You are on page 1of 23

http://buku2gratis.blogspot.

com

"RUMAH IDAMAN SYURGA IMPIAN"
Daftar Isi
BAB I. PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA
A. Memilih pasangan hidup
B. Sikap lelaki dan wanita yang diridhai Allah
C. Suami yang diingini wanita
D. Kesiapan diri untuk menikah
E. Memilih isteri idaman
BAB II. SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIBAN
A. Suami Teladan
B. Kepribadian Suami yang menjadi Impian isteri
C. Ciri-ciri Suami Teladan
D. Suami yang penuh sentuhan kasih
E. Kewajiban Suami Dalam Rumahtangga
BAB III. CONTOH SUAMI TELADAN
A. Wanita dan Rumahtangga sebelum Islam
B. Rumahtangga Mithali
C. Perhatian Suami Teladan terhadap isteri tercinta
D. Bimbingan untuk kebahagian hidup
E. Kasih sayang suami Mithali
BAB IV. HAKIKAT PERNIKAHAN
A. Tujuan Pernikahan
B. Walimatul Urus
C. Hikmah Pernikahan
D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
E. Mengetahui Masa subur isteri
F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
G. Amalan suami semasa isteri mengandung
H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung
I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin
J. Mengapa bayi lahir menjadi cacat
K. Tanggungjawab ayah terhadap kelahiran anak
L. Arti anak bagi orang tua
BAB V. NASEHAT- NASEHAT UNTUK SUAMI
A. Nasehat menjaga hati isteri
B. Nasehat mencurahkan jalinan kasih
C. Nasehat mengetahui cinta pasangan hidup
D. Nasehat menjadi lelaki pilihan
E. Nasehat menghadapi pertengkaran
F. Nasehat memilih wanita idaman
http://buku2gratis.blogspot.com

BAB I
PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA
Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian
diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian. Allah
melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta
melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga.
Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang berarti; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan
Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu
sadar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha
yang sungguh-sungguh. Sikap hati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan
ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bearti sepanjang hayat menanggung
penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya
dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.
A. Memilih pasangan hidup
Dalam kehidupan bermasyarakat, pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan
kehidupan umat manusia di bumi ini. Pernikahan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan
menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita
dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat
mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, ujud pula manusia
yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha. Beberapa pendapat tentang
jodoh:
1. Jodoh merupakan takdir semata
"Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk"
Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang
pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya berarti : "Jodoh di tangan tuhan maka ada
kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata
sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan.
Seringkali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang." Dari pendapat itu, adakah
Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang
memutuskannya.
2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari
"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih
baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar
untuk mencari dan memilih jodoh.
http://buku2gratis.blogspot.com

3. Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah
"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan
ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan
memilih jodoh.
Selain dari pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat separti :
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi pernikahan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan menikah bergantung kepada
orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan pernikahan
bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri
pernikahannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas
persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan pernikahan di dalam Islam bertujuan untuk
keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orangtua harus turut serta memikirkan
atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan
oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati
mencarikan calon untuk anaknya. Hal ini mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri
berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam arti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan
berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat
membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawa
isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi
sanak keluarga isteri
iv. Ayah yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik lahir dan batin
B. Sikap lelaki dan wanita yang diridhai Allah
Islam menyuruh umatnya berkerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama islah
membina keluarga yang utuh. Oleh itu pernikahan memang dituntut di dalam Islam kerana dari
pernikahan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.
C. Suami yang diingini wanita
Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak
mulia.
D. Persediaan diri untuk menikah
1. Umur yang cukup dewasa
Kedewasaan berarti: - dewasa fizikal - dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri
sendiri. Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri. -
http://buku2gratis.blogspot.com

dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya - dewasa sosial, mempunyai
hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia
berada. - dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempartimbangkan akibat
perbuatannya terhadap orang lain. Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 -
30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak
bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat.
2. Bekal hidup
3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga
Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak
dipelajari. Ini hanya disadari apabila telah berumahtangga. Di sanat ini barulah diketahui banyak
masalah yang perlu dihadapi.
4. Sehat jasmani dan rohani
Pernikahan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan
kesehatan jasmani dan rohani amat diperlukan.
E. Memilih isteri idaman Ada beberapa faktor dalam memilih isteri :
1. Faktor keagamaan dan akhlak
2. Faktor kecantikan dan kekayaan
3. Faktor keturunan dan kesuburan Sifat-sifat wanita yang mulia:
i. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya
ii. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
iii. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela.
iv. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya
v. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya
vi. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya
vii. Menjalankan kewajiban terhadap ajaran agama
viii. Tidak menuntut cerai atau talak.
viii. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti.
ix. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami.
x. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.
http://buku2gratis.blogspot.com

BAB II
SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIBAN
A. Suami Teladan
ialah: - Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya.
Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan
kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan
mengatakan kepada isterinya. - Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahasia yang tidak di senangi
isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun. - Suami
yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai
pandangan isterinya dan sebagainya. - Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat.
Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya. - Suami
yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.
Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu;
1. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan
anggotanya. Ini berarti selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran
agama sebagai panduan hidup
4. Membelanjakan sebagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya
B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri
1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah
C. Ciri- ciri Suami Teladan
suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah - suami yang tidak sanggup melihat
isterinya meringankan perintah Allah - suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan
kesalahan isterinya.
1. Ciri- ciri suami yang soleh ialah:
http://buku2gratis.blogspot.com

a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala
larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasehati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari dari memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
i. Mengelakkan dari terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan
prestasi suami sebagai pemimpin
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.
2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:
a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi dari perkara-perkara haram dan
syubhat
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan
ketika bersolek
g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian
muslim
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.
D. Suami yang penuh sentuhan kasih
Ada 10 nasehat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemauan yang tinggi, memiliki kemahiran
serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan
dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun
selalulanya ia merahasiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang
lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat
lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya
mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan berarti
menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.
2. Memberi pujian terhadap isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia memerlukan perlindungan dari keyakinan. Hanya suami
yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan
http://buku2gratis.blogspot.com

penghargaan separti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam
diri isteri. Jangan merasa heran jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Apakah
engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya
tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami tak usah jemu dengan ungkapan
itu, malah berusahalah untuk mengarti hakikat seorang wanita.
3. Menentukan batas tanggungjawab Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan
isteri.
Suami berkewajiban mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajiban
melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan,
malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.
4. Menghindari kritikan terhadap isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah
dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar,
mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami
yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat dari perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting separti ulangtahun
isteri, pernikahan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya
berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai
yang berarti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak berarti pada lelaki namun ianya amat
bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak
menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.
6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu
mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha
meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasihsayang.
7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap
perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat
mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.
8. Memahami gelora jiwa isteri
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat
menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya
sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.
9. Membina kerjasama yang baik
http://buku2gratis.blogspot.com

Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu
mengujudkan keluarga bahagia.
10. Memenuhi keperluan peribadi
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus.
Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana
akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan
tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.
E. Kewajiban Suami Dalam Rumahtangga
1. Memenuhi mas kawin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
a. Menggaulinya dengan baik
b. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
c. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
d. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepada nya, menghiburkan isteri
supaya hatinya sentiasa gembira.
e. Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekarti mulia.
f. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga
menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
g. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan
pekerjaannya.
h. Tidak membuka rahasia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
i. Melindungi isteri dari api neraka.
3. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
Cemburu ini berarti, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan
atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat : - berani dan gagah perkasa - ingin menolong yang
lemah - ingin berkuasa - kasar dan tamak manakala wanita bersifat : - lemah lembut - pemalu -
mempunyai perasaan yang halus - bersopan santun - penyabar. Sifat-sifat ini adalah bersesuaian
dengan kewajiban dan tanggungjawab masing-masing.
4. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala
merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran.
Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-
kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada
hawa nafsu menguasainya.
b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain Dengan memahami sifat
isteri, suami boleh membimbing dan menasehati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana
cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan.
Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai
yang baik separti :
1. Janganlah suami dan ister marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
http://buku2gratis.blogspot.com

3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain dari tidak mempunyai masa terhadap
pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali
sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah
paling banyak berbicara.
5. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:
a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.
BAB III
CONTOH SUAMI TELADAN
A. Wanita dan Rumahtangga sebelum Islam
1. Zaman Fir'aun.
Wanita di zaman Fir'aun berbeda masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang lain. Di zaman ini
mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan kadang kala mereka terima melebih
lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno anggap kaum wanita lebih sempurna dari kaum lelaki.
Contohnya Ratu Hatsyebsut - memerintah Mesir selama 22 tahun. Di kalangan raja dan pembesar
pula, mereka mengamalkan poligami tetapi tidak mengamalkan pemberian hak yang sama pada
isteri2. Ini merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita.
2. Zaman Yunani.
Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita. Wanita separti barang perhiasan
yang boleh dijualbeli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah jelmaan syaitan yang jahat dan
kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya keatas isteri.
3. Zaman Romawi.
Zaman ini lebih teruk sari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu undang-undang
mengatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu wanita tidak dibangkitkan di
hari akhirat. Selain dari itu, kaum wanita dilarang makan daging, ketawa malah kadangkala dilarang
berbicara. Pada mulut wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara. Kekejaman mereka
melebihi batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada suami untuk membunuh isteri.
http://buku2gratis.blogspot.com

Undang2 ini diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan menyerahkan isteri
kepada orang lain.
4. Negeri China.
Pada zaman dahulu hingga abad ke 15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan bersama suami
yang mati, malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini juga dipakai oleh bangsa
Skandinavia pada abad-abad pertengahan.
5. Negeri India.
Pada pertengahan abad ke 20, janda dilarang menikah. Dalam adat suku kaum Tuda, pengantin
perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara ini berakhir setelah suami
meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita.
6.Farsi.
Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat hina. Wanita dianggap sebagai pangkal kejahatan
dan kemurkaan dewa. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada
masa dua abad sebelum Islam, di Perancis, sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah wanita
itu haiwan atau syaitan? Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah berjaya
menyelamatkan kaum wanita dari kezaliman.
B. Rumahtangga Mithali
Rasulullah SAW telah bersabda, "Perasaan kasih adalah kecintaan suami kepada isterinya. Perasaan
sayang adalah sayangnya suami kepada isterinya meskipun ada keburukan pada dirinya" (diriwayatkan
oleh Ibnu Abbas) Perasan saling mencintai akan menjadikan pasangan suami/isteri seolah-oleh satu
jiwa. Ia merupakan penawar segala-galanya. Perasaan ini akan mengalirkan rasa kebahagiaan hingga
ujudlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah "Baiti Jannati" (Rumahku Syurgaku).
C. Perhatian Suami Teladan terhadap isteri tercinta
Cinta suci adalah perasaan yang luhur yang mengangkat manusia ke darjat yang tinggi. Cinta
merupakan motivasi dalam diri bagi diri manusia yang akan mendorong manusia untuk melakukan
kebajian. Ianya juaga boleh diujudkan dengan cara: 1. Menghargai pendapat isteri 2. Sentiasa
mendidik isteri
D. Bimbingan untuk kebahagian
Bimbingan ini mestilah berlandaskan Islam dan cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan
sunnah Rasulullah SAW.
E. Kasih sayang suami Mithali
Rasulullah merupakan seorang hamba Allah yang pengasih dan penyayang dimana baginda
mengamalkan:
1. Kasih sayang terhadap kaum muslimin
2. Kasih sayang terhadap orang-orang musyrik
3. Kasih sayang terhadap kanak-kanak
4. Kasih sayang terhadap hamba
5 . Kasih sayang terhadap hewan
http://buku2gratis.blogspot.com

BAB IV
HAKIKAT PERNIKAHAN
A. Tujuan Pernikahan
Pernikahan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan
sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan pernikahan sebagai Sunnah para Rasul di mana
akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk
mendidik keturunan. Melalui pernikahan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan
memenuhi ketenteraman jiwa kerana pernikahan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi
sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani. Pernikahan merupakan peristiwa bersejarah di
mana tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman. IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali
calon isteri kepada calon suami. QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
Kalimat ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.
B. Walimatul Urus
Pernikahan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat
sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah: 1. Bertujuan untuk
melaksanakan ibadah 2. Menghindari dari perbuatan membazir 3. Mengundang fakir miskin
http://buku2gratis.blogspot.com

C. Hikmah Pernikahan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli
keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan
perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada
diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibuayah adalah orang pertama
diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu
adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman. Firman Allah SWT yang berarti:
" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah
menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah,
lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah
memelihara mereka..." (An-Nisa':34)
Rasulullah SAW menguraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah
lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga.
Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya
memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya
di kala suami tiada di rumah. Pernikahan yang disyariatkan Islam. selain dari sebagai keperluan
fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup
bahagia di dunia dan akhirat. Pernikahan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami
maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
1. Dilarang lelaki menikahi wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.
2. Dihalalkan lelaki menikahi wanita hamil dengan sebab- sebab perzinaan.
a. Menurut Mazhab Hanafi, pernikahan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan
belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
b. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh
dikawini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu. Perempuan hamil yang sah keturunan
kandungannya tidak boleh dikawini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil
kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka
isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).
E. Mengetahui Masa subur isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid.
Masanya berbeda. Perbedaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Dari haid yang
pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bagikan kepada 4 tahap:
a. masa haid
b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat
dibuahi untuk menjadi benih.
c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan
kedatangan haid.
d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada
pembuahan dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur.
Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa
kedatangan haid pada setiap bulan, utk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum
datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.
http://buku2gratis.blogspot.com

Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2
X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh
menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun
menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2
X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa
subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru. hari 1 7 14 21 28
tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-
F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-
An'am ayat 59 yang berarti,
" Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."
Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan kelamin
janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengartian
"Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan
perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki
bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel
telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah
kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percobaan oelh
doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percobaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu
disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui
masa subur dan bulan kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah separti berikut :-
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel
kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah
tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar
batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar. Ada
teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang mengatakan dalam
bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil
hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesehatan dan
kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat
makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat
praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah
mencoba.
G. Amalan suami semasa isteri mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan
memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
http://buku2gratis.blogspot.com

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak
halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam
kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri dari marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf
ayat 189 dan ayat Kursi.
H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertang- gungjawab terhadap isteri kerana
perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian dari suami yang
disayanginya.
Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling
dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari dari bersikap kejam terhadap
isteri
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha
naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha
Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami
harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu
suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan
menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita.
Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya
mengepan darah 40% lebih dari keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan
kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas
kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban
isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami
terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang
harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan
tanggung- jawab yang berat itu.
J. Mengapa bayi lahir menjadi cacat
Kelahiran bayi cacat mempunyai kesan dalam hati ibu ayah, saudara mara dan juga masyarakat.
Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya
http://buku2gratis.blogspot.com

selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin
disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia,
masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan
melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri
mengandung separti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi
tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi
kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister melakukan kebaikan, tuhan
akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.
K. Tanggungjawab ayah terhadap kelahiran anak
1. Menanam ari- ari
Kebanyakan dari kita tidak menghiraukan tentang kepentingan ari-ari. Di saat-saat kegembiraan
menerima ahli baru, seringkali ari-ari dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil ari-ari,
klinik atau hospital mengumpulkan ari-ari-ari-ari itu dan diderma kan kepada syarikat swasta.
Kemudian ari-ari itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-
hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu ayah cuma
membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan ari-ari adalah teman rapat bayi didalam
kandungan Ari-ari amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam ari-
ari dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah
baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga
kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang
perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang
dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta
pertolo -ngan kepada Allah. Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang
berdoa:-
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya dari Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan
petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan
petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang
diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zari-ariat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anak
http://buku2gratis.blogspot.com

Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin
keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan
hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak
memberikan nama. - Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan
nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum,
boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah. - Siapa yang berhak, ayah atau ibu.
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut
Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran
menjelaskan supaya anak dinasab kan kepada ayah bukan ibu. Pemilihan nama yang utama -
Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah
pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
" Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan
Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk
ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT separti
Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar,
Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-
nama tersebut. - Nama separti nama malaikat separti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat
ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. - Tidak boleh menamakan
dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat
diterima oleh fitrah manusia. - Tidak boleh menamakan dengan nama dari surah dalam Al- Quran
separti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah
salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama -nama tersebut
makruh dipakai untuk nama anak. - Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai
cita cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak -
Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi
memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh
memalukannya.
5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukari-ari kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran.
Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara
tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut
keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat
memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah aqiqah
a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan
syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan
mengabdikan dirinya kepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi dari syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh
anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan separti pada waktu memotong korban
iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk
memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
http://buku2gratis.blogspot.com

g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sehat dan
tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor
kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta,
lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas
namanya. Artinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu,
dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri
sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus
disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya,
maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, separti Nabi telah melakukan aqiqah untuk
dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi.
Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
6. Mengkhitankan anak
Berkhitan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan
merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. - Hukum berkhitan Menurut Imam Shafie,
Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhitan hukumnya wajib. - Khitan Nabi Ibrahim Dan
Rasulullah SAW Nabi Ibrahim berkhitan ketika berusia 80 tahun. Beliau khitankan Nabi Ismail
pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan
sudah berkhitan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhitan oleh Malaikat Jibrail. -
Hikmah dan kelebihan berkhitan
a. Berkhitan merupakan asas dari kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah
SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
c. Sering digunakan sebagai perbedaan antara orang Islam dan bukan Islam.
d. Dari aspek kesehatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan
bentuk dan merangsang syahwat
e. Menjaga kesehatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang
lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam
7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajiban ibuayah
Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman,
antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
http://buku2gratis.blogspot.com

g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan
L. Arti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini
tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat berarti pada ibuayah,
antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
http://buku2gratis.blogspot.com

BAB V
NASEHAT- NASEHAT UNTUK SUAMI
A. Nasehat menjaga hati isteri
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan separti
pelukan.
2. Jauhilah dari ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan
berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri
memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cuba lah ulangi kembali masa-masa
manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun
melancung ke tempat-tempat yang indah.
5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain
6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja separti memasak, mengemas dan sebagainya.
9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesehatan
isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan
bermotivasi.
11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah
12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.
B. Nasehat mencurahkan jalinan kasih
1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam
terhadap keyakinan isteri
2. Buktikan kasih sayang dari suami - Hadiah dan penghargaan - Senyuman - Perbualan mesra -
Gurauan - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan
anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain
3. Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. -
Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang
suami.
4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi
isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung -
Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa
5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan dari suami.
C. Nasehat mengetahui cinta pasangan hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap separti di bawah ini, itu membuktikan bahawa
cintanya terhadap kita sungguh mendalam :
1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap
suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai
http://buku2gratis.blogspot.com

sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik
tentang gaya dan sebagainya.
2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara
sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri
selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesehatan.
3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku
yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga
secara bersama.
4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu
mengucapkan sesuatu tentang cinta, separti sayang atau I love you ataupun memanggil
sesamanya nama kesayangan.
5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti
hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya
separti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta
ungkapan-ungkapan lain.
6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu
memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.
7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dgn wajah yang berseri-seri dan sikap
yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar
kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya
diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah
kejayaan.
9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum
pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru
akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.
10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat
menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya.
Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.
11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahasia antara sesama mereka. Tetapi selalu
membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
12. Pasangan yang bercinta sadar perkara-perkara yang dapat merun- singkan perasaan pasangannya.
Mereka mengarti perasaan masing- masing. Misalnya isteri sadar jika menyampaikan masalah
rumah- tangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.
D. Nasehat menjadi lelaki pilihan
Ciri-ciri lelaki pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rsul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya dari sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajibannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
http://buku2gratis.blogspot.com

12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia menikah, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang
paling baik terhadap isteri
Lelaki pilihan wanita
1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bartimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
E. Nasehat menghadapi pertengkaran
Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga
yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran
adalah hidup yang sendirian. Hakikat Pertengkaran
1. Hampir seluruh pernikahan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya.
Sebenarnya jika sebuah pernikahan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi.
Bukanlah berarti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan
keburukan.
2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup.
Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk
peribadi maupun pekerjaannya.
3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Pernikahan. Di mana suami isteri
mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut
berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang
lebih besar pada masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya
mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke
rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu
kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam,
kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu
ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar
pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain
ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.
Nasehat-nasehat menghadapi Pertengkaran
http://buku2gratis.blogspot.com

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar
pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai
kan masalah secara bersama.
2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain
dimasukkan sama lerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa
bencana,
3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bartindak menggunakan fizikal separti
memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah
akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang
menyakitkan hatinya separti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu
melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut separti,
"Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sadar, betapa hancurnay hati saya..." dan lain-
lain.
5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari
pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam pernikahan.
Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.
6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan
menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak
ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecari-arigaan dan mungkin
menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.
8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan anak-anak bingung dan
tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.
F. Nasehat memilih wanita idaman atau perempuan
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga
yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita
idamannya.
Calon-calon isteri pilihan.
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.
PENUTUP

Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan pernikahan menurut ajaran Islam, namun secara amnya
pernikahan atau pernikahan menurut Islam antara lain bertujuan:
1. Menjamin proses kehidupan manusia
2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekarti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri ...
.T A M A T .... Maaf ye jika banyak terdapat kesalahan dari segi ejaan dan sebagainya. Semoga
mendapat manfaat dari apa yang saya hantar dalam net ini. Sebarang komen ...silakan...
http://wawan-ebook.blogspot.com

This document was created with Win2PDF available at http://www.daneprairie.com.
The unregistered version of Win2PDF is for evaluation or non-commercial use only.