You are on page 1of 4

Sekolah Menengah Kebangsaan

Bandar Utama Damansara (3)
Petaling Jaya

Tugasan Harian 3

Tajuk : Sikap remaja suka lari dari rumah semasa menghadapi masalah
adalah satu sikap negatif yang harus dielakkan. Jelaskan nilai
yang patut diamalkan oleh remaja dalam menangani masalah
yang dihadapi mereka.
Nama : Hiew Yi Sa
No. Kad Pengenalan : 971215-08-5315
No. Angka Giliran :
Tingkatan/ Tahun : 4 Orkid/ 2013
Nama Guru : Cik Siti Nor Hafizah Binti Mohd Saleh
Tandatangan Guru :
Tandatangan Pelajar :


Tajuk : Sikap remaja suka lari dari rumah semasa menghadapi masalah
adalah satu sikap negatif yang harus dielakkan. Jelaskan nilai
yang patut diamalkan oleh remaja dalam menangani masalah
yang dihadapi mereka.

Pendahuluan
Dewasa ini, negara kita telah dipengaruhi oleh budaya Barat dan
budaya kuning. Hal ini pun menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada
negara seperti gangsterisme, merompak, merogol dan sebagainya. Salah
satu kesalahan yang dihadapi oleh remaja kini ialah lari dari rumah.
Sikap ini telah menjadi budaya pelajar kini. Ramai ibu bapa pun tidak
boleh membuat sebarang tindakan yang serius kerana kerajaan pun tidak
menghirau perkara ini sebagai perkara yang serius. Namun, Dato Seri
Najib Tun Razak pun mengeluarkan rasa bimbangnya tentang perkara
ini. Terdapatnya beberapa nilai-nilai yang patut diamalkan oleh remaja.


Isi-isi

Nilai yang patut diamalkan oleh remaja dalam menangani masalah
yang dihadapi mereka ialah harga diri. Remaja harus memuliakan
maruah diri dengan tidak melarikan diri dari rumah semasa menghadapi
masalah. Remaja sepatutnya mendapatkan nasihat daripada ibu bapa
masing-masing. Demi menjaga maruah, remaja tidak menyelesaikan
masalah dan melaksanakan tindakan yang bodoh seperti lari dari rumah.
Mereka sepatutnya menyelesaikan masalah dengan pertolongan pakar
seperti kaunselor.

Selain itu, remaja harus mengamalkan nilai toleransi dalam
menangai masalah yang dihadapi. Mereka mesti mengawal diri dengan
tidak mengikut emosi apabila menghadapi masalah. Remaja sepatutnya
menyenangkan diri untuk membolehkan diri berfikir dengan lebih waras.
Mereka mesti bertolak ansur dengan tidak membuat perkara yang tidak
berfaedah apabila menghadapi tekanan.

Di samping itu, remaja mesti mengamalkan nilai rasional dalam
menangani masalah yang dihadapi. Mereka mesti boleh berfikir dan
mencari jalan penyelesaian masalah yang terbaik. Mereka sepatutnya
berfikir jalan bukti yang nyata sebelum bertindak. Remaja yang rasional
dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar demi
menyelesaikan masalah dengan sempurna. Mereka sepatutnya
menimbangkan kesan-kesan tindakan mereka sebelum bertindak.


Penutup

Kesimpulannya, masalah ini tidak boleh diabaikan kerana masalah
ini membawa pelbagai kesusahan dan kesan buruk kepada semua pihak.
Para pihak harus berganding bahu bagi membanteras masalah ini kerana
bersatu teguh, bercerai roboh.