You are on page 1of 5

Biskut Nestum Kismis

Bahan-bahan ( 100 pcs )
• 250g butter
• 100g kismis
• 3 cawan tepung gandum
• 3 cawan nestum
• 1 1/2 cawan gula halus
• Telur 1 biji (psl i buat 1/2 dr resipi suruh).. So kalau 250g butter, letak
• 2 biji telur
Cara-cara
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan nestum, gaul.
4. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
5. Bakar pd suhu 180 selama 20 minit
___________________________________________________________________________

Karipap Pusing
Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )
• *Doh berminyak* :
• 150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut
suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
• 300 gm tepung gandum
• *Doh biasa*:
• 700 gm tepung gandum
• satu sudu kecil garam
• air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )
Cara-cara
1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
2. Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh
licin dan tidak melekat.
3. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg
kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila
goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
4. Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
5. Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
6. Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh
berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
7. Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai
hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah
tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung
tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya
sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas
http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm
8. Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu
doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga
nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt
gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut
langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
9. Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4
bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian,
bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
10.Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap
biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
11.Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di
dalam peti sejuk selama seminggu

Cream Puff
Bahan-bahan ( 10 biji )
• 100ml air
• 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
• 60g tepung gandum- diayak
• 2 biji telur(100g)
Cara-cara
1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang
oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke
atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk.
Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana
kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak
kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti
dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu
200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar
selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di
dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
10.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
11.Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
12.Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
13.*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung
ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan
mixer.

Apam gula hangus
Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )
• 2 biji telur
• 1 cawan gula pasir
• 1 cawan air
• 1/2 cawan minyak masak
• 2 sudu besar marjerin
• 2 sudu susu pekat
• 1 sudu teh soda bikarbonat.
• 1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan
anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat
dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak
masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar
apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya

KARIPAP PUSING

Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak
dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit
masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg
tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh
yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya
menggunakan inti keledek.

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun
ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk
mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar
dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya
merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan
dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau
sebentar dan tutup api.
PUDING ROTI

Bahan-bahan:
8 keping roti (gardenia)
500ml susu segar

4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega
1 camca teh esen vanilla
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Roti dicarik-carik dan direndam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Pukul sedikit mentega dan gula. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan telur dan pukul sebentar hingga rata.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
5. Campurkan kedua-dua adunan. Tuang adunan dalam loyang yg sesuai dan
bakar
pada 180 darj celsius selama 30 minit.
KUIH LAPIS

Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..boleh tambah jika suka lebih manis
3 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk
loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu
bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau
hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan
lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.