You are on page 1of 14

Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua

Pengenalan.

Nasionalisme ialah semangat untuk membela tanahair daripada sebarang ancaman
contohnya ancaman penjajah atau cengkaman ekonomi ke atas rakyat
tempatan.Sehingga Perang Dunia kedua, nasionalisme di Malaysia bersifat anti
penjajah British. Nasionalisme di Malaysia berlaku sejak kedatangan kuasa British
bertujuan memelihara hak dan maruah negara daripada pencerobihan kuasa Barat.
Kebangkitan peringkat awal dipimpin oleh oleh pembesar tempatan seperti Dol Said,
Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong
& lain-lain. Malah,penentangan pada tahap awal bersifat setempat kemudian
berkembang menyeluruh pada awal kurun ke -20

2. Sebab-sebab Kebangkitan Nasionalisme di Negara kita.
Kedatangan kuasa Barat seperti British yang pada awalnya ingin menjalinkan
hubungan diplomatik dan perdagangan dengan penduduk setempat akhirnya
berlanjutan sehingga seluruh negara dijajah oleh British. Tipu muslihat dan
pelbagain taktik kotor British telah digunakan untuk mengambil kesempatan situasi
di negara kita pada masa itu lalu menjajah negara. Apapun matlamat utama
penjajahan British ialah untuk mengeksploitasi kekayaan negara kita untuk
kepentingan British.
Campurtangan dalam politik tempatan telah mengakibatkan kehilangan kuasa
pemimpin tempatan . Malah segala urusan politik dan ekonomi telah diambilalih oleg
British . Sultan dan pembesar telah dijadikan boneka politik British. Puungutan
cukai hasil ekonomi diambilalih oleh British dan pemimpin tempatan mula hilang
punca pendapatan dan kuasa mentadbir wilayah.
Selain itu, Undang –undang Barat telah diperkenalkan , disamping birokrasi Barat
dengan penubuhan pelbagai jabatan-jabatan untuk melicinkan pentadbiran British.
Semua jabatan-jabatan ini diketuai oleh pegawai British dan langsung megenepikan
pemimpin tempatan.
Adat resam tempatan dicampuri oleh pegawai-pegawai British sehingga
menimbulkan kemarahan penduduk tempatan. Penduduk temnpatan tidak mendapat
peluang ekonomi kerana semua potensi ekonomi dieksploitasi oleh British
Saranan mereka untuk mentamadunkan rakyat kita melalui slogan “ White Men’s
Burden” , iaitu tanggungjawab British untuk mentamadunkan rakyat negara kita
hanya untuk mengabui mata kita . Dalam konteks sebenar, British hanya menjajah
negara kita untuk mengeksploitasi ekonomi negara kita untuk menjadi kaya.

Penduduk tempatan juga menghadapi kesulitan dengan birokrasi Barat seperti
tempat yang jauh untuk membayar cukai dan proses pentadbiran yang tidak
difahami oleh penduduk tempatan. Apabila penduduk ingkar , mereka akan didakwa
di mahkamah Barat. Hal ini telah membangkitkan keresahan dalam kalangan
penduduk dan pemimpin tempatan. Pelaksanaan sistem cukai baru ini memang
menyulitkan penduduk tempatan.








3. Gerakan Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua

a) Peringkat awal oleh Tokoh-tokoh tempatan
i) Perjuangan Golongan Tani di Terengganu
Pada peringkat awal, nasionalisme lebih bersifat setempat dan penentangan
terhadap pencabulan hak keatas politik dan ekonomi setempat. Antara
penentangan terhadap British yang hebat berlaku di Terengganu oleh
golongan tani yang dipimpin oleh Haji Rahman Limbong. Pelbagai cukai yang
tidak rasional dikenakan keatas para petani di Terengganu. Antaranya , cukai
tanah, pas untuk memburu binatang buas, pas untuk membuka tanah baru dan
sebagainya. Bukan itu sahaja, pusat membayar cukai pula terletak di Bandar
dan para petani menghadapi kesukaran untuk membayar cukai. Apabila para
petani membuka tanah tanpa mendapatkan pas dari British pada tahun 1922
di Kuala Telemong , seramai 40 orang petani telah didakwa di mahkamah.
Haji Rahman Limbong telah membela petani-petani tersebut dengan hujah
“Tanah Adalah Hak Allah” dan tidak perlu membayar cukai kepada penjajah.
Berikutan peristiwa tersebut, penentangan bertambah hebat sehingga
penduduk tempatan melakukan penentangan bersenjata ke atas British.

ii) Perjuangan Jihad di Kelantan
Tokoh yang menentang campurtangan british di kelantan ialah Haji Mat
Hassan Bin Panglima Munas (Tok Janggut).Beliau dilahirkan di Kampung Saring
di daerah Jeram pada tahun 1850. Tok Janggut mendapat pendidikan pondok
di Kelantan dan Mekah serta mahir bersilat. Beliau tinggal di Kampung Nering
dan bekerja sebagai petani dan peniaga.Antara faktor yang menonjolkan Tok
Janggut bangkit menentang adalah kerana beliau adalah anak seorang
Panglima ,pada tahun 1902 patani masih lagi dikuasai oleh Siam dan beliau
diamanahkan oleh gurunya iaitu Syeikh Ahmad supaya berikhtiar
membebaskan petani daripada penjajahan Siam,dan mempertahankan
Kelantan daripada jatuh ke tangan kuasa asing,khususnya eropah yang
bersifat anti-islam. Dakwaan kolonial British yang melebelkan Tok Janggut
sebagai seorang penderhaka kerana beliau dikatakan telah merancang untuk
menjatuhkan kesultanan kelantan, hal ini menyebabkan beliau diburu oleh
tentera Inggeris dan ditawarkan hadiah yang lumayan bagi sesiapa yang dapat
menangkap beliau.Tok Janggut telah dituduh dan difitnah sebagai seorang
yang derhaka kepada sultan dan British telah memainkan peranan yang hebat
dalam tohmahan ini,bagi pandangan sarjana tempatan telah menafikan
dakwaan sarjana barat kerana ada bukti-bukti yang mengatakan bahawa Tok
janggut bukan berjuang untuk menentang institusi kesultanan , tetapi lebih
dilihat menentang penjajahan kerana pelbagai faktor yang tidak dipersetujui
oleh tok Janggut semasa pentadbiran British di Kelantan, Akhirnya
meletuslah penentangan secara besar besaran Tok Janggut dan pengikutnya
pada 1915 yang meyaksikan petumpahan darah pejuang tanah air menentang
penjajah, Antara faktor yang menyebabkan Tok Janggut dan juga
pengikutnya serta direstui perjuangannya disebabkan oleh faktor-faktor
seperti berikut.

b) Gerakan Islah
Semangat kebangsaan di Tanah Melayu ditiup oleh golongan pelajar yang
mendapat pendidikan di Timur Tengah di Universiti Al-Azhar di Mesir pada
awal kurun ke-20.Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar terpengaruh
dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani
dan Syeikh Muhammad Abduh.Apabila kembali ke tanah air, mereka
memulakan gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum
Muda. Antara tokoh-tokoh penting dalam gerakan ini ialah Syeikh Muhammad
Tahir bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh al-
Hadi.Kaum Muda menyebarkan idea pembaharuan melalui majalah Al-
Imam.Antara saranan Al-Imam ialah menyeru orang Melayu berpegang kepada
Al-Quran dan hadis.Menekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai
kemajuan.Menitik berat akan pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar
yang boleh dipelajari daripada sejarah. Menasihati ibu bapa supaya
memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.Menggesa
kaum wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.Mengetepikan adat
resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan.Majalah Al-
Imam dihentikan terbitannya pada tahun 1908. Perjuangan Kaum Muda
diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan
Saudara..Kaum Muda menubuhkan madrasah bagi menyebarkan idea mereka
dengan lebih berkesan seperti Madrasah al-Masyur al-Islamiah di Pulau
Pinang,Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas.,Madrasah al-
Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak.Majalah Al-Imam diterbitkan di
Singapura pada tahun 1906 yang bermaksud pemimpin.Tujuan Al-Imam adalah
untuk mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan
menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru
dengan kebaikan.




4. Kesan gerakan Nasionalisme kepada penduduk negara kita.

Gerakan nasionalisme telah memberi tamparan hebat kepada British.British
sedar rakyat tempatan tidak boleh diambil ringan dan harus diberi perhatian
oleh British. Kebangkitan nasionalisme telah membuka mata British agar tidak
mengambil kesempatan daripada kelemahan rakyat tempatan yang majoritinya
tidak berpendidikan.
Rakyat tempatan mula berani menyoal dasar-dasar British yang tidak
mencurigakan dan tidak memanfaatkan rakyat tempatan. Rakyat sudah sedar
akan tindak tanduk British yang hendak menipu rakyat tempatan. Pemimpin
setempat yang bangkit menentang telah member satu nafas baru kepada
penduduk tempatan untuk berjuang menentang sebarang bentuk penjajahan
yang merampas hak rakyat tempatan.

Gerakan Islah pula telah membuka minda masyarakat tempatan untuk
memajukan diri dari segi sosio ekonomi. Penduduk tempatan mula sedar akan
pentingnya pendidikan untuk semua golongan masyarakat agar mampu berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pihak British yang mendakwa diri
mereka lebih berpendidikan dan bertamadun. Kepentingan memajukan diri dan
bangsa adalah penting untuk mengelakkan negara kita dari dijajah oleh kuasa
Luar. Idea-idea lama yang kolot harus ditinggalkan demi menuju ke hadapan
dan kemajuan. Rakyat mula disedarkan akan pentingnya pelbagai kemahiran
dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan diri. Jika tidak pihak luar yang
mempunyai matlamat jahat pasti akan menguasai negara kita yang kaya ini.


5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas .
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum telah mencapai konsep
perpaduan yang unik di bawah politik demokrasi. Semua kaum bertolak ansur
dan mematuhi perlembagaan serta di hidup di bawah payung demokrasi
negara. Konsep perpaduan negara kita bukan senang dicapai memandangakan
banyak negara lain di dunia menghadapi pelbagai masalah etnik dan pergolakan
yang membawa kepada pertumpahan darah. Namun di negara kita , rakyat
hidup bersatu padu dan dalam keadaan yang aman dan damai. Hal ini demikian
kerana sistem demokrasi menjanjikan kestabilan yang mantap.
Kestabilan politik juga telah meningkatkan ekonomi negara kita.
Daripada negara yang bergantung kepada bijih timah dan getah pada era
pasca merdeka, kini negara kita menjadi pemacu ekonomi dalam bidang
perndustrian , perlombongan dan pelancongan. Perindustrian negara kita telah
berkembang pesat dengan terbinanya kawasan Zon Perdagangan Bebas di
Bayan Lepas, Prai, Shah Alam, Senawang dan Johor Baharu. Ramai pelabur
asing sperti Jepun, China dan Korea Selatan telah melabur dalam bidang
perindustrian di negara kita kerana negara kita stabil dari segi ekonomi.

Kestabilan politik juga telah mendorong negara kita untuk mencapai
peningkatan dalam bidang sosial. Pelbagai prasarana telah dibina di negara
kita untuk kebajikan dan keselesaan penduduknya. Antaranya ialah pembinaan
Bandar pentadbiran di Putrajaya di mana bangunan –bangunan kerajaan
ditempatkan di satu lokasi. Hal ini memudahkan pentadbiran negara dan juga
memudahlan rakyat berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan.
Seterusnya pembinaan pelbagai prasarna pengangkutan seperti Lebuhraya
Utara Selatan (PLUS) , Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang,
perkhidmatan keretapi dibandar seperti Monorel, LRT dan PUTRA serta
pembinaa Terowong SMART yang boleh digunakan untuk menampung bilangan
kenderaan yang banyak dan juga untuk mengalirkan air banjir semasa hujan
lebat di bandaraya Kuala Lumpur. Terowong ini merupakan lencongan air
terpanjang di Asia Tenggara sepanjang 9.7 km. Terowong ini telah
menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur.

Tidak dapat dinafikan perusahaan automobil merupakan mercu
kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Di Malaysia terdapat dua
buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu PROTON dan
PERODUA. Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga
pertama di Malaysia pada tahun 1985. Kejayaan ini telah menandakan bahawa
Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri standing dengan kereta asing.
Melalui PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari,
Kelisa, Myvi, Viva dan lain-lain.


Malaysia juga melangkah ke era teknologi angkasa lepas apabila kita
berjaya mnelancarkan dua satelit iaiatu MEASAT I DAN MEASAT II .
Malaysia juga melancarkan mikrosatelit yang pertama, TIUNG SAT ke
angkasa lepas. Kemudian program menghantar angkasawan negara , Dr Sheikh
Musazapharke angkasa lepas bersama angkasawan Amerika dan Russia melalui
program usaha sama.


Seterusnya, dalam bidang sukan pula jaguh badminton dunia Datuk Lee Chong
Wei dan pemain nombor satu skuasy negara , Nicol David telah mengharumkan
negara di persada antarabangsa. Pelaburan dalam sukan oleh kerajaan telah
berjaya menghasilkan bakat-bakat sukan antarbangsa dunia yang meningkat
kan imej negara. Pemain-pemain negara telah berjuang dengan penuh
patriotism , misalnya Datuk Lee Chong Wei telah memenangi pingat perak
sebanyak dua kali di Sukan Olimpik.

6. Cabaran –cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dan Langkah-kangkah
Mengatasi


a) Gejala sosial
Keruntuhan akhlak anak muda di negara kita juga semakin runcing. Ledakan
informasi melalui internet juga mempengaruhi anak-anak supaya cenderung ke
budaya hedonisme dan alpa dengan budaya ketimuran kita dan agama Islam.
Masalah pergaulan bebas,penagihan dadah, pembuangan bayi, jenayah ragut
adalah antara bukti keruntuhan nilai moral dalam kalangan anak muda. Baru-
baru ini, negara digemparkan dengan berita anak-anak muda meninggal dunia
akibat menagih dadah semasa menyaksikan konsert muzik Barat. Hal ini
menunjukkan segelintir remaja masih kini sudah mula rosak akhlak dan moral
mereka kerana pegangan agama yang lemah.
b) Golongan anti-kerajaan
Ada golongan tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan kerajaan untuk
mencapai motif mereka yang tersendiri. Melalui media elektronik , golongan
ini mempengaruhi rakyat untuk menjatukan kerajaan. Demonstrasi jalanan
dianjurkan bagi mengugat keamanan negara.
c) Perlambakan buruh asing
Kemasukan buruh asing tanpa kawalan telah menjejaskan peluang pekerjaan.
Di samping itu, mereka tidak mahir dan tidak mampu untuk melahirkan idea
baru dalam sektor perindustrian. Kemasukan imigran tanpa kawalan juga telah
mengakibat pelbagai isu sosial seperti jenayah. Malah lambakan warga asing
telah mencemari telah memberi imej negatif kepada negara kita.

d) Anak muda kini kurang semangat patriotic terhadap negara. Mereka tidak
pernah rasa pahit maung usaha nasionalisme menentang British, maka mereka
mengambil mudah kemerdekaan negara. Anak muda lebih mudah terpengaruh
dengan pelbaga propaganda dan idea-idea yang bertentangan dengan norma
hidup masyarakat tempatan.

e) Pencerobohan askar luar negara

Baru- baru ini, Sabah telah dicerobohi oleh pemberontak dari Kepulauan Sulu.
Mereka telah membunuh askar kita dan telah mengancam keselamata negara.


e) Institusi Keluarga Longgar
Kurangnya pendidikan agama mengakibatkan institusi keluarga semakin
longgar di negara kita. Banyak pasangan berkahwin dan bercerai dalam masa
yang singkat. Lebih-lebih lagi selebriti –selebriti negara juga ramai yang
bercerai dan cerita mreka sentiasa dipaparkan di media massa. Hal ini
sememangnya merosakkan instutusi keluarga kerana anak-anak meraka hilang
punca dan ramai yang tidak mendapat didikan yang sempurna. Emosi mereka
terganggu dan mereka cenderung terlibat dalam gejala-gejala sosial.
f) Malaysia menghadapi masalah kekurangan modal untuk menjadi sebuah gergasi
ekonomi dunia. Kerap kali kita menghadapi masalah nilai mata wang yang turun
naik yang menyukarkan penjanaan modal. Lebih-lebih lagi apabila kita berurusan
dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

g) Selain itu, kita juga menghadapi masalah menarik pelabur asing kerana mereka
lebih berminat untuk melabur di negara-negara seperti Thailand dan Vietnam
yang menawarkan buruh yang lebih murah. Dengan ini kos pengeluaran mereka
lebih rendah dan mampu mencari untung yang lebih besar.

h) Malaysia juga menghadapi masalah tingkat teknologi yang masih rendah. Kita
terpaksa bergantung kepada teknologi luar. Maka kita sukar untuk bersaing
dengan negara –negara maju yang jauh lebih maju teknologinya.

i)Malaysia juga menhadapi masalah pengiktirafan negara-negara maju dalam
bidang ekonomi. Dengan ini, sukar untuk menembusi pasaran antarbangsa tanpa
gangguan dari negara-negara maju. Tekanan negara maju telah mengehadkan
pasaran produk kita.

j)Malaysia juga menghadapi masalah tenaga buruh mahir. Jadi kita terpaksa
bergantung kepada tenaga buruh luar negara. Hal ini telah mengakibatkan
kebanjiran pendatang asing di negara kita.

k)Mentaliti masyarakat kita dalam ekonomi masih dalam minda kelas ketiga. Jadi
kita kurang daya saing dan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.
Keyakinan diri yang kurang juga menjadi masalah mengapa kita tidak dapat
menjadi gergasi ekonomi dunia.



Langkah Mengatasi
Asas pendidikan agama yang kukuh harus diberi keutamaan dari kanak-
kanak lagi. Lebih banyak kelas-kelas agama dan sekolah-sekolah agama harus
didirikan . Kementerian Pendidikan harus mengambil langkah untuk memantau
lebih teliti akan pendidikan agama supaya tidak ada yang ketinggalan. Selain
itu mata pelajaran sejarah harus dihayati oleh pelajar agar memahami tema
yang dipelajari. Pengetahuan cetek akan sejarah negara kita pasti tidak dapat
membina semangat patriotik terhadap negara .
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang perlu untuk mengawal
tumbuhnya kumpulan –kumpulan yang mengancam keselamatan negara.
Hukuman yang setimpal harus diberikan kepada sesiapa sahaja yang sengaja
menyebarkan propaganda untuk menjatuhkan kerajaan. Jabatan Agama Islam
negeri pula harus memantau dengan lebih seruis semua perlakuan sumbang
dalam kalangan masyarakat .
Warga asing pula harus dikawal kemasukan mereka ke negara kita.
Pemantauan berkala harus dilakukan untuk memastikan tiada imigran asing
tinggal disini tanpa dokumen yang sah. Aktiviti mereka juga harus
diperhatikan agar mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh mengancam
keselamatan negara.
7. Nilai Murni yang dipelajari
Usaha tokoh –tokoh tempatan menentang penjajah telah memberi beberapa nilai
murni yang boleh kita jadikan ikutan.
Walaupun menghadap pelbagai rintangan dan tentangan, kita harus berani
menghadapi cabaran dan mencari penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi segala
cabaran ini. Kita harus sentiasa memikirkan idea untuk mengatasi cabaran dalam
hidup.
Kita tidak harus membenarkan kuasa luar daripada menguasai negara kita.
Kita harus memanfaatkan kurniaan tuhan untuk kebaikan kita. Kita harus sensitif
terhadap persekitaran kita agar kita dapat mencapai kejayaan dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Kita harus faham perkara-perkara jahat yang bakal menguasai
minda atau ekonomi kita.
Kita juga harus mempunyai wawasan dalam hidup kita. Tanpa wawasan kita tidak
akan berjaya dalam jangka masa panjang. Jika kita mempunyai wawasan , kita dapat
fokus tenaga dan minda kita untuk mencapai kejayaan.
Kita juga harus mempunyai nilai-nilai yang positif dalam diri kita. Nila moral yang
tinggi dan akhlak mulia sangat penting sebagai jati diri dan menjadi warganegara
yang berguna.
Kita harus menanamkan semangat patriotik di dalam sanubari kita. Rakyat yang
mempunya semangat patriotik yang tinggi pasti akan membawa kejayaan kepada
negara kerana kesanggupan rakyat untuk berkorban tenaga untuk negara.