You are on page 1of 4

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia
banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam
ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia,
gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan
kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar
yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi
keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih
merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih
lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke
udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan.
Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam
keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas
marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan
tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.
Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan
nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga
bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya,
pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan
sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah,
sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber
ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa
penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada
membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan
hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit
tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan
bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat,
dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan
selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan
pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat
diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari
dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya
kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada
manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan
air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air
merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam
memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada
sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan
kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah
satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan
menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan
berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber
makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita
melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan
hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan
seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat
dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah
masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong
asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang
asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan
pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan
peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan,
sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber
kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan
masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya
kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

GAN CHUI YONG
205876


Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang
selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti
pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak
dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran
yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.


Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan
kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk
kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat
bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati
keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan
membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang
segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan
yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan
dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan
terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin
keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu
menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.
Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti
yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun
dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan
disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang
mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek
penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan
ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra
alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang
memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi
manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan
fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan
peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora
dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat
perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan
salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak
terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan
flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan
kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta
badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau
berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis..
Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula
adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat
mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang
cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor
akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh
nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang
kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan
kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu,
penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran
yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan
untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan
negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan
meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia
dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab
masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada
pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar
terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam
sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.
Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi
memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap
generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga
generasi akan datang.