BINCANGKAN KONSEP “NEW PUBLIC MANAGEMENT”. APAKAH ASPEK YANG DITEKANKAN DALAM PENGURUSAN AWAM BARU INI?

Konsep “New Public Management” (NPM) merupakan isu penting dalam reformasi sektor awam. Konsep NPM juga memiliki kaitan dengan permasalahan pengurusan prestasi kerja sektor awam kerana pengukuran prestasi kerja menjadi salah satu prinsip NPM yang utama. Gerakan NPM pada awalnya terjadi di negara –negara maju seperti di Eropah akan tetapi pada perkembanganbya konsep NPM telah menjadi satu gerakan global sehingga Negara-negara membangun pun juga terpengaruh dengan penyebaran global dari konsep ini.

SEJARAH “NEW PUBLIC MANAGEMENT”

Munculnya kritik yang luas yang ditunjukan kepada organisasi-organisasi sektor awam menimbulkan gerakan untuk melakukan reformasi pengurusan sektor awam. Salah satu gerakan reformasi sektor awam adalah munculnya konsep “New Public Management”. “New Public Management” telah mempengarughi proses perubahan organisasi sektor awam secara komprehensif di hampir seluruh dunia. Penekanan gerakan “New Public Management” tersebut adalah pada pelaksanaan desentralisasi, devolusi dan modenisasi pemberian pelayanan awam. Istilah “New Public Management” pada awalnya dikenalkan oleh Christoper Hood pada tahun 1991 dalam bukunya “New Public Management” dan kemudian menyingkat istilah tersebut menjadi NPM. Ditinjau dari perspektif sejarahnya, pendekatan pengurusan moden sektor awam pada awalnya muncul di Eropah pada tahun 1980 dan 1990 sebagai reaksi dari tidak memadai model pentadbiran awam tradisional. Pada perkembagannya, pendekatan pengurusan moden tersebut memiliki banyak sebutan seperti “managerialism”, “new public management”, “market-based public administration”, “post-bureaucratic”, paradigm dan “entrepreneurial government”. Istilah yang kemudian yang banyak dipakai untuk menyebut model pengurusan awam moden tersebut adalah “New Public Management” dan “Managerialism” sering 1

saling menggantikan, namun istilah “New Public Mangement” yang kemudian yang banyak digunapakai.

Adanya pelbagai nama untuk menyebut pendekatan pengurusan moden di sektor awam tersebut pada dasarnya bermula pada pandangan umum yang sama.  Pertama, perubahan model pengurusan awam tersbut menunjukkan adanya pengeseran besar dari model pentadbiran awam tradisional menuju sistem pengurusan awam moden yang memberikan perhatian yang lebih besar terhadap pencapaian kerja dan akauntabilitas pengurus awam.  Kedua, Perubahan itu menunjukkan adannya keinginan untuk bergerak meninggalkan model birokrasi kalsik menuju model organisasi moden yang lebih fleksible.  Ketiga, perlunya dibuat tujuan organisasi yang jelas dan tujuan personal. Hal itu berdampak pada pada perlunya dilakukan pengukuran atas prestasi yang mereka mencapai melalui indkator kerja. Terdapat evolusi program secara sistamatik.  Keempat, kakitangan senior tampaknya secara politik lebih “commit” terhadap pemerintah saat itu daripada bersikap “neutral”.  Kelima, fungsi pemerintah tampaknya akan lebih banyak berhadapan dengan pasar, misalnya tender oleh Osborne dan Gaebler (1992) disebut “ catalytic government: steering rather than rowing”. Keterlibatan pemerintah tidak selalu bererti pemfasilitasan pemerintah melalui saranan birokrasi.

NPM merupakan teori pengurusan awam yang beranggapan bahawa praktik pengurusan swasta adalah lebih baik dibandingkan dengan praktik pengurusan pada sektor awam. Oleh kerana itu, untuk memperbaiki prestasi kerja sektor

2

awam perlu digunakan beberapa praktik dan teknik pengurusan yang diterapkan di sektor swasta ke dalam organisasi sektor awam seperti pengadopsian mekanisme pasaran, “Compulsory Competitive Tendering” CCT dan dan sebagainya.

Penerapan konsep NPM telah menyebabkan terjadi perubahan pengurusan sektor awam yang drastik dari sistem pengurusan tradisional yang kaku, biroktratis dan menjadi model pengurusan awam yang fleksible dan lebih mengakomodasi pasar. Penerapan kosep NPM dapat dipandang sebagai suatu bentuk modenisasi atau reformasi pengurusan dan pentadbiran awam. Perubahan tersebut juga telah mengubah peranan pemerintah terutama dalam hal hubungan antara pemerintah dengan masyarakat (Hughes, 1998).

Beberapa pihak meyakini bahawa pradigma NPM merupakan sebuah fenomena antarabangsa seperti dari proses globalisasi. Konsep NPM begitu cepat mempengaruhi praktik pengurusan awam di kebanyakan negara sehingga membentuk sebuah gerakan dunia.

KONSEP “NEW PUBLIC MANAGEMENT” Konsep “New Public Management” pada dasarnya mengandung tujuh komponen utama seperti berikut : Pengurusan Profesional di sektor awam  Adanya standard tenaga kerja dan ukuran tenaga kerja  Penekanan yang lebih besar terhadap pengendalian “output” dan “outcome”  Pemecahan unit-unit kerja di sektor awam  Menciptakan persaingan di sector awam  Pengadopsian gaya pengurusan di sektor perniagaan ke dalam sektor awam

3

 Penekanan pada disiplin dan penghematan yang lebih besar dalam menggunakan sumber tenaga. TUJUAN

Tujuan NPM adalah untuk mengubah pentadbiran awam walaupun belum biasa menjadi pengusahaan dan ia lebih biasa bersifat seperti perusahaan. Pentadbiran awam sebagai penyedia jasa bagi semua dan harus sedar akan tanggungjawabnya untuk menghasilkan layanan yang berkesan dan cekap.

PERANGKAT-PERANGKAT “NEW PUBLIC MANAGEMENT”

a)

Pengurusan Kontrak Penyelenggaraan pentadbiran awam selama ini ditandai dengan keputusan-

keputusan yang bersifat hierarki dan berdasarkan petunjuk-petunjuk khusus. Dengan perangkat pengurusan kontrak praktik akan diubah, yakini dengan membuat kesepakatan tentang biaya dan apa yang harus dikerjakan. Disini pengurusan kontrak adalah penyelenggaraan pentadbiran melalui kesepakatan-kesepakatan tentang tujuan yang hendak dicapai. Kesepakatan ini mencakup mulai dari tujuan yang hendak diraih hingga pengawasan terhadap proses pencapaian tujuan tersebut. Landasan pengurusan kontrak adalah kontrak atau perjanjian antara pihak-pihak yang membuat perjanjian. Persoalannya, siapakah yang akan membuat perjanjian ini. Pihak pertama adalah pemerintah (politik) dan pihak kedua adalah pihak yang memberikan layanan atau pihak pelaksana. Dalam praktiknya, pemerintah terdiri daripada ahli parlimen atau presiden yang bekerjasama dengan parlimen. Di peringkat daerah adalah DPRD yang menjadi pemberi arahan dan pihak pemerintah daerah yang lain sebagai pelaksana.

4

b)

Penyerahan Tanggungjawab Di Bidang Sumber Tenaga

Pengurusan kontrak bertujuan mengarahkan perhatian utama dan minat bahagian-bahagian pentadbiran pada hasil kerja mereka. Secara teknik ia berfungsi seperti “pekerjaan yang harus dihasilkan oleh sebuah bahagian didefinisikan dengan jelas agar dapat melakukan sesuatu pekerjaan dan bahagian itu memperolehi anggaran yang disesuaikan dengan produk yang diminta. Dari anggaran inilah bahagian harus membiyai semua pekerjaan yang ditubuhkan untuk menghasilkan produk tersebut. Apabila ada pekerjaan yang dilakukan oleh bahagian lain kerana tidak cukup kakitangan dalam bahagianya sendiri, maka pekerjaan itu secara prinsip harus dibayar”.

c)

Orientasi Pada Hasil Kerja (Output )

Pentadbiran hanya dapat dikendalikan secara cekap apabila titik tolak penyelenggarannya berada pada hasil (output) kerja. Tapi sekarang ini tidak perlu demikiannya. Sehingga hari ini pengendalian pentadbiran awam secara masih dilakukan melalui input bermaksud melalui penggabungan sumber tenaga secara tengah. Rancangan anggaran belanja mengatur beberapa banyak ruang yang boleh dikeluarkan oleh pentadbiran dan bagaimana mereka harus menggunakan ruang itu.

d)

Controlling (Pengawalan)

Pengawalan bermaksud sebagai satu konsep gunasama mengendalikan pentadbiran secara cekap dan ekonomis dalam rangka mencapai tujuan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Pengawalan harus menyediakan informasi yang ditubuhkan pada saat yang tepat. Informasi disesuaikan dengan tingkat kebutuhan 5

yang dimiliki pengurusan politik atau pemerintah sebagai pihak perencana dan pentadbiran sebagai pelaksana. e) Orientasi Pada Pelanggan

Intisari NPM berbunyi “ Segala sesuatu yang tidak pelanggna adalah pemborosan”.

bermanfaat bagi

Kalimat ini bermaksud bahawa pentadbiran

bukanlah tujuan akhir dan ia hanya mempunyai satu tugas yakini memberikan layanan kepada rakyat yang memang berhak mendapatkannya. Di beberapa negara pernah dikembangkan “citizen charta”(piagam pelanggan/warga) yang merangkum hak-hak apa saja yang dimiliki pelanggan sebagai pembayar cukai kepada negara. Bermaksud warga tidak lagi dilihat sebagai abdi melainkan sebagia pelanggan kerana membayar cukai.

f)

Teknik Informasi

Prinsip-prinsip pengurusan yang telah diuraikan di atas berserta bentuk pengendalian membutuhkan suatu sistem informasi yang sempurna. Penggabungan informasi dan komunikasi yang cepat, pemadatan data untuk pengendalian dan kemungkinan mengakses kumpulan data guna dilakukakan dengan cepat. memenuhi keinginan pelanggan. Semua itu membolehkan jaringan alat pengolahan data sehingga pekerjaan biasa Tanpa teknik informasi dan komunikasi yang menggunakan jaringan struktur, unit yang bekerja secara tengah tidak boleh dikendalikan dan tidak mungkin pula dapat buat pengolahan data pelanggan yang memuaskan.

NEW PUBLIC MANAGEMENT DI NEGARA MAJU

Reformasi sector awam pada dasarnya tidak hanya terjadi di negara-negara maju sahaja akan tetapi beberapa negara sedang bangun juga secara aktif melakukan

6

reformasi lembaga awam. Reformasi sektor awam di negara membangun banyak dipengaruhi oleh peranan World Bank, UNDP, IMF dan OECD. Reformasi sektor awam di negara-negara yang sedang membangun banyak yang mempengaruh pada penerapan “New Public Management”. Perubahan yang dilakukan oleh negara-negara membangun tersebut mencerminkan perubahan material yang dilakukan oleh negaranegara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan New Zealand.

MASALAH YANG DIHADAPAI DALAM PENERAPAN KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT

Terdapar beberapa masalah dalam menerapkan konsep NPM di negara yang sendang membangun. Antaranya: NPM berdasarkan pada penerapan prinsip/mekanisme pasaran atas

kebijaksanaan awam dan pengurusan. Hal ini juga berkait dengan pengurangan peranan pemerintah yang digantikan dengan pengembangan pasaran iaitu dari pendekatan pemerintah negeri (state centered) manjadi pasaran tertumpu (market centered approach).  Perubahan dari mekanisme birokrasi ke mekanisme pasaran apabila tidak dilakukan secara berhati-hati. Hal ini juga berkait dengan permasalahan budaya korupsi yang kebanykan dialami negara-negara membangun. Pergeseran dari budaya birokrasi yang bersifat patrionistik menjadi budaya pasaran yang penuh dengan persaingan membutuhkan tenaga yang kuat untuk mengurangkan kuasa birokrasi.  Terdapat masalah untuk berpindah pada model kontrak dalam pemberian pelayanan awam jika aturan hukum dan ianya tidak kuat. Model kontrak akan berjalan baik jika “outcome” mudah ditentukan. Jika tujuan organisasi tidak jelas maka penggunaan model-model kontrak kurang berhasil. Terdapat permasalahan politik yang lebih besar di negara-negara membangun

7

dibandingkan dengan negara maju termasuk dalam hal-hal politik penyediaan layanan awam, pemberian kontrak kepada kroni-kroninya.  Kesulit an penerapan NPM di negara membangun juga berkait dengan adanya permaslahan perlembagaan, permodalan dan kapitalis sumber tenaga manusia. Selai itu negara membangun terus melakukan reformasi yang tidak berkait atau bahkan berlawanan dengan agenda NPM.

PENUTUP

Pergerakan global NPM yang melanda kebanykan negara mambangun, perlu dicermati dan dikritis apakah NPM tersebut tepat diterapkan oleh negara mambangun. Apa kelebihan dan kelemahan konsep NPM dan motif gerakan tersebut perlu dikaji lebih dalam lagi sebelum memutuskan akan mengadopsi konsep NPM. Penerapan konsep NPM di beberapa negara baik negara maju atau membangun juga sangat mempengaruhi oleh konteks tempatan masing-masing.

8

RUJUKAN http://setabasri01.blogpost.com/2009/05/new-public-management.html kedai_kebebasan.org/…/1154408804_New_Public_Management_.pdf

9

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful