Bincangkan tindak balas pribumi terhadap campur tangan British di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negerinegeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negerinegeri Melayu khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. Tetapi selepas tahun 1874, British mula mengubah polisinya terhadap Negerinegeri Melayu dari dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. Pada mulamulanya, British campur tangan di Perak, Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Seterusnya, campur tangan mereka merebak ke negeri Kelantan dan Terengganu selepas Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani. Campur tangan mereka di negeri-negeri tersebut telah membawa kepada perubahan pelbagai aspek dalam negeri tersebut. Keadaan ini telah menjejaskan kepentingan penduduk pribumi dan akhirnya mereka bangun bertindak untuk menentang pemerintahan British. Di Pahang, perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen Inggeris pertama amat tidak disenangi oleh pembesar-pembesar terutamanya Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Mereka ini pernah membantu Wan Ahmad dalam Perang Saudara (1857-1863) untuk merebut takhta kerajaan daripada abangnya, Wan Mutahir. Sebagai balasan, pmbesar-pembesar itu dianugerahi gelaran oleh Sultan Ahmad. Dato’ Bahaman dilantik sebagai Orang Kaya Semantan, Tok Gajah dilantik sebagai Orang Besar Raja. Apabila J.P. Rodger dilantik sebagai Residen Pahang pada bulan Oktober 1888, beliau mengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan peraturan baru yang bercanggah dengan sistem tradisional Pahang. Keadaan inilah yang menjadi punca kepada tercetusnya peristiwa penentangan yang dipimpin oleh Daro’ Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada bulan Disember 1891, orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Dato’ Bahaman melancarkan tentangan terhadap pentadbiran baru yang diwujudkan oleh Inggeris. Beliau mendapat sokongan daripada Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Dato’ Bahaman melancarkan serangan ke atas rombongan C.E.B. Desborough yang menawan dan enggan menyerahkan tiga orang pengikut Dato’ Bahaman yang dituduh mengutip cukai secara haram. Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya datang ke Bentong berjumpa dengan Penghulu di situ untuk melancarkan serangan ke atas balai polis di Bentong. Pada awal tahun 1892, Sultan Ahmad dan pembesar-pembesar Pahang mengadakan perjumpaan sulit di Pulau Tawar. Sultan Ahmad berjanji akan mengekalkan kedudukan tradisi pembesar. Sementara itu, para pembesar akan merujuk kepada Sultan terlebih dahulu sebelum menghubungi Residen Inggeris. Pada bulan Mac 1892, Dato’ Bahaman melancarkan serangan ke atas Lubuk Trua dan berjaya menawan bandar Temerloh. Pasukan Inggeris di bawah pimpinan Hugh Low dan E.A. Wise bersama angkatan Tengku Ali membuat serangan balas ke atas Dato’ Bahaman di Temerloh dan pertahanannya dimusnahkan. Beliau dan pengikut-pengikutnya sempat mengundurkan diri ke dalam hutan. Pada bulan April 1892, Panglima Muda Jempul menyerang Pekan. Beliau telah membunuh dua orang pegawai Inggeris iaitu Harris dan Steward. Pada 8 Mei 1892, berlaku pertempuran di Batu Hampar. Dato’ Bahaman dikalahkan dan anaknya Awang Hamat terbunuh sementara Mat Lela pula cedera. Seterusnya, pengikutpengikut Mat Kilau melancarkan serangan terhadap Inggeris dan menyebabkan beberapa orang Cina dan polis Sikh terbunuh pada awal bulan Mei 1892. Apabila Inggeris membuat serangan bebas, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya berundur ke Kuala Ceka tetapi mereka diserang di situ oleh tentera Inggeris. Akibatnya, Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa berundur ke Terengganu. Pada bulan Ogos 1892, Tok Gajah dan keluarganya berundur ke Kuala Tembeling dan bergabung dengan gerakan menentang

Inggeris. Akhirnya, menjelang bulan September 1892, para pejuang Pahang mengundurkan diri ke Kelantan dan Terengganu. Inggeris memujuk Dato’ Bahaman dan Tok Gajah supaya menyerahkan diri dan dijaminkan pengampunan. Namun demikian, mereka enggan menyerah diri. Ketika bersembunyi di Terengganu, para pejuang Pahang mendapat perangsang dari seorang ulama bernama Tokku Paloh. Tokku Paloh menanam semangat perang jihad dan menghadiahkan sebilah pedang bertulis ayat al-Quran. Pada bulan Jun 1894, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau serta pengikut-pengikutnya melancarkan serangan ke atas balai polis di Kuala Tembeling. Lima orang polis terbunuh. Kemudian mereka menyerang dan menawan Kubu Jeram Ampai untuk mempertahankan kedudukan mereka. Pasukan Inggeris dengan bantuan orang Pahang telah melancarkan tindak balas. Pertempuran berlaku di Jeram Ampai dan pihak Inggeris menawan kubu itu. Para pejuang Pahang sekali lagi terpaksa mengundurkan diri ke Kelantan dan Terengganu. Hugh Clifford mengetuai sepasukan askar untuk memberkas mereka tetapi tidak berjaya kerana Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu tidak memberi kerjasama yang diharapkan. Pada bulan November 1895, beberapa orang pembesar termasuk Dato’ Bahaman berundur ke Siam dan menetap di situ. Pembesarpembesar lain seperti Tok Gajah dan Mat Kilau diwartakan meninggal dunia. Keseluruhannya perjuangan orang Melayu Pahang pada tahun 1891 hingga tahun 1895 mengalami kegagalan. Di Kelantan pula, kebangkitan menentang British bermuka sejak termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902. Menurutnya, seorang Inggeris bernama William Amstrong Graham dilantik sebagai penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada bulan Julai 1903. Beliau telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan. Kebangkitan ini semakin hebat apabila Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani antara British dengan Siam. Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga tercetusnya kebangkitan di daerah Pasir Putih pada tahun 1915 yang diketuai oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut). Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan disokonh oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih menentang peraturan baru serta menentang Inggeris. Pad 28 April 1915, Encik Abdul Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih mendapat berita yang Tok Janggut dan pengikutnya bermesyuarat di Kampung Jeram. Pada 29 April 1915, beliau menghantar Sarjan Che Wan dan beberapa orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak membayar cukai. Dalam pertengkaran yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada Encik Latiff. Peristiwa pembunuhan itu mencetuskan penentangan bersenjata rakyat Kelantan terhadap Inggeris di Jeram. Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar 7 orang polis untuk menangkap Tok Janggut. Apabila pasukan polis tiba di Kampung Kelubi, mereka diberitahu bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang mara hendak menyerang Pasir Putih. Dengan itu, Encik Abdul Latiff bersama kakitangannya berundur ke Kota Bharu dengan bot melalui Kuala Semerak. Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan serangan tiga penjuru ke atas Pasir Putih kira-kira pukul 4 petang pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama 3 hari. Mereka membakar pejabat-pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Mereka kemudian menubuhkan kerajaan sementara di Pasir Putih. Engku Besar Jeram sebagai Raja Jeram dna Tok Janggut sebagai Perdana Menteri. Penasihat Inggeris, W. Longham Carter menerima berita ke atas serangan Pasir Putih pada 30 April 1915. Beliau menasihati Sultan Muhammad IV supaya

menguatkan pertahanan Kota Bharu. Penasihat Inggeris meminta bantuan dari Singapura. Pada 5 Mei 1915, bantuan dari Singapura tiba di Tumpat dengan Kapal H.M.S. Cadmus yang terdiri daripada 239 orang di bawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow. Pada 9 Mei 1915, pasukan Inggeris tiba di Pasir Putih tetapi gagal menangkap pemimpin yang terlibat. Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut. Hadiah $500 ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar. Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Said dibakar. Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir Putih. Hal ini memaksa Major Borton bersama 50 orang polis Sikh dan 7 orang Eropah datang ke Jeram pada 24 Mei 1915 untuk menjejaki kedudukan Tok Janggut dan pengikutnya. Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh akhirnya bertempur dengan pasukan Inggeris. Dalam pertempuran ini, Engku Besar Jeram Tun Ahmad telah mengalami kecederaan dan diselamatkan oleh Awang Deraman ke Reman, Negeri Thai. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bhasa. Setelah diarak, mayat beliau digantungkan dengan kepala di bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bharu selama satu jam sebelum dimakamkan di Pasir Putih. Kebangkitan ini berjaya buat sementara sahaja dan mengalami kegagalan pada akhirnya disebabkan tindak balas British yang cepat dan handal. Usaha British meluaskan kuasa di Terengganu turut menyebabkan kebangkitan rakyat menentang British antara tahun 1922 hingga 1928. Punca kebangkitan ini juga disebabkan oleh tindakan British yang memperkenalkan peraturan yang mencabul kepentingan penduduk pribumi Terengganu dan peraturan yang bercanggah dengan agama Islam. Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong. Penentangan bermula apabila 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas kebenaran daripada Kerajaan Inggeris. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya membebaskan mereka dari tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam. Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang campur tangan British berlaku di Kuala Telemong. Kebangkitan ini disebabkan oleh beberapa orang yang telah membersihkan tanah kepunyaan Tengku Haji Nik dan tanah kerajaan yang terbiar untuk bercucuk tanam tanpa meminta pas kebenaran. Kebangkitan ini telah mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Terengganu. Walau bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitan tersebut. Peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemong menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap British. Semangat kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang. Penduduk Kuala Berang, Kampung Pelam, Tersat dan Dungun telah membuka tanah untuk bercucuk tanam tanpa mengambil pasa kebenaran daripada pihak Inggeris. British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan dengan ancaman itu, penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai untuk bangkit menentang British. Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menguasai pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai Inggeris di Kuala Berang telah berundur ke Kuala Terengganu. Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke arah Kuala Terengganu untuk mengadu masalah mereka kepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan Inggeris telah menghantar sepasukan polis di bawah pimpinan Datuk Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan. Pasukan polis telah bertempur dengan rakyat yang sedang mara di Padang Kachong. Di situ, Datuk Seri Lela Diraja telah memberi amaran kepada rakyat

supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak menghiraukan amaran tersebut dan pasukan polis telah melepaskan tembakan. Dengan bantuan polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kebangkitan rakyat Terengganu dipadamkan. Semua pemimpin ditangkap dan dipenjarakan. Mereka ialah Haji Zakaria (7 tahun), Abu Bakar Chinting (10 tahun), Abdullah Juru Kaka (10 tahun), Mat Tok Pitas (5 tahun) dan Lebai Hassan (5 tahun). Penghulu Salleh Pasir Nyior telah dibebaskan. Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah kerana beliau sangat berpengaruh. British takut hukuman penjara akan meningkatkan lagi semangat kebangkitan. Selain itu, beliau sendiri juga meminta British supaya menghantarnya ke Makkah untuk mendalami dan mengajar agama Islam. Penentangan pribumi terhadap pemerintahan British mengingatkan British supaya jangan melaksanakan sesuatu peraturan baru dengan terburu-buru. Peraturan baru haruslah diperkenalkan langkah demi langkah agar penduduk tempatan dapat menyesuaikan diri mereka dengan peraturan baru ini. Dengan itu, pada masa yang seterusnya, British telah mengambil sesuatu keputusan dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan ketidakpuasan penduduk pribumi yang seterusnya mencetuskan penentangan.

Bincangkan perubahan-perubahan sistem pentadbiran Tanah Melayu dari tahun 1874 sehingga 1896.
Pada tahun 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha daripada Sir Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula di Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, Sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah Sistem Residen, Sultan menerima seorang Residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu. Pengenalan Sistem Residen ini telah mewujudkan satu jawatan baru selepas Sultan iaitu Residen. Residen ini dilantik untuk menasihati Sultan-sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu. Beliau bertanggungjawab mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan. Beliau juga bertugas membentuk sebuah sistem cukai yang berkesan serta merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar. Selain itu, beliau juga dikehendaki memperbaiki sistem perhubungan. Di peringkat negeri, pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula-mulanya ditubuhkan sebagai penasihat sahaja. Kemudian, tugas-tugasnya termasuk juga membuat undang-undang, menjadi mahkamah rayuan tertinggi dan menjadi badan kerajaan utama yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang Melayu dan perlantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Pada amnya semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali urusan mengawal hasil-hasil yang berada di bawah Residen. Seluruh Mesyuarat Negeri ini dijalankan dalam Bahasa Melayu

dan segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial dibincangkan dalam majlis ini. Semua cadangan dan usul Residen harus dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua rang undang-undang harus mempunyai tandatangan Sultan tetapi mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal. Sungguhpun majlis ini amat berguna untuk membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi sebenarnya, majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Lagipun, apabila pentadbiran menjadi semakin rumit, fungsi perundangan majlis ini diabaikan. Lama-kelamaan, majlis ini hanya meluluskan keputusan yang sudah dibuat. Di peringkat daerah, pentadbirannya diserah di bawah jagaan seorang pegawai daerah British. Pada peringkat awal, pegawai daerah dikenali sebagai “Pemungut Cukai dan Majlistret” kerana beliau berfungsi sebagai pemungut cukai dan menjadi majlistret di peringkat daerah. Pegawai daerah juga bertanggungjawab menjaga perbandaharaan daerah dan memungut cukai. Beberapa cawangan jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai Eropah dan Pegawai Daerah bertugas untuk mengawasi ketua jabatan itu. Setiap daerah ini dibahagikan kepada beberapa mukim pula. Seorang pembesar dilantik untuk menjadi Ketua Mukim dengan gelaran Penghulu. Anak raja dilantik menjadi Penghulu kerana beliau mempunyai pengaruh yang kuat. Selain itu, British juga berhasrat melibatkan mereka dalam pentadbiran British. Mereka ini juga lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelata dan mempunyai pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugas. Tugas mereka termasuklah memungut hasil tanah, mentadbir undang-undang tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelata, menyampaikan dasar dan usaha kerajaan kepada rakyat jelata, menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaan dan menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis. Seterusnya, di peringkat kampung, ia diketuai oleh Ketua Kampung. Biasanya, mereka terdiri daripada orang tua yang dihormati oleh penduduk sesebuah kampung. Ketua Kampung bekerjasama dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan negerinegeri masing-masing. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu Dagang. Pada awal tahun 1890-an, sebuah Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan bagi mentadbir bandar Kuala Lumpur. Tugas lembaga ini adalah untuk mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, meluluskan pelan bangunan dan menjaga kebersihan bandar. Ahli-ahli lembaga ini terdiri daripada jurutera di Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis Daerah dan individu yang dilantik oleh Residen. Pada tahun 1892, Frank Swettenham memperkenalkan idea penubuhan persekutuan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Clementi menghantarkan cadangan ini kepada Pejabat Tanah Jajahan. Frank Swettenham dengan initiatifnya mendapat persetujuan dari Raja-raja Melayu. Akihirnya, pada 1 Julai 1895, Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan dan perjanjian ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1896 di mana persekutuan yang dinamakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan. Di bawah sistem persekutuan ini, pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral telah berlaku. Sudahpun diketahui, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) bukan merupakan persekutuan dalam erti kata yang sebenarnya tetapi satu kesatuan politik. Kuasa pentadbiran dipusatkan dalam tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur yang menjadi ibu negeri persekutuan. Semua keputusan penting berkaitan dengan keempat-empat Negeri-negeri

Melayu berkenaan dibuat di Kuala Lumpur. Tiada terdapat pengagihan kuasa pentadbiran di antara negeri-negeri dan kerajaan pusat. Beberapa jabatan persekutuan seperti Jabatan Keretapi, Jabatan Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Hal-ehwal Cina, Malay States Guides dan Jabatan Kewangan ditubuhkan. Residen Jeneral mempunyai kuasa atas perkara kewangan. Punca utama hasil, iaitu duti-duti atas eksport, berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Sir Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama bagi NNMB. Pemusatan kuasa ini mengakibatkan Sultan-sultan Melayu, Residen-residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Di bawah persekutuan juga, Persidangan Raja-raja Melayu (DURBAR) ditubuhkan. DURBAR membolehkan Sultan-sultan membincangkan kepentingan mereka bersama dengan pegawai-pegawai British. Persidangan ini dijalankan dalam Bahasa Melayu. Persidangan Raja-raja Melayu yang pertama diadakan pada tahun 1897 di Kuala Lumpur. Sultan Idris dari Perak mengkritik pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Residen Jeneral. Baginda menggesa Kerajaan British untuk melaksanakan pengagihan kuasa. Baginda juga menggesa Kerajaan British untuk menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan. Penubuhan NNMB telah menyebabkan kuasa Sultan-sultan, Residen-residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Sultan Idris dari Perak selalu mengkritik Kerajaan British atas tindakan ini dan mendesak Kerajaan British untuk melaksanakan pengagihan kuasa atau desentralisasi. Hasil usaha dari John Anderson, desentralisasi peringkat pertama dimulakan pada tahun 1904. Pada peringkat ini, Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1909. Selepas John Anderson, Guillemard dan Sir Cecil Clementi juga melaksanakan dasar desentralisasi masing-masing pada tahun 1920 dan 1930.

Sejauhmanakah agama memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu?
Kebangkitan gerakan kesedaran di Tanah Melayu hanya bermula pada awal kurun ke-20. Gerakan kesedaran sebelum Perang Dunia Kedua ini berjalan agak perlahan jika dibandingkan dengan gerakan kesedaran di negara-negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Secara umumnya, gerakan kesedaran di Tanah Melayu timbul serentak dengan permulaan Gerakan Reformis Islam di Tanah Melayu. Orang Melayu mula sedar akan kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. Mengikut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3 golongan iaitu golongan reformis Islam berpendidikan Arab, golongan inteligensia berpendidikan Melayu dan golongan birokrasi berpendidikan Inggeris. Dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu, agama merupakan faktor utama yang mempengaruhi perkembangan gerakan ini. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir dan Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan Pan Islamism. Di Turki pula muncul Mustafa Kamal Attaturk dan dibawah pimpinannya, negara Turki sedang mengalami proses membangun dan pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan-perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat. Penuntut-penuntut dari Tanah Melayu dan Indonesia yang melanjutkan pelajaran mereka di Timur Tengah telah menerima pengaruh Pan Islamism di Mesir dan pemodenan negara Turki. Mereka menubuhkan persatuan yang dikenali sebagai

Perkumpulan Pemuda Indonesia-Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-Indonesia yang merdeka dan berdaulat. Antara pelajar yang terkenal ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Apabila mereka pulang ke Tanah Melayu, mereka terkenal sebagai golongan terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka ditentang oleh golongan tua dan dianggap telah menyeleweng. Walau bagaimanapun, mereka masih mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang masih menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timur untuk mengadakan satu gerakan Pan Islamism yang besifat anti penjajah dan penyatuan Tanah Melayu-Indonesia. Selain itu, bahasa dan kesusasteraan juga mempengaruhi gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar tempatan memuatkan puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Sebagai contoh, puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, puisi seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) dan Seruan Pujangga oleh Anum (1940) juga telah membangkitkan semangat kebangsaan. Dalam ini juga, novel juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh, Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi (1925) mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan. Cerpen yang merupakan cerita pendek mempunyai nasihat juga tidak kurang kepentingannya dalam mempengaruhi gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Sebagai contoh, Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Jijai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja dan Anak Dibuat Denal (1938), Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang (1940) dan Siasat Yang Tiada Diminta (1941) yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan. Seterusnya, akhbar dan majalah juga memainkan peranan yang penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Sebagai contoh, pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahr Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk kemajuan masyarakat di samping membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Akhbar ini ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh. Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas, terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dan sebagainya. Dari segi pengaruh pendidikan pula, pengaruhnya tidak boleh dipandang kecil. Sekolahsekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor. Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat. Pelajarpelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan kelemahan mereka dalam agama Islam

dan mereka didorong untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Guru-guru dari MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka. Perkembangan pendidikan Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual yang terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme. Mereka ini terdiri daripada Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Mereka diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan yang menjadi ahli Majlis Pusat telah memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu, manakala Dato’ Onn bin Jaafar pula mengkritik pedas terhadap pentadbiran British. Selain itu, graduan-graduan MPSI telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 untuk menggunakan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Pada tahun 1929 dan 1930 pula, Ibrahim Yaacob semasa di MPSI menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik iaitu “Ikatan Semenanjung-Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Pertubuhan ini telah menyedarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka. Akhir sekali ialah pengaruh dari luar. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia pada tahun 1905 membawa kesan lebih mendalam ke atas perkembangan nasonalisme di Tanah Melayu. Kerajaan Jepun membuktikan rakyat Asia juga bijak dan berkebolehan. Kepercayaan ini memberi ilham dan menguatkan keazaman rakyat Asia terutama kaum nasionalis Melayu untuk menentang penjajah Barat. Seterusnya, nasionalisme Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh nasionalisme Indonesia. Hal ini adalah disebabkan adanya hubungan rapat antara penduduk bumuputera Tanah Melayu dengan penduduk Indonesia seperti agama, bahasa dan satu keturunan darah. Pada permulaannya, nasionalisme kedua-dua tempat ini memperjuangkan ajaran agama Islam yang sebenar. Kemudian, perjuangan radikal Parti Nasional Indonesia telah mempengaruhi pemimpin-pemimpin politik radikal Tanah Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Gerakan nasionalisme sebelum tahun 1941 adalah bercorak agama, sosioekonomi dan politik. Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu, corak gerakan kesedaran ini telah berubah menjadi perjuangan secara perlembagaan. Kini, golongan nasionalis ini cuba melepaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah secara perdamaian. Hasilnya, British mula memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk memerintah sendiri sehinggalah akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu diberi kemerdekaan.

Bagaimana orang-orang Melayu bersatu-padu menentang Malayan Union pada tahun 1946?
Hasil daripada kajian Malayan Planning Unit, satu “kertas putih” telah dikeluarkan oleh parlimen di London pada 22 Januari 1946. “Kertas Putih” ini mengandungi cadangancadangan Malayan Union. Ia dikuatkuasakan pada 1 April 1943. Hal ini bermakna, Malayan Union telah ditubuhkan. Penubuhan Malayan Union telah mendapat penentangan yang kuat

dari kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan bahasa cadangan yang dikemukakan dalam “kertas putih” telah mengancam kedudukan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera. Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah dihapuskan dan syarat kerakyatan yang lebih longgar telah diberi kepada bangsa asing. Untuk menunjukkan ketidakpuasan, kaum Melayu telah bergabung untuk menentang Malayan Union pada tahun tersebut juga. Dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, akhbar-akhbar telah memainkan peranan yang penting. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya. Dalam usaha menentang Malayan Union, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan rakyat Melayu telah bersatu-padu dan mengadakan kerjasama. Mereka telah menulis surat kepada Raja Britain dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain, terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Aurthur Richard, Cecil Celmenti, Rolland Braddle dan Windtreadt. Orang-orang Melayu juga mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. Sebagai contoh, pada 15 Disember 1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bharu semasa Harold MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946, hampir 5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946. Selain usaha di atas, Kongres Melayu Se-Malaya juga telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Kongres ini diadakan adalah hasil dari daya usaha Kelab Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar. Kongres ini dihadiri oleh 107 orang perwakilan dan 56 orang pemerhati dari 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha menentang Malayan Union. Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama. Walaupun terdapat penentangan hebat dari kaum Melayu, pihak British tetap mengumumkan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946. Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar

dan rakyat Melayu telah memulaukan upacara penubuhan Malayan Union dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama Malayan Union. Namun begitu, gagasan Malayan Union tetap dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan walaupun semua upacara yang dijalankan telah dipulaukan oleh kaum Melayu. Untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union, orang Melayu telah mengadakan perkabungan selama seminggu sejak penubuhan Malayan Union. Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan Melayu mendapat simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung. Seterusnya, ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat turut menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. Akibat penentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan turut diperketatkan.

Bincangkan sebab-sebab penubuhan Malaysia dan reaksi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei terhadap cadangan tersebut.
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan Inggeris menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. cadangan Tunku Abdul Rahman itu menimbulkan pelbagai reaksi. Walau bagaimanapun, pada 16 September 1963, gagasan Malaysia berjaya ditubuhkan tetapi Brunei telah menarik diri. Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan Komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen Komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, Komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Permogokan ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, Komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada

mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan kumpulan ini tetapi pertelingkahan telah berlaku pada akhirnya. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh Komunis kian bertambah. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir kumpulan berhaluan kiri dari PETIR. Pengaruh Komunis terus berkembang sehingga sebuah parti berhaluan Komunis iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang Komunis akan meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan persekutuan Malaysia dapat menyekat kemaraan Komunis dari merebak ke Tanah Melayu dan menguasai Singapura. Penubuhan Malaysia turut bertujuan menyekat perkembangan Komunis di Sarawak. Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan Komunis ditubuhkan tetapi diharamkan semasa darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan Komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh Komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan Operasi Pisang untuk menyekat pengaruh Komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui Malaysia, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman Komunis. Selain itu, penubuhan Malasyia juga bertujuan mengimbangkan jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan, Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dan Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini kerana ¾ penduduk di Singapura adalah orang Cina. Kemasukan Sabah dan Sarawak serta Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk di Borneo ialah penduduk Bumiputera. Di samping itu, penubuhan Malaysia juga membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai perkembangan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud, kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek-projek pembangunan. Akhir sekali, penubuhan Malaysia juga bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British telah berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar. Berhubungan dengan cadangan penubuhan Malaysia, Lee Kuan Yew selaku Ketua Menteri Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman Komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh tidak menyokong gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura tetap mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

Di Sabah dan Sarawak, penubuhan Malaysia amat memeranjatkan pemimpin di sana. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato’ Mustapha Bin Dato’ Harun dan Donald Stephen. Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum Bumiputera bukan Islam menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kedua-dua negeri ini juga menganggap Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajah British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai Malaysia. Oleh itu, sebuah Persidangan Persatuan Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Berapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantarkan oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) dibentuk untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan ini. Kemudian, Donald Stephen, Dato’ Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Di Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persektuan Borneo Utara di bawah pemerintahan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Perundangan Negeri yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini meyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mendakwa dirinya Perdana Menteri dan Sultan Brunei sebagai ketua negara Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini, tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada Kerajaan Pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama-nama Sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia. Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 telah mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Filipina telah mendakwa bahawa Sabah adalah hak miliknya. Indonesia pula menuduh gagasan ini merupakan satu penjajahan baru di Asia Tenggara yang mengancam Indonesia. Dalam penentangan, Filipina mengikuti dasar berhati-hati manakala Indonesia telah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia pada hari pengisytiharaan Malaysia. Walau bagaimanapun, semua masalah di antara Indonesia dan Filipina dengan Malaysia dapat diselesaikan pada akhirnya. Filipina telah mengisytiharkan Malaysia pada Jun 1966 dan Indonesia pada 11 Ogos 1966.

Jelaskan syarat-syarat Malayan Union dan nyatakan reaksi masyarakat Melayu sehingga tahun 1948.
Pengenalan Sehingga Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu semata-mata wujud dalam konsep georgrafikal. Dalam pada itu, timbul cadangan-cadangan untuk menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran. Justeru itu, wujudlah rancangan Malayan Union yang berdasarkan Piagam Mantik yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Winston Churchill dan President Amerika Syarikat Rosevelt pada bulan Ogos 1941. Rancangan Malayan Union telah diumumkan oleh George Hill, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan pada 10 Oktober 1945. Akhirnya Malayan Union diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1 April 1946. Syarat-syarat Malayan Union Syarat-syarat Malayan Union boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang penting iaitu: • Penyelarasan pentadbiran • Syor-syor kewarganegaraan • Kedudukan raja Penyelarasan Pentadbiran • Erti Malayan Union – pemusatan kuasa pentadbiran oleh seorang Gabenor British. • Sebelum Perang Dunia Kedua, 3 sistem pentadbiran iaiatu Negeri-negeri Selat, Negerinegeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. • Untuk melicinkan, menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan kos pentadbiran. • Penyatuan negeri-negeri Melayu – kukuhkan pertahanan semasa perang. • Malayan Union merupakan cara bagi Inggeris untuk berkuasa penuh dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Syarat Kewarganegaraan • Orang-orang bukan Melayu yang bermastautin di Tanah Melayu boleh mendapat kewarganegaraan dengan mudah. • Sesiapa yang tinggal lebih daripada 5 tahun – layak memohon. • Prinsip jud soli dilaksanakan – sesiapa yang dilahirkan di Malayan Union atau Singapura berhak mendapat kerakyatan. • Kerakyatan Malayan Union beri hak sama rata tanpa mengira kaum. Kedudukan Raja • Istilah raja dikekalkan. • Raja/Sultan tidak mempunyai sebarang kuasa kecuali dalam bidang agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. • Mereka menjadi penasihat kepada Gabenor dan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayu. Reaksi masyarakat Melayu sehingga tahun 1948 1. Protes dari orang-orang Melayu • Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Majls menyiarkan bantahan. • Mendesak raja-raja Melayu supaya menimbang masak-masak sebelum menandatangani perjanjian.

• •

2.

3.

4.

Warta Malaya menyeru orang-orang Melayu supaya bersatupadu. 20 November 1948 – 8 pertubuhan Melayu Johor telah bergabung menubuhkan Ikatan Melayu Negeri Johor. • 3 Januari 1946, gerakan Melayu Semenanjung Johor – di bawah pimpinan Dato’ Onn Bin Jaafar. • Perhimpunan diadakan pada 1 Mac 1946 di Kuala Lumpur 41 buah pertubuhan Melayu menyertai seluruh kongres. • Tujuannya: menyatupadukan orang-orang Melayu bagi menentang Malayan Union. Protes secara demonstrasi • Bila Mac Michael menyunjungi Sultan-sultan – mengadakan tunjuk perasaan. • Kelantan – 15 Disember 1945, 10000 orang berdemonstrasi menyambut ketibaan Mac Michael di Istana Johor. • Antara Oktober 1945 – Januari 1946, orang-orang Melayu mengatur demonstrasi memulihkan pertubuhan-pertubuhan lama menentang Malayan Union. Mesyuarat tergempar kongres Melayu • Mengadakan mesyuarat tergempar pada 29 dan 30 Mac. Keputusannya: − Semua orang Melayu bersatupadu menentang Malayan Union. − Memulaukan upacara penubuhan Malayan Union. − Sultan-sultan dirayu supaya memulaukan upacara Malayan Union dan perlantikan Gabenor. − Merayu supaya orang Melayu yang dilantik dalam Majlis Mesyuarat Jawatankuasa supaya tarik diri. − Orang-orang Melayu berkabung selama 7 hari. Penubuhan UMNO • Ekoran mesyuarat di Johor Bharu pada 11 Mei 1946, ditubuhkan parti politik yang dinamakan UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. • Pemimpin-pemimpin menjelajah dan beri penerangan. • Barisan raksasa diadakan di Kuala Kangsar.

Penutup • Malayan Union dikuatkuasakan pada 1 April 1946. Ianya dipulaukan oleh orang-orang Melayu. • British terpaksa mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dan UMNO untuk menggubal perlembagaan baru. • Akhirnya, wujud Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

Analisakan faktor-faktor dan langkah-langkah ke arah penubuhan Malaysia.
Pengenalan Selepas Perang Dunia Kedua, pihak Inggeris, Ketua Menteri Singapura dan tokoh-tokoh politik Semenanjung Tanah Melayu telah mencadangkan gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Walaupun ada beberapa cadangan, penubuhan Malaysia menjadi realiti apabila Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj dalam upacaranya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Singapura pada 27 Mei 1961 mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak disekutukan menjadi sebuah

persekutuan. Cadangan ini menjadi titik permulaan penting bagi penubuhan Malaysia. Malaysia telah dibentuk pada 16 September 1963. Faktor-faktor Ada beberapa faktor yang menyebabkan penubuhan Malaysia. Antaranya ialah: Perkembangan Polisi di Singapura • Pembentukan Malaysia bertujuan menentang kegiatan Komunis. • Komunis telah merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat yang menguasai Singapura sejak tahun 1959. • Perkembangan pengaruh Komunis di Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Beliau bimbang pengaruh Komunis akan merebak ke Tanah Melayu dan Singapura dan akhirnya dikuasai oleh Komunis. Perkembangan Politik di Sarawak • Pengaruh Komunis berkembang di Sarawak. • Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan Komunis ditubuhkan. • Pertubuhan Komunis Sulit – Persatuan Belia Maju Sarawak bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Keseimbangan Kaum • Penggabungan Tanah Melayu dan Singapura akan menimbulkan masalah. • Ketidakseimbangan kaum kerana 75% penduduknya terdiri daripada kaum Cina. • Perkembangan ini akan menggugat kedudukan dan keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu. • Tunku Abdul Rahman mencadangkan kemasukan wilayah-wilayah Borneo yang mempunyai kaum Bumiputera yang ramai untuk mengimbangi kadar kaum di Malaysia. Kemajuan Ekonomi Bersama • Perkembangan ekonomi tidak seimbang di wilayah-wilayah Borneo, Tanah Melayu dan Singapura. • Penubuhan Malaysia yang meliputi wilayah-wilayah tersebut akan mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi. Mempercepatkan Kemerdekaan • Wilayah-wilayah Borneo dan Singapura belum mencapai kemerdekaan ketika cadangan penubuhan Malaysia. • British berjanji akan memberi kemerdekaan awal sekiranya wilayah-wilayah Borneo dan Singapura bercantum dengan Tanah Melayu membentuk Semenanjung Malaysia. Reaksi Sinagpura, Sabah dan Sarawak • Pungutan suara menunjukkan 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. • Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menentang Gagasan Malaysia. • Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel telah diadakan untuk memberi peluang kepada wakil-wakil Sabah dan Sarawak berbincang tentang Gagasan Malaysia dengan wakil Tanah Melayu dan Singapura. • Persidangan ini telah melahirkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia untuk memberi penerangan dan mengumpul maklumat mengenai penubuhan Malaysia. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) • Ditubuhkan pada 23 Julai 1961.

Tujuan JPPM ialah a. Memberitahu orang ramai tentang penubuhan Malaysia. b. Mengumpul maklumat mengenai sambutan orang ramai terhadap penubuhan Malaysia. c. Menyediakan dan mengemukakan satu memorandum mengenai pembentukan Malaysia. d. JPPM meyakinkan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan Malaysia. e. Memorandum JPPM mendapat sokongan padu daripada penduduk Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Cobbold • Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London pada bulan Oktober 1961 untuk mendapatkan sokongan Kerajaan British. • British bersetuju dengan penubuha Malaysia tetapi hendak mengumpulkan pendapat dan sambutan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap Malaysia. • Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan oleh British untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor-syor perlembagaan setelah mendapat pandangan rakyat. • Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan mengesahkan bahawa 80% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. • Jawatankuasa Cobbold telah mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) • JAK mengeluarkan laporan pada 27 Februari 1963 dan dibentangkan di Majlis Sarawak dan Sabah. • Kedua-dua Majlis menerima dan meluluskan laporan JAK dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. • Mengikut laporan PBB, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. Penutup • Pengisytiharaan Malaysia dibuat secara rasminya pada 16 September 1963. • Hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. • Walau bagaimanapun, pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan penarikan Singapura dari Malaysia. • Akhirnya Malaysia hanya terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

http://graphics.imagetemplate.net/magazines/

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful