You are on page 1of 13

40 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

Pengenalan

Membuat pilihan mengenai jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar anda bagi tujuan
mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar dan rumit seperti menulis atau membina item itu
sendiri. Ada dua jenis kategori ujian a) item objektif yang memerlukan pelajar membuat pilihan
jawapan yang betul dari beraneka pilihan atau memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau
jawapan pendek atau melengkapkan ayat b) item subjektif atau esei yang membenarkan pelajar
membentuk dan menyediakan jawapan yang asal dan tepat. Item objektif termasuklah aneka pilihan,
betul-salah, padanan dan melengkapkan sementara item subjektif memerlukan esei jawapan pendek,
jawapan terbuka , penyelesaian masalah atau item ujian pencapaian.

Kebiasaannya, apabila diberikan tugasan untuk membina instrumen ujian mereka akan menghadapi
kesan emosi iaitu gembira atau risau atau kedua-duanya sekali. Kerisauan timbul kerana mungkin
mereka belum pernah melakukannya dan gembira mungkin kerana diberi peluang untuk mencuba dan
berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai apa yang patut diukurkan. Bagi yang sudah
bersedia, mereka mungkin telah pun bersedia dengan penulisan dan pembinaan yang dihajati. Namun
persediaan dan pengetahuan tentang pembinaan item merujuk kepada ketetapan yang telah
disandarkan merupakan satu ujian yang agak getir. Dengan berpandukan panduan dan peraturan yang
telah ditetapkan seseorang pembina item atau soalan boleh merancang dan menentukan kehendak
yang diperlukan atau jenis soalan atau item yang perlu disediakan.

Objektif

Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat :


• Merancang pelbagai instrumen pengukuran untuk menilai pencapaian pelajar didalam
sesuatu matapelajaran
• Membuat padanan item ujian mengikut objektif
• Membina ujian objektif dan ujian esei
• Memberi maklumbalas berasaskan ujian pencapaian pelajar

4.1 Jadual Penentuan Ujian


Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan
spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan
mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan
pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh mmemastikan pengguna diuji
dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan
bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari.
Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item,
mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian adalah
boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh
dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses
kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan kualiti item ujian mempunyai sifat
kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil. (Hale, 1980)
“A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn &
Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives to the
instructional content. The column of the chart lists the objectives or "levels of skills" (Gredler,
1999, p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or content the test is to measure.
According to Bloom, et al. (1971), "We have found it useful to represent the relation of content
and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one axis, the content
on the other. The cells in the table then represent the specific content in relation to a particular
objective or behavior" .
Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar
dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang
berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur
pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai
kandungan apa yang patut di ajar.
Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah :
(1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4)
jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan
kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam
elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang
seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.

Aktiviti
Ambil satu contoh kertas ujian yang pernah anda lihat. Berdasarkan item ujian tersebut
senaraikan beberapa objektif pengajaran yang anda dapat perolehi.

Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya ianya hendaklah dibina sebelum
pengajaran dimulakan. (Kubiszyn & Borich. 2003; Mehrans & Lehman, 1973; Ooster. 2003).
Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi ujian. (Kubiszyn &
Borich, 2003). Linn and Gronlund (2000) menyatakan "Walaupun prosesnya mengambill dan
memakan masa yang lama, tugasab yang dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian
akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah dimasa depan.
4.1.1. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Merujuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai / dikuasai murid selepas sesi Pengajaran
dan & Pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan
pengajaran, pengetahuan asas yang berkaitan yang (pengetahuan sedia ada), isi pelajaran; di
samping mencadangkan aktiviti guru-murid dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Pernyataan objektif pengajaran adalah berasaskan:


i. Hasil yang akan diperolehi murid;
ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas sesi
pengajaran;
iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;
iv. Darjah atau peringkat perubahan tingkah-laku yang dijangkakan.
v.
Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan:
i) Perkara yang masih belum dikuasai murid;
ii) Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir pengajaran);
iii) Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu;
iv) Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki (misalnya,
kemahiran intelektual yang harus dilaksanakan).

Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu gambaran mengenai kandungan
dan format item ujian bagi mengukur objektif pembelajaran. Setiap item penentuan ujian
mengandungi perkara-perkara berikut : nombor pengenalan objektif, tahap gred,
rangkuman matapelajaran, pengenalan tujuan, penerangan kemahiran, rangsangan dan
sample item. Penentuan ujian boleh memberi arah kepada guru dalam memaklumkan
pencapaian pelajar dalam pengajaran yang telah diberi. Guru juga boleh membimbing
pelajar tentang persediaan menghadapi ujian.

Bagi tujuan ujian berpusat, diantara proses yang dijalankan pembentukan jadual
penentuan ujian termasuklah : (1) menentukan dan membentuk piawaian (2) membina
spesifikasi ujian (3) membina item (4) mendaftar dan mentadbir ujian dan (5) penskoran,
analisa dan pelaporan. Bagi tujuan menentukan piawaian, maklumbalas dari ahli-ahli dari
pelbagai bidang hendakah diperolehi. Untuk tujuan itu, tujuan ujian, jenis hasil ujian,
bilangan item ujian dan masa yang diperlukan untuk mentadbir ujian, jenis item, definisi
kandungan dan kemahiran, ciri-ciri ujian seperti format, kesusahan dan ujian diskriminasi
; kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Pembinaan ujian merangkumi pembinaan item
dan pengujian awal. Pendaftaran dan pentadbiran ujian melibatkan calon, tempat ujian
dan pentadbiran ujian. Langkah terakhir melibatkan penskoran, analisa dan pelaporan
keputusan. (Hecht, 1974)

4.1.2 Pengertian Jadual Penentuan Ujian

Sebelum sesuatu ujaian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian
atau disebut sebagai JPU mestilah dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue-
print ujian yang perlu dibina. JPU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis
dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU membantu pembina ujian
mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat
ke atas kandungan ujian berkenaan.

Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur berikut
hendaklah diikuti.

1. merancang ujian
2. menggubal soalan
3. memilih dan menyelaras soalan
4. memprauji soalan
5. memasang kertas soalan
4.1.2.1 Perancangan Ujian dan Pembinaan Jadual Penentuan Ujian

Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Penentuan
Ujian (JPU) (Test Table of Specification).

Dalam pembinaan Jadual Penentuan Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.

4.1.2.2. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang


kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk
menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang
dianalisis ialah

(i) skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk


(ii) pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
(iii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain
(iv) kekomplekskan sesuatu tajuk
(v) masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk

4.1.2.3 Menganalisis Objektif Pendidikan

Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran


yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran
diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal
soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan, bilangan soalan
bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu
diuji.

Berdasarkan penganalisaan inilah Jadual Penentuan Ujian dibina. Lazimnya Jadual


Penentuan Ujian mengandungi tiga paksi utama.

1. Paksi Kandungan

- Tajuk
- Subtajuk

2. Paksi Kemahiran

– Aras kemahiran

1. Paksi Wajaran

- Peratusan pemberatan setiap tajuk


- Bilangan soalan

4.1.2.4 Kepentingan Jadual Penentuan Ujian

Jadual Penentuan Ujian yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal
soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya Jadual Penentuan Ujian ialah:
1. Ujian akan dibina secara sistematik.
2. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
3. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan
kurikulum.
4. Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke
setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.
5. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.

Aktiviti

Ambil item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan cuba bina satu jadual
penentuan ujian.
4.1 Pembinaan Item Ujian Objektif
Ujian pencapaian adalah perlu bagi pendidik untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar tentang
banyak manakah mereka faham dan belajar. Jika diguna dengan betul, ianya boleh menilai tahap
pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah. Ujian pencapaian
yang sering digunakan disekolah adalah hasil dari pembinaan guru matapelajaran itu sendiri.

Ujian yang menepati pencapaian dan kehendak adalah ujian yang dibina oleh guru berkenaan bagi
kegunaan kelas tertentu. Guru boleh menyesuaikan informasi yang mereka fikir penting bagi
membolehkan kesesuaian dengan tahap pelajar mereka. Jika dibina dengan betul, ujian yang dibina
dan dijalankan itu akan berupaya memberi maklumat berguna dan tepat mengenai pengetahuan yang
dapat diperolehi dari pelajar atau murid mereka.

Langkah 1. Merekabentuk Ujian

Langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu ujian yang berkesan adalah mengenalpasti apa yang
anda mahu murid pelajari dari sesuatu unit pengajaran. Pertimbangkan keutamaan objektif dan
masukkan soalan-soalan pertimbangan mengenai apa yang penting dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, jika ujian tidak menumpukan kepada objektif-objektif kehendak, murid
tidak akan berpeluang menunjukkan tahap dan daya kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak
akan dapat membuat penilaian tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid anda.

Objektif pembelajaran yang ingin anda sampaikan bukan sahaja dapat memberikan maklumat yang
akan diberi dalam ujian tetapi bentuk spesifik ujian yang akan dijalankan. Sebagai contohnya, adalah
penting dan murid seharusnya mampu menyelesaikan masalah matematik yang memerlukan jawapan
bertulis yang panjang dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Jenis soalan yang akan digunakan
juga bergantung kepada objektif pembelajaran. Jika murid diperlukan untuk memahami bagaimana
kesan sejarah yang berlaku adalah berkaitan dan mengakibatkan perubahan kepada keadaan, mungkin
soalan jawapan pendek atau soalan esei adalah lebih sesuai. Jika murid diperlukan untuk mengingati
tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan pelbagai pilihan ( objektif ) atau soalan mengisi tempat
kosong adalah lebih bermakna.

Langkah 2. Menulis Soalan ujian

Sebaik sahaja anda telah menyatakan kepentingan objektif pembelajaran dan dalam masa yang sama
telah menentukan jenis-jenis soalan dan rekabentuk soalan yang akan digunakan, anda mungkin telah
bersedia untuk memulakan langkah berikutnya iaitu membina satu ujian yang efektif dan langkah
tersebut adalah menulis soalan ujian.

Prinsip Am

Meski pun terdapat pelbagai jenis dan bentuk soalan-soalan ujian seperti soalan pelbagai pilihan
(multiple choice) , soalan mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank) atau soalan jawapan pendek
(short answer), soalan betul-salah (true-false), soalan padanan (matching) dan soalan esei (essay)
dibina berlainan cara , prinsip pembinaan yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan.
1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas.
2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di fahami, murid yang
memahami bahan ujian tetapi tidak mempunyai kemahiran bahasa yang baik akan menghadapi
masaalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan tidak jelas , murid yang
mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan menjawab dengan tidak betul atau tepat
oleh kerana tafsiran mereka mengenai soalan ujian tidak sama dengan kehendak instruktor berkenaan.
3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau kebolehan yang dapat
dibentuk dari unit tersebut dan bukannya kepintaran am atau kebijaksaan ujian.
4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan yang lain. Ini akan menjadikan
ujian tersebut kurang berkesan, kerana murid yang bijak akan mempunyai kelebihan berbanding rakan
mereka yang mempelajari dan mengetahui perkara yang sama tetapi kurang bijak dalam kemahiran
mengambil ujian.
5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda memerlukan soalan berbentuk
negatif, “tandakan” atau bezakan maksudnya kerana soalan ini akan membawa murid untuk menjawab
soalan dengan tidak betul.
6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia menerima jawapan kepada
soalan matematik dalam integer bundal.

Langkah 3 . Semakan Akhir

Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang diberikan tepat ? Adakah
objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan mencukupi dan seimbang ? Adakah soalan yang diberi
dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan mudah serta jelas ? Perhatian hendaklah diberikan agar soalan
yang diberi tidak membawa pelajar kepada jawapan yang dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah tahap
pembinaannya bukan sahaja tidak mengukur tahap pengetahuan murid tetapi sekadar mengukur
kebolehan murid mengambil ujian.

Mentafsir Keputusan Ujian

Jika anda sudah pun berpuas hati dengan pengunaan prinsip am pembinaan ujian yang telah anda
lakukan, anda tentu yakin terhadap ujian yang telah anda bina dan seterusnya memastikan bahawa
ujian tersebut akan memberi pengetahuan keatas pelajar anda. Dengan mengambilkira kepelbagaian
dalam soalan yang telah dibina berlandaskan objektif pembelajaran sebagai ujian sampingan, anda
boleh membina profil pengetahuan dan kemahiran objektif bagi setiap murid anda. Skoran yang
dihasilkan dari ujian sampingan ini boleh menjadi satu kaedah mengetahui keseluruhan skoran ujian
dimana anda akan dapat mengenal pasti bahagian manakah yang perlu dititikberatkan. Sesuatu ujian
yang dikendalikan dengan baik akan dapat membantu memaklumkan sejauh manakah pembelajaran
yang diperolehi oleh murid dan seterusnya membantu murid menyelami sepenuhnya objektif
pembelajaran tersebut.
4.1.1 Item Aneka Pilihan
Soalan yang sering digunakan didalam ujian adalah soalan/item aneka pilihan. Item aneka pilihan
dikatakan lebih mudah dan skorannya juga lebih senang dikendalikan daripada soalan esei
tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa mengetahui keperluan
pengetahuan sebenar dari soalan/item betul-salah. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan
jenis soalan yang sukar untuk dibina. Berikut adalah beberapa langkah pembinaan badi
menyediakan soalan/item aneka pilihan.

1. Nyatakan dengan jelas arahan-arahan samada anda memerlukan jawapan yang tepat atau
jawapan terbaik bagi setiap soalan/item.
2. Jangan ulang perkataan-perkataan pada setiap alternatif tetapi hendaklah memasukkan
perkataan didalam badan utama soalan. Ini akan memudahkan soalan dibaca dan opsyen mudah
dibandingkan. Struktur nahu atau tatabahasa soalan utama hendaklah tidak mempunyai atau
mengandungi pembayang bagi respon yang betul.
3. Jadikan alternatif menarik dengan tujuan merangsang pemikiran agar menarik bagi murid yang
belum mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
4. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak.
5. Pastikan semua pilihan anda selaras. Pembina baru selalunya membina jawapan yang panjang
dan berhati-hati dan dengan demikian akan mengakibatkan pembayang jawapan diberikan.
6. Jangan biasakan memberi jawapan “ Kesemua diatas “ atau “Tiada satu diatas” sebagai
alternatif.
7. Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif.
Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas iaitu :
i) Stimulus
Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual,
perbualan dan lain-lain lagi.
ii) Stem
Adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat
tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi.
iii) Pilihan/Opsyen
Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk
angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Komponen ini mengandungi
dua fungsi :
a) Kunci bagi pilihan betul atau terbaik
b) Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar
dari jawapan sebenar
4.1.1 Item Benar-Salah
Item ini mempunyai pernyataan lengkap samada benar atau salah. Ianya amat sesuai untuk
menguji fakta. Item ini menghendaki pelajar menentukan jawapannya benar atau salah atau palsu
mengenai pernyataan yang diberi.

4.1.2 Item Mengisi Ruang Kosong


Item jenis ini memerlukan anda memberi rsepon pendek dan kekadang memberi peluang anda
menyampaikan idea bebas anda berpandukan kandungan pelajaran atau pun mengikut format
yang telah diberikan. Kebiasaannya format item ini amat berguna untuk menguji pengetahuan,
komprehensi dan aplikasi mudah. Format agak lebih objektif dari format item esei, namun
penskorannya agak subjektif. Tahap membuat tekaan adalah kurang berbanding ujian aneka
pilihan kerana peluang meneka dengan tepat adalah lemah. Oleh kerana jawapan bagi soalan ini
adalah pelbagaian, maka pemeriksa haruslah memiliki kunci jawapan dan pengetahuan dan
kefahaman keatas perkara subjek. Dalam setiap hal, pembina item sahaja yang mengetahui idea
dengan jelas dan juga jawapan yang dituntut, maka, adalah perlu untuk mengadakan model
jawapan alternatif dan juga kriteria pengredan berkaitan item ujian.
Item ini menghendaki jawapan dalam mengemukakan masaalah dan beberapa penyelesaian
masalah atau stimulus dan tindak balas. Setiap penyelesaian masalaah atau tindak balas boleh
digunakan sekali, lebih dari sekali atau tidak digunakan langsung. Item ini menghendaki
murid/pelajar memadankan masalah dengan penyelesaiannya atau stimulus dan tindak balas yang
betul.
Contoh 4. Apakah tiga warna utama yang telah anda pelajari dalam kelas sains ?
Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah _______________ ,
______________ dan ______________ . ( 3 markah)

4.2 Pembinaan Item Ujian Subjektif


Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan. Item ini
digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang bersikaft
polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi
seperti mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan tentang
sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item
subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi
mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons itu.

• Pada pendapat anda item ujian yang manakah lebih sesuai , ujian objektif
kah atau ujian subjektif ?
• Cuba anda bina beberapa item ujian objektif atau pun item ujian subjektif.

4.1.1 Kata Tugas Item Ujian


Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk
menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penuli item tersebut. Kata tugas ini akan
mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item atau soalan.
Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada suatu item adalah sangat penting.
Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan
pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan dalam peraturan pemarkahan.
Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang menggunakan
item berkenaan, dimana kata tugas boleh membayangkan kerencaman tugasan sesuatu item.
Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu objektif penilaian sahaja,
kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan dengan tugasan item yang berlainan akan
menagih corak dan jenis respons yang berlainan.
Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan item. Walau
bagaimanapun terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan item daripada beberap perkataan
lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih jelas.
4.1.2 Item Esei Jawapan Terbatas
Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk
respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan. Manakala
panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini
memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa ayat atau satu
perenggan.
Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan bentuk dan
panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih terselaras dan dapat meninggikan
kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau dipandu
berdasarkan stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons terhad, butiran yang
disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir kemahiran aplikasi atau
menyelesaikan masalah.
Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan tugasan item kepada sesuatu tujuan yang khusus
namun item jawapan terbuka tidak sesuai digunakan untuk menguji kemahiran intelek yang lebih
tinggi. Item jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang
kemahiran berfikir plelajar dan berkemungkinan banyak memberi respons secara terbuka.
4.1.3 Item Esei Jawapan Terbuka
Item jawapan terbuk bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan
daripada pelajar secara bertulis. Item ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk merancang
dan membentuk jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka,
mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, membentangkan penilaian sesebuah
pemikiran atau mengaitkan pemikiran dan perasaan. Oleh itu jenis item ini sesuai untuk
mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kombinasi kemahiran
seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Meskipun begitu ,
darjah kebebasan ini tertakluk kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt yang diberi. Item
jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada
pentaksir.
Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea
daripada pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusny menulisnya
dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang disediakan perlulah jelas,
terperinci dan komprehensif.
Kekuatan item jawapan terbuka adalah ia boleh :-
a) Menerokai pelbagai pilihan, cara ata pendekatan bagi menyelesaikan masaalah
b) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat.
c) Menghasilkan sesuatu idea yang asli.
d) Menyatu dan mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai
sumber pembelajaran.
e) Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam
bentuk suatu komunikasi.
Namun item jawapan terbuka juga mempunyai kekangan dalam :-
a) Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk membuat penskoran
b) Memerlukan masa yang agak panjang untuk penskoran dan perbandingan dengan item
objektif
c) Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberikan kesan ‘halo’
( potensi dalam ketidaktepatan pemerhatian kesan dari terlalu membuat kesimpulan lebihan
keatas sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh )
d) Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca. Bentuk
tulisan yang kuang jelas dan sukar dibaca akan menjejaskan pemeriksa untuk memahami idea
atau maklumat yang disampaikan dan boleh menjejaskan skor pelajar.

• 1. Senaraikan jenis item ujian yang anda tahu dan nyatakan


kelebihan dan kekurangan yang anda boleh fikirkan.
2. Bincangkan jata-jata tugas yang sesuai dalam membina item ujian
Rumusan
Dalam bab ini, kita telah membincangkan mengenai jenis-jenis item ujian. Membina item atau soalan
ialah satu keadah mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru yang terlatih,
penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum dan kaedah pengajaran khas. Membina item ujian bukan
sahaja mengambil masa yang lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian boelh membantu mengukur
pencapaian kognitif pelajar atau murid jika ianya dibina dengan betul.
Glosari
Item Aneka-Pilihan . Item aneka-pilihan boleh digunakan untuk mengukur pengetahuan
dan konsep yang kompleks. Oleh kerana item aneka-pilihan boleh dijawab dengan cepat
anda boleh menilai kemahiran murid dalam pelbagai bidang dalam ujian sejam.Item ini
mudah diberi markah. Item aneka-pilihan yang baik sukar dibina dan ditadbirkan.
Item Betul-Salah. Oleh kerana peluang untuk membuat tekaan adalah tinggi, item ini
dianggap rendah kebolehpercayaannya. Sesuai digunakan pada ketika tertentu sahaja.
Item Esei. Item esei membolehkan anda mengukur kebolehan pelajar dalam menyusun,
menerangkan dan menyatakan pendapat dalam bahasa yang sendiri. Kajian menunjukkan
pelajar akan belajar dengan lebih tekun jika menghadapi ujian esei dari menghadapi ujian
anaeka-pilihan; pelajar akan bersedia untuk menumpukan hal dan isu yang lebih luas.
Ujian esei juga membolehkan anda memberi komen mengenai pencapaian pelajar, tahap
pemikiran dan tahap kefahaman yang tinggi dan juga boleh mengesan kekurangan
pelajar. Namun ujian esei hanya mampu mempamirkan bilangan soalan yang rendah dan
kandungan kesahan adalah rendah. Kebolehpercayaan ujian iuga agak subjektif dan
pengredan adalah tidak konsisten.
Item Objektif. Item objektif termasuklah betul-salah, mengisi tempat kosong, padanan dan
aneka-pilihan. Perkataan objektif menunjukkan bahawa hanya satu jawapan sahaja yang
diperlukan. Bergantung kepada kemahiran membaca dengan pantas dan menerangkan jawapan.
Item Padanan. Format memadan adalah efektif untuk menguji perhubungan diantara
perkataan dan defines, kejadian dan tarikh, kategori dan contoh.
Item Jawapan Pendek . Bergantung kepada objektif anda, ujian jawapan pendek boleh dijawab
dalam bentuk satu ayat atau lebih. Mudah ditulis namun agak sukar untuk di skor. Membolehkan
anda melihat kebolehan pelajar anda menyatakan pendapat mereka.
Jadual Penentuan Ujian. Jadual penentuan ujianmengandungi carta dua-hala atau grid yang
mengaitkan objektif arahan dengan kandungan arahan. Lajur senarai carta menyenaraikan
objektif ( tahap kemahiran) dan barisnya menyenaraikan kunci konsep pengukuran ujian tersebut.