You are on page 1of 6

Zaman pertengahan terbahagi 3 iaitu peringkat awal, kemuncak dan akhir.


Zaman Gelap pada masa zaman pertengahan awal.

Zaman Renaissance pada masa zaman pertengahan akhir.

Zaman Pertengahan Eropah

Eropah mengalami kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan perbandaran.

Ketika ini tiada pusat pentadbiran yang berkesan.

Dunia Islam pada masa ini sangat mantap, oleh itu Eropah mengambil ilmu daripada dunia Islam.

Pada masa ini, empayar Rom barat (kuasa pusat) runtuh, maka muncullah golongan baron (tuan tanah).

Latar belakang Zaman Gelap (Pertengahan Awal)

Petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak stabil.

Petani membayar cukai yang tinggi sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberikan oleh tuan tanah.

Petani yang tidak berkemampuan telah menyerahkan tanah mereka dan menjadi hamba.

Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja.

Tuan tanah dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.

Hubungan antara petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal.

Di negeri Melayu sistem feudal juga diamalkan, di mana raja berkuasa mutlak, dan pembesar
berkhidmat dan dinaungi raja, rakyat dan hamba Melayuberkhidmat untuk pembesar.

Gereja Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan, mereka memiliki hartanah yang banyak dan
fokus utama ialah ilmu akhirat hingga mengongkonghidup masyarakat.

Perdagangan pada zaman ini diganggu orang gasar seperti Maygar dan Viking. Perdagangan ke timur
dan Laut Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam.

Masalah ekonomi ini menyebabkan mereka menumpukan kepada pertanian, mereka menjalankan
aktiviti tukar barang kerana mata wang dalam pasaranterhad.

Ciri

ciri Zaman Gelap (Pertengahan Awal)

Gereja menjadi institusi yang universal dan menjadi ejen penyatuan.

Perubahan ekonomi berlaku kerana pertambahan penduduk, peningkatan pertanian dan kemunculan
perdagangan.

Kemudian muncul pula bandar seperti Venice, Milan.

Lahir juga kelas pertengahan seperti artis, pedagang.

Status sosial ditentukan oleh kekayaan dan bukan pemilikan tanah.

Wujud juga institusi politik seperti parlimen.

Zaman Kemuncak Pertengahan.

Renaissance berasal daripada perkataan Itali iaitu renisciment bermaksud kelahiran semula iaitu
penghargaan semula ilmu yang terhasil pada Zaman Yunanidan Rom.

Tamadun Yunani dan Rom tenggelam ketika Zaman Gelap.

Asas pemikiran zaman ini ialah menonjolkan keupayaan manusia berfikir menyelesaikan masalah yang
dikenali sebagai humanisme. Bapa humanisme ialahF.Petrarch.

Antara tokoh Renaissance seperti N. Machiavelli.

Manusia zaman ini mempunyai semangat inkuiri (semangat ingin tahu yang kuat).

Zaman ini bermula di Itali, di mana muncul bandar terkenal seperti Venice, Rom dan Milan yang menjadi
pusat perdagangan antarabangsa.

Itali amat strategik sebagai pelabuhan persimpangan antarabangsa contohnya pelabuhan Venice dan
Genoa.

Di sini berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama.

Di sini juga muncul pedagang yang kaya yang menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan
bandar.

Pedagang kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada pelukis, saintis, pemuzik dan
penulis.

Patron terkenal seperti keluarga Medici di Florence.

Patron berusaha menarik masuk cendiakawan dan seniman yang berkunjung dari bandar ke bandar
menyebarkan idea Renaissance ke seluruh Itali.

Paus juga cuba melindungi seniman dan cendiakawan ini. Gereja Rom yang mencemburu kepada bandar
Florence (dibina oleh patron-Medici) yang cantik inginmenandinginya, tetapi saintis berselisih faham
dengan gereja (mereka mencabar fahaman tradisi gereja, contohnya kes Galilco Galilei).

Gereja berubah memberi tumpuan kepada seni lukis dan seni ukir, mereka mengupah Leonardo da vinci,
Raphael, Michaelangelo mencantikkan gereja dankatedral di Rom.

Pelukis dan penulis ketika ini ingin dikenali secara individu maka semangat dan amalan individualisme.

Selepas itu pelukis dan pengukir juga mahir dalam ilmu pengetahuan.

Tokoh Renaissance di luar Itali

Thomas More, Francis Bacon, Wiliam Shakespeare.

Zaman Renaissance (Pertengahan Akhir).