You are on page 1of 7

Pengenalan

Biarpun keberkesanan vaksin terbukti mampu melindungi si kecil daripada
serangan bakteria dan virus berbahaya, masih ramai ibu bapa seakan tidak
mempedulikan kepentingan suntikan imunisasi yang sudah diperkenalkan
berdekad lamanya. Hanya alasan remeh diberikan termasuk kasihan dan
terlupa disebabkan terlalu banyak jadual yang perlu diikuti.

Mengikut kaji selidik membabitkan 6,600 responden di seluruh
dunia, 42 peratus daripada 300 ibu di kalangan warga Malaysia mengakui
kesan sampingan seperti demam selain bimbang kesihatan, menjadi punca
utama mereka tidak mendapatkan vaksin berkenaan manakala takut melihat
anak kesakitan berada di tangga kedua (36 peratus).

Objektif Kajian

Melalui kajian ini kita dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang

kepentingan imunisasi kepada kanak-kanak dan langkah susulan yang perlu di

ambil oleh ibu bapa.

1. Apa Itu Imunisasi?

2. Apakah Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi?

3. Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi

4. Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi?

5. Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi?

6. Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi?

7. Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa?

8. Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit?

9. Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang?

1
Apa Itu Imunisasi?

Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa
penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui
pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya
ketahanan badan.

Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan
secara suntikan atau melalui mulut.

Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara :

• Aktif - Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.
• Pasif - Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Apakah Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi?

Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi adalah

• Tibi
• Hepatitis B
• Polio
• Difteria
• Pertussis (Batuk kokol)
• Tetanus
• Measles (Campak)
• Mumps (Beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu)
• Rubella
• Penyakit Hib (Haemophilus influenza type b)

2
Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi

• Tibi (Tuberculosis)
Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada
organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh
membawa maut.

• Hepatitis B
Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease)
dan kanser hati.

• Difteria
Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.

• Pertussis (batuk kokol)
Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa
maut.

• Tetanus
Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan
yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.

• Polio
Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan
fizikal atau kematian.

3
• Penyakit Hib
Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak,
pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang
menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

• Measles (campak)
Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang
selaput otak (meningitis), radang otak(encephalitis), pekak, buta, cirit-birit
dan kematian.

• Mumps (beguk)
Radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh
membawa kemandulan.

• Rubella
Biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi
Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan
cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat
tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai
Congenital Rubella Syndrome.

Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi?

Anak anda perlu diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena
jangkitan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit-
penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi teruk dan membawa maut.

4
Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi?

Bawalah anak anda untuk mendapatkan imunisasi mengikut Jadual Imunisasi
Baru Kementerian Kesihatan Malaysia :-

1. Baru Lahir
2. Bulan ke 2, Bulan ke 3 ,Bulan ke 5
3. Setahun
4. Bulan ke 18
5. Tahun 1
6. Tahun 6
7. Tingkatan 3

• Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak anda mengikut
jadual imunisasi baru.

• Sekiranya anak anda tercicir daripada mendapat imunisasi, segera bawa
ke klinik.

• Imunisasi DPT + Hib diberi dalam satu suntikan.

5
Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi?

• Imunisasi adalah SELAMAT

• Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya
berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya

• Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38ºC), ruam
di seluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku

• Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda ke
klinik/hospital dengan segera.

Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa?

YA, BOLEH - Lebih daripada satu imunisasi boleh diberi dengan selamat
dalam masa yang sama. Imunisasi perlu diberi di tempat berlainan seperti
kedua-dua paha atau bahu.

Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit?

Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan
seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selsema.

Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang?

Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisasi yang
ditetapkan walaupun dilahirkan pramatang.

6
Penutup

Melalui kajian dan penelitian terhadap perkembangan imunisasi di
Malaysia kini , saya dapat melihat betapa pentingnya suntikan imunisasi
kepada tahap kesihatan kanak-kanak. Selain itu, ibu bapa memainkan peranan
yang penting dengan mengikut jadual suntikan imunisasi yang telah di
tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini bagi memastikan anak-
anak mereka terhindar dari sebarang penyakit berbahaya.Hal ini kerana, tahap
kesihatan penduduk di Malaysia semakin merosot dari tahun ke tahun.

Kesedaran ibu bapa dalam memastikan kesihatan anak-anak mereka
terjamin haruslah di pertingkatkan lagi. Ini kerana, ada segelintir ibu bapa
memandang rendah terhadap pengambilan suntikan imunisasi dan terlalu takut
kesan sampingannya walaupun kesan itu tidak berbahaya kepada anak-anak
mereka. Oleh demikian, ibu bapa dapat mengikis tanggapan negatif itu dan
berusaha membawa anak-anak mereka mengambil suntikan imunisasi
mengikut jadual yang telah disediakan.

Selain itu, pihak kementerian kesihatan haruslah berkerjasama dengan
hospital-hospital swasta dan kerajaan dalam usaha mengadakan kempen-
kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan imunisasi pada
masa kini. Melalui kerjasama ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan
masyarakat terhadap kepentingan imunisasi bagi mencegah penyakit
berbahaya. Seterusnya dapat melahirkan generasi baru yang lebih sihat dan
cergas.

7