebut dengan tujuan melupuskan barang-barang yang telah rosak dan tidak ekonomik digunakan lagi mengikut Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor. Huraikan syor-syor yang perlu dikemukakan oleh mereka kepada Lembaga Pemeriksa tentang cara pelupusan barang-barang yang tidak boleh digunakan dan tidak ekonomik. (10 Markah) © Hak Cipta Terpelihara 2008 Kerajaan Malaysia
11

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful