Perkembangan psikomotor halus membawa maksud kepada perkembangan kemahiran kanak

-
kanak yang melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan. Pergerakan motor halu
mempunyai hubungan yang rapat dengan lain-lain perkembangan kanak-kanak. Kepentingan
serta faedah penguasaan motor halus kepada kanak-kanak ialah mereka dapat meningkatkan
keupayaan membina koordinasi diantara mata dan tangan. Selain itu, kanak-kanak menggunakan
otot-otot untuk menguasai kemahairan yang boleh digunakan dala kehidupan seharian-
mengezip,membutang dan dapat menggunkan peralatan melukis dan menulis dengan betul.
Salah seorang tokoh bernama Friedrich Wilhelm Froebel terkenal sebagai „father of
kindergarden‟ kerana telah mencipta “GARDEN OF CHILDREN” atau “KINDERGARTEN”
(Taman Kanak- kanak) di Blakenburg, Jerman. Model rancangan sekolah Froebel ini telah
mempengaruhi rancangan sekolah di seluruh dunia.Model ini merupakan perluasan dari
pandangannya terhadap dunia dan pemahamannya terhadap hubungan individu, Tuhan, dan
alam.Menurutnya lagi, pendidikan dapat membantu perkembangan anak secara wajar.Ia
menggunakan taman sebagai suatu simbol dari pendidikan anak. Apabila anak mendapat
pendidikan yang tepat, ia akan berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya sendiri.
Berikut merupakan pautan daripada model Froebel yang berkait rapat dengan psikomotor halus
kanak-kanak.
Aspek Perkembangan Fizikal
Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat
dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus.Perkembangan
fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen
perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan
psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan
Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie Suliana (2008), yang
menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana
perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku
berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan
pengetahuan keputusan (knowledge of results). Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat
dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:
Aspek Perkembangan Motor Halus
Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot
kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang
baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada
kanak-kanak.Antara aktiviti dalbentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu
perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang,
menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Oleh itu, masalah ini membuat saya utnuk memikirkan jalan penyelesaian untuk
mengatasi dan juga meningkatkan kemahiran penguasaan psikomotor halus dalam aktiviti
mewarna menggunakan teknik pointilisme.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful