You are on page 1of 12

1.

PENDAHULUAN

Setiap manusia itu unik. Ini boleh dipanggil sebagai perbezaan individu. Menurut Mok

Soon Sang (2001), perbezaan individu adalah diertikan sebagai ketidaksamaan dalam

aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial dikalangan individu.

1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perbezaan perkembangan dan

tingkah laku dua orang kanak-kanak melalui personaliti, kebolehan dan kemajuan

sekolah, aktiviti-aktiviti di luar sekolah, rekod kesihatan dan keadaan keluarga.

1.2 Sasaran Kajian

Kami telah memilih dua orang murid lelaki yang belajar dalam tahun 5 di Sekolah

Rendah Awang Haji Mohammad Yussof, Katimahar. Ke dua murid tersebut berusia

dalam 10 tahun.

2. MAKLUMAT DASAR ( Sila rujuk kepada Lampiran 1)

Nama penuh bagi murid A adalah Md Yasri Azizi bin Md Shahrol Amira. Lahir pada

16 Mac 1999. Dia adalah seoang budak lelaki yang belajar dalam tahun 5A. Dia

adalah seorang yang berbangsa melayu dan berugama Islam. Bahasa yang sering

digunakan adalah bahasa Melayu dan Bahasa Inggries sebagai pertuturan di rumah

dan di sekolah

Mankala nama penuh bagi murid B adalah Ashraf bin haji Anwar. Lahir pada 15 mei

1999. Dia adalah seorang budak lelaki yang belajar dalam tahun 5B. Dia adalah

seorang bangsa melayu dan berugama Islam. Bahasa yang digunakan adalah bahasa

Melayu.
2. PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU

2.1 Rupa

Menurut Sheldon (1940), tubuh badan atau fizikal manusia terdiri daripada tiga bentuk yang

utama iaitu Mesomorf, Eksomorf dan Endomorf. Di dalam kajian ini, Murid A tergolong

sebagai mesomorf yang mempunyai tubuh badan yang berotot. Manakala murid B tergolong

mereka yang mempunyai fizikal eksomorf iaitu mempunyai tubuh badan yang tinggi dan

kurus kering. Murid A lebih kelihatan kemas iaitu seperti memakai songkong dengan rapi,

memakai tali pinggang dan kasut yang berwarna hitam yang bersih. Manakala Murid B agak

kelihatan sedikit selekeh iaitu dari kasut yang dipakainya sudah kelihatan usang dan koyak.

Oleh yang demkian, ini jelas bahawa murid A lebih kelihatan rapi dan bersih dari segi

pakaian sekolah berbanding dengan murid B.

2.2. CIRI-CIRI PERSONALITI

Setiap individu mempunyai sifat, sikap, gaya dan cara terendiri. Satu istilah yang

sesuai bagi perkataan-perkataan itulah ialah personaliti. Personaliti juga bermaksud sahsiah

yang melambangkan ciri-ciri atau sifat keperibadian atau perwatakan yang membezakan di

antara seseorang individu dengan individu yang lain. Menurut Alder, (1948) bahawa

personaliti itu merupakan gaya hidup seseorang individu.

Menurut Carl Jung 1875-1961, personaliti seseorang individu dapat dikategorikan

kepada tiga iaitu Ekstrovert, Introvert dan Ambivert. Melalui hasil kajian yang dibuat Azizi

adalah dikategorikan kepada personaliti ambivert. Azizi kadangkala menunjukkan ciri-ciri

ekstrovert pada suatu ketika dan ciri-ciri pada masa yang lain. Di sekolah, azizi adalah

merupakan seorang yang Introvert iaitu mudah merasa malu apabila berhadapan dengan

rakan perempuan, suka bekerja bersendirian, cendeung menjadi radikal, bimbang dan
dipengaruhi perasaan subjektif. Akan tetapi apabila ditanyakan kepada orang tuanya, Azizi

menonjolkan ciri-ciri ekstrovert di rumah iaitu seperti periang, bebas daripada perassan risau,

konservatif, suka berjenaka, aktif dan sebagainya. Jelaslah di sini, Murid A adalah

dikategorikan sebagai ambivert

Manakala murid B adalah seorang individu yang mempunyai personaliti Intovert. Ia juga

bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Mereka lebih suka melakukan dan

menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Mereka

mempunyai sifat yang serius, pemalu, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang

mengambil inisiatif. Kedua-dua murid ini mempunyai sikap mengendahkan dengan jantina

lawannya. Mereka lebih selesa dengan rakan-rakannya sama jantina.

.2.2 Tingkahlaku dalam kelas

Azizi (murid A) adalah seorang ketua darjah yang dilantik oleh gurunya bagi kelas

tahun 5A. Azizi telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Ini dapat dilihat bahawa

Azizi memberi salam dengan suara yang lantang dan membersihkan papan tulis dengan

efisien tanpa menunggu arahan guru. Di dalam suasuana kelas, Murid A adalah seorang yang

prihatin dan minat kepada pembelajarannya. Ini terbukti ia lebih menumpukan perhatiannya

dengan pengajaran guru dan aktif di dalam kelas. Apabila diberikan kerja latihan di dalam

kelas, ia telah menyiapkan dengan berdikari sendiri tanpa bantuan dari oranglain. Ini

menunjukkan bahawa azizi lebih mengambil berat dengan kerja kelasnya. Cuma apabila

selesai dengan tugasan yang diberikan oleh guru tersebut, azizi seringkali menganggu pelajar

yang lain dan pelajar yang lain tidak dapat menyiapkan kerja mereka dengan masa yang

ditetapkan. Dengan hal yang demikian, guru telah memberi teguran kepada azizi dan ia telah

kembali ke tempat duduknya. Ini dapat dilihat azizi lebih terdorong dan hanya berduduk diam

sahaja.
Manakala Ashraf (Murid B) juga menunjukkan minat terhadap pengajarannya cuma

mengikut penyataan gurunya, Ashraf sering lalai dan kuat berkhayal di dalam kelas. Kerja

Kelas diberikan dapat dilakukan dengan baik. Walhal yang demikian, apabila diberikan

tugasan kelas, ashraf sering kali lambat untuk menyiapkan kerjanya walaupun pada

hakikatnya ia membuat kerja secara sendiri. Kadangkala Ashraf juga sering bermain bersama

kawan terdekatnya yang menyebabkan kerja kelasnya tidak disiapkan pada masa yang

ditetapkan

2.3 TingkahLaku semasa bermain

Aziz dan Ashraf menunjukkan prestasi yang baik dalam pendidikan jasmani. Walau

bagaimanapun,Azizi lebih berstamina dan cergas berbanding dengan Ashaf. Semasa guru

mereka memberi tunjuk tentang permainan cara-cara “Lompat Kijang”, Azizi dapat

melakukan dengan baik hanya pada sekali cubaan sahaja. Manakala Ashraf terpaksa

melakukan berulangkali untuk mendapat pergerakaan yang betul.

2.4 Adab tertib terhadap Guru

Melalui hasil kajian, Azizi dan Ashraf menghormati guru-gurunya. Azizi juga sebagai

seorang ketua prefek disekolahnya diberikan tanggungjawab terhadap dirinya. Oleh yang

demikian, hubungan antara Azizi dan gurunya kelihatan lebih rapat berbanding dengan

Ashraf

2.5 Perhubungan dengan murid- murid lain

Melihat melalui pergaulan mereka di sekolah, Ashraf (murid B) mempunyai tiga orang

sahabat yang sentiasa bersamanya di sekolah. Kadangkala Ashraf juga suka lebih menyendiri.

Manakala Azizi mempunyai lebih banyak kawan malahan juga mempunyai kawan daripada

kelas yang lain Majoriti rakan-rakan kedua murid ini adalah sebaya dengan umur mereka.
Mereka menunjukkan sifat baikhati dan suka bergaul dan riang bersama rakan-rakannya

apabila waktu rehat .

3. KEBOLEHAN DAN KEMAJUAN SEKOLAH (rujuk kepada lampiran 2)

Azizi dan Ashraf telah mula memasuki alam persekolahan pada usia 5 tahun. Azizi

bermula persekolahannya di sekolah rendah Lamunin yang terletak di daerah Tutong

manakala Ashraf mula persekolahannya di sekolah Rendah Jerudong. Mereka bermula di

sekolah Katimahar pada darjah 1 hingga hingga kini dalam darjah 5

Merujuk kepada hasil keputusan peperiksaan kedua-dua murid ini, Azizi bagi murid A

mempunyai pencapaian yang sangat baik berbanding daripada Ashraf bagi murid B

Mata Pelajaran AZIZI ASHRAF

TAHUN 5A TAHUN 5B
Markah kedudukan Markah Kedudukan
Bahasa Melayu 89% No.4 dari 17 orang 68% No.8 dari 13orang
Mathematics 78% No.5 dari 17 orang 42% No.6 dari 13orang
Bahasa Inggeris 87% No.1 dari 17 orang 44% No.8 dari 13orang
Geography 72% No.6 dari 17 orang 53% No.8 dari 13orang
Sejarah 51% No.16 dari 17 orang 50% No.9 dari 13orang
Science 82% No.3 dari 17 orang 45% No.10 dari 13orang
Lukisan 35/50= 70% No.15 dari 17 orang 37/50= 74% No.11 dari 13orang
Sivik 44/50=88% No.13 dari 17 orang 39/50=78% No.9 dari 13orang
Jasmani 44/50=88% No.1 dari 17 orang 42/50= 84% No.6 dari 13orang
Ugama 37/50=74% No.14 dari 17 orang 18/50=36% No.5 dari 13orang

Matapelajaran yang paling digemari oleh Azizi adalah dalam pendidikan Jasmani.Ini adalah

azizi merasa seronok dan terhibur. Ashraf sangat aktif dan segala pembentukan fizikal dapat

dilakukan dengan baik dan cergas. Manakala Ashraf berminat dalam pendidikan seni lukis

kerana menurutnya ianya adalah satu pelajaran yang mudah difahami dan menyeronokkan

Oleh yang demikian, ke dua-dua murid mempunyai perbezaan dari segi tahap

kecerdasan. Ini telah membuktikan bahawa sepertimana menurut Howard Gardner, terdapat
sembilan pelbagai kecerdasan. Azizi berminat dalam bidang sukan, maka Azizi adalah

seorang yang mempunyai kecerdasan kinestetik-badan yang suka pada aktiviti-aktiviti yang

mencabar. Manakala Ashraf berminat dalam mata pelajaran lukisan. Oleh yang demikian,

Ashraf tergolong kepada mereka yang mempunyai kecerdasan Visual/Ruang dan Spatial.

Mereka ini mempunyai nilai estetik dan mempunyai keupayaan menghasilkan ruang

pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental.

Melalui hasil kerjanya, Azizi mempunyai tulisan yang baik dan kesemua kerjanya

tersusun rapi dan kemas. Manakala Ashraf mempunyai tulisan condong, besar dan cantik.

Buku-buku sekolahnya kelihatan rapi dan ada sedikit kerja yang tidak siap dan dilakukan

dengan baik

Azizi tidak berminat terhadap matapelajaran sejarah kerana menurutnya ia tidak

gemar pada sesuatu yang bentuk hafalan mengenai tahun dan sebagainya. Manakala Ashraf

tidak suka terhadap mata pelajaran matematik kerana menurutnya adalah pelajaran yang

membosankan.

Melalui temubual guru ke dua murid tersebut, Azizi seorang yang aktif dalam

mengikuti aktiviti-aktiviti ko-kukirulum berbanding dengan Ashraf. Azizi sering mewakili

perlawanan-perlawanan seperti perlawanan bermain bola sepak, pertandingan mari bercerita

bagi mewakili sekolah. Manakala Ashraf hanya mengikuti kegiatan-kegiatan yang dilakukan

di sekolah sahaja.

Selain itu juga, Azizi telah dilantik sebagai ketua prefek disekolahnya dan juga

dilantik menjadi ketua kelas manakala Ashraf tidak memegang apa-apa tanggungjawab.

4. AKTIVITI-AKTIVITI DI LUAR SEKOLAH


Azizi dan Ashraf tidak pernah mengikuti mana-mana badan belia seperti pengakap, Pandu

Puteri, Kadet Polis mahupun Bulan Sabit Merah. Masing-Masing tidak menunjukkan rasa

minat di dalam pembacaan. Azizi lebih suka mengisi lapang dengan bersukan seperti bermain

badminton, bermain basikal bersama keluarganya. Hal ini terbukti melihat daripada hasil

kemajuan di dalam pendidikan jasmani, Azizi adalah berada dalam kedudukan yang teratas

sekali daripada 17 orang. (rujuk pada lampiran 2). Manakala Ashraf lebih suka menonton

televisyen dan menjaga adik-adiknya selepas pulang dari sekolah.

Mengenai hasil kerja rumahnya, Azizi lebih bertanggungjawab dan lebih meluangkan masa

dalam membuat kerja sekolahnya di rumah. Malahan juga, ibu bapanya sering memeriksa dan

memantau kerjarumahnya dan memberikan tunjuk ajar. Manakala Ashraf hanya akan

membuat kerja sekolahnya apabila dipaksa oleh Ibu bapanya. Ashraf juga menyatakan

bahawa ibu bapanya hanya akan bertindak tegas jika waktu peperiksaan sahaja tetapi tidak

menghiraukan pada hari-hari biasa

5. REKOD KESIHATAN DAN PERUBATAN

Azizi tidak mempunyai sebarang penyakit yang dihadapi. Ini adalah disebabkan kepekaan

di dalam kesihataannya. Mengikut hasil kajian, Ibu bapa bagi murid A begitu ambil berat dan

peka terhadap perkembangan anak-anaknya walaupun anaknya menghadapi cedera ringan.

Oleh yang demikian, Azizi dalam keadaan kondisi yang baik dan sihat

Manakala Ashraf sering kali mendapat penyakit seperti demam dan sebagainya. Ini terbukti

mengikut hasil kedatangan pelajar murid B, kira-kira sebanyak lapan kali tidak hadir ke

sekolah.(rujuk kepada lampiran 2). Apabila ditanya, Ashraf menyatakan dia baru–baru ini

telah diserang penyakit cacar dan sering kali menghidap penyakit kesesakan nafas atau lebih

dikenali sebagai “ampus”. Mengikut penjelasan anak tersebut bapanya seringkali merokok

dihadapannya dan adik-adiknya sehinggakan timbul penyakit tersebut. Hal yang demikian,
jelaslah bahawa ibu bapanya tidak begitu menghiraukan kondisi anaknya sehinggakan

menimbul bahaya kepada kesihatan anak-anaknya. Malahan yang lebih mendukacitakan

bahawa bapanya menunjukkan satu tabiat yang tidak baik yang boleh menyebabkan pengaruh

terhadap anaknya.

6. KEADAAN –KEADAAN KELUARGA DAN RUMAHTANGGA

KEADAAN KELUARGA BAGI MURID A (AZIZI)

Bapa Azizi adalah seorang pensyarah akademik Pengajian Brunei di Universiti Brunei

Darussalam manakala Ibunya hanyalah seorang seorang suri rumah. Keadaan kediaman

tempat tinggal adalah kawasan sebuah kampong yang kecil dan sebuah rumah dua tingkat

terletak di Kampong katimahar. Azizi mempunyai 10 orang adik beradik iaitu 8 orang lelaki

dan 4 orang perempuan. Azizi adalah anak yang ke 6. Kesemua adik beradiknya masih

bersekolah dan salah seorang daripada kakaknya seorang mahasiswi di Universiti Brunei

Darussalam dalam tahun 3. Azizi menyatakan bahawa ia ingin menjadi seperti kakaknya.

Azizi sering timbul perassan cemburu kepada kakaknya kerana sering diberi pujian oleh

ibubapanya mengenai prestasi kuliahnya..Di sini dapat disimpulkan bahawa azizi menerima

peneguhan Vikarius dari kakaknya. Azizi mendapat kepuasan secara tak langsung dengan

meniru orang lain.Kakaknya diberikan pujian oleh bapanya secara lagsung, maka, ia pun

berbuat demikian karena ingin mendapat peneguhan yang sama iaitu belajar bersungguh-

sungguh mendapatkan prestasi yang cemerlang untuk mendapat pujian dari ibu bapanya.

Walau bagaimanapun, Azizi menganggap perkara tersebut adalah sebagai motivasi pada

dirinya untuk lebih berjaya.

Seorang pakar psikologi Diana Baumrind telah mengklasifikasikan gaya asuhan

keibubapaan kpd 3 iaitu Autoritarian,Permissive dan Autoritatif


Melalui sudut corak asuhan, ibubapanya azizi adalah dikategorikan sebagai autoritatif

iaitu bentuk gaya asuhan di mana anak-anak bebas untuk melakukan sesuatu tindakan tetapi

masih dalam pengawalan dan pengawasan daripada ibu bapa. Ini terbukti bahawa Azizi juga

dibenarkan keluar bersama rakan-rakannya tetapi azizi tidak dibenarkan pulang lewat.

Manakala setiap pemasalahan yang timbul di sekolah, azizi seringkali mencurahkan

perassannya terhadap ibubapanya. Ibubapanya menjadi pendengar setia yang baik dan

sentiasa memberikan dorongan dan nasihat yang berguna. Azizi telah dididik sejak kecil

dalam bahasa Ingriess. Menurut ibubapanya, ini adalah untuk membiasakan dirinya untuk

minat dalam mata pelajaran Ingriess. Malahan juga untuk menggalakkan Azizi untuk dapat

berkomunikasi dalam bahasa melayu dan Ingriess dengan baik

Selain itu, azizi merasa gembira dan mesra apabila bersama keluarganya. Kehidupan

keluarganya dalam keadaan harmonis. Dengan hal yang demikian, dapat kami simpulkan

bahawa Azizi mempunyai kestabilan emosi yg baik dan keyakinan diri yg tinggi. Ini dapat

dilihat melalui kecekapan sosial iaitu Azizi mudah mesra dengan rakan-rakan malahan

disamping guru-guru. Di dalam akademiknya juga ditahap yang baik.

Ibu bapanya juga sering memantau hasil kerja sekolah azizi dan aktiviti yang disekolahnya.

Bapa Azizi telah membiayai pelajarannya. Ia juga diberikan wang saku sebanyak $2 oleh

bapanya setiap pagi dan kadangkala ibunya juga menyediakan makanan untuk di bawa ke

sekolah.

Azizi mempunyai cita-cita untuk menjadinya seperti bapanya iaitu sebagai seorang guru.

Walau bagaimanapun, Azizi ingin menjadi seorang guru sukan. Hal yang demikian, bapanya

sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada dirinya jikalau azizi ingin seperti

bapanya.

KEADAAN KELUARGA BAGI MURID B (ASHRAF)


Berbeza dengan Murid B iaitu ibunya sebagai seorang Jururawat di Hospital Raja

Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) manakala ayahnya adalah sebagai seorang penganggur.

Ayahnya seorang penganggur sudah mencapai 3 tahun atas sebab keinginan berhenti dari

kerjanya. Mereka tinggal dikawasan yang pendalaman dan mempunyai rumah bunglow di

kampong Kulapis. Ashraf mempunyai 4 orang adik beradik dan dia adalah anak yang ke dua.

Kesemua adik beradiknya masih bersekolah di tempat sekolah yang sama manakala abangnya

telah berhenti sekolah pada awal tahun yang lepas. Melalui hasil kajian tersebut, besar

kemungkinan prestasi akademik Ashraf kurang memuaskan adalah disebabkan faktor

pengaruh dari persekitaran keluarganya melalui abangnya dan ayahnya itu sendiri. Ashraf

menyatakan bahawa dia tidak berasa bangga terhadap pencapaian abangnya malah diberikan

cemuhan bahawa abangnya tidak menjadikan contoh baik terhadap dirinya kerana sering kali

gagal dalam peperiksaan.

Melalui sudut corak asuhan, ibu bapanya adalah dikategorikan sebagai.authoritarian. Gaya

asuhan merupakan gaya asuhan yang berbentuk mengarah, dan menghukum. Ia juga

menetapkan suatu peraturan tanpa ada tolak ansur .Ini terbukti bahawa ibubapa tidak akan

mengizinkan anaknya keluar rumah selain bersama ibubapanya. Ashraf tiada rasa kebebasan

dan terasa terkongkong kerana peraturan yang agak rigid.

Menurut Ashraf lagi, ayahnya sering memarahinya jika Ashraf lewat keluar dari kelas ketika

pulang sekolah walaupun jarak masa hanya dalam masa lima minit berlalu. Ayah kelihatan

bersikap autokratik iaitu terus membuat interpritasi kepada kesalahan anak tanpa membuat

usul periksa. Ashraf tidak akan dibenarkan untuk memberikan sebarang pendapat atau alasan

Ashraf cenderung berdiam diri sahaja, takut dan sering menangis. Dengan hal yang

demikian, Ini akan menjadikan anak tidak gembira, mengalami masalah perkembangan

kualiti diri, tidak berminat di dalam pelajaran, serta sentiasa menarik diri daripada hubungan

sosial. Keadaan begini akhirnya boleh membawa perasaan risau dan murung serta kurang
berkemahiran dalam bersosial. Ini telah menampakkan Ashraf semakin menurun di dalam

akademiknya. Guru Ashraf juga menyatakan bahawa dia tidak suka bertanya dan bertindak

pasif . Ini dapat melihat sosio-emosinya sering menjadi pendiam dan terpencil.

Ibubapanya sering memarahinya dan mencari kesalahannya berbanding adik-adiknya yang

lain. Walau bagaimanapun, Ashraf tetap menyayangi dan taat kepada Ibubapanya. Menurut

Ashraf lagi, ayahnnya tidak pernah berpuasa memandangkan bapanya tidak dapat menahan

diri daripada rokok dan juga tidak mendirikan sembahyang lima waktu. Jelas di sini, ayahnya

tidak menitikberatkan soal keagamaan. Ashraf hanya akan mendirikan sembahyang apabila di

adakan di sekolah ugama sahaja.Ibunya telah membiayai pelajarannya. Ia juga diberikan

wang saku sebanyak $1 oleh ibunya setiap pagi. Ashraf mempunyai cita-cita untuk menjadi

seorang askar apabila dia menjadi dewasa nanti.

Hasil melalui kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa kedua-dua kehidupan keluarga kedua-

dua murid ini berbeza dari didikan ibubapanya. Azizi mendapat asuhan yang baik manakala

Ashraf sentiasa dapat kawalan yang ketat dari ibu bapanya. Dengan hal yanng demikian, ini

mampu menimbulkan sosio-emosi yang berbeza diantara satu sama lain

7. KESIMPULAN

Perbezaan individu ialah satu konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan

yang wujud diantara individu yang berlainan. Secara kesimpulannya, sepertimana dalam

kajian perbezaan individu ini, ke dua murid ini mempunyai perbezaan yang ketara. Perbezaan

ini dapat dilihat melalui aspek fizikal, tahap perkembangan mentalnya, sosio-emosi dan juga

bentuk asuhan daripada ibubapanya.


Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid didalam sesebuah kelas berbeza dari

segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh itu guru

harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Guru harus

menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan,

pengayaan dan sebagainya untuk melayani pelajar yang berbeza.

Dengan hal yang demikian, adalah sewajarnya para guru dapat mengetahui dan

mengesan perbezaan ini bagi memudahkan mereka merancang pengajaran dan pembelajaran

mereka dengan lebih berkesam

You might also like