PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM

PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ) PUSAT UKM,BANGI,SELANGOR.

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEMESTER 1 SESI 2009-2010 Tugasan: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah Negara yang anda pilih.

YAP HUI HSIEN G75859 Email: yhhjan @streamyx.com Tel; 012 692 1623 PENSYARAH; PROF MADYA DR.MOHAMMAD AGUS YUSOFF

Yap Hui hsien-G 75859 9.Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah Negara yang anda pilih. Pengenalan Ada beberapa jenis pentadbiran negara di dunia. Mengikut Asnarulkhadi dan Jayum (1997:105) negara-negara di dunia ini di bahagi kepada 3 jenis yang utama iaitu negara persekutuan,negara kesatuan dan negara konfederasi. Terdapat satu lagi jenis negara iaitu Jamhiriyah yang mengamalkan sistem yang agak berbeza. Contoh: Negara Persekutuan ________________ _ Amerika Syarikat Argentina Australia Austria Belgium Nepal Comoros Mexico Emiriah Arab bersatu Malaysia Negara kesatuan ______________ Afganistan Albania Armenia Aruba Bangladesh Benin Bhutan Bolivia Botswana Brunei Bulgaria Thailandl Laos Filipina Indonesia 2 YapHui Hsien_G75859

Negara Persekutuan merupakan kesatuan daripada sebilangan negeri atau negeri yang separuh berpentadbiran sendiri yang di satukan oleh kerajaan pusat.Di dalam negara persekutuan status pentadbiran negeri-negeri biasanya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar di ubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat. Bentuk kerajaan atau struktur perlembagaan didapati dalam negara persekutuan dipanggil federalisme.Negara persekutuan boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik dan meliputi sebidang wilayah yang luas .Negara persekutuan di tubuhkan melalui persetujuan asal di antara sebilangan negeri-negeri berdaulat. Negara kesatuan merupakan satu negara yang diperintah oleh satu kesatuan.Pemerintah mempunyai kuasa politik dalam negara kesatuan tetapi ia dapat dialihkan ke tingkat yang lebih rendah yang di pilih oleh rakyat,misalnya gabenur atau walikota.Akan tetapi,pemerintah pusat mempunyai hak untuk mencabut pejabat-pejabat tersebut.Inilah perbezaannya dengan negara federasi kerana setiap negara mempunyai kuasa tersendiri yang tidak dapat di cabut oleh pemerintah federal.Se bahagian besar negara di dunia merupakan negara kesatuan kerana keluasannya tidak terlalu besar. Negara konfederasi merupakan satu bentuk negara yang mempunyai dua tahap kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah yang dinaungkannya.Kerajaan bawahan biasanya adalah lebih kuat daripada kerajaaan pusat.kerajaan pusat sebaliknya merupakan sebagai penyelaras kepada kerajaan wilayah.Rakyatnya mempunyai hubungan langsung yang luas dengan kerajaan wilayah . Kerajaan pusat pula lebih berperanan menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain. Negara Jamhiriyah bentuknya sangat ekslusif dan tersisih dari amalan-amalan lai n negara di dunia.Libya merupakan satu-satunya negara yang berbentuk Jamhiriyah.

3 Yap Hui Hsien-G75859

Negara ini mengamalkan kerajaan berpusat dan segala keputusan dibuat oleh pemimpin negara melalui satu jawatan kuasa pusat yang di panggil majlis Syura.Satu perlembagaan diwujudkan oleh Majlis ini sebagai garis panduan pentadbiran dan pemerintahan negara tersebut.Tiada badan-badan yang boleh membuat keputusan melebihi majlis tersebut.

Negara persekutuan *Gabungan >satu negeri *Kuasa kerajaan÷kerajaan pusat,negeri dan tempatan *masing-masing mempunyai autonomi

Negara kesatuan *Gabungan>satu negeri *kuasa kerajaan;kerajaan pusat Kerajaan pusat boleh membatalkan undangundang yang diluluskan oleh kerajaan negeri

Negara konfederasi *Gabungan beberapa buah negeri *majoriti kuasa dikekalkan oleh negerinegeri *Kuasa terhad kepada kerajaan pusat-untuk mengawal hal ehwal kepentingan sendiri *terikat pada perjanjian *pupus-konfederasi Jerman utara(1867-1871)

*Contoh: Malaysia,Amerika syarikat,australia,kananda dan india

Contoh;New zealand,perancis dan sweden

4

Yap.Hui hsien-G75859

Negara persekutuan *Kuasa mutlak-kerajaan pusat *kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi dalam bidang perundangan tertentu

Negara kesatuan *kuasa mutlak-kerajaan pusat *undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan kerajaan pusat

Negara Konfederasi *kuasa terhad-kerajaan pusat *kerajaan negeri mempunyai kebanyakan

negeri boleh dibatalkan oleh kuasa pemerintah

Membandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia dan Indonesia. Kerajaan tempatan di Malaysia adalah di peringkat terendah dalam sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa di atas mengenakan cukai pintu yang terhad.Kerajaan tempatan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (by-laws) kepada penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran mereka.Pegawai tertinggi dalam kerajaan tempatan ialah Datuk bandar.Di kawasan perbandaran pula ia adalah Yang Dipertua Majlis dan Majlis –majlis daerah. Kerajaan tempatan di Indonesia adalah di panggil desa.Desa ialah satu kesatuan masyarakat undang-undang yang memiliki batas-batas wilayah yang mengatur dan mengurus kepentingan masyarakat se tempat yang berdasarkan asal-usul dan istiadat setempat dalam sistem pemerintahan negara kesatuan.Setiap desa di ketuai oleh Kepala desa.

5 Yap Hui Hsien-G75859 Hierarki kerajaan tempatan Malaysia Sebelum Akta kerajaan tempatan 1976 *Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Selepas penerapan Akta 171 *Bandar raya-Dewan bandaraya atau majlis

*Majlis perbandaran *majlis bandaran *Lembaga Bandaran *majlis daerah luar bandar *Majlis Tempatan

Bandaraya *bandar-Majlis perbandaran *luar bandar-majlis Daerah Kawasan khas-Perbadanan atau Pihak berkuasa tempatan

Hierarki kerajaan tempatan Indonesia Peringkat Kawasan Pentadbiran Indonesia Peringkat Provinsi Provinsi Daerah khusus-Daerah Istimewa Peringkat kabupaten/kota Kabupaten-Kota Kabupaten Tadbir Sagoe Peringkat kecamatan Kecamatan Distrik-sagoe cut Peringkat kelurahan/desa Keluharan-desa Nagari-kampung-Gampong Lain-lain Dusun-lingkungan Rukun warga Rukun tetangga 6 Yap Hui Hsien- G75859 Sejarah Perkembangan kerajaan t empatan Di Malaysia Sistem kerajaan tempatan di Malaysia diwarisi daripada British yang memerintah Tanah Melayu akan tetapi dalam peredaran masa ciri-ciri unik yang mencerminkan sosio-

budaya tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan.Sebuah Majlis penilai(council of assessors) ditubuhkan di Pulau Pinang untuk melaksanakan pembangunan bandar pada tahun 1801.Ini diikuti oleh penubuhan majlis-majlis tempatan di Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain.Sebuah Ordinan pilihan raya kerajaan tempatan 1950 memberi kuasa kepada majlis tempatan menjalankan pilihanraya.Akan tetapi,permasalahan dalaman berkaitan dengan pentadbiran dan politik serta konfrontasi Indonesia telah menggantungkan pilihan raya kerajaan tempatan.Pergantungan dilakukan melalui Peraturan kecemasan dan pindaan telahmenjadikan kerajaan tempatan tidak menjalankan pilihan raya.Dibawah Menteri perumahan dan kerajaan tempatan memulakan penyusunan semula dengan memperkenalkan Akta kerajaan Tempatan (Peruntukan sementara) 1973.Akta ini memberi peruntukan kepada kerajaan persekutuan mengkaji semua undang-undang yang berkaitan dengan kerajaan tempatan.Yang paling penting sekali ialah permansuhan pilihan raya kerajaan tempatan. Melalui Akta ini juga, pegawai majlis tempatan akan dilantik dan majlis daerah diketuai oleh pegawai daerah masing-masing.Secara langsungnya peruntukan ini telah memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan mengawal kerajaan tempatan y.ang se belum ini di kawal oleh kerajaan negeri. Rombakan ini telah mengubah peranan kerajaan tempatan Sebelum rombakan kerajaan tempatan di anggap sebagai saluran dalam amalan demokrasi selain daripada parlimen dan dewan undangan.Tetapi,selepas di rombak, peranannya diubah kepada saluran untuk mempercepatkan dan menggalakkan pembangunan.

7 Yap Hui hsien-G75859

Kerajaan tempatan merupakan satu agensi kerajaan yang sangat penting di negara Malaysia kerana umumnya ia adalah peringkat kerajaan yang paling dekat dengan rakyat. Kerajaan tempatan bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian di dalam pengurusan kawasan yang di duduki oleh mereka.Pada asasnya mereka yang menetap di tempat itu sendiri harus mengurus perkara yang bersangkut paut dengan hal tempatan.Peranan ini dapat di perhatikan menerusi tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan terhadap perancangan bandar ,kerja-kerja raya,kemudahan-kemudahan awam,kesihatan awam,perumahan dan perkhidmatan untuk penduduk tempatan. Peruntukan undang-undang Perlembagaan persekutuan Malaysia meletakkan pentadbiran kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri.Tetapi pindaan perlembagaan pada tahun 1960 memperuntukan penubuhan se buah jawatan kuasa perunding yang di panggil Majlis Negara bagi kerajaan tempatan.Ke ahliannya terdiri daripada seorang menteri persekutuan atau pengerusi,wakil kerajaan rakyat dan wakil-wakil kerajaan Persekutuan.Justerunya ini memberi kerajaan Persekutuan pengaruh yang besar ke atas kerajaan tempatan. Akta Parlimen Beberapa akta Parlimen juga di gubal untuk mengawasi operasi kerajaan tempatan di Malaysia.Akta kerajaan tempatan 1976(akta 171) merupakan akta paling terpengaruh kerana ia menggariskan bentuk,struktur organisasi,tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan se cara menyeluruh.Akta prerancangan Bandar dan desa 19769Akta 172) juga digubal untuk mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan.

8 Yap hui Hsien-G75859

Pembentukan Desa di Indonesia Desa di Indonesia di bentuk atas daya usaha masyarakat dengan memperhatikan keadaan sosial budaya masyarakat setempat dan asal usul desa.Pembentukan desa boleh berlaku dengan beberapa cara. Misalnya,pergabungan beberapa desa,pemecahan satu desa menjadi dua desa atau lebih atau pembentukan desa di luar desa yang ada. Desa boleh diubah dan di sesuaikan statusnya menjadi keluharan berdasarkan inisiatif Pemerintah desa bersama denganBadan Musyawarah Desa(BPD) dengan memperhatikan pendapat dan cadangan masyarakat se tempat.Desa yang mengubah status ini kekayaannya merupakan kekayaan daerah dan dikelolakan oleh kelurahan tersebut untuk kepentingan masyarakat setempat. Ketua desa adalah Kepala desa dan tempoh jawatannya selama 6 tahundan boleh dilanjutkan untuk satu penggal.Jawatan Kepala desa juga di panggil Wali Nagari di Sumatera barat,pambakal di Kalimantan Selatan dan Hukum Tua di Sulawesi Utara.Kepala Desa di jawat oleh sesiapa yang memenuhi syarat (biasanya berbeza antara satu desa dengan yang lain) dan di pilih oleh penduduk desa setempat melalui pilihanraya Kepala desa. Desa memiliki pemerintahannya sendiri yang terdiri daripada pemerintahan desa dan Badabn Musyawarah desa.(BPD) . Badan Permusyawaran desa merupakan lembaga perwujudan demokrasi dalam penyelenggaran pemerintah desa.Anggota BPD adalah wakil para penduduk desa berkenaan.Mereka ialah Ketua Rukun Warga,pemangku adat,golongan profesional,pemimpin agama dan pemimpin masyarakat yang lain.Ketua dan anggota BPD tidak boleh menjadi Kepala Desa atau pegawai perkhidmatan Awam desa.Fungsi BPD ialah untuk menetapkan Peraturan Desa bersama dengan Kepala desa untuk menyalurkan aspirasi masyarakat.Tempoh jawata anggota BPD iaiah 6 tahun dan boleh dilantik kembali untuk satu penggal tambahan. 9 Yap hui Hsien-G75859 Lembaga Kemasyarakatan

Lembaga kemasyarakatan dibentuk oleh masyarakat dan merupakan perkongsian dengan pihak pemerintah desa dalam usaha meningkatkan keupayaan masyarakat.Ia ditetapkan melalui Peraturan desa dan peranannya sebagai penampungan dan penyaluran aspirasi masyarakat dalam bidang pembangunan.Ia mempunyai hubungan kerja dengan pemerintah desa yang bersifat perkongsian,perundingan dan penyelaras. Konsep-konsep kerajaan tempatan Konsep disentralisasi kuasa memberikan kuasa terhadap pihak-pihak yang mentadbir kawasan-kawasan dalam daerah. Desentralisasi merupakan pertukaran pembuatan keputusan daripada kerajaan pusat kepada organisasi di peringkat tempatan. Desentralisasi dikelaskan dalam 2 kelas yang sering di gunakan: 1) devolution 2) deconcentration 1) Devolution- Di Malaysia kerajaan tempatan mengamal pentadbiran devolution dan pentadbiran daerah pula bercorak deconcentration.Fungsi devolution adalah untuk menggalakkan lebih banyak rakyat mengambil bahagian pengurusan tugas-tugas kerajaan kepada badan berkuasa tempatan.Maka pergantungan terhadap kerajaan pusat dalam hal ehwal tempatan dapat di atasi. 2) Deconcentration-Ini adalah pecahan tumpuan tanggungjawab dan kuasa oleh Kerajaan Pusat terhadap unit-unit tempatan dan kawasan yang mewakili kementerian.Di Malaysia kerajaan tempatan tertakluk kepada kerajaan Negeri dimana kerajaan Negeri pula tertakluk kepada kerajaan Pusat. Segala kesulitan dan masalah di peringkat tempatan akan di bawa ke peringkat negeri .Jika masalh tersebut tidak dapat menyelesaikannya ia akan di bawa ke peringkat pusat.

10 Yap Hui hsien-G75859 Tugas dan Fungsi kerajaan tempatan di Malaysia

Kerajaan tempatan di Malaysia telah diberi kuasa yang luas di bawah Akta kerajaaan tempatan 1976.Peranan dan fungsinya meliputi tugas-tugas wajib seperti pengumpulan sampah,penyengharaan lampu-lampu jalan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kesihatan awam.Fungsi budinya pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam,taman –taman rekreasi,perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan.Selain itu, ia juga mempunyai kuasa keatas;• • • . • • • • • • • • • • • Kuasa perancang tempatan Kuasa mengeluarkan lesen Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu Membina bangunan,perumahan dan unit-unit perdagangan Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar Mengurus dan mengawal lalulintas Merancang dan menyediakan kemudahan –kemudahan awam Penyenggaran dan penambahbaikan kawasan persekitaran Perkhidmatan seperti pembersihan,pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal Perparitan dan pembetungan yang sempurna Program-program mengindahkan kawasan Perkhidmatan rumah penyembelihan,perkhidmatan veterinar,pengangkutan Kawasan-kawasan pengebumian dan juga tempat membekar mayat. Menyediakan kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak,klinik-klinik Menyenggarakan air-air pancut dan pencahayaan jalan-jalan awam.

11

Yap Hui Hsien-G75859

Fungsi desa di Indonesia Bidang kuasa desa adalah seperti berikut;• • Menyenggarakan urusan pemerintahan Menyelenggarakan urusan pemerintahan yang menjadi bidang kuasa kabupaten/kota yang diserahkan kepada desa.iaitu urusan langsung untuk meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat. • • Membantu pemerintah provinsi serta pemerintah kabupaten/kota dalam tugas masing-masing Urusan pemerintahan yang lain yang diserahkan kepada desa.

Kesimpulannya; Kerajaan tempatan di Malaysia berfungsi untuk memberi segala perkhidmatan yang melibatkan urusan harian rakyat dan kuasa kerajaan tempatan di kawal oleh kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan manakala desa di Indonesia desa menguruskan kepentingan masyarakat setempat berdasarkan asal usul dan istiadat setempat yang di akui dan di hormati.Desa di Indonesia menjalankan pemerintahan sendiri dan juga mempunyai kuasa untuk menetapkan Peraturan desa.

12

RUJUKAN: Http;//ms.wikipedia.org/wiki/desa_(Indonesia) http;//ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia http;//shaifuklbahri.blogspot.com/2006/06/dilema-pbt-ikut-arahan-pusat-atau.html Ahmad Martadha Mohamed,Mohd. Nazri Baharom,Muhamad Ali Embi,Ruslan Zainuddin,Saadon Awang(2006),Asas PentadbiranAwam.Universiti Utara Malaysia Sintok.Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Abdul Aziz,1992,Jentera Pentadbiran Kerajaan di Malaysia: Satu pengenalan.Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Atory Hussain,1986,Pengantar Pentadbiran Awam.Kuala lumpur:Utusan publications & Distributorrs Sdn Bhd http ;//wapedia.mobi/ms/Kepala Desa

13

PENGENALAN

PERBANDINGAN DI ANTARA KERAJAAN TEMPATAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA • • • • HEIRARKI SEJARAH PERKEMBANGAN KONSEP-KONSEP KERAJAAN TEMPATAN TUGAS DAN FUNGSI

KESIMPULAN

1

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful